dua puluh

Romance Series 207196

"Tidur?" soalnya dingin.

Shira pantas meraup wajahnya kalut dan membetulkan rambutnya yang semestinya macam sakai.

"Hehe.. sorry bang. Abang baru balik? Lambatnya.. abang ke mana? Tadi cakap nak balik lepas maghrib.. penat Shira tunggu tau.. Duduklah. Shira ambilkan air dalam peti ais. Abang tak makan lagi kan?."

Seperti yang dijangka Khalish, Shira mula membebel. Tapi entah mengapa bebelan gadis itu menyenangkannya, tak serabut seperti selalu.

Shira pula berlalu ke dapur selepas menarik lengan Khalish untuk duduk di meja makan.

Ice tea di dalam jag kaca diambil beserta dua biji gelas dan diletakkan di dalam dulang sebelum dibawa keluar.

Khalish masih statik duduk di kerusi, tak ada anisiatif mahu membuka tudung saji. Maleh.

"Shira ada buatkan ice tea untuk abang.. la nape tak bukak tudung saji ni? Haish.. abang ni malas pun bertempat la. Jangan la malas-malas sangat.. "

Khalish hanya membiarkan Shira berkata-kata sendirian, yang dia tahu, dia lapar..

Nak makan.

"Shira masak special untuk abang! Ten tereng!" tudung saji dibuka excited. Shira tersenyum manis sambil duduk di kerusi bersebelahan Khalish.

Tangan ditepuk beberapa kali, teruja!

"Shira buat meat lasagna and Oglio e Olio with lemon!! Abang suka lemon kan? Shira buatkan abang hidangan ni la.."

Dengan over nya Shira memperkenalkan setiap hidangan yang ada pada Khalish. Mungkin perasaan Shira saja tapi Khalish tampak bersinar matanya menatap hidangan yang terhidang.

'Laparlah tu..muahahaha.. mesti abang sayang Shira lepas ni. Wait and see.'

"Abang nak yang mana? Lasagna?" Shira mengambil pinggan dan mula melayan Khalish.

Sebab suaminya itu lambat tiba ke rumah diketepikan dulu. Kang tak pasai-pasai tak jadi 'supper' mereka.

Khalish menangguk pantas, lihat pula makanan western dan Italian kegemarannya lebih menaikkan seleranya.

"Okay.. nah.. Ni airnya." pinggan dihulurkan beserta gelas berisi air.

Shira menunggu memandang Khalish dengan senyuman, menunggu sesuatu.

Khalish mengangkat muka, tak jadi makanannya melihat reaksi pelik wanita itu.

"What?" tanyanya sepatah dengan muka menyampah.

"Ya Allah.. bacalah doa dulu. Abang tak ingat ke abang dah kawin.. Cepat baca doa." Shira sudah menadah tangan.

Sesekali keningnya diangkat dan terangguk-angguk dia menggalakkan Khalish membaca doa bagaikan guru tadika pula.

Khalish mengeluh kecil, "Fine."

Tangan diangkat ditadahkan, doa dibaca perlahan beserta terjemahannya. Kemudian mereka mengaminkan doa.

Shira bahagia melihat Khalish yang makan bertambah-tambah masakkannya. Tersenyum dia memanjang sepanjang waktu makan tadi.

Perut yang lapar pun terus kenyang melihat Khalish di depannya. Haih..

"Sedap? Shira lupa nak bagitahu abang.. sebenarnya Shira ade buat dessert.. but abang pun macam dah full je.. esok kita makan pulak okay?"

Lembut pertuturan Shira pada Khalish, lelaki itu hanya mengangguk mengiakan. Polos.

Tak dia sangka air tangan Shira sedap-sedap belaka. 'Kalau macam ni lah baik setiap hari aku makan dekat rumah..' desis hatinya.

"Air." Khalish meminta bagaikan budak kecil. Dia suka pula dengan sikap Shira yang memanjakannya. Lupa segala kata-kata Qistina padanya petang tadi.

"Nak air? Abang nak air apa? Nak tea lagi? Ke air mineral?" Tanya Shira bermulut murai.

Dia tahu Khalish tak akan banyak bercakap, jadi biarlah dia saja yang melayan karenah lelaki itu.

Lagipun bukan salah Khalish dia berperangai begitu. Shira faham.

"Mineral." sepuluh patah ditanya, sepatah dijawab.

"Nak air mineral.. ok ok. Jap ye.." pantas saja Shira ke dapur, water cooler coway di dapur diambil airnya sebelum disuakan pada Khalish.

Khalish meminumnya separuh habis sebelum sendawa kecil.

Shira mengambil tisu di dalam box di tengah meja dan dilap bibir Khalish manja, lelaki itu pun hanya membiarkan. Senang begitu.

"Shira masak sedap takkk?" tanyanya meleret. Sengaja ingin melihat reaksi Khalish.

"Dap."

"Eiiiii!! Comelnya abang niiii.. geram nye!!" pipi kiri Khalish dicuit geram.

Lelaki itu hanya beriak beku sambil mengusap pipi kirinya yang mula kemerahan.

"Okay dah! Abang pergi naik atas.. Gosok gigi..basuh kaki.. pastu tidur tau." Pesan Shira sambil mengusap lengan Khalish lembut.

Ambil kesempatan!!

Shira terus mengambil segala pinggan mangkuk yang digunakan tadi ke dapur untuk dibasuh. Tersengih memanjang dia apabila Khalish langsung tak menepis perbuatannya tadi seperti sebelum ini.

Bahagianya lah..

Khalish sebenarnya mahu menunggu Shira untuk naik ke atas bersama tapi dia malu tiba-tiba. Akhirnya dia naik ke bilik sendiri.

Dia lakukan semua yang disuruh Shira tadi bagaikan disuruh uminya. Khalish lapkan kakinya dahulu sebelum terus berbaring di atas katil empuknya.

Perut kenyang.. otak dan tubuh penat.. buatkan dia nak tidur saja. Sebentar saja dia meletakkan kepala Khalish terus terlelap.

Hanya beberapa ketika saja dia tidur sebelum Khalish mula meracau kecil, dia merengek tak tentu hala.

Shira yang baru masuk ke dalam bilik pada mulanya hanya melihat Khalish tidur, jadi dia masuk ke dalam bilik air untuk membasuh muka dan memberus gigi.

Shira yang keluar dari bilik air kaget melihat Khalish yang meracau tiba-tiba, kain tualanya disangkut di penyidai kayu di dalam bilik sebelum kalut ke arah Khalish.

Khalish yang meracau sambil mengiring itu didekati. Rambut lebat itu dikuak lembut dan Shira membaringkan diri di sebelah Khalish.

"Shhh... bang.. nape ni sayang? Hmm? Dah dah.. tidur ye.." lembut saja tutur kata Shira.

Merasakan 'sesuatu' di sebelahnya, Khalish mula memeluk Shira seperti hari-hari sebelum ini. Shira hanya membiarkan.

Bibirnya mengukir senyuman manis dengan perangai luar kawal lelaki itu. Manja!

Biarlah Khalish berfikir apapun padanya, tapi Shira tahu dirinya tak salah. Khalish tidur seperti kebiasaannya.

Memang setiap malam, Khalish lah yang akan memeluknya bukan Shira. Tapi memandangkan Shira lagi suka begitu, dia juga sudah semestinya membalas pelukan lelaki itu.

Wajah Khalish disembamkan pada dada Shira sambil memeluk si isteri erat. Terhenti racaunya tadi.

"Haih.. abang.. abang.. Manja betul. Macam teddy bear." Shira ketawa kecil dengan kata-katanya.

"Tapi.. Kenapa abang layan Shira macam ni? Dah macam-macam cara Shira buat nak tarik perhatian abang.. hurmm.. Abang tak sayang Shira lagi ye? Tak apalah kalau macam tu.. esok Shira usaha lagi.. lagi.. lagi dan lagi saaaampai abang sayangkan Shira okay?"

Shira bertutur lembut seorang diri. Dia tersenyum sambil berbalas pelukan Khalish ditubuhnya.

"Shira sayang abang sampai bila-bila." bisiknya perlahan di cuping telinga Khalish sebelum dahi dan ubun-ubun lelaki itu dikucup berkali-kali.

Hanya pada waktu tidur saja Shira berpeluang berbuat begitu, jika Khalish sedar.. memang dia cium lantai lagilah jawabnya.

Tak lama selepas itu, bunyi notification masuk beberapa kali di phone suaminya. Shira pada mulanya buat tak endah tapi..

Instinct perempuannya kuat tiba-tiba. Something wrong somewhere.

Bahaya.

Shira mengangkat wajah, tubuh digerakkan sedikit ke hadapan mahu mencapai telefon pintar Khalish.

"Sape wassap laki aku malam-malam ni? Sibuk betul.." omelnya sendirian sambil mengkelebek phone Khalish. Suaminya dibiarkan tidur di dada.

Aplikasi WhatsApp dibuka. Nama pertama di matanya.

Qistina.

Minah gatal...

"Eeee.. dasar busybody. Nak apa do pompuan ni.." conversationnya dibuka.

ASSALAMUALAIKUM ABANG. ABANG DAH TIDUR KE? MAAF QIS GANGGU ABANG LEWAT MALAM MACAM NI.

"Dah tahu lewat malam yang dok wassap laki aku dah ape kejadahnya? Orang nak private time la bengong.." rengus Shira perlahan tak mahu Khalish terjaga.

QIS CUMA NAK TANYA, MACAM MANA DENGAN SHIRA? ABANG DAH CAKAP PADA DIA TENTANG PERASAAN SEBENAR ABANG KE?

'Apa maksud dia ni? Perasaan sebenar abang...?' Shira sudah mula berfikiran negatif.

QIS HARAP ABANG BUAT KEPUTUSAN YANG BETUL. MUNGKIN ADA YANG LEBIH BAIK MENANTI ABANG. BANYAKKAN BERDOA, MOHON PETUNJUK-NYA. QIS DOAKAN KEBAHAGIAAN ABANG.

MAAF MENGGANGGU, ASSALAMUALAIKUM.

Shira berfikir sejenak. 'Siapa perempuan ni sebenarnya?' Chat-chat Khalish bersama perempuan itu dibaca dari atas.

Suaminya tak banyak berkata-kata, seperti biasa. Ya.. Tak.. Entah.. Okay..

Tapi perempuan tu..Sumpah semak!

Shira menaip bengang,

WAALAIKUMSALAM. I SHIRA, ISTERI ABANG UMAR.

I NAK PESAN SIKIT UNTUK INTRUDER LIKE YOU, MIND YOUR OWN BUSINESS.

OR YOU MEMANG BUSYBODY SUKA CHATTING JANTAN SANA SINI HA?

I DONT EVEN CARE.. BUT NOT MY HUSBAND.. SEKALI LAGI YOU WASSAP DIA.. I'M GONNA FIND YOU.

AND YEAH.. ONE MORE THING..

YOUR ACAH-ACAH 'ALIM' PROFILE, DOESN'T MATCH YOUR ATTITUDES PRETTY WELL. PERHAPS THE TRUTH YOU IS MINAH DESPERATE YANG NAK KAN LAKI ORANG CUZ YOU TAK LAKU.

REPLY ME IF YOU DARE OR JUST FUCK OFF DEAR. NIGHT.

Send. Send. Send.

Habis keluar segala manglish nya. Shira jika marah memang akan bertutur English. Sudah terbiasa begitu.

"Huh! Puas hati aku! Nak sangat menyibuk kan.. try la.. ni Shira la we.. don't mess with me.."

Shira terlalu geram. Dia akan bertanya pada Khalish esok pagi. Mesti.

Kalau tak.. dia sendiri akan cari siapa perempuan tak tahu malu tu and face to face with her.

'Nak laki aku? Over my dead body la.'

Shira memadam perbualannya dan perempuan itu apabila pasti si minah gatal tu tak reply wassapnya.

Hanya bluetick diterima.

'Eleh.. Tahu pun takut.. Minah kempochi betul.'

Telefon kembali diletakkan di tempat asal sebelum dia mengeluh berat.

'Dugaan aku ni..'

Kepala Khalish yang berambut lebat itu diusap sayang..

"Abang jangan suka orang lain tau.. sebab Shira sayangkan abang lebih dari segalanya." dahi Khalish dikucup lama. Sayang.

Sebelum dia mula melelapkan mata di atas kepala Khalish sambil berpelukan.

Share this novel

Mimie Harmiza
2020-06-24 01:27:09 

sweet bgian nk tunggu .sweet time tdo msti nk shiera kt sblh tnpa dia sedar..felling bca.oklh..smpai esok pun x sudah komen i.hahaha

Mimie Harmiza
2020-06-24 01:18:11 

en shizo dh mula trima shiera tnpa sedar..

Mimie Harmiza
2020-06-24 01:16:37 

bkli bca..nmpk dh en shizo dh mula dh sweet..touching my heart.hehe


NovelPlus Premium

The best ads free experience