Rate

BLACK ROSE (broken inside) 26

Drama Completed 921492

Setelah selesai kesemua urusan mereka, Aydean menghantar Mawar pulang ke rumah. Wajah masam Mawar di pandang sekilas. Mawar mengenggam earphone dan handphone yang sudah rosak akibat insiden itu tadi. Terdengar keluhan kecil dilepaskan dari mulut wanita itu.

"Nanti I suruh Shark belikan handphone dengan earphone baru untuk you," sengaja Aydean menyebut nama Syakir. Manalah tahu hilang muka masam mencuka si bunga sorang ni.

"Dah.. Dah.. Jangan masam-masam. Masa buat kerja tadi tak ingat semua tu.. Sekarang....," belum sempat Aydean meneruskan bebelannya, Mawar mendesis geram.

"Iiissshhh.. Diamlah! Bising!" marah Mawar sambil mendengus kasar. Matanya merenung Aydean tajam. Serta merta Aydean mendiamkan diri. Dia ketawa di dalam hati melihat wajah cemberut Mawar tika ini.

Sakit hatilah tu kena bebel!

Aydean terus menumpukan perhatian kepada pemanduannya. Sekali sekala matanya mengerling ke arah Mawar yang masih mendiamkan diri sejak dari tadi.

"Youu... Muka tu jangan masam sangat. I tengok terasa masam dekat lidah ni. Macam I tengah makan lemon," usik Aydean sambil mengulum senyum. Mawar buat tak endah. Malas mahu melayan usikan Aydean.

"Semalam dating dengan Shark eekk," sambung Aydean lagi cuba menarik perhatian Mawar. Mawar mendengus perlahan.

Aku tak layan, sebut nama mamat tu pula. Ingat aku heran!

"Youuu.. Berbuallah dengan I. I boringlah. Dengan jem ni," rengek Aydean mula bosan dengan kesesakan lalu lintas waktu sebegini. Rambut disisir ke belakang. Wajah Mawar di pandang. Bibir wanita yang sudah kering darah itu di renung. Keluhan kecil dilepaskan tanpa sedar. Serta merta Mawar menoleh ke arah Aydean. Mata mereka bertaut lama.

"Apa pandang-pandang?" soalan Mawar mengejutkan Aydean dari lamunannya. Aydean tersenyum segaris. Matanya terus dibuang ke tengah-tengah jalan raya. Mawar juga kembali menghalakan pandangannya ke luar tingkap.

"You ni garang dari dulu sampai sekarang. Tapi, 1st time I jumpa you, my 1st impression pada you, you gadis yang manja, sweet. And after I tune gitar you, you nyanyi lagu I'm miss you like crazy buat I jatuh cinta pandang pertama pada you. Tapi, I tahu, I cuma bertepuk sebelah tangan...," satu persatu kata-kata itu dituturkan Aydean. Mawar diam. Bibir di ketap lembut.

"Emm.. I have something to tell you," tutur Aydean perlahan. Jantungnya berdegup laju kala ini. Dia bimbang apa yang mahu diucapkan akan mengundang amarah wanita itu.

"Apa?" soal Mawar. Matanya di arahkan ke Aydean. Dia meneliti setiap inci wajah lelaki itu. Setiap apa yang berada di wajah Aydean sangat menarik perhatiannya. Jambang yang rapi. Mata hazel yang menjadi pujaan peminat Aydean. Sekali lagi tangan berurat Aydean direnung. Hati Mawar seakan mahu meletup saat Aydean menoleh ke arahnya. Cepat-cepat mata di alih ke arah lain.

"Curi pandang I ke?" soal Aydean apabila perasan dirinya diperhatikan oleh wanita itu.

"Cepatlah nak cakap apa?" soal Mawar sedikit kasar. Dia cuba mengawal perasaan malunya apabila tertangkap merenung lelaki itu.

"Eemmm... I actually.. I... I...," tersekat-sekat suara Aydean mahu menutur kata. Stereng kereta diketuk-ketuk dengan jari. Aydean resah. Dia tidak tahu bagaimana harus dia memulakan semuanya. Mawar pula menanti dengan penuh sabar.

Tiba-tiba telefon bimbit Aydean berbunyi. Aydean melihat ke arah skrin telefon. Tertera nama Syakir. Aydean menarik nafas dalam sebelum dia menjawab panggilan tersebut.

"Hello, Shark," jawab Aydean. Matanya memandang sekilas ke arah Mawar. Mawar terus memalingkan wajah ke luar tingkap.

"Mawar mana? Aku call dia tak dapat," soal Syakir tanpa menunggu lagi. Aydean sekali lagi memandang Mawar. Rahang digosok perlahan.

"Oh. Handphone dia rosak. Kejap, aku pass pada dia," kata Aydean. Terus dia menyerahkan telefon bimbitnya kepada Mawar. Mawar kerut kening sambil memandang ke arah Aydean.

"Shark nak cakap dengan you," ucap Aydean sambil tersenyum hambar. Perlahan Mawar mengambil telefon bimbit tersebut dari tangan Aydean. Saat tangan bersentuhan, serta merta mata mereka bertaut. Aydean dan Mawar berbalas renungan. Masing-masing terpaku seketika.

"Hello, Mawar!" suara Syakir dari corong telefon kedengaran. Aydean dan Mawar tersedar. Cepat-cepat Mawar meletak telefon ke telinga. Dada yang berdebar cuba di tenangkan. Begitu juga Aydean. Dia kembali memandang ke tengah jalan raya. Setelah beberapa minit, barulah kenderaan mula bergerak perlahan.

"Hello, encik Syakir," jawab Mawar tanpa nada. Dia membetulkan duduknya.

"You okay? Macam mana keadaan you? Apa yang jadi sebenarnya ni?" bertalu-talu soalan itu meluncur keluar dari mulut Syakir. Dia begitu bimbang setelah Aydean memberitahu apa yang berlaku ke atas Mawar. Berkali-kali dia cuba menelefon wanita itu. Tetapi, tidak berjawab.

"Saya okay. Saya minta maaf sebab tak dapat masuk restoran hari ni," balas Mawar perlahan. Getaran suaranya cuba dikawal dek kerana panahan mata dari Aydean sebentar tadi. Degupan jantung masih belum mahu berkerjasama.

Bertenang wahai jantung.. Jangan khianat aku!!

"It's okay. I cuma risau. Eemm.. Malam nanti I datang melawat you," kata Syakir dengan nada lembut. Kerisauannya bertalu-talu melekat di pangkal fikirannya waktu ini. Bimbang dengan keadaan Mawar. Entah bagaimana kecederaan yang wanita itu alami.

"Tak perlu encik Syakir, esok saya masuk kerja semula. Lagipun tak teruk mana. Sikit je," ucap Mawar. Dia tidak mahu menyusahkan lelaki itu. Mudah kata, tidak mahu memberi harapan.

"I miss you. Pleaseee.. Sekejap je I nak jumpa you. Bolehkan?" rayu Syakir. Dia rindukan Mawar. Selepas mengetahui Mawar adalah Kie, sejak dari itu, setiap hari Syakir akan menunggu kedatangan Mawar ke restoran. Setiap hari jugalah, Syakir akan datang menyapa Mawar di restoran sehingga menimbulkan syak wasangka krew lain.

"Semalam you cuti. Hari ni pun I tak dapat jumpa you. Pleasee.. Sekejap pun jadilah," sambung Syakir lagi. Masih merayu. Mawar tarik nafas dalam. Dia tidak tahu bagaimana harus menolak. Perasaannya jadi serba salah.

"It's okay kalau you tak nak. I tak kan paksa you. So, take care.
See you tomorrow," suara Syakir seakan kecewa. Namun, dia juga tidak mahu memaksa Mawar. Bimbang jika wanita itu semakin rimas dan tidak selesa dengannya.

"Okay," jawab Mawar mendatar. Sungguh hatinya dipukul rasa bersalah. Tetapi, kenapa? Seharusnya dia lega apabila Syakir tidak terus memaksanya. Keluhan kecil dilepaskan dari mulut wanita itu.

Talian di tamatkan. Telefon bimbit diserahkan semula kepada Aydean. Tanpa memandang ke arah Mawar, Aydean mengambil telefon bimbit dari tangan Mawar. Kemudian, telefon bimbit di simpan semula.

Suasana kereta sunyi seketika. Aydean yang tadinya mahu bercakap tentang sesuatu terus mematikan hasrat di hati. Lebih baik dia tidak menganggu hubungan Syakir dan Mawar lagi.

Beberapa minit kemudian, mereka sampai di hadapan rumah Mawar. Kelihatan sebuah kereta sedang menghalang pintu pagar rumah Mawar. Berkerut dahi Aydean menjengah ke arah kereta tersebut.

"Qiss?" terkeluar nama itu dari mulut Mawar. Aydean menoleh saat mendengar nama tersebut dari bibir Mawar.

"Siapa tu?" soal Aydean ingin tahu. Mawar turut menoleh ke arah Aydean.

"My sister," jawab Mawar ringkas. Aydean angguk kepala. Kemudian, dia keluar dari kereta dan berjalan menuju ke pintu tempat duduk penumpang. Dia membuka pintu untuk Mawar. Mawar terkedu seketika. Dia mendongak melihat ke arah Aydean yang sedang tersenyum manis ke arahnya.

Aahh.. sudah.. Dia ingat dia tengah berlakon drama romantik geli geliman ke??

"Thanks," ucap Mawar dengan debaran yang mula memukul dadanya. Dalam masa beberapa minit sahaja debarannya asyik bertukar rentak. Penat dia berbincang dengan jantungnya sendiri agar tidak khianati dirinya, namun, tetap gagal.

"Alright. So, start esok I takde di Malaysia. I akan ke Australia. Shooting for 2 weeks," entah mengapa Aydean memberitahu perkara itu kepada Mawar. Dan entah mengapa juga Mawar mengangguk tanpa bertanya apa-apa. Selalunya mulut takde insuran Mawar, pasti akan membalas dengan kata-kata yang menghiris hati. Tetapi, kali ini, wanita itu hanya mengangguk tanpa membidas.

"Aaa.. Okay.. I balik dulu. Jaga diri. I'll miss you," ucap Aydean perlahan. Lama mata mereka bertaut. Mawar yang berdiri di pintu kereta masih tidak berganjak dari situ. Begitu juga Aydean.

PIN!!PIN!! Qistina menekan hon kereta. Penat menunggu Mawar membuka pintu pagar. Dia menjengah-jengah ke luar untuk melihat susuk tubuh lelaki yang bersama Mawar itu.

Aydean dan Mawar tersentak. Masing-masing menghela nafas dalam.
Aydean terus memberi laluan kepada Mawar untuk masuk ke dalam rumah. Tanpa kata, Mawar berjalan pantas meninggalkan Aydean di situ. Wajahnya seakan membahang. Setelah itu, Aydean kembali masuk ke dalam perut kereta. Hon di tekan sedikit tanda isyarat dia mahu beredar dari situ. Mawar hanya mengangkat tangan tanpa menoleh ke arah Aydean.

Pintu pagar dibuka. Qistina terus memarkirkan kereta ke dalam garaj rumah. Enjin dimatikan. Dia keluar dari perut kereta.

"Hey, kenapa muka you ni?" soal Qistina sambil menerpa ke arah Mawar. Bibir Mawar disentuh. Pantas Mawar menepis tangan wanita itu. Dahinya berkerut. Respon berlebihan Qistina merimaskan. Tanpa menjawab pertanyaan Qistina, Mawar terus membuka pintu dan masuk ke dalam rumah. Qistina membontoti Mawar.

"Kiera, I tanya ni. Kenapa dengan you?" soal Qistina masih tidak puas hati apabila pertanyaannya tidak berjawab. Mawar membuka baju kerjanya yang kotor ketika bergelut dengan peragut tadi. Dia hanya berjalan sambil memakai anak baju di dalam rumah itu. Qistina mengekori Mawar dari belakang masih menanti jawapan.

"I kejar peragut," jawab Mawar apabila merasa rimas di ekori wanita itu. Baju tersebut di campak ke dalam mesin pencuci. Mulut Qistina ternganga saat mendengar jawapan dari Mawar.

"Kejar peragut?? You dah gila ke?? Kalau jadi apa-apa pada you macam mana??" Qistina mula membebel. Dia sangat bimbangkan sikap Mawar yang suka bertindak melulu.

"Shut up!! I penatlah! You nak apa datang sini?" keras suara Mawar menutur kata. Dia berjalan pantas menuju ke peti ais yang berada di sudut kiri dapur. Peti ais dibuka. Air tin berperisa coffee di ambil dua. Satu diserahkan kepada Qistina. Kemudian, dia berjalan kembali ke arah ruang tamu. Punggung dihenyak ke sofa. Alat kawalan jauh di capai. Di tekan butang on television.

"Sorry. I risau kalau jadi apa-apa pada you," ucap Qistina mula bertenang. Air tin di tangan dibuka dan diteguk perlahan. Qistina turut menghenyak punggung ke sebelah Mawar. Wajah Mawar dipandang. Dia sudah biasa dengan kata-kata kasar adiknya itu. Tetapi, dia tahu, Mawar bukan sengaja mahu menyakiti hatinya. Jadi, sedikit pun dia tidak terasa hati dengan sikap Mawar terhadapnya.

"Siapa yang hantar you tadi?" soal Qistina mengubah topik perbualan. Mawar telan air liur. Wajahnya membahang semula entah mengapa.

"Eh, kenapa tiba-tiba muka merah ni? Boyfriend you ek??" Qistina mula mengusik. Sungguh dia dapat melihat mata Mawar bersinar apabila dia bertanya tentang jejaka itu tadi.

"Taklah!" pintas Mawar. Cepat-cepat dia menidakkan kata-kata Qistina. Tetapi, dia tahu, tidak semudah itu Qistina akan percaya.

Ahh... Lantaklah!

"Dia boss I, Aydean Asyraff. Aktor yang dapat anugerah ASL baru-baru ni," entah mengapa Mawar masih sahaja mahu menjelaskan tentang Aydean kepada Qistina.

Pengkhianat sungguhlah mulut ni!!!

"What??? Iiiisshh.. Kenapa you tak panggil I tadi?? I minat sangat Aydean tu tau!!" kata Qistina separa menjerit. Mawar diam. Malas mahu melayan peminat-peminat Aydean. Mawar pamer wajah dingin.

"Kenapa you datang sini?" soal Mawar malas mahu berbicara tentang Aydean lagi. Qistina menjeling tajam apabila kata-kata mengenai Aydean tidak dilayan.

"Semalam, I balik kampung sorang diri. I jumpa nenda," tutur kata Qistina terhenti di situ. Seolah sedang mencari kekuatan untuk terus bercerita. Qistina teremenung sejenak. Mawar menanti dengan penuh sabar.

"You know what, Kiera. Selama ni, I ingat company tu milik papa. Rupa-rupanya bukan. Ianya milik arwah mama. Mama yang punya keseluruhan company tu," sambung Qistina. Mawar yang masih diam membisu hanya tenang mendengar cerita Qistina.

"And sebenarnya, you and I pemegang syer paling besar dalam company tu. Mama dah buat wasiat awal-awal. Memang mama serah pada kita and papa hanya orang yang menguruskan sementara menunggu usia kita matang untuk ambil alih sepenuhnya syarikat tu," tambah Qistina lagi. Mawar masih lagi diam. Matanya tertumpu pada skrin television. Namun, dia masih tetap mendengar apa yang di bicarakan oleh Qistina.

"Mana you tahu?" soal Mawar dengan suara malas. Jujur dia tidak peduli akan hal mengenai syarikat itu. Dia tahu bahawa dia tidak layak menguruskan syarikat sebesar itu.

"I tahu dari nenda. Patutlah selama ni, papa tak bagi I jumpa nenda. I curious. So, I pergi senyap-senyap. Nenda rindu sangat pada you," Qistina masih lagi berbicara. Mawar menoleh ke arah Qistina. Wajah sayu Qistina menerbitkan rasa bersalah dihatinya.

Bukan dia tidak rindukan nenda. Tetapi, dia sendiri tidak rapat dengan neneknya itu.

"So, boleh I minta duit syarikat? Bak tiga ribu. I nak baiki motor dengan beli handphone baru," Mawar menadah tangan di hadapan muka Qistina. Dahi Qistina berkerut. Telapak tangan Mawar di tepuk kasar. Mawar terkejut. Dia merenung wajah Qistina yang sedang menahan geram itu.

" Kalau you nak duit, datang office. Kerja. Gaji you lagi tinggi dari you kerja dekat restoran tu," bebel Qistina. Jelingan tajam di hadiahkan kepada Mawar. Mawar mencebik bibir. Air tin diteguk perlahan.

"Pleaselah, Kiera. Tolong I selamatkan company mama. Kita bergabung uruskan company tu," kata Qistina seakan merayu. Mawar diam lagi. Masih tidak tahu apa yang perlu dia ucapkan tika ini.

" I penatlah layan karenah si Zaryn, Johari dengan papa. Kalau aunty Zahlia ada, lagi pening kepala I," bebel Qistina sudah tidak tertahan lagi. Dia meminta simpati Mawar agar wanita itu mahu membantunya di pejabat.

"You nak suruh I buat apa dalam company tu? Nak bagi lingkup, bolehlah kot," balas Mawar selamba. Sweater yang tersidai di bahu sofa dicapai. Dia mula kesejukan. Sweater disarung ke tubuh yang sejak dari tadi hanya beranak baju itu.

"I akan ajar you," jawab Qistina bersahaja. Mawar diam lagi. Otaknya ligat memikirkan kontraknya bersama The Boys Restoran. Tak mungkin semudah itu Syakir akan menerima surat perletakkan jawatannya. Pasti Mawar perlu bayar sejumlah wang untuk dia berhenti dari restoran tersebut. Terbit rasa menyesal di hati apabila kontrak yang di tanda tangani tidak dibaca terlebih dahulu.

"I nak duit baiki motor I," rengek Mawar. Qistina menjeling tajam sambil bibir dicebikkan. Pandai pula minta duit. Qistina melepaskan keluhan kecil. Kad kredit miliknya diserahkan kepada Mawar.

"I takde cash. Pakai credit card I dulu," kad kecil berwarna perak itu bertukar tangan. Mawar membelek kad tersebut sambil kedua belah kening di angkat

"Thanks," balas Mawar ringkas. Dia menyandarkan tubuhnya ke dada sofa sambil kepala turut diletakkan di bahu sofa.

"I harap you boleh join I uruskan syarikat mama," kata Qistina masih tidak berputus asa memujuk Mawar.

Mawar meraup wajah perlahan. Hatinya berbelah bahagi. Dia mula terasa mahu bekerja di company itu kerana ingin menjauhkan diri dari Syakir. Tetapi, adakah betul tindakan Mawar? Lari dari masalah, adakah akan menyelesaikan masalah?? Fikirannya mula buntu. Dia memeluk tubuh sambil mata terpejam rapat.

"Nantilah I fikirkan," tiba-tiba Mawar bersuara setelah beberapa minit berdiam diri. Qistina ukir senyum lebar. Jarang Mawar jawab sebegini. Selalunya wanita itu hanya tahu membidas setiap kata-kata Qistina lebih-lebih lagi apabila melibatkan hal syarikat. Qistina berharap agar Mawar mahu mengikut cadangannya.

bersambung....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience