PROLOG

Humor Series 3218

"Tin tin!!"

Kelihatan seorang abang posmen tiba di hadapan sebuah rumah banglo. Loceng rumah ditekan. Sambil ralit mencari surat buat sang penerima. Muncul seorang gadis ayu bertudung di hadapannya.

"Assalamualaikum. Adik ni ada surat untuk Nur Sufiyah binti Ismail." Ucap abang posmen sambil menyerahkan surat itu.

"Waalaikumusalam. Oh terima kasih ya bang." Sambut gadis itu. Si abang posmen terus beredar kerana banyak lagi surat yang hendak dihantar.

Gadis itu terus melangkah masuk ke dalam rumah banglo itu sambil membelek surat itu. Matanya membulat setelah membaca isi kandungnya.

Sufiyah segera berlari anak menuju ke bilik pejabat ayahnya. Tidak sabar mahu menunjukkan surat itu. Tiba saja di hadapan pintu bilik direntap kuat.

"Ayah!! Su dapat, Su dapat!!" Ucap Sufiyah dengan tercungap-cungap. Encik Ismail yakni ayahnya mengerut dahi. Pelik melihat anak gadisnya itu.

"Dapat apa? Sini tunjuk pada ayah." Ucap Encik Ismail lembut. Dia memang seorang yang sopan. Tidak kisahlah jika dia disenangi oleh orang disekelilingnya.

Surat itu bertukar tangan. Encik Ismail membaca dengan teliti. Tercalit senyuman pada bibirnya. Encik Ismail memandang anaknya.

"Tahniah Su. Ayah bangga dengan kamu. Tak sangka kamu lulus ujian kemasukan tu." Sufiyah tersenyum tapi didalam hatinya masih berasa resah.

"Sama-sama ayah." Ucapnya sopan. Dia mahu menolak tawaran itu tetapi risau jika ayahnya sedih. Surat itu diambil lalu dia pamit keluar dari bilik pejabat ayahnya itu.

******************

Sufiyah kini sedang sibuk menyiapkan makan malam. Usai solat berjemaah bersama ayahnya. Dia pamit hendak ke dapur. Bauan wangi dari masakannya buat Encik Ismail turun dari biliknya.

"Kamu masak apa Su. Wanginya sampai ke atas." Tersentak Sufiyah dengan kehadiran ayahnya itu. Nasib baik ayahnya kalau bukan dah lama dia hempuk dengan kuali itu.

"Oh Su masak nasi goreng saja. Cukuplah untuk kita berdua makan malam ni." Sufiyah segera menyelesaikan masakannya manakala Encik Ismail sudah pun berada di meja makan.

Sufiyah tiba di meja makan dengan dua pinggan nasi goreng. Tidak lupa juga air teh yang dia buat sebelum memasak tadi.

Bacaan doa dilafazkan dan dua beranak itu makan dengan senyap. Encik Ismail memandang Sufiyah. Dia tahu anak gadisnya itu berasa resah.

"Su. Kamu tak mahu ke akademi itu?" Soal Encik Ismail. Sufiyah memandang ke bawah lalu mengangguk.

"Su, Dengar sini. Peluang hanya sekali Su. Kalau Su tolak. Semuanya akan jadi sia-sia saja." Kata-kata Encik Ismail membuatkan Sufiyah rasa tenang. Mereka menyambung semula makan yang terhenti tadi.

Usai makan malam. Sufiyah segera naik ke biliknya. Encik Ismail hanya memandang saja pemergian anaknya. Keluhan dilepaskan.

"Su, ayah harap kamu terima tawaran itu. Ayah harap sangat." Monolog Encik Ismail seorang diri.

Sementara itu. Sufiyah yang kini sudah berada di biliknya. Sedang sibuk bermain aplikasi 'WhatsApp' melalui telefonnya. Kenalan bernama 'Suffiyan' dicari.

"Sufiyah"

Assalamualaikum. Awak busy tak?

"Suffiyan"

Waalaikumusalam. Kenapa ni Su?

"Sufiyah"

Saya nak mengadu ni.

"Suffiyan"

Hahaha. Ya silakan. Saya dengar. Eh saya baca.

"Sufiyah"

Awak ni. Ok, saya dapat tawaran masuk ke Artisa academy. Tapi saya tak mahu. Dan saya tak mahu kecewakan ayah.

"Suffiyan"

Lah kenapa? Bagus lah. Ayah pun suka awak masuk. Lagipun saya pun dapat juga tawaran tu. Jangan risau. Saya jaga awak nanti.

"Sufiyah"

Awak pun dapat? Yeayy saya tak perlu risau lagi. Terima kasih awak. Sayang awak!!?

"Suffiyan"

Hahaha ya sayang awak juga.

"Sufiyah"

Ok awak. Bye. Saya nak tidur.

"Suffiyan"

Ok bye.

Telefon milik Sufiyah di'off'kan. Dia tersenyum gembira apabila insan yang paling dia sayang juga diterima masuk ke akademi itu.

Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Mata Sufiyah semakin lama semakin mengecil. Rasa mengantuk mula menguasai dirinya. Akhirnya Sufiyah tewas lalu tertidur dengan nyenyaknya.

*********************

Pagi itu. Rumah banglo itu bergema dengan suara tangisan Sufiyah. Encik Ismail terpaksa memujuk anaknya itu supaya diam. Tubuh anaknya dipeluk erat supaya tangisan berhenti.

"Su, sudahlah jangan menangis. Ayah bukan ke sana bukan untuk berjalan-jalan. Ayah ada kerja disana. Maaf ya nak. Sudahlah jangan menangis.

Suffiyan yang baru muncul di muka pintu memandang Sufiyah yang menangis tidak ubah seperti seorang gadis kecil yang tidak dapat aiskrim.

Encik Ismail memandang Suffiyan lalu menggelengkan kepala. Pelukan dilepaskan. Tangannya dilambaikan pada Suffiyan. Segera dia menuju ke ayahnya itu.

"Kenapa ni ayah? Pagi-pagi Iyan datang dah bising." Tanya Suffiyan bingung.

"Hmm, tadi ayah dapat panggilan dari pejabat. Mereka kata ayah kena pergi ke Istanbul atas urusan kerja. Kebetulan Su dengar terus dia menangis kuat macam ni." Jelas Encik Ismail.

Suffiyan memandang ke arah kembarnya itu. Dapat dia rasai kesedihan melampau yang dirasai oleh kembarnya itu.

"Macam ni. Ayah biar Iyan selesaikan. Ayah pergilah kemas-kemas ke apa ke. Ok?" Encik Ismail hanya mengangguk lalu beredar.

"Awak. Sudahlah tu. Ayah kan ada kerja. Saya boleh jaga dan lindungi awak dekat sini." Makin galak Sufiyah menangis mendengar kata-kata Suffiyan.

Tiada cara lain lagi. Suffiyan terus mencempung tubuh kembarnya itu. Tidak mengapa kerana berat Sufiyah hanyalah seperti berat seguni beras.

Terus Suffiyan menaiki tangga menuju ke bilik Sufiyah. Dia tahu cara yang sesuai mahu memujuk kembarnya.

15 minit kemudian keadaan senyap kembali. Suffiyan turun dari bilik Sufiyah lalu mencari kelibat ayahnya.

"Alhamdulillah senyap juga. Apa kamu buat pada Su?" Soal Encik Ismail. Muncul juga tanggapan lain di kepalanya.

"Iyan tenangkan dia dan tidurkan dia. Tak mengapalah ayah. Nanti dia okay lah tu." Jelas Suffiyan. Encik Ismail tersenyum.

"Ayah bila nak gerak kesana?" Soal Suffiyan. Encik Ismail hanya mendiamkan diri lalu memegang bahu anaknya itu.

"Lusa lepas daftarkan Su nanti. Ayah nak minta pertolongan kamu boleh? Tolong jagakan Sufiyah elok-elok. Macam ayah jaga dia sebelum ni. Ayah nak kamu jadi abang yang baik kepada dia. Boleh?" Suffiyan tercengang sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Err.. In sya Allah. Iyan akan cuba yang terbaik." Encik Ismail memeluk tubuh Suffiyan. Tanpa sedar matanya mula berkaca. Suffiyan cuba menenangkan ayahnya itu.

__________________________

Assalamualaikum para readers sekalian. Huhuhu saya telah mengubah sedikit jalan ceritanya. Maafkan saya jika berlaku kekeliruan. Saya tahu saya tak pandai menulis sangat tapi in sya Allah saya cuba.

Dengan ini saya akan mewakili diri saya untuk mengisytiharkan cerita M.A.N.I.S yang baru. Aamiin

Ok bye. Jumpa lepas saya update ni..huhuhuhu. Bubye!!!

SILAKAN VOTE YA. KERJASAMA ANDA AMAT DIHARGAI.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience