Bab 4

Family Completed 3187

"Ni murid baru dalam kelas kamu.Sila kenalkan diri.."arah Cikgu Nita lalu membiarkan pelajar baru itu berucap.

"Selamat berkenalan.Nama saya Fairuz Zahran dan saya akan menjadi sebahagian daripada kelas ini."ucapnya sambil tersenyum ramah.

"Ada apa apa soalan untuk classmate baru kamu ni?"tanya Cikgu Nita.

"Saya!ermm..kenapa awak pindah sini?"tanya seorang pelajar lelaki.

"Atas sebab sebab peribadi kut.."

"Saya pula!"Mia mengangkat tangannya ke udara.

"Err..awak..dah berpunya ke?"tanyanya sambil tersipu sipu.

Alisha tersenyum sinis sambil matanya terarah ke luar tingkap.

"Errmm..maaf?"Fairuz kurang pasti akan maksud di sebalik persoalan gadis itu.

"Hmm..maksud saya,awak dah ade girlfriend tak?"

Fairuz ingin membalas namun Cikgu Nita telah memotong terlebih dahulu.

"Kamu ni takde soalan yang bagus bagus sikit ke?tak sedar ke diri tu masih pelajar?"marah Cikgu Nita sambil menjegilkan mata kepada Mia.

Fairuz hanya tersenyum menampakkan lesung pipitnya di sebelah kiri sahaja.Dia diarah untuk duduk di mejanya yang berada di bahagian belakang.

Semasa berlimpas dengan meja Alisha dia sempat memandang sisi susuk tubuh gadis itu yang langsung tidak memandangnya sedari tadi.

Kelas bermula seperti biasa...

Kringg...waktu yang paling ditunggu tunggu oleh semua pelajar telah tiba di mana masa ini digunakan untuk mengisi perut yang kosong.

Keadaan di kantin riuh rendah dengan keletah para pelajar di mana ada yang berbual sambil makan dan ada juga yang hanya melepak.

"Bro..kau nak ikut kitorang ke kantin tak?"pelawa Mirzan selaku pelajar yang duduk di sebelah Fairuz.Fairuz bersetuju lalu mengikuti langkah rakan rakan barunya itu.

Dia,Mirzan dan 2 lagi rakan lelakinya duduk semeja sambil menjamah makanan masing masing.

"Okay..memandangkan kau budak baru kat kelas. Biar aku kenalkan kau kat sekolah ni.Seperti yang kau tahu,nama aku Megat Mirzan.Tapi aku tak suka orang panggil aku Megat so kau panggil je aku Mirzan.Ni Adam dan ni pula Rizqi."Ujar Mirzan sambil menunjuk Adam Dan Rizqi yang duduk berhadapan dengannya dan Fairuz.

"Kau tengok sana tu.."dia beralih pula pada sekumpulan lelaki yang rancak berbual dan kadang kadang bersiul nakal apabila pelajar perempuan melimpasi mereka.

"Yang tu jangan buat main!sekali kau kacau dorang,hidup kau takkan senang kat sekolah ni. Yang tu pula.."mereka beralih pula pada sekumpulan pelajar perempuan yang saling bergelak tawa.Entah apa yang lucu sangat.

"Itu ialah para diva sekolah.Standard dorang tinggi dari segi berkawan dan memilih lelaki untuk dijadikan boyfriend.Aku pun tak ingin nak berdamping ngan dorang.Kesian aku tengok bekas bekas boyfriend diorang tu sebab selalu kena buli.Nasib dorang lah.."jelasnya sambil tergeleng geleng.

"Dan akhir sekali tu..diorang ialah geng nerdy di kelas kita.Semuanya rajin belajar and tak suka social."kali ini Mirzan menunjuk ke arah sekumpulan pelajar perempuan dan lelaki yang kurang bergaul dan hanya memfokuskan pada makanan sahaja.

"Yang lain tu pelajar dari kelas and form lain.Itu terpulang kau kalau nak berkenalan ngan dorang. Aku just kenalkan classmate kita je."

Fairuz terangguk angguk lalu matanya tertancap pada seorang lagi pelajar yang kelihatan serius sambil mencatat catat sesuatu pada failnya.

"Yang tu..bukan classmate kita juga ke?"tanyanya kemudian semua mata tertumpu pada pelajar itu.

"Ha yang tu lagilah..dia serupa harimau liar tau.." kata Adam lalu disambut dengan anggukan oleh 2 rakannya itu.

"Harimau?"

"Yup!"

"Kenapa harimau?sebab dia garang?"tanya Fairuz.

"Yes!!tapi bukan tu je.Sekali kau masuk kawasan dia,mati kau kena terkam.Maksudnya,sekali kau buat salah kat dia,parah kau dikerjakan."kata Rizqi yang dari tadi hanya mendiamkan diri.

"Biar aku jelaskan siapa itu Alisha Lea Binti Dato Hamid.Dia tu anak kepada seorang CEO di syarikat yang mengurus bisnes perniagaan.Dia boleh kalahkan semua pelajar di sekolah ni tak kira junior atau senior.Semua takut ngan dia sebab belum ada lagi yang pernah kalahkan dia kalau tengah bergaduh.Ade je dia balas balik sampai orang lain pun takut nak bergaduh ngan dia."jelas Adam panjang lebar sebelum kedengaran suara orang menjerit tegas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience