Bab : 31

Action Completed 53513

No!

Please no!

NO!!!!!!!!

Spencer jatuh melutut di atas lantai dimana tubuh ayahnya terbaring di situ. Berlumuran darah dan penuh dengan luka tembakan. Bahkan dia tidak hiraukan akan kecederaan yang di alami saat ini. Ayah dia!Ayah dia sudah tiada! Ini semua tak mungkin terjadi!

"Ayah!"panggil Spencer dengan air mata bertakung di kelopak matanya. Pakaian yang basah dengan darah itu dicengkam erat dengannya, "Kenapa...kenapa ayah tak pergi dari sini?"tanya dia dengan susah payah.

Ini semua salah Armada Diraja...semua salah mereka. mereka telah serang hendap tempat ni sewaktu mereka semua tidak bersedia. mereka hapuskan segalanya yang ada di sini. Dari orangnya sampaila segala yang tersimpan dalam tempat ini. Musnah semuanya. Ramai yang terkorban dan cedera ekoran serangan malam tadi.

"Spencer...kami cuba sedaya upaya lindungi Tuan...tapi dia berdegil untuk bertarung sama dengan yang lain-"

"DIAM!"jerkah Spencer dengan berang. Wajah pucatnya kerana luka yang dialami sewaktu pertarungan dengan sekumpulan pasukan tentera yang sama dan lelaki sama dia pernah temui di atas kapal cruise tempoh hari. Sumpah beritahu!Lelaki tu benar-benar mencabar dia!Dia tak tahu siapa tapi dia ingat muka tu. Dia berdiri dan menghadap sisa anak buahnya yang terselamat kerana Berjaya bersembunyi. "Beritahu aku...siapa yang lepaskan tembakan?Siapa yang bunuh ayah aku?"

"Tak sure...ramai sebab masa tu kita orang sempat perasan yang mana tuan cuba lepaskan tembakan pada ketua pasukan mereka tapi di tepis oleh orang yang serang kau....oleh kerana mereka marah mereka ramai-ramai tembakan akan tuan pada masa yang sama"

Kening Spencer terangkat, bila dengar akan berita itu. Lelaki yang serang dia terluka rupanya. Tapi penangan dari orang tu benar-benar terasa padunya. Rasa macam lelaki tu tak tercedera langsung. "Kemas...kumpul mana yang tersisa. Kita akan tinggalkan tempat ni"arahnya sambil termenung mengingatkan semula wajah tu.

"Apa rancangan kau sekarang?Markas kita musnah. Ramai anak buah telah terkorban ekoran serangan ni?Kita tak kuat seperti dulu. Mungkin musuh lain akan buru kita?"

Serta merta Spencer mengetap gigi menahan sabar sewaktu dia mengepal penumbuk seeratnya. "Aku akan tuntut bela di atas kematian ayah aku...tak kira sekalipun caranya aku akan dapatkan dia orang dan musnahkan setiap seorang tanpa belas!"

"Macam mana kita nak buat macam tu?Kita tak kenal setiap mereka yang datang menyerang kita pada hari ni?"

Spencer Tarik sengih meleretnya. . Dia kerling ke anak buahnya dengan perasaan yakinnya. "Aku kenal seseorang yang boleh beri aku jawapan tu.."katanya. Dia telah siasat mengenai Davina. Ada maklumat menarik mengenai bekas teman wanitanya itu. Maklumat yang buatkan dia yakin yang kali ni dia akan dapat tumpaskan merekayang cuba musnahkan hidupnya!

Semua yang ada di situ pandang ke Spencer dengan renungan tidak faham tapi tak siapa yang beri komen mengenainya.

Spencer kembali tunduk untuk tutup jasad ayahnya menggunakan jaket yang dipakai. Tubuh itu di selimutkan dengan hati yang berat. Lantas dia isyaratkan mereka di situ untuk angkat stretcher dimana tempat ayahnya berbaring.

Dengan suasana muram dan sugul semua di situ gerak meninggalkan tapak yang penuh dengan mayat dan sisa runtuhan. Mereka menyusuri laluan keluar sehingga tiba di kawasan hutan. Di situ mereka korek tanah dan sediakan tapak perkuburan buat ketua mereka yang tumpas dek bedil peluru dari pasukan Armada Diraja.

Seusai mereka siap tanam akan jasad itu mereka buat papan tanda peringatan untuk tanda tapak perkuburan itu. Buat seketika Spencer beri penghormatan pada pemergian ayahnya itu dengan mengenang semula segala kebaikan orang tua itu yang telah berikan kepadanya dan memori yang tercipta sepanjang dia membesar Bersama ayahnya. Ayahnya seorang lelaki yang baik. ketua yang hebat. Seorang penjenayah yang dia pandang tinggi walaupun kerja yang mereka lakukan itu salah. Tak kira apa sekalipun keadaannya dia sentiasa menghormati ayahnya. Kerana ayah dia la yang ajar dia untuk jadi seorang anak dan lelaki yang gagah dan tak takut mati.

"Bersemadi la dengan tenang di situ ayah. Spencer janji, Spencer akan tuntut kematian ayah ini!"lafaz Spencer Bersama renungan nekadnya ke papan peringatan yang dihasilkan oleh orang-orangnya di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience