tiga puluh enam

Romance Series 207196

"Lish.. asal ngan bini kau? Ade apa-apa berlaku ke tadi?" Ajib bertanya sebaik saja Khalish keluar dari perut keretanya.

"Hmm.. ada sesuatu berlaku. Apa-apapun terima kasih bro tolong aku tadi." mereka bersalaman sebentar sebelum Shira diangkat Khalish lembut dan dimasukkan ke dalam keretanya sendiri pula.

Enjin kereta dihidupkan dan dibuka penghawa dingin sedikit, takut Shira kesejukan pula nanti.

Khalish mengunci kereta dan dia melangkah masuk pula ke dalam. Di ruang tamu, semua mata terarah padanya. Kelihatan semua ahli keluarganya dan juga Qistina di situ bagaikan baru saja menangis.

"Ha balik pun.. cakap nak balik terus, berjanggut nenek tunggu! ingatkan nak balik esok je. Duduk!" dengan tegasnya Pn Rohaya mengarah.

Khalish buat bodoh dengan amarah neneknya itu, dia berjalan perlahan dan duduk di satu kerusi, menghadap semua.

"Hmm?" tanyanya tak berperasaan.

"Mana Shira? Kamu ada jumpa dia? Kamu tahu tak perempuan tu pergi mana?" dengan bengisnya Pn Rohaya bertanya, di sebelahnya punya Qistina yang turut memandangnya sayu.

Khalish tak menjawab, dia angkat bahu sekali, malas, tanda tak tahu sebelum bersandar ke kerusi sambil memeluk tubuh. Menunggu bicara seterusnya.

"Ha bagus sangatlah tu! Qis minta tolong perempuan tu hantarkan ke rumah dan apa bini kamu tu buat? Dia pergi ikut entah jantan mana-mana dan suruh Qis pulang sendiri! Kamu tahu tak?!"

Pn Rohaya menjelaskan apa yang berlaku tadi sambil mencerlung ingin melihat reaksi Khalish tapi hampa. Lelaki itu hanya kekal biasa saja seperti tak terkejut langsung dengan bicaranya.

"So?"

"Apa kamu kata?"

"Jadi apa masalahnya?"

Pertanyaan Khalish membuatkan Pn Rohaya naik angin.

"Masalahnya.. kalau perempuan tak sedar diri tu tak tinggalkan Qis, Qis tak akan kemalanganlah! Kamu tahu tak nyawa Qis hampir melayang tadi?! Nenek suruh dia hantarkan Qis bukan suruh Qis bawak kereta pulang sendiri!" Semua hanya diam saja apabila Pn Rohaya mengamuk sakan.

"Dan kamu tahu tak perempuan tu pergi mana? Dia ikut jantan lain belakang kamu Khalish! Kamu tak marah ke? Tak ada perasaan langsung ke? Dia tu bini kamu, tapi dia curang Lish! Curang!"

Bergema suara Pn Rohaya di rumah papan-batu itu. Qistina di sebelahnya mengusap lembut tangan si tua, menenangkannya.

"Nek.. sudahla. Bukan salah Shira nek.. Qis yang salah. Qis tak bawa kereta elok-elok tadi."

Qistina cuba kekalkan imej baiknya di hadapan Khalish sedangkan dia jugalah yang mereka cerita bahwa Shira menyuruhnya pulang sendiri dan bertemu lelaki lain di belakang Khalish pada Pn Rohaya tadi.

"Hmm.. betul cakap Qis tu." Khalish mengiakan kata-kata Qis. Wanita itu terkedu mendengarnya. Fikirnya Khalish akan beriak lain, tapi lain pula yang berlaku.

"Nenek tak akan terima semua ni! Kenapa kamu jadi bodoh sangat ni Khalish?! Apa dia tu buat pada kamu sampai jadi macam ni?! Dia tu curang dengan kamu! Ada lelaki lain belakang kamu dan kamu masih tetap nak pertahankan dia!"

Berombak dada wanita lewat 70an itu. Sesekali dia memegang dadanya bagaikan menahan sakit dan beberapa orang anaknya cuba menenangkan tapi dia menepis. Degil.

"Kenapa nenek pasti sangat? Mana nenek tahu?" Dia bertanya perlahan. Tak ada niat mahu melebih-lebih.

"Qis sendiri yang alaminya. Depan mata dia perempuan murah tu ikut jantan lain dan tinggalkan dia! Qis, kamu bagitau pada Khalish, bagitahu pada semua orang dekat sini apa yang perempuan tak sedar diri tu buat tadi."

Pn Rohaya beralih pada Qistina pula. Tersentak sebentar wanita itu sambil matanya membulat memandang Pn Rohaya.

Dia beralih pada Khalish pula, gusar... lelaki itu memandangnya kosong. Tak marah dan tak juga menunjukkan sebarang perasaan.

"Tak apa sayang.. bagitau je semua yang Qis cakap pada nenek tadi." Pn Rohaya memujuk lembut Qistina yang kelihatan agak ragu-ragu mahu memberitahu.

"Be.betul abang Khalish. Tadi.. memang Shira yang hantarkan Qis tapi ada seorang lelaki tadi tahan kereta dekat tepi jalan. Qis dah takut dah waktu tu.. Qis pesan pada Shira jangan keluar tapi dia keluar jugak.."

Air matanya yang mula merembes keluar kembali dikesatnya dengan belakang tapak tangan, Pn Rohaya mengambil tisu dan disuakan padanya sambil mengusap lembut lengan Qis.

"Shira berbual dan bergelak ketawa dengan lelaki tu, tapi Qis tak kenal siapa.. tak lama lepas tu dia datang balik pada Qis dan suruh Qis pulang sendiri. Shira pesan jangan bagitahu sesiapa.. tapi Qis kesian pada abang.. sebab tu Qis bagitahu juga. Kemudian Qis bawa kereta dan dia pulak terus naik moto dengan lelaki tadi. Tak tahulah ke mana."

Dia menerangkan segalanya serupa dengan apa yang diberitahu pada Pn Rohaya tadi.

Pandai dia memutar belitkan cerita. Semua cerita itu terpaksa direkanya apabila dia pula kemalangan tak jauh dari situ apabila kelibat seorang lelaki tua tiba-tiba melintas di depan keretanya.

Qistina cuba mengelak dan akhirnya dia kemalangan hingga melanggar sebatang pokok di sisir jalan. Tiada kecederaan padanya hanya sediki gegaran saja.

Fikirnya tadi mahu pulang semula kerumah Khalish dengan kereta untuk menerangkan perbuatan terkutuk Shira dan 'si dia', tapi apabila dia kemalangan.. rancangan baru dirangkanya sendiri pada akhir waktu.

"Kamu dah dengar sendiri kan? Sekarang kamu masih nak bela perempuan murah macam tu? Fikir elok-elok Khalish.." Pn Rohaya berkata lagi. Mahu meyakinkan Khalish.

Lelaki itu hanya memandang tepat pada Qis tanpa sebarang bicara, agak lama bagai memikirkan sesuatu, membuatkan Qis kecut perut apabila direnung dingin begitu, sehinggalah..

"Munafik." perlahan saja tuturnya tapi mencenggangkan semua orang di situ terutamanya Qistina.

"Ke..kenapa abang cakap Qis macam tu?" terketar-ketar bibirnya bertutur. Air matanya turun makin lebat lagi beserta esak tangisnya.

"Khalish! Kenapa kamu kurang aja sangat ni?! Berani kamu panggil Qis ni munafik?! Itu kebenarannya Khalish! Kenapa perlu kamu pertikaikan lagi dan salahnya Qis?!"

Pn Rohaya juga tersentak apabila Khalish menggelar cucu angkat kesayangannya itu dengan panggilan tak semengah begitu.

Adakah patut wanita sebaik Qistina digelar darjat lagi terkutuk dari kafir itu? Memang melampau!

"Sebabnya.. dia menipu. Shira ada dengan Khalish dari tadi lagi. Dan Khalish tahu segalanya yang berlaku.." dia bertutur lebih tegas seraya memandang tepat ke arah Qistina.

"Apa yang kamu kata ni Lish..? Ya Allah.. betul ke Shira dengan kamu? Mana menantu umi Lish? Umi nak jumpa dia.." Pn Zaleha kabut bertanya.

Lega sungguh hatinya apabila mendengar kata-kata Khalish tadi. Benar naluri keibuannya, Shira seorang anak yang baik.. wanita itu sudah berjanji padanya untuk setia dan sentiasa bersama Khalish..

Dan Pn Zaleha yakin Shira tak akan mungkiri janjinya.

"Dalam kereta." Pn Zaleha mengambil kunci kereta di tangan Khalish dan bersama Hanis, kakak Khalish dan Hana keluar dari ruang tegang itu.

Qistina sudah hilang darah pada wajahnya, pucat. Tak tahu bagaimana mahu bereaksi. Dia kaku. Otaknya ligat mahu memutarkan cerita lagi tapi jalan yang ditemui hanyalah 'buntu.'

"Kau..." semua mata terarah pada Khalish yang sudah memerah wajahnya walaupun tak kelihatan seperti marah.

"Ceritakan segalanya..."

"Atau aku akan pastikan kau meringkuk dalam penjara seumur hidup kau.." dingin suaranya bertutur. Mata tak berperasaan itu mengamamkan Qis pada kedudukannya.

Dia hanya mampu menangis dan menangis apabila tertangkap. Siapa sangka Khalish akan menemui Shira dan tahu semua perbuatannya..

Urghh..

"Betul ka ni.. ? Qis.. bagitahu nenek yang Qis tak buat semua ni kan sayang?" Pn Rohaya menggoncang lengan Qis yang makin kuat menangis bagai mengiakan segala kata-kata Khalish itu.

"Cakaplah! Nenek tanya kamu ni! Qistina!" bahu wanita kecil itu digoncang dan dipukul Pn Rohaya bengang dan dihalang beberapa orang ahli keluarga lain.

Khalish hanya membiarkan, malas mahu melayan drama itu. Yang dia tahu sekarang ni Shira. Dia mahu membawa Shira ke hospital dan melakukan pemeriksaan samada perkara yang tak diingini itu berlaku.

Dan Khalish mengharapkan jawapannya negatif. Dia akan terlalu bersalah jika perkara itu berlaku.

Qistina? Dia tahulah apa yang perlu dia lakukan selepas ini pada gadis itu. Jika apa-apa berlaku pada Shira, memang dia tak akan maafkan semua yang terlibat.

Shira dibawanya ke private hospital ditemani Pn Zaleha dan Hana. Hanis tak dapat ikut kerana punya anak-anak yang masih kecil.

Pemeriksaan dilakukan oleh doktor wanita dan keputusannya sudah diterima. Khalish tak mampu berbuat apa-apa tentang itu.

Dia menemani Shira di bilik executive yang disediakan khas. Rambut panjang Shira dielusnya lembut dan diperhatikan raut wajah lesu tak bermaya itu. Pucat...

Langsung tak punya seri seperti selalu.

"Awak.. bangunlah. Saya tak suka.." dia dapat rasakan dadanya sesak melihat Shira terlentang lemah begitu.

"Saya tak suka tengok awak macam ni.. saya nak lihat awak senyum.. usik saya.. bising pada saya macam selalu.." tuturnya perlahan.

Pn Zaleha dan Hana telah pulang sebentar tadi menyediakan kesempatan pada Khalish untuk berdua-duaan bersama Shira.

"Saya tunggu awak bangun.." bisiknya perlahan sebelum mengucup dahi panas Shira agak lama.

Tangan kiri wanita itu digenggamnya dan dia tidur bersebelahan katil Shira. Pipinya dirasakan basah, tapi dia hanya membiarkan saja..

~~~~~~~~~~~~

" Arghhh!!! Siallah!! Bodoh punya jantan!" si dia mengamuk sebaik saja masuk ke dalam rumah kondonya. Helmet dicampakkan kuat ke lantai dan dia muoa menjerit bagai orang hilang akal.

Kepalanya yang sudah berdarah dihempuk Shira dengan sebiji batu tadi diabaikan.

Darah mengalir membasahi baju putihnya di dalam jaket kulitnya tapi tiada kesakitan yang lebih lagi dibandingkan sakitnya hati dia melihat Khalish memeluk Shira tadi.

Hatinya lelakinya panas. "Berani kau sentuh perempuan aku! Dia milik aku! Shira hanya milik aku!" segala barangan di atas meja habis ditolaknya melepaskan geram pada insan itu.

Gambar Khalish di board kacanya diperhati. Rambut kemas dan agak panjang di bahagian hadapan hampir mencecah anak mata, hidungnya yang agak mancung dan tulang pipi yang agak tinggi bagaikan model.

Bibir merah jambu kerana tak pernah menghisap rokok, berkulit sawa matang, mata coklat gelap yang tak bermaya dan bosan tanpa perasan serta tubuhnya yang ideal.. memang idaman semua wanita.

Walaupun Khalish tak punya badan yang sasa ataupun seperti 'body builder', tubuhnya dikira idaman kerana tak terlalu berlebihan dan kurang. Cukup sempurna.

Sebab itu dia bencikan Khalish, dia tak sesempurna luaran lelaki itu..tapi dia yakin, dia yang sepatutnya memiliki Shira. Bukan lelaki itu! Hanya dia!

"Aku akan dapatkan dia.. dia milik aku.. bukan kau.." pen di atas meja diambil dan ditoreh gambar itu hingga terbelah.

Membayangkan Khalish dibunuhnya dan Shira akan menjadi hak milik mutlaknya.

Dia duduk di atas sofa dalam kesamaran malam itu. Memerhati ke luar jendela kaca yang memaparkan kota KL yang sibuk.

Perlahan-lahan dia terbayang suara erangan dan tubuh Shira tadi.. amat mengiurkannya. membuatkan dia mahukan lagi.. lagi dan lagi wanita itu.

Pada setiap hari dan malamnya... oh indahnya. Alangkah bagusnya begitu. Dunia ini akan hadi syurga buatnya..

Malang sekali dia tak dapat lagi merasai 'sepenuh'nya gadis itu tadi akibat kesakitan dipukul Shira.

Baju yang dipakai Shira dan dibuang Khalish tadi sempat dia kutip. Begitu juga tudung wanita itu. Dihidunya rakus. Sangap.

"Tapi tak apa..lain kali aku tak akan lepaskan kau.. such a naughty cat." dia tersenyum seorang diri.

*Last updte for tdy. Mlm updt cncel.

Tq fr kp rdg.

Share this novel

Asnia Nia
2020-07-29 00:56:40 

best:) cpat update tau:)

Eirwanna Masri
2020-07-26 18:08:39 

hans, thanks update

Eirwanna Masri
2020-07-26 18:08:35 

hans, thanks update


NovelPlus Premium

The best ads free experience