BAB 3

Romance Completed 67139

"ASSALAMUALAIKUM, nek ni Ara." ucap Adara dengan nada yang sedikit kuat. Risau kalau nenek dia tak dengar kalau ada di dapur. Dia mengetuk pintu beberapa kali.

"Waalaikumusalam. Kenapa tak bukak pintu pakai kunci je tadi? Nenek ada dekat dapur."

Suara Nek Kalsum kedengaran di sebalik pintu. Tak lama kemudian, pintu rumah itu terbuka dari dalam menampakkan susuk tubuh Nek Kalsum. Adara tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Ara tertinggal kunci dekat rumah sebenarnya, nek." Terang Adara, dia segera mendapatkan Nek Kalsum. Tangan Nek Kalsum diambil oleh Adara lalu disalam. Kedua-dua belah pipi wanita itu dicium penuh kasih.

Tenang sahaja hati Iqbal menyaksikan adegan jejak kasih itu dihadapannya. Dirinya sudah membayangkan dirinya yang berada di tempat Nek Kalsum apabila Adara menyambut dirinya pulang dari kerja nanti.

How lucky he is to have Adara as his wife, one day.

"Iqbal pun ada sekali?" Tegur Nek Kalsum yang baru menyedari kehadiran dirinya di situ. Iqbal mengangguk tanda mengiyakan. Dia tersenyum manis membuatkan Nek Kalsum berasa senang dengan kehadirannya.

"Masuklah dalam dulu. Kenapa datang tak bagitahu? Nenek tak masak apa-apa lagi ni. Ara, tolong buatkan air untuk Iqbal ya." ucap Nek Kalsum menjemput Iqbal masuk ke dalam. Meninggalkan Adara yang masih berdiri diluar.

Adara memonyokkan wajah apabila dirinya terasa disisihkan. Belum apa-apa dah kena tinggal. Huh.

Dia sendiri tak tahu sama ada dia atau Iqbal yang sebenarnya cucu Nek Kalsum sekarang. Dasar tak tahu malu cemburu buta dengan bakal tunang sendiri. Getus hatinya membuatkan dia menuju ke dapur.

Cemburu tu tanda sayang!

Matanya kini sibuk mengerling ke arah Nek Kalsum dan Iqbal yang kelihatan rancak berbual. Manakala, tangannya ralit membancuh air untuk bakal tunang kesayangan.

Telinganya cuba menangkap segala yang dibualkan oleh mereka. Mana tahu Iqbal ada mengata pasal dia kan? Semanis-manis mulut Iqbal, kadang-kadang ada juga pahitnya. Hah gitu.

Adara mengukir senyuman nipis apabila tiada perkara buruk yang keluar dari mulut Iqbal. Mujur juga Nek Kalsum tidak mengungkit apa-apa di hadapan Iqbal pula. Lebih-lebih lagi tentang perkara yang memalukan yang dia sering lakukan sendirian.

Kalau tidak, memang tak jadi bertunang lah dia dengan Iqbal nanti. Tak ke naya dia?

Adara segera membawa air minuman yang sudah dibancuh ke ruang tamu. Dia saling berpandangan dengan Iqbal sebelum lelaki itu mengalihkan pandangan terlebih dahulu. Adara menahan senyuman di bibir.

Dia meletakkan secawan air oren di hadapan Nek Kalsum. Secawan lagi diletakkan pula di hadapan Iqbal. Adara mengambil tempat di sebelah neneknya.

Gila ke nak duduk sebelah Iqbal? Belum halal lagi. Kalau atas pelamin nanti, tak apa lah. Itu sekatil pun boleh. Uhuk.

"Jemputlah minum. Penat Ara buat dekat dapur tadi. Nek minumlah," pelawa Adara dengan sopan. Nek Kalsum memandang Adara dan Iqbal silih berganti. Seolah tahu ada sesuatu yang disembunyikan oleh mereka.

Padahal tiada apa yang nak disembunyikan pun. Cuma masing-masing tak tahu bagaimana mahu berterus terang. Terutama sekali, Adara.

"Dari tadi Nek rasa ada benda yang kamu berdua nak cakap. Cuba bagitahu nenek apa dia yang kamu nak cakap sebenarnya?" Tegur Nek Kalsum memandang ke arah mereka berdua. Adara menunduk.

Iqbal hanya beriak tenang. Lebih mudah begini kalau Nek Kalsum sudah tahu tujuan dia datang ke sini untuk sesuatu. Dia menarik nafas panjang sebelum berterus-terang sahaja.

"Sebenarnya nek, Iqbal datang sini nak pinang Ara. Itu pun kalau nenek benarkan. Iqbal nak restu nenek untuk pertunangan kami. Memandangkan Iqbal pun dah tak ada sesiapa, sekurangnya restu nenek pun dah cukup."

Lancar sahaja penerangan Iqbal tanpa tergagap-gagap sedikit pun. Nada suaranya kedengaran yakin. Tidak menggelabah atau apa-apa. Hanya kejujuran yang dapat didengari disebalik kata-kata yang diungkapkan.

Smooth. Like butter. Eh.

Adara menghalakan pandangan ke arah Iqbal apabila mendengarkan kata-kata itu. Membuatkan dia berasa yakin bahawa dia menerima lamaran Iqbal adalah keputusan yang tepat.

Perlahan-perlahan, Nek Kalsum mengambil tangan Adara. Pandangan jatuh pada cincin yang tersarung pada jari manis milik satu-satunya cucu kesayangannya itu.

"Ara, sayang. Ara setuju?" Tanya Nek Kalsum lembut. Tangannya mengelus lembut wajah Adara. Pada dirinya, keputusan Adara yang akan menentukan segalanya. Dia hanya ikutkan sahaja kemahuan cucunya itu.

Adara mengerling ke arah Iqbal seketika sebelum mengembalikan pandangannya semula pada wajah Nek Kalsum. Dia mengangguk perlahan tanda mengiyakan. Nek Kalsum tersenyum penuh makna.

"Iqbal, nenek izinkan." Jawab Nek Kalsum kepada Iqbal bersama senyuman. Iqbal melepaskan nafas lega. Akhirnya. Semoga semua dipermudahkan.

"Bila nak buat majlis? Benda baik tak elok ditangguhkan." Sambung Nek Kalsum membuatkan Adara dan Iqbal saling berpandangan. Tak menyangka Nek Kalsum begitu teruja berbanding mereka tentang perkara ini.

Adara kembali menunduk malu. Alahai nenek ni pun satu. Tak sabar-sabar. Macam nenek pulak yang nak bertunang dengan Iqbal. Iqbal sudah tersenyum sendiri apabila mendengar kata-kata Nek Kalsum.

"Kalau boleh, hujung minggu ni. Boleh ke nek?" Cadang Iqbal kepada Nek Kalsum.

Serta-merta, Adara terbatuk kerana terkejut. Dia mengangkat kepala. Matanya dibesarkan tanda tak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Iqbal.

Mak aih, awalnya! Ini lagi tak menyabar. Tak cukup lagi ke dia dikejutkan dengan lamaran daripada Iqbal tadi. Kini, dia dikejutkan pula dengan majlis pertunangannya yang bakal dilangsungkan pada hujung minggu ni?!

Bunuh je lah dia. Tak sanggup nak kena heart attack macam ni hari-hari.

"Awak, tak rasa awal sangat ke?" Akhirnya, Adara menyuarakan juga pendapatnya itu. Bukan tak suka tapi dia masih terkejut lagi ni.

"Tapi saya tak rasa awal pun awak. Lima tahun saya tunggu kita kahwin. Takkan awak nak suruh saya tunggu lagi? Lagipun bukan ke nenek cakap benda baik jangan ditangguhkan. Betul tak, nek?" balas Iqbal sambil tersenyum penuh makna. Nek Kalsum mengangguk tanda menyokong kata-kata Iqbal.

Adara mengecilkan mata ke arah Iqbal. Keningnya yang nipis diangkat sedikit. Mulutnya ditutup rapat. Tahu tak dapat membantah apabila Nek Kalsum sudah bersetuju. Iqbal tersengih kerang.

Suka betul kalau dapat mengusik Adara.

Tiba-tiba, kedengaran Iphone milik Iqbal berdering. Memang Iqbal punya lah. Adara mampu pakai samsung je. Iqbal segera meminta diri untuk menjawab panggilan tersebut. Adara hanya memerhatikan Iqbal daripada pandangan mata.

"Ya aku tahu. Dalam 15 minit lagi aku datang."

Kedengaran keluhan berat terbit di bibir Iqbal selepas itu. Dia mengerling ke arah Adara dan Nek Kalsum. Pandangan matanya tertancap pula pada jam tangannya. Tak lama selepas itu, panggilan itu ditamatkan.

Dia kembali menyertai Adara dan Nek Kalsum yang berada di ruang tamu. Bibirnya mengukir senyuman tawar. Jika boleh, dia berhasrat mahu meluangkan masa bersama mereka sepanjang hari ini. Tetapi pekerjaannya menghalangnya daripada berbuat demikian.

"Nek, Iqbal minta maaf sangat tapi Iqbal kena pergi sekarang sebab ada urusan kerja." Ucap Iqbal cuba menerangkan. Mengharapkan Nek Kalsum memahami keadaan dia.

"Lah, tak apalah Iqbal. Nenek faham. Nanti kita bincang lagi ya pasal ni. Tak apa. Jangan risau. Pergilah cepat. Nanti lambat, kamu yang susahkan." Nek Kalsum menepuk lembut bahu Iqbal. Tahu lelaki itu bekerja kuat. Iqbal menghela nafas lega.

Adara menghantar Iqbal sehingga ke pintu rumah. Wajahnya sedikit monyok. Sedih tak dapat meluangkan masa bersama Iqbal lebih lama.

"Bye, awak. Kerja elok-elok tau." Pesan Adara sambil cuba memaniskan wajah. Tak mahu Iqbal terasa serba salah. Malangnya, Iqbal menyedari perkara itu.

"Janganlah sedih, hmmm. Nanti saya bawak awak date lagi nak?" Pujuk Iqbal, dia menundukkan kepala cuba menyamai ketinggian Adara. Mata bertentang mata.

Adara tidak dapat menyembunyikan senyuman di wajah. Kata-kata Iqbal sudah sememangnya menjadi kelemahan dirinya. Dia mengangguk laju. Iqbal tersenyum.

Dia membisikkan sesuatu pada telinga Adara sebelum meninggalkan tempat itu. Memerah wajah Adara menahan malu.

"See you soon, love. Love you. Always."

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

AIDEN memerhatikan detik jam yang sedang berlalu sejak dari tadi. Bunyi detakan jam itu menyapa halwa telinganya ibarat musik yang dimainkan dalam keadaan ulangan.

Belakang badannya disandarkan pada kerusi. Jarinya mengetuk meja mengikut bunyi detakan jam tersebut. Matanya mencerlung ke arah figura yang berada di hadapannya.

"Kau lambat." Suara Aiden kedengaran memulakan perbualan. Serentak, figura itu mengangkat kepala menemui pandangan Aiden terhadapnya.

"Better late than never, right?" Dani mula bersuara mempertahankan dirinya. Dia mengambil tempat di hadapan Aiden. Dirinya masih tak lepas daripada pandangan tajam Aiden.

"Kau tahu aku tak suka orang bazirkan masa aku, Dani." Aiden mengingatkan. Dia menikam anak mata Dani. Cuba membaca fikiran lelaki itu. Dani langsung tak tergugat walaupun sebenarnya dia tahu.

That Aiden hates waiting for someone so damn much.

Dani diam tidak berkutik. Langsung tidak mengeluarkan suara. Hanya anggukan sebagai balasan diberikan kepada Aiden bahwa dia tahu yang dia lambat.

"Cut the crap, apa kau buat dekat Mont Kiara? And kenapa kau tak bagitahu aku? Explain. Now." Arah Aiden tak mahu berbasa basi lagi. Dia mahukan penjelasan.

"Sebab aku nak berhenti." Ucap Dani serius, langsung tak bermain-main. Dia merenung ke dalam anak mata Aiden sebaik mengatakan perkara itu.

"What?" ucap Aiden tak percaya dengan kata-kata yang meluncur keluar dari mulut Dani. Riak wajahnya berubah serta-merta.

"Aiden, aku nak berhenti." Sambung Dani lagi. Mengulang semula apa yang dikatakan oleh dirinya beberapa minit yang lalu. Tiada lagi gelaran Tuan diberikan kepada Aiden kali ini.

"Are you on drugs, dude?" soal Aiden masih tidak mahu percaya dengan kata-kata Dani. Pandangan diliarkan pada tubuh badan Dani. Cuba mengenal pasti tanda-tanda sekiranya orang kanannya itu mengambil dadah tanpa pengetahuan dia.

"Aiden, aku dah buat keputusan. Aku dah tak boleh teruskan lagi buat semua ni. Aku nak berhenti." Terang Dani cuba menyakinkan Aiden yang dia benar-benar serius. Bahawa dia nekad untuk mengundurkan diri daripada dunia gelap ini.

"Nonsense. Kita dah sampai sejauh ni. Then, kau nak tarik diri? The answer is a big no. There's no way, kau boleh berhenti sesuka hati. Kau sendiri tahu tentang ni, Dani."

Bantah Aiden. Dia takkan bersetuju. Dia langsung tak menyangka bahwa Dani akan melakukan perkara yang tidak masuk akal seperti ini.

Bukan semudah itu untuk mereka meninggalkan dunia gelap ini. Jika tidak, sudah pasti Aiden telah melakukan perkara itu sejak dulu lagi.

"I don't care, Aiden. Aku nak berhenti. Kalau kau kata tak boleh, fine. Biar aku sendiri yang jumpa Tuan Malik. Mintak tolong dia macam mana aku mintak untuk tukarkan kawasan aku dekat Mont Kiara. Sebab apa? Sebab kau sendiri tak nak tolong aku kan?"

Kata-kata itu dilontarkan tepat pada wajah Aiden. Aiden beriak biasa. Seolah-olah kata-kata itu langsung tak memberi makna apa-apa. Dani melepaskan keluhan kecil.

Tiada guna dia bercakap dengan Aiden. Lelaki itu ibarat mayat hidup tanpa perasaan. Wajahnya dilanda kekecewaan. Dia mengatur langkah pergi dari situ. Tanpa diduga, Aiden mula bersuara.

"Why?"

Soalan Aiden membuatkan Dani menghentikan langkah. Dia menoleh semula ke arah Aiden semula.

"Why, kau nak berhenti Danial? What is the reason and why now? Then, i let you go. This time."

Aiden menyambung kata-katanya. Hanya itu sahaja jawapan yang dia mahukan sekarang. Dani terdiam sebelum meluahkan semuanya.

"Aku... jatuh cinta. Aku nak berubah untuk dia. Aku dah tak nak buat semua ni. Aku nak jadi suami yang terbaik untuk dia."

Aiden mengukir senyuman yang sukar ditafsirkan. Nampaknya sangkaan dia selama ini betul. Dani berjumpa dengan seseorang di Mont Kiara tanpa pengetahuan dia.

And the person is a girl? What a surprise. Guess what? Aiden loves surprises.

"Well, she sounds so special to you then. Am i right, Danial?" balas Aiden dengan nada yang menyimpan seribu makna. Dani merasakan ada sesuatu yang tak kena. Dia mengangguk kecil.

"Now, go before i change my mind." Arah Aiden secara tiba-tiba dengan serius. Dani dilanda tanda tanya tetapi dia akur sahaja. Asalkan dia dapat keluar dari dunia gelap ini dia tak kisahkan apa-apa.

Aiden menghantar pemergian Dani dengan ekor mata. Tak lama kemudian, Irsyad muncul bersama fail di tangan. Dia menunduk hormat sebelum berjalan mendapatkan Aiden.

"Kau tahu apa nak buat?" Soal Aiden dengan nada yang mendatar kepada Irsyad. Fail itu bertukar tangan. Hanya Irsyad sahaja yang boleh diharapkan.

"Follow Dani." Ucap Irsyad sudah faham apa yang perlu dilakukan tanpa Aiden memberikan arahan. Aiden berpuas hati dengan jawapan Irsyad.

"Good. Any news from him, report immediately." Arah Aiden lagi tanpa melihat ke arah Irsyad. Pandangannya jatuh pada fail yang diberikan oleh bodyguard peribadinya itu.

"Baik, Tuan." balas Irsyad. Dia masih berdiri situ menunggu apa-apa lagi arahan daripada Aiden.

Aiden memeriksa kandungan fail yang mempunyai beberapa keping gambar Dani dan seorang perempuan di dalamnya. Terdapat juga maklumat lengkap yang terselit di situ mengenai perempuan yang bersama Dani.

Adara Qalyssa.

Tertera sebaris nama itu disitu. Sekeping gambar pemilik nama itu turut diletakkan bersama. Kelihatan seorang gadis tersenyum manis.

Membuatkan Aiden tertanya-tanya tentang keistimewaan gadis yang bernama Adara Qalyssa tersebut.

Tak lama kemudian, sebuah senyuman sinis terukir di wajahnya. Matanya tertancap pada wajah Adara yang tersenyum manis di dalam gambar.

"Let's see what so special about you, Miss Adara."

Updated ! I will update every day at the same time, 8 a.m. Happy reading And stay tune !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience