52

Romance Series 93217

Yasir menoleh saat dia merasakan bahunya seperti dipaut oleh seseorang. Kelihatan Puan Sri Elise sedang berdiri di belakangnya bersama senyuman yang mekar di bibir. Yasir pantas menginjakkan sedikit punggung bagi membolehkan ibunya duduk di sisi bersamanya. Wajah tua itu ditatap lembut. Senyuman masih jua tidak lekang dari bibir Puan Sri Elise.

“Boleh mom berbual dengan Yasir sekejap?" Soal Puan Sri Elise lembut.

Yasir hanya mengangguk perlahan. Sejujurnya dia seakan dapat menangkap tujuan asal ibunya ke mari. Ini pasti tidak lain dan tidak bukan ingin membicarakam soal arwah Ramona dan anak yang dilahirkannya itu. Memikirkan hal itu, fikiran Yasir serta merta menjadi serabut. Tidak semena - mena sebuah keluhan lahir dari bibirnya.

“Yasir ok ke, sayang? Mom tengok sejak kebelakangan ni Yasir asyik termenung aje. Yasir ada masalah ke? Tak nak kongsi dengan mom?" Puan Sri Elise cuba untuk berbahasa basi. Sebolehnya beliau tidak mahu Yasir menyedari akan tujuan asalnya ke mari. Beliau harus memasang strategi dengan sebaik mungkin agar plannya bisa berjalan dengan lancar.

“I'm ok, mom. Nothing to worries. Ada hal apa yang mom nak bualkan dengan Yasir ni? Straight to the point aje. Tak perlu nak berkias - kias macam ni. Yasir tahu ada sesautu yang mom nak tanyakan kepada Yasir kan?" Soal Yasir dengan nada yang cukup sinis.

Puan Sri Elise sedikit tersentak mendengarkan pertanyaan anak bongsunya itu. Betapa beliau merasakan Yasir sangat biadab saat berbicara dengannya. Kebiadaban Yasir itu memang sudah tidak dapat dibendung lagi. Malah sejak dari dulu lagi Yasir memang seorang yang jenis lantang apabila berkata - kata. Tidak sedikit pun dia akan cuba untuk menjaga hati sesiapa yang berbual dengannya.

“Yasir, kenapa Yasir jadi macam ni, nak? Yasir lupa ke dengan siapa Yasir sedang bercakap ni? Ini mom, sayang. Bukannya kawan - kawan Yasir yang Yasir boleh bersikap biadab macam tu. Lagipun salah ke kalau mom nak ajak Yasir berbual? Mom rasa dah lama sangat kita tak spent time together, berbual sama - sama macam dulu. Mom rindu sangat dengan Yasir yang dulu." Luah Puan Sri Elise sayu.

Yasir agak tersentak saat mendengarkan luahan hati ibunya. Wajah sayu Puan Sri Elise ditatap sepintas lalu sebelum pandangannya kembali tertumpu ke arah kolam renang di hadapan mereka. Entah mengapa dia langsung tidak merasa bersalah dengan
tindakan biadabnya sebentar tadi. Bagi Yasir, dia memang tidak gemar jika ada yang cuba berpura - pura berlembut dengannya sedangkan mereka mempunyai muslihat tersendiri. Tidak kiralah orang itu datang dari keluarganya ataupun teman - temannya sendiri.

“Maaf kalau mom terasa hati dengan apa yang Yasir katakan tadi. Tapi mom sendiri tahu kan Yasir ni macam mana? Kalau mom ada apa - apa yang nak dibincangkan, terus terang aje. Yasir ok." Balas Yasir tanpa sedikit pun menoleh ke arah Puan Sri Elise.

Puan Sri Elise menghela nafas berat. Wajah tegang Yasir masih ditatap setia. Sejujurnya beliau sudah buntu untuk memikirkan cara yang terbaik untuk menasihati Yasir. Bahkan sejak dari kecil Yasir memang gemar menentang apa sahaja yang diajari oleh mereka suami isteri. Jika mereka mengambil tindakan yang tegas ke atasnya, Yasir pasti akan memberontak dengan semahu - mahunya. Pengakhirannya mereka terpaksa memilih jalan untuk mendiamkan diri sahaja.

“Kenapa Yasir buat semua ni? Apa yang Yasir mahukan sebenarnya?" Soal Puan Sri Elise dengan suara yang mendatar.

“Keseronokkan." Balas Yasir selamba.

Buntang mata Puan Sri Elise mendengarkan jawapan selamba Yasir. Dadanya mula terasa sempit sehingga menyukarkan beliau untuk bernafas. Baginya Yasir memang sudah keterlaluan. Tiada langsung riak wajah bersalah di wajahnya.

“Keseronokkan dengan cara merosakkan anak dara orang? Macam tu? Itu yang Yasir panggil keseronokkan?" Kali ini nada Puan Sri Elise sudah mula meninggi. Mencerlung matanya merenung tajam ke arah Yasir.

Yasir tersenyum sinis. Sesekali tangannya membetulkan rambut yang turun berjuraian itu.

“Mom ingat Ramona tu baik sangat ke?" Soal Yasir sinis.

“Ya mom tahu dia sosial. Tapi apa yang pasti Ramona tu rosak di tangan Yasir sendiri kan? Yasir yang hancurkan masa depan dia. Yasir tak rasa bersalah ke hah? Sudahla Yasir rosakkan anak dara orang, kemudian Yasir hancurkan pula hubungan Ramona dengan Abang Ez. Bila keadaan jadi huru hara macam ni, Yasir sikit pun takde rasa bersalah atau nak minta maaf dengan Abang Ez kan? Apa nak jadi dengan Yasir ni?" Kesabaran Puan Sri Elise sudah tiba ke kemuncaknya.

“Lagi, lagi Abang Ez!!! Lagi, lagi Abang Ez!!! Bosan la dengar. Apa mulia sangat ke Abang Ez tu sampaikan semua orang nak sanjung dia macam malaikat? Arghhhh!!" Tempik Yasir kuat.

Pangggg!!!

Satu tamparan kuat hinggap di pipi Yasir. Dada Puan Sri Elise mula berombak. Beliau benar - benar sudah hilang sabar. Buat pertama kalinya Puan Sri Elise menampar Yasir. Selama ini beliau tidak pernah memukul anak - anaknya seperti itu. Segala - galanya diserahkan kepada Tan Sri Zamir untuk mengambil tindakan terhadap mereka. Tapi untuk kali ini, Puan Sri Elise sudah tidak mampu untuk menahan sabarnya lagi.

“Sekurang - kurangnya Abang Ez tu masih ada rasa tanggungjawab untuk menjaga bayi yang dah sah - sah bukan dari benihnya sendiri. Bahkan dia sanggup memaafkan orang yang telah mengkhianati dirinya seperti kamu, Yasir!! Kamu lupa siapa yang pertahankan kamu bila dad halau kamu keluar dari rumah ni? Kamu lupa siapa yang pujuk dad supaya memaafkan kamu setelah kamu menconteng arang di muka kami? Kamu lupa ke, Yasir??" Tempik Puan Sri Elise semula.

Yasir diam terkedu. Pipi kanannya diusap lembut bagi menghilangkan rasa pedih akibat tamparan kuat yang diterimanya
tadi. Jujur dia tidak menyangka Puan Sri Elise akan bertindak seperti itu terhadapnya. Bahkan selama ini ibunya jarang bertindak kasar terhadap anak - anak. Hal ini benar - benar mengejutkannya.

“Cukuplah Yasir. Mom rasa mom dah cukup bersabar dengan sikap kamu selama ni. Dah macam - macam yang kamu buat. Tapi mom tetap diam dan pejamkan mata. Penyudahnya apa yang mom dapat? Perangai kamu semakin hari semakin menjadi - jadi. Sampaikan orang yang tak bersalah pun kamu nak benci. Apa masalah kamu yang sebenarnya ni? Tu, Maryam tu. Mom tengok sejak dia ada di sini, tak pernah sekali pun kamu sentuh dia kan? Kenapa? Jijik? Atau kamu akan rasa terhina kalau pegang budak yang berpenyakit macam tu?" Soal Puan Sri Elise dengan nada menyindir.

Yasir memberanikan diri mengangkat wajahnya menghadap Puan Sri Elise. Kelihatan wanita separuh usia itu sedang memandangnya dengan renungan yang cukup tajam. Jantung Yasir semakin berdebar - debar. Bibirnya menjadi kelu untuk berkata - kata.

“Ta.. Ta.. Tapi Maryam tu bukan anak dari hasil hubungan Yasir dan Mona." Yasir cuba membela diri.

“Then, Maryam tu anak dari hasil hubungan abang kamu dengan Ramona ke? Tak kan? Tapi kenapa boleh je Abang Ez jaga Maryam tu macam anak dia sendiri? Enough la, Yasir. Mom dah letih dengar semua ni. Cukup - cukuplah tu bagi alasan. Cubalah jadi manusia yang ada rasa tanggungjawab sikit. Kamu pun bukannya muda lagi. Sampai bila kamu nak hidup dengan menongkat langit macam ni? Kamu kena ingat Yasir. Ajal dan maut tu semua di tangan tuhan. Sementara masih ada waktu ni, bawa - bawalah bertaubat. Mom tak nak tengok anak - anak mom nanti mati dalam keadaan sia - sia. Merana hidup kamu di akhirat nanti, nak. Tolonglah Yasir. Tolonglah dengar nasihat mom ni. Berubahlah, sayang." Nada Puan Sri Elise sudah bertukar sedikit lembut. Bahu Yasir langsung dipautnya erat.

Yasir mengeluh lemah. Entah mengapa nasihat ibunya kali ini agak terkesan di hatinya. Wajah Puan Sri Elise ditatap lemah.

“Yasir, Maryam tu tak salah, nak. Dia tak minta pun untuk dilahirkan ke dunia ni. Malah dia juga tak minta untuk dianugerahkan penyakit yang sama seperti arwah ibunya. Yasir kena ingat, bayi yang baru lahir itu semuanya bersifat suci dan terpuji di mata Allah. Jadi siapa kita untuk menghukum mereka? Mom harap lepas ni Yasir sudi - sudilah luangkan masa untuk Maryam. Ya, memang dia bukan anak dari benih Yasir. Tapi tak salah kan kalau kita curahkan kasih sayang kita buat dia? Malah sedikit sebanyak kita pun akan dapat pahala. Yasir faham kan maksud mom?" Ujar Puan Sri Elise lagi.

Yasir mengangguk perlahan. Tidak semena - mena tubuh Puan Sri Elise ditarik ke dalam pelukannya. Lebih mengejutkan Puan Sri Elise, air mata Yasir turut mengalir membasahi pipinya. Kedengaran esakan kecil memenuhi ruang sunyi itu.

“Thanks mom." Ucap Yasir dalam esakan.

Puan Sri Elise mengangguk sambil membelai - belai rambut anak bongsunya. Beliau yakin Yasir mampu berubah menjadi insan yang lebih berguna selepas ini. Jauh di sudut hati, beliau tidak henti - henti berdoa agar Allah membuka pintu hati Yasir untuk berubah. Sebagai seorang ibu, pasti beliau mahukan yang terbaik untuk anak - anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience