Intro:
Sudah terlalu lama aku memendam rasa, apa aku ini bukan darah daging dorang? Kenapa sampai ke tahap ni layanan buruk yang aku terima. Aku cuba bersabar semampu yang boleh tapi kalau aku pendam, aku takut aku akan jadi gila.
BAB 1
Laungan azan asar berkumandang. Berpusu-pusu umat Islam berjalan dan menuju ke masjid mahupun surau berdekatan untuk solat berjemaah. Tidak ketinggalan juga Pak Cu dan Pak Amin.Seketika mereka berdua meninggalkan kerja-kerja penanaman di ladang untuk menunaikan kewajiban sebagai hamba Allah. Solat lima waktu yang termaktub pada rukun Islam yang ke dua selapas mengucap dua kalimah syahadah.
“Ayah kamu mana Diana?” Tanya Mak Kiah kepada Diana yang sedang menelaah buku rujukan di ruang tamu.Dia baru sahaja pulang dari pekan bersama Along, adik dan ucu. Di tangannya masih lagi menjinjit beg plastik biru gelap. Apa isi dalamnya dia tidak tahu.
“Ayah ke masjidlah mak. Dengan Pak Cu.” Jawab Diana dengan hemat.
“Hem.”Mak Kiah terus berlalu meninggalkan Diana di ruang tamu sendirian. Adik beradiknya yang lain masing-masing dah masuk ke dalam bilik usai sahaja mereka sampai ke rumah.Dapat di lihat bertapa gembiranya Along, adik dan ucu dengan beg plastik masing-masing. Kiranya di fikiran Diana, beg plasrik yang di pegang oleh emaknya adalah untuk dirinya.
“Mak beli apa dekat pekan?” Tanya Diana ingin tahu apabila Mak Kiah lalu di ruang tamu.
“Barang sikit. Ni kamu dah masak ke belum? Aku belum makan lagi dengan adik-adik kamu tu.”
“Dah mak.”Mak Kiah terus keluar tanpa pedulikan Diana lagi.
Masuk kali ini, Itu bukan kali pertama emaknya memperlakukannya sedemikian. Tetapi sudah kerap. Kenapa, tidak pula dia ingin bertanya lanjut.
Petang itu usai sahaja dia menyiapkan kerja kursus matapelajaran geografi tingkatan lima sains sosial, dia keluar ke sungai hujung kampung. Sudah menjadi kebiasaan dirinya waktu-waktu begini dia akan ke sana seorang diri. Melihat air yang mengalir menenangkan dirinya. Itupun kalau semua kerja-kerja sekolah dan kerja rumah telah pun dia siapkan.
“Hoi!” Sergah Mei Wei dari belakangnya.
“Hei, korang bila sampai?” Tanya Diana.
“Kita orang dah sampai sejak tadi. Nampak kau duduk sorang-sorang dekat sini, tu sebablah kami datang.” Jawab Haziq.
“Ye ke? Tak perasan pun.” Betah Diana.Memang sejak tadi dia duduk, tak perasankan kawan-kawannya ini datang. Hanya dia seorang sahaja yang berada di batu air. Merendam kakinya.
“Macam mana kau nak perasan, berkhayal je kerjanya.” Marah Mei Wei.
“Kau kenapa? Muka muram je. Ada masalah lagi ke dekat rumah tu?” Tanya Mei Wei prihatin.
“Yelah. Muka kau kalau cemberut macam ni tak lain tak bukan mesti Mak Kiah marah kau kan?” Potong Haziq.
Bukan mahu membuka aip keluarga sendiri, tetapi memang sejak mula lagi dia masuk ke dalam keluarga ini, macam-macam hal yang jadi. Apatahlagi status dirinya yang sebenar membuatkan along dan Mak Kiah membencinya.Hanya Haziq dan Mei Wei saja yang tahu perihal rahsia ini. Jadi mereka berdua lebih tahu kenapa Diana selalu ada di sini membawa diri melayan perasaannya di sini.
“Tak lah. Mana ada gaduh lagi. sejak Pak Cu tinggal sekali dengan kami, okeylah.” Lemah sahaja jawapan yang di berikan.
“Okeylah..? Bunyi macam tak okey lah. Kan Haziq?”
“Ye. Betul tu Mei Wei. Diana.. kau janganlah simpan dalam hati sorang-sorang. Kau tahukan kita orang sentiasa ada untuk kau. Ceritalah apa masalahnya?”
“Tak ada apa. Cuma aku rindukan ibu aku.” Diana cuba menahan sebak di dada. Ya, dia memang rindukan ibunya. Ibu yang melahirkan dirinya dan telah pun menghadap Ilahi sejak dia berusia tiga tahun. Kemudian, ayahnya pula pergi mengikut ibu setahun kemudian.
“Diana..janganlah kau bersedih. Esok lepas habis sekolah kita pergi kubur ibu kau tu ya.” Mei Wei cuba memujuk.
“A’ahlah Diana. Esok kita orang temankan kau nak? Boleh juga aku melawat kubur Nek Zah.” Haziq mnegiayakan cadangan Mei Wei.Air mata di seka. Terubat juga pedih di hatinya walaupun itu hanya biasan untuk menutup keresahan dan kegundahan di hatinya agar perasaan dia yang sebenarnya tidak dapat di baca oleh dua sahabat ini.
Share this novel