Sinar matahari telah menembusi cermin di bilik yang Lutfya Hadira tidur.Penatnya semalam menghadapi masalah itu belum habis lagi.Terasa liat hendak bangkit dari lenanya.Dia mengeliat kecil.Dia bangkit dari pembaringan.Lutfya Hadira mengerling jam loceng di meja sisi katil tersebut.Pukul enam pagi dia baru tersedar.Azan subuh juga sudah berkumandang.
Kakinya dibawa ke tempat penyidai tuala dan tuala diambil.Dengan lemah dia melangkah memasuki bilik mandi.Sewaktu air pancuran terkena wajahnya.Dia berdecit kerana terasa sakit apabila percikan air pancuran terkena bibirnya yang luka.Dia melihat wajahnya di cermin bilik mandi itu.Airmatanya mengalir.Wajahnya lebam kerana kurang tidur.Matanya membengkak kerana menangis.Dirinya tidak terurus.Dia membersihkan diri sebelum menunaikan solat subuh.
"Assalammualaikum." ucap Luth Hanief yang sudah mengetuk adik perempuannya terlebih dahulu sebelum melangkah masuk.
"Waalaikummusalam." ucap Lutfya Hadira lembut.Inilah lelaki yang sangat dia sayang di dalam hidupnya selain bapanya Tan Sri Luth Kamaruddin.
"Dah lama bangun ?." soal Luth Hanief mesra.Tangannya sedang menuangkan air susu di dalam jag kecil ke dalam cawan kosong yang dibawanya dengan dulang.
"Dari jam enam pagi tadi.Ingat nak tidur balik tapi tak boleh pulak." jelas Lutfya Hadira kepada abangnya Luth Hanief.
"Makan jom , abang suap." ujar Luth Hanief kepada adiknya itu.
"Hayra , Hazra dengan Humaira mana ?." soal Lutfya Hadira kepada abangnya Luth Hanief.
"Along dah hantar pergi kerja.Nanti petang kita ambil diorang ya." jelas Luth Hanief kepada Lutfya Hadira.
"Sedap tak along masak ?." soal Luth Hanief kepada Lutfya Hadira yang sudah menerima suapan pertama.
"Boleh lah." ujar Lutfya Hadira jujur.Tawa mereka letus.Luth Hanief tersenyum melihat adik perempuannya itu sudah ceria kembali.Sudah lama dia tidak melihat Lutfya Hadira ceria begini.
"Biasalah , lelaki yang masak.Rasa dia tak sedap macam perempuan masak." ujar Luth Hanief.Tertawa kecil Lutfya Hadira dibuatnya.
"Along.Irah nak balik rumah kita." ujar Lutfya Hadira perlahan nadanya.
"Kenapa ? Tak takut ibu buat hal lagi ? Along rasa tak sedia lagi nak lepaskan adik-adik along balik ke rumah.Duduklah dulu dengan along sementara waktu ? Tak suka ke along jaga korang ?." soal Luth Hanief dengan nada risau.Wajahnya tidak dapat diselindung.
"Bukan macam tu along , angah ni kerja.Ada tanggungjawab.Biarlah perangai ibu tu macam mana sekali pun.Kita semua masih anak dia.Kita balik ya along." pujuk Lutfya Hadira.Keluhan berat dilepaskan.Sukar untuk Luth Hanief melepaskan adik-adiknya pulang ke rumah mereka itu.Bibir Lutfya Hadira yang pecah akibat ditampar kuat oleh ibunya Puan Suraya Hani direnung seketika.
"Lepasni kita tuam and sapu ubat okay." jelas Luth Hanief lembut.Dia tidak membalas pujukan Lutfya Hadira itu.
"Along sayang angah ?." soal Lutfya Hadira tiba-tiba.Dia tidak berpuas hati selagi Luth Hanief tidak memberi noktah kepadanya.
"Sayang along pada korang takda tandingnya lagi.Apa saja demi korang along sanggup buat walaupun nyawa perlu ditaruhkan." ujar Luth Hanief dengan nada berat meluah perasaannya.Berkaca mata Lutfya Hadira.Dia tersenyum.
"Angah nak balik , angah nak adik-adik balik.Angah nak along juga balik." ujar Lutfya Hadira kepada abangnya Luth Hanief.
"Angah nak adik-adik belajar cara tidak bergantung harap pada sesiapa.Kami nak belajar bangkit sendiri." ujar Lutfya Hadira di dalam tangisnya yang mula pecah.Tubuh tegap Luth Hanief berada di dalam dakapannya.
"Baiklah , nanti kemas barang.Kita balik rumah." Luth Hanief menurutkan permintaan adiknya Lutfya Hadira itu.
Petang telah menjelma , jam menunjukkan pukul tiga.Tan Sri Luth Kamaruddin telah mengambil cuti kecemasan untuk beberapa hari untuk menjaga isterinya yang kurang sihat.Dia menjaga rapi isterinya walaupun caranya agak kasar terhadap Puan Suraya Hani.Dia saja yang tahu cara untuk mengawal wanita itu.Dan dia juga yang menjadi pilihan keluarga Puan Suraya Hani untuk dijadikan sebahagian daripada keluarga mereka.
Dia menyisir lembut rambut isterinya dengan sikat.Dia mengusap lembut kepala isterinya.Puan Suraya Hani akur dan diam sahaja.Bedak dipakaikan ke muka isterinya.Puan Suraya Hani sudah siap sepenuhnya.Tangan kedut isterinya diraih penuh kasih.Dia mengucup lembut tangan itu.Gugur airmata Puan Suraya Hani walaupun pandangannya terhadap Tan Sri Luth Kamaruddin kosong.
"Aku sayang kau Suraya , aku minta maaf kalau cara aku kasar.Tapi ini saja cara yang aku ada untuk tunjukkan betapa aku ikhlas terima kau seadanya." dia menyelak lengan baju Puan Suraya Hani.Birat yang diberi beberapa hari lepas masih tinggalkan kesan pada kulit kering Puan Suraya Hani.
"Maafkan aku kalau aku sakitkan kau.Tapi aku buat semua ni sebab sayang.Aku sayangkan kau dengan anak-anak kita.Degil kau , keras kepala kau hanya aku saja boleh layan.Anak-anak pun tak tahan dengan sikap kau.Dengarlah kata , sayangnya suami terhadap isteri tu adalah atas tindakan si suami itu sendiri.Dengar kata selepas ni." ucap Tan Sri Luth Kamaruddin kepada isterinya Puan Suraya Hani.
"Kenapa nangis ni ? Sakit ? Aku sapu ubat ya ?." pujuk Tan Sri Luth Kamaruddin romantis.Dia mengusap tangan isterinya lembut.Tetapi Puan Suraya menggeleng.
"Habis kenapa ?." soal Tan Sri Luth Kamaruddin kepada isterinya Puan Suraya Hani.
"Awak sayang saya lagi ke ?." soal Puan Suraya Hani.
"Kalau aku tak sayang kau , lama dah aku kahwin dengan janda Sarimah tu.Sebab aku sayanglah aku masih ada dekat sisi kau.Buruk apa sekalipun kau , kau tetap nombor satu.Selamanya nombor satu.Dalam hati aku." jelas Tan Sri Luth Kamaruddin kepada isterinya Puan Suraya Hani.
"Terima kasih sudi terima saya seadanya.Saya pun sayang awak." ujar Puan Suraya Hani di dalam tangisannya.Tan Sri Luth Kamaruddin menarik isterinya ke dalam dakapannya.
Tan Sri Luth Kamaruddin pernah menjadi rebutan oleh isterinya dan juga seorang janda.Mereka bergaduh besar.Janda itu tertarik dengan ketampanan dan sikap kelakian Tan Sri Luth Kamaruddin.Tetapi Tan Sri Luth Kamaruddin tetap memilih Puan Suraya Hani.
Asam garam rumahtangga mereka sudah secukup rasa.Tan Sri Luth Kamaruddin sudah masak akan sikap isterinya.Hanya dia saja boleh atur akal fikiran wanita itu.Begitu juga Puan Suraya Hani.Dia setiap hari takut kehilangan Tan Sri Luth Kamaruddin.Tetapi dia sendiri tidak mahu mengubah dirinya menjadi lebih baik.Dia masih melayan egonya.
Luth Hanief membuat panggilan dengan Hana Dahlia.Dia meminta gadis itu menunggunya di tempat biasa.Dia mahu berjumpa dengan gadis itu.Hana Dahlia akur akan permintaan bakal suaminya itu.Dia mula bersiap memakai pakaian yang kasual dan mencapai kunci kereta NISSAN SKYLINE GTR miliknya.Dia menghidupkan enjin dan dibiar seketika.Selepas beberapa minit , kereta itu meluncur keluar dari kawasan rumahnya.
Luth Hanief sudah parkir kenderaannya di petak parkir kereta dan menunggu Hana Dahlia tiba.BMW M4 dimatikan enjinnya.Tingkap dibuka separuh.Rokok sebatang dibakar.Dia menghembus asap rokok itu tenang.Tiba-tiba sebuah NISSAN SKYLINE GTR parkir di sebelah keretanya.Dia membuang puntung rokok itu dan keluar dari kereta.Dia tersenyum kepada bakal isterinya.
"Lama ke abang tunggu Dahlia ?." soal Hana Dahlia risau jika Luth Hanief menunggunya lama.
"Lama dah abang tunggu bunga.Dari kita kecil lagi.Tapi alhamdulillah , abang dapat jugak bunga abang ni." ujar Luth Hanief mengusik.Memerah pipi Hana Dahlia.Ada saja dia mahu mengusik gadis itu.Mereka membawa langkah ke kerusi kayu yang berada dekat dengan mereka itu.Punggung dilabuhkan.Suasana sepi seketika.Tiada yang mula bicara.
"Kenapa abang nak jumpa Dahlia ?." soal Hana Dahlia memecah sunyi.
"Saja." ujar Luth Hanief ringkas.Berkerut dahi Hana Dahlia walaupun bibir masih mengukir senyum.
"Mesti ada sebab.Cakaplah." ujar Hana Dahlia kepada bakal suaminya Luth Hanief.
"Abang rasa kosong.Abang perlukan teman untuk sentiasa ada dengan abang." luah Luth Hanief kepada Hana Dahlia dengan nada sayu.Gadis itu memandang bakal suaminya dengan riak wajah kasihan.
"Dahlia kan ada dengan abang." pujuk Hana Dahlia mesra.
"Abang tahu bunga sentiasa ada dengan abang.Abang tahu bunga takkan tinggalkan abang.Tapi abang ada rasa takut sedikit... ." luah Luth Hanief lagi.
"Takut apa ?." soal Hana Dahlia ingin tahu.
"Abang takut jika kerjaya kita sendiri yang membunuh rasa bahagia kita.Itu yang paling abang takut." luah Luth Hanief dengan suaranya yang semakin tenggelam.
"Abang , Dahlia sentiasa rasa bahagia bila bersama abang.Dahlia yakin , kita mampu harungi liku kehidupan yang bakal menyerang rumahtangga kita nanti.Dahlia percayakan abang." pujuk Hana Dahlia kepada bakal suaminya Luth Hanief.
"Nah." hulur Luth Hanief.Sekotak cincin berada di tangannya.Hana Dahlia mengambil pemberian bakal suaminya Luth Hanief itu.
"Apa ni ?." soal Hana Dahlia kepada Luth Hanief.
"Agak-agak jari bunga masih muat tak dengan cincin ni ?." soal Luth Hanief kepada Hana Dahlia.
"Insyaallah muat.Tapi , cincin apa ni ?." soal Hana Dahlia.Kotak cincin itupun terlihat sudah lama dibeli.
"Ini cincin abang beli untuk bunga masa kita dekat kampung dulu.Abang kumpul duit masa abang kerja." ujar Luth Hanief.
"Tapi abang kerja apa ? Masa tu kan abang baru lepas habis SPM ?." soal Hana Dahlia pelik.
"Ya sayang , abang kerja part time untuk kumpul duit nak beli cincin ni.Memang abang beli untuk bunga abang ni." ucap Luth Hanief romantis.Memerah muka Hana Dahlia apabila diucap kata romantis begitu.
"Tapi kenapa abang tak bagi terus pada Dahlia ? Kenapa abang simpan ?." soal Hana Dahlia pelik.Sedangkan dia banyak meluang masa dengan lelaki itu semasa zaman kanak-kanaknya.
"Sebab... "
"Sebab ibu abang buang cincin tu.Dia dah nampak abang selalu belek cincin tu sebelum tidur.Satu malam tu dia tanya siapa punya.Mulanya abang taknak beritahu , tapi dia kata kalau tak dia pukul abang.Abang terpaksa beritahu.Bila abang kata nak bagi bunga , dia tak suka.Dia ambik cincin ni dan buang dalam semak belakang rumah malam tu." luah Luth Hanief sayu.
Hana Dahlia tidak menunggu lama , dia terus membuka kotak cincin tersebut dan menyarungkan ke jari manisnya.
"Ni ! Dahlia dah pakai.Abang jangan sedih lagi ya.Apa saja pemberian abang akan Dahlia hargai." ucap Hana Dahlia kepada bakal suaminya Luth Hanief.Lelaki itu tersenyum dengan takungan airmata.Sukar dia mahu menangis tetapi demi Hana Dahlia laju saja airmatanya mahu mengalir.
"Terima kasih bunga." ucap Luth Hanief sayu.
"Nanti abang belikan cincin kahwin pula ya." ujar Luth Hanief kepada Hana Dahlia romantis.Gadis itu hanya tersenyum.Angin sepoi-sepoi bahasa itu menjadi teman mereka di taman rekreasi itu.
Share this novel