Bab Enam

Romance Series 4862

Aku mula tidak sedap hati. Aku cuba tarik nafas dalam dalam lalu menghembuskannya. Buka sahaja mata, aku melihat lelaki tadi meluru ke arahnya dengan sebilah pisau. Aku menggigil.

" Bagi beg duit kau!" arah suara garau itu.

" Jangan bagi, sayang!" jerit satu lagi suara garau itu. Aku terpempan. Siapa tu? Sekali lagi aku terkesima. Izzat? Seriously? And he was calling me 'sayang'? Nama panggilan mereka sebelum berkahwin.

" Kau siapa ah? Jangan nak acah jadi hero lah kat sini!" tengking penyamun itu. Dia mahu bercakap lagi, namun cepat sahaja Izzat melepaskan satu das tumbukan ke arah muka penyamun itu. Terundur penyamun itu ke belakang. Dia mahu lari namun cepat diberkas Izzat.

"Call polis sayang! Cepat!" arah Izzat. Aku yang mendengar hanya mengikut bagai lembu dicucuk hidung.

" Err... Ini polis ke?" aku bertanya soalan bodoh. Setelah membuat laporan kepada pihak polis, kami menunggu seketika. Aku mengengsot ke arah Izzat.

" Abang, terima kasih selamatkan sayang tau." ujarku bahagia.

" It's okay sayang. Abang ala..." katanya terputus.

" Kenapa ni bang?" soalku hairan.

"Maafkan saya. Saya terpanggil awak sayang. Itu diluar kawalan saya. Maaf sangat-sangat." sedar Izzat. Wajahnya yang merah itu ditundukkan sedikit. Aku sedikit terkilan. Dia dah tak sayang aku dah ke? Aku yang melihatnya tersenyum.

" I love you, bang. Don't you?" ujarku tanpa sedar. Mukanya diangkat dengan riak yang berkata'seriously'?

" Apa say... Apa awak cakap tadi?" dia tergagap.

"Err... It's nothing actually." elakku. Kus semangat... Riaknya kembali sedih. Aku tahu dia dengar. Tapi aku malu untuk mengaku.

" Ini pihak polis. Anda bernama Nur Zahra Zahira yang membuat laporan sebentar tadi?" soal Inspektor Hafizh. (Aku tau sebab dia pakai tag nama). Aku hanya mengangguk.

" Anda dikehendaki ke balai untuk siasatan lanjut. Lelaki ni siapa?" soal Inspektor Hafizh lagi. Aku terkedu. Nak jawab apa eh? Tunang? Ke ex-tunang?

" Siapa?" sergah Inspektor Hafizh membuatkan aku melatah. "Well, he is my fiancee." aku berkata tanpa sedar sekali lagi. Inspektor itu sekadar mengangguk. Izzat nemandangku dengan matanya yang terbeliak tidak percaya. Aku menyusun sepuluh jari tanda meminta maaf. Dia lalu tersenyum menunjukkan isyarat 'ok'. Aku tersenyum gembira.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience