empat puluh

Romance Series 207196

"Awak. Shira.." Khalish memanggil Shira dari ruang tamu. Bob di ribaan diusapnya lembut. Sesekali dia menoleh ke arah dapur, mencari kelibat Shira.

"Ye bang.. kejap kejap. Shira dah nak siap dah ni!" laung si isteri dari dapur. Selesai dia mengemas dapur, disediakan juga manisan ringkas buat Khalish.

Dulang berisi parfait, air kopi buatnya dan tak lupa juga susu Khalish dibawa ke ruang tamu berhati-hati. Diletaknya di meja berhadapan Khalish yang bersila di atas sofa menghadap tv.

"Ten tereng! Shira ada buatkan strawberries parfait untuk abang! Mesti abang suka punya la.. sebab apa? Sebab... air tangan Shira memang yang paling marvelous! Ni pulak susunya.."

Shira mula melalut, angkat bakul sendiri. Tapi sambil mulut berbicara, tangannya menyediakan hidangan pada Khalish teratur di atas meja.

Diloncatnya manja ke atas sofa sebelum memeluk erat lengan kekar Khalish yang terdedah tanpa memakai baju. Wadduh..

"Ade ape panggil Shira ni? Rindu la tu.." manja saja suaranya. Kepala digeselkan pada bahu Khalish memandangkan lelaki itu langsung tak mengelak perlakuannya.

Matanya tak lepas menatap wajah tak berperasaan Khalish. Hambar.. kosong tanpa expresi.. membosankan dan langsung tak menarik.

Tapi entah kenapa, wajah itu yang terpahat di sudut hati terdalamnya. Hanya dia..

"Esok, saya kerja." Khalish bertutur dingin tanpa memandang wajah Shira di sebelah.

Cartoon Ratatouille menjadi perhatian mata gelap itu. Alahai.. tak padan betul.

Muka dah handsome.. serius dan beku je.. cool gitu tapi layan cartoon? Ah lantaklah.

'But.. wait a sec, what? Esok dah start kerja? So.. aku pulak...'

Oh No.

"Bang! Mana boleh abang tinggalkan Shira sorang-sorang dekat rumah.. takutlah..Abang teman la sehari dua lagi. Please.." lengan Khalish digoncang-goncangnya memujuk manja. Mata dikerdipkan beberapa kali.

Shira peroleh lanjutan cuti selama seminggu disebabkan kejadian hitam itu. Manakala Khalish tidak.

"I'm busy."

"Ala abang.. boleh la. Esokkkk je. Shira janji. Lepas ni Shira tak minta dah. Kita spend time same-same ye? Jom la.." Dia tak berhenti mencuba. Lengan Khalish diusapnya perlahan.

"Stop it. It's final Shira." Khalish menepis tangan Shira daripada memegangnya tiba-tiba apabila mula merasakan tekanan dengan desakan Shira tadi.

Diam.

Tiada suara yang membalas kata-katanya. Mata Khalish masih tak menatap Shira di sebelah walaupun dia pasti wnita itu sedang memandangnya tekun.

Khalish menanti balasan mulut murai itu tapi... hampa. 'Apahal pulak dah... tak kan sentap kot? Haishhh..'

Agak lama menyepi suasana diantara mereka, Shira menjawab perlahan tanpa memandang Khalish.

"Tak apalah kalau macam tu."

Seraya itu Shira bangun dan mula berlalu pergi. Khalish panasaran, walaupun luarannya diam dan tenang saja, dalamannya tak senang apabila wanita itu dingin dengannya.

Susuk tubuh Shira yang melangkah ke tingkat atas dipandangnya hingga hilang dari pandangan.

'Kau nak apa sebenarnya Lish? Aku pun tak faham dengan kau.. Sayang dia? Kalau sayang.. buatlah cara sayang.. tunjuklah pada dia..'

"Ishh!!" dia menepuk agak kuat sofa kulit itu melepaskan geram. Bob yang berada di riba berlari entah ke mana. Dunianya serta merta sendirian.

Kaca tv yang bermain rancak tak langsung menarik perhatiannya. Hidangan yang dibawa Shira tadi ditatap kosong.

'Be yourself Khalish.. and let her love you, the truly you... and..'

Dia bersandar ke belakang, termenung seorang diri menatap siling putih.

'..you should let your heart learn to love her too.'

~~~~~~~~~~~~~~~

"Eyyy! Geramnye aku! Bukan nak risau ke apa, baru sehari dua balik esok nak keje dah.. Tak sayang aku betul."

Masuk saja ke dalam bilik, Shira terus mula membebel seorang diri. Ada saja yang tak kena dengannya. (wmn r cmplctd)

"Cuba la tunjuk caring sikit.. risau ke apa ke, ini tak. Keje yang lagi penting, bini ni tak penting la?"

Shira berbaring kasar menghadap bantal milik Khalish, diambilnya dan dipeluk kuat sambil menyeringai geram seolah-olah melepaskan amarah pada Khalish.

Tapi sebaik saja dia tenang sedikit, Shira mula memikirkannya semula..

"Hurmm... tapi, bukan salah abang kalau susah terima diri aku yang sekarang.. mungkin.."

"..abang dah jijik.." gumamnya lagi.

Hujung bantal dipintal-pintalnya sambil terbayangkan peristiwa hitam itu.

"Ya la kan.. Aku dah kotor, tak suci.. tak layak untuk dia. Mana mungkin sesuai untuk Abang. Perasan sungguh kau Shira."
Matanya yang mula memanas ditutup. Bayangan hitam itu tak mampu dilupuskan dari fikiran apabila terimbau tentangnya.

Shira mula mengogoi menangis seorang diri. Bantal Khalish dipeluknya erat sambil menekup muka dengannya, menahan tangisan dari kedengaran kuat.

Terhinjut-hinjut bahunya menangis perlahan.

Dia merentap kuat pakaiannya hingga separuh bogel. Kulit wajah dan lehernya habis diratah insan berjiwa binatang itu meninggalkan kesan lebam pada kulit putihnya.

Sakit.

Dan peristiwa selepas itu.. Shira tak mampu mengingatinya. Dia trauma, hanya menjerit dan merayu agar dilepaskan saja yang ada di fikirannya.

Jiwa batin dan fizikalnya terseksa yang amat..

Dada lelaki itu sudah tidak berpakaian di atasnya, dan ketika dia membuka matanya, sesuatu menyapa pandangannya.

Shira mula teringat sesuatu..

Ya..

Lelaki itu punya satu parut sepanjang sejengkal diantara kedua dadanya.. sebelum dia ditindih lagi.

"Ahhh!!" entah apa yang merasuk Shira, dia mula menangis kuat. Tangannya bergegar memeluk bantal kuat.

"Jangan.. apa-apakan aku.. Tolong-lah. Isk.. jan-gan.." dia menggelengkan kepala seorang diri.

Bauan lelaki itu.. sentuhan kasarnya.. segalanya, amat segar di fikirannya bagaikan baru sebentar tadi segalanya berlaku.

Dia bencikannya.. dan kini dia turut bencikan dirinya yang lemah, dirinya yang tak berdaya pertahankan diri sendiri daripada di musnahkan si manusia durjana.

Sentuhan pada tubuhnya menakutkan Shira, bahunya dicengkam pada tika itu. Dia mula meronta kuat, mahu dilepaskan.

"Lepaskan aku!! Tolonglah! Aku merayu.." sepenuh tenaga tangan yang menyentuh tubuhnya pada tika itu cuba dirungkaikan kasar dari menyentuh walaupun sekadar kulitnya.

Dia tak mahu!

"Shira!!" kedua tangan si isteri dipegangnya kuat sebelum menarik tubuh itu duduk, memeluknya.

"Lepaslahhh!" bagaikan hilang waras saja wanita itu menolak-nolak kuat tubuh Khalish.

"Stop it! Shira please.. This is me.. I'm Umar, sweet.. Umar Khalish. Your husband." Shira yang masih meronta dalam pelukannya ditahan. Dibisiknya lembut di sebelah telinga wanita itu.

Menenangkannya..

Shira kembali tersedar dan tidak lagi memukulnya. Dibalas pelukan Khalish dengan tangan yang masih bergetar dan bahu yang terhinjut-hinjut.

Suasana diam tanpa sebarang bunyi, hanya nyanyian tangisan sayu Shira saja yang kedengaran malam itu.

Memenuhi kesunyian mahligai mereka.

"Shhh.. sayang kenapa ni Hmm? Bad dream or anything? Tell me sweetheart."

Khalish bertanya lembut. Belakang tubuh Shira diusapnya berkali-kali, sesekali dia mengucup ubun-ubun si isteri.

Shira membalas dengan gelengan. "Jangan pergi..." rengeknya dalam esakan.

"Iye yang... saya tak akan. You gonna be just fine. No one would hurt you as long as I'm with you. Ye sayang? Trust me.." dipujuknya lagi agar bertenang.

Khalish memang kurang tahu bagaimana sebenarnya pujuk-memujuk ini tapi dia cuba membiarkan segala perlakuannya dari hati.

Mungkin dia terlalu ingin mengawal diri sebelum ini menyebabkan adanya jurang dan batas antara dia dan Shira apabila mereka bersama.

Apabila Shira tidak lagi menangis, dikesatnya pipi bersisa air mata itu lembut sebelum mengucupnya sayang.

'Why didn't I realize that her skin is sooooooo damn soft. Urghh. It's feel like stroking a baby's skin or a silk. Haih..'

Shira yang bersedih tadi pula naik pelik dengan perlakuan Khalish apabila lelaki itu galak mengucup kedua pipinya. Tapi dia hanya membiarkan.

Selepas puas menggomol pipi lembut Shira, tubuh itu dicempungnya lembut bagaikan kanak-kanak saja ke dalam bilik air untuk memberus gigi dan mencuci muka yang dipenuhi bekas air mata tadi.

Sesudah itu diletaknya Shira di ruang kosong di sebelah singki sebelum mengambil tuala kecil di dalam laci untuk mengelap wajah itu.

Lelaki yang dingin pada luaran.. tapi hangat dalamannya.

Segala yang berlaku tadi bagaikan hilang serta merta. Shira langsung tak mengingatinya, yang ada dalam fikirannya kini.

Dia.

Umar Khalish.

Shira menguntum senyuman nipis apabila Khalish mengucup batang hidungnya selepas selesai mengeringkan wajahnya.

Tuala yang sudah digunakan tadi dimasukkan Khalish ke dalam bakul di ruang mandian itu. Shira mengambil kesempatan untuk turun..

Tapi sebelum saja kakinya menjejak lantai, Khalish sudah kembali mengangkatnya ke luar.

Sebelah tangan mengampunya dan sebelah lagi menutup suis lampu bilik air. Leher jinjang Khalish dipautnya sambil bersandar manja di atas bahu lelaki itu.

Musykil juga Shira dengan perubahan mendadak Khalish. Jika tadi lelaki itu menepisnya kerana menyentuh, kini Khalish bagaikan tak mahu Shira berjauhan dengannya.

Dia ke tingkat bawah semula dengan sebelah tangan mengendong Shira. Tv yang terbuka tadi ditutupnya.

Aircond dan lampu juga ditutup sebelum kembali melangkah semula ke atas.

"Shira boleh jalan sendiri.." gumamnya perlahan sambil memerhati wajah kosong Khalish.

Lelaki itu memberhentikan langkah pada pertengahan tangga sebelum merenungnya dingin sehingga Shira menundukkan pandangan.

"Good." dia kembali mendaki semula anak tangga dan masuk ke kamar beradu mereka.

Suis lampu ditutup, hanya nyalaan samar lampu meja tidur saja yang menyala. Shira masih tak diturunkan.

Comforter diselak dan bantal milik Shira ditepuk-tepuknya terlebih dahulu sebelum membaringkannya lembut.

Khalish turut membaringkan diri bersebelahan dan lampu samar meja katil hanya dibiarkan menyala.

Wajah polos Shira yang jelas tampak bingung dengan perlakuannya diabaikan. Ditariknya comforter menyelimuti batang tubuhnya dan Shira sehingga ke paras bahu.

Dibetulkan sedikit baringannya sebelum menarik pinggang Shira merapatinya.

"Ab-..abang." panggilnya terkejut apabila ditarik. Kepalanya mula beralaskan lengan kiri Khalish dan tangan naik menahan dda mereka dari bersatu.

berbahang wajah si isteri dengan perlakuan Khalish. Dirinya amat rapat dengan lelaki itu kini hingga hembusan tenang nafas hangat mint itu dapat dia rasai, menampar wajahnya.

Khalish kembali membuka matanya, menatap Shira dingin.

"What?"

"Am.. ke.. kenapa. Abang.. tiba-tiba je?" tanya Shira perlahan.

Bibir diketap tak tahu bagaimana mahu bereaksi apabila ditenung Khalish bagai mahu tembus. Pandangannya dilarikan ke bawah.

Tanpa sedar jari-jemarinya bermain, melukis abstrak pada dada si suami yang terdedah. Entah apa yang diukirnya, Shira hanya melayan perasaan.

Sehinggalah..

Khalish tiba-tiba menggengam tangannya agak kasar. Shira sedikit tersentak dan terus mengangkat wajah memandang Khalish.

"Don't tease me sayang.. or I'll not let you go tonight and need to take a leave tomorrow.."

"..because it won't be easy to treat me well.".

Glup.

"Esok.. saya bawa awak sekali ke tempat kerja. No excuses. You're not allowed to stay alone at all time without me. Get it?"

Kata-kata dingin Khalish membuatkan Shira meneguk liur berat entah keberapa kali. Tak percaya.

Perlahan-lahan dia mengangguk mengiakan.

Lelaki itu menariknya makin rapat sebelum tidur seperti kebiasaannya. Kepala Shira terdongak apabila Khalish mula tidur di posisi asalnya.

"I love your fragrance.." ucapnya perlahan sebelum mengucup dada Shira lembut.

Buat seketika, tiada lagi kata-kata dari Khalish atau sebarang pergerakan. Deruan nafas tenang lelaki itu meyakinkan Shira bahwa Khalish sudah dibuai mimpi.

Rambut lebat itu dielusnya seperti selalu. Dikucupnya ubun-ubun Khalish sebelum cuba menolak sedikit tubuh itu, ingin melihat wajah si suami.

'Is this the true you abang? I can't believe it. You changed abruptly.'

Shira menilik wajah Khalish yang tak pernah membosankannya. Dielus lembut pipinya sebelum dikucup dahi itu lama.

'It's a good change after all..'

Dia tidur sambil membalas pelukan Khalish, dengan harapan Mr. Schizo nya tak akan berubah hati lagi.

Share this novel

Norelisa Lisa
2020-08-16 20:01:35 

tak sabor nk bca new chapter


NovelPlus Premium

The best ads free experience