Sudah seharian Arwin kelihatan gelisah. Dia tidak tahu bagaimana ingin meminta izin suaminya. Lagi pun sudah 3 bulan lebih ini Arwin tidak pernah keluar ke mana-mana ada berjumpa sesiapa. Perasaannya mula berbelah bahagi apabila Kayra semahunya dia ada pada hari majlis itu.
“Macam mana aku nak cakap dengsn Airiel ni… Bagi ke dia? Kalau dia maki aku macam mana? Tapi benda tu esok. Kena tanya juga malam ni.” omel Arwin seorang diri. Arwin ke sana ke sini untuk menyusun ayat. Tiba-tiba pintu dibuka, cuak juga wajah Arwin ketika itu.
“Kau apahal macam nampak hantu?”
“Er… tak, tak ada apa-apa.”
“Lusa aku nak kau ikut aku pergi event.”
“Event? Awak pergi event?” soal Arwin tidak percaya. Mustahil lelaki ini akan pergi ke tempat-tempat begitu.
“Apahal? Muka aku ni macam penyangak sangat ke pergi event pon tak boleh?”
“Tak… awak hensem… eh no maksud Awin, awak minat ke pergi event-event macam ni? Awak tak rimas?” Laju sahaja Arwin membetulkan ayatnya namun riak Airiel hanya bersahaja.
“Sebab aku kena pergi. Tak yang kau banyak sangat cakap malam ni kenapa? Selalu 5 patah perkataan je.”
“Em encik suami….” panggil Arwin sambil datang dan duduk disebelah Airiel. Airiel berdehem dua tiga kali, lain pula rasa apabila Arwin memanggilnya dan bernada manja begitu.
“Kau nak apa? Jangan minta bukan-bukan. Kau nak keluar? Jangan harap.” berubah wajah Arwin ketika itu. Dia baru sahaja ingin meminta izin namun awal lagi sudah lampu merah.
“Ala bolehlah awak…. Awin janji Awin tak lari pun.”
“Eh aku tak cakap kau lari, kau ada niat nak lari ke? Larilah kau ingat aku kesah?”
“Betul ni tak kesah? Okay.” Arwin terus bangun.
“Arwin!” panggil Airiel membuatkan Arwin tetawa geli hati. Buat pertama kali Arwin tertawa begitu di hadapan Airiel. Airiel seakan tertarik melihat wajah isterinya yang manis ketika ketawa.
“Tadi cakap tak kesah…. Awak, bolehlah Awin nak keluar.”
“Kau nak keluar pergi mana?”
“Esok kawan-kawan Awin ada buat reunion, dekat dewan Alamanda, kawan Awin ajak Awin pergi.”
“Kawan? Bila masa kau jumpa kawan kau? Ke kau ada telefon hah?” Airiel mula ingin naik angin.
“Eh tak…. se..semalam Awin terserempak dengan kawan Awin.” jawab Arwin serba salah.
“Apahal kau tak bagitahu aku? Kau plan apa hah?”Airiel mencengkam lengan Arwin kuat.
“Sa…sakit. Mana ada Awin plan apa-apa. Awin nak pergi reunion je. Awin dah lama tak keluar rumah. Awin tak pernah minta apa-apa pun daripa awak.” ucap Arwin bernada sedih.
“Abis kau minta aku lepaskan kau tu apa?”
“Awak nak lepaskan Awin ke? Tak kan? Awin tak kesahlah kalau awak nak rahsiakan daripada semua orang Awin ni isteri awak, tapi atleast treat me like your wife. Awak tak penat ke dera mental dengan emosi Awin?” Airiel diam sambil melepaskan genggamannya. Arwin meraba lengannya dan digosok.
“Tak nak bagi tak apalah.” Arwin sudah mula jauh hati dan terus keluar daripada bilik.
“Merajuklah tu. Ingat orang tak tahu dia jumpa kawan dia. Tak layan macam isteri ye… Kau tunggu.” Airiel tersenyum sambil bangun mencari isterinya.
SEHARIAN Arwin tidak bertegur dengan Airiel. Airiel juga hanya membuat riak bersahaja. Tiada langsung ingin memujuk malah menegur Arwin.
“Awin, ni bos suruh bagi dekat Awin.” tegur Sham iaitu lelaki yang menegurnya haritu.
“Apa ni?”
“Tak tahu, bos suruh bagi je. Nah ambillah… nanti lama-lama dekat sini, abis saya kena dengan bos pula.”
“Awak ni takut sangat dengan dia. Ye la terima kasih.” ucap Arwin sambil menambil beg itu daripada Sham. Arwin terus membuka beg itu. Terkejut Arwin melihat isi yang ada. Arwin terus mengeluarkan baju itu dan di acu ke badannya. Cantik, dress yang biasa namun terlihat unik. Senyuman di wajah Arwin tidak dapat disorokkan apabila dia sangat menyukai pakaian itu. Arwin mengambil kad yang juga berada di dalam beg itu.
PAKAI BAJU NI MALAM NI. PUKUL 7:30 JUMPA DEKAT DEPAN RUMAH. -YOUR HUSBAND
Makin bertambah senyuman Arwin apabila membaca isi di dalam kad itu. Walaupun ucapan yang ringkas namun melihat daripada siapa membuatkan dia hatinya berbunga-bunga. Sungguh mudah Arwin menukar emosinya.
MALAM itu Arwin bersiap-siap untuk keluar. Dress yang diberikan oleh suaminya dipakai seperti diminta. Rambut dibiarkan lepas dan rambut di hadapan disepitkan kebelakang untuk kelihatan lebih kemas.
“Dah okay la ni kan? Eh yang aku beria siap cantik-cantik ni buat apa? Bukan aku bergaduh dengan dia? Arhhh lantaklah, aku dah siap dah pun.” omel Arwin sambil melihat penampilannya di cermin. Apabila dia berada puas hati, Arwin terus turun ke bawah dan keluar daripada rumah. Jelas riak mereka terpegun melihat kecantikkan Arwin walaupun solekan di wajah Arwin tidak tebal namun kecantikannya itu menyerlah.
“Em awak, Airiel mana?” soal Arwin sambil mencari-cari kelibat suaminya.
“Bos… dia cakap yang dia ada hal… jadi…”
‘Ada hal? What? Aku dah cantik-cantik dia cancel! I hate you Airiel!’
“Ouh tak apalah macam tu… Awin masuk dulu.” kata Arwin bernada sedikit kecewa.
“Eh, tapi bos pesan bawak Awin pergi makan. Jom.”
“Tak apalah… Awin tak nak. Awin masuk dulu.”
“Awin jangan macam ni… nanti saya yang kena . Tolong Awin, tolong saya.” parah kalau Arwin tidak mahu ikut, mahu Sham di campakkan ke dalam sungai. Bukannya tidak kenal orang seperti Airiel, jika dia berkata A maka A lah. Jangan sesiapa berani membantah.
“Ish awak ni buat Awin serba salah lah tu. Okay Awin ikut awak.” kata Awin mengalah dan membuatkan Sham tersenyum lega. Rupanya tidak susah memujuk Arwin.
Selepas 30 minit perjalanan, Arwin berasa pelik apabila Sham berhenti betul-betul di hadapan dewan Alamanda. Bukan ke semalam Airiel tidak membenarknya untuk hadir?
“Awin kita dah sampai, turunlah.”
“Tapi… Airiel bagi ke Awin pergi? Kalau dia marah macam mana? Tak naklah!”
“Lah dia yang suruh saya hantar awak dekat sinilah….dia kata awak merajuk dengan dia sebab tak bagi jumpa kawan-kawan awak. Awak tak nak cakap dengan dia kan? Sebab tu dia suruh saya yang hantar awak.” seakan tidak percaya dengan kata-kata yang keluar daripada mulut Sham. Jujur Arwin berasa terharu.
“Dah… pergilah.. enjoy your day. Tapi ingat tau Awin, jangan lari. Nanti saya yang kena pancung.”
“Ye Awin tak lari. Terima kasih awak. Awin keluar dulu.” beritahu Arwin teruja. Sham tersenyum dan menggelengkan kepala.
“Nasib kau wife bos aku, kalau tak lama aku sambar. Kenapalah kau cantik sangat Awin.”
Masuk ke dalam, Arwin mencari kelibat kawannya, siapa lagi kalau bukan Kayra. Namun pandangan orang sekeliling membuatkan Arwin berada gugup. Mengapa semua memandangnya.
‘Kenapa semua pandang aku? Aku salah tema ke? Tapi Kayra tak ada pesan pula tema. Ke muka aku? Arhhh malunya.’
“Awin!” panggil seseorang dan membuatkan Arwin mencari si pemanggil. Tersenyum Arwin apabila melihat Kayra, lantas mereka berpelukan.
“Awin aku ingat kau tak datang tau. Aku dah nak sedih dah tadi.”
“Aku datanglah… mana yang lain?”
“Dekat sana, meja kita dekat sana. Jom.”
“Eh Kayra kejap… Kenapa semua pandang aku? Aku salah tema ke? Ke ada benda tak kena dengan muka aku?” soal Arwin berbisik membuatkan Kayra tertawa.
“Sebab kau cantik gila malam ni. Dah la kau lama menghilang, lepas tu bila jumpa kau punya lawa, kalah tau orang lain. Baju kau ni, cantik kau tahu tak….” jawab Kayra teruja. Arwin tersenyum malu dengan pujian itu.
‘Husband aku yang belikan.’
“Eh dah lah, jom. Semua dah tunggu kau dekat sana. Kang diaorang marah aku pula lama-lama.”
“Are you Arwin Nur Qaira? Omg you are so beautiful.” puji Syaz iaitu kawan baik Arwin.
“Syaz…. aku rindu kau. Ye ni aku lah Syaziraa Amira…” tegur Arwin sambil berpelukan dengan Syaz. Tidak peduli dengan orang sekeliling.
“Ya allah aku pun rindu dengan kau. Kau pergi mana? Kenapa aku chat kau one tick?”
“Lah Kayra tak cakap ke? Fon aku rosak… tapi ni kan aku datang ni.” jawab Arwin tersenyum memandang mereka.
“Win, Serius kau cantik gila malam ni. Kau pakai susuk ke? Lain sangat kau ni.” Syaz dengan mulut tiada insuransnya tidak lari. Laju sahaja tangan Arwin memukul lengan Syaz.
“Kurang ajar kan kau…”
“Kau macam tak kenal mulut Syaz ni macam mana…”
“Eh dah lama start ke? Aku lambat sangat ea?”
“Eh tak adalah… Baru lagi.” jawab Kayra sambil memandang sekeliling.
“Kau pandang apa ni?” soal Syaz yang turut memandang sekeliling.
“Tu kau tengoklah bff kau tu… baju dia memang tak nak kalah, blink- blink nyah… Tengok lama- lama boleh buta.” kata-kata Kayra membuatkan mereka tertawa.
“Kau ni tak baiklah…dia kan paling glamour mestilah pakaian pun kena high class.”
“Eh hello, dia tu kena sedar diri. Kawan kita ni lagi cun daripada dia. Dia je tak boleh terima hakikat daripada dulu.” balas Kayra yang memang sejak dulu tidak suka akan Syila.
“Dah la tak baiklah. Eh kenapa aku tengok ada orang yang aku tak kenal? Ke aku tak perasan.”
“Lah Kay tak bagitahu kau ke… Malam ni open, so semua orang boleh bawak partner masing-masing. Jangan malam ni ada sesi rebut sudahlah.”
“Rebut?”
“Yela dah tengok kau ni Win, siapa je tak nak rebut. Silap-silap bertumbuk.” usik Syaz.
“Ish kau ni aku ingat apalah tadi.”
“Eh korang, dah mula tu.” tegur Kayra. Semua kerusi di meja sudah menpunyai pemilik, hanya sebelah Arwin yang masih kosong. Sudah ditanya kepada Kayra, namun Kayra menjawab memang tiada orang yang duduk kerana mereka yang menempah dua kerusi untuk Arwin kerana tahu pasti akan ada yang menyempil sekirannya tahu kerusi di sebelah Arwin itu kosong. Arwin meletakkan begnya disebelah supaya orang tahu, ada orang disebelahnya.
Setelah habis sesi ucapan, mereka teruskan dengan sesi menjamu selera. Semua tetamu riuh menegur antara satu sama lain. Segak dan manis sahaja tetamu pada malam itu.
“Syila, kau tengok tu Awin. Bukan main dia kan. Nak suruh semua orang tengok dia lah tu.” tunjuk Lenna iaitu kawan Syila. Syila menjeling sekilas.
“Biasalah tu. Dia jealous orang semua pandang aku, sebab tu dia tak nak kalah. Tengok pakaian dia, boring…” mereka tertawa sesama sendiri sambil mengutuk Arwin yang mengambil makanan.
“Kau tengoklah tu Syaz, fake gila diaorang gelak. Benci nya aku tengok.” Kayra masih lagi tidak puas hati dengan mereka berdua.
“Kau ni, macam tak kenal diaorang. Adalah tu dia mengutuk orang.”
“Malas aku nak tengok diaorang, tengok diaorang buat hati aku ni terbakar. Baik aku tengok bidadari tu ha.” Kata Kayra sambil memandang Arwin yang sedang berbual dengan rakan sekelasnya yang lain.
“Obses betul kau dengan kawan kita yang sorang tu.”
“Ye… aku suka tengok dia malam ni. Kau tengoklah cantik gila kot. Jarang kau nak tengok dia berhias macam sekarang.”
“Betul… eh kau rasa Izhan ada tak?” berubah wajah Kayra apabila Syaz menyebut nama lelaki itu. Disebabkan lelaki itu, Arwin dan Kayra hampir bermusuh. Izhan merupakan bekas teman lelaki Kayra. Namun lelaki itu menyukai Arwin dan dia menggunakan Kayra untuk mendekati Arwin. Hampir seminggu juga Arwin dan Kayra tidak bertegur.
“Ada… aku nampak dia tadi. Dan aku yakin dia akan tegur Awin. Tu kau tengok, dia nak datang dekat Awin.” beritahu Kayra sambil matanya tidak lari memandang sahabatnya.
“Hai Awin.” sapa seseorang. Wajah Arwin berubah apabila melihat orang yang menyapanya.
“You are so beautiful tonight. Lama kita tak jumpa.”
“Terima kasih.” jawab Arwin sepatah.Dia kalau boleh tidak mahu bercakap dengan lelaki di hadapannya.
“Awak dah tukar nombor ke Awin? Kenapa saya call, nombor tu dah tak guna.”
“Saya dah tak pakai telefon. Excuse me, saya nak makan.” jawab Awin sambil terus jalan ke meja meninggalkan Izhan di situ. Izhan hanya tersenyum sebaris.
“Ha… borak apa hah?” usik Syaz. Wajah Arwin jelas rasa serba salah.
“Kay…. sorry. Aku…”
“Kau kenapa nak sorry aku pula? Hello kiter dah ada baby kiter okay. Do I care about him?” Kayra menjeling mengejek membuatkan Syaz terbahak-bahak ketawa dan Arwin pula berasa lega.
“Baby kau tu mana? Daripada sesi ucapan sampai dah makan, tak sampai-sampai. Aku rasa dia datang jemput kau je.” perli Syaz.
“Hey… jahat mulut. Kejap lagi sampailah. Cakap orang, baby kau mana? Tak datanglah tu.”
“Hello baby kita otw…. cakap baik sikit.” Arwin tidak berhenti ketawa daripada tadi. Sakit perutnya melihat karenah kawan-kawannya. Melihat Arwin yang begitu girang membuatkan mereka mendapat satu idea.
“Hey yang awak ni, gelak-gelak… baby awak mana? Tak akan tak ada?” Melihat wajah mereka berdua membuatkan Arwin juga mahu mengenakan mereka.
“Baby kiter…. dia….”
“Wait? Kau dah ada Win? Seriuslah?” soal Kayra terkejut.
“Baby kiter dalam mimpi…” usik Arwin membuatkan mereka menarik muka.
“Ingatkan betul dah ada. Aku dah excited dah.”
“Itulah… aku teringin nak tahu siapa yang beruntung tu.” Arwin hanya tertawa.
‘Tak mungkin aku akan bagitahu korang aku ada suami.’
apa pendapat korang? okay ke cerita yang niena created ni?
Share this novel