Bab 26

Romance Series 80702

"TUAN SYED...macam mana Tuan Syed boleh berjalan ni? sejak bila kaki Tuan Syed dah baik?".

Mata galak Lelaki itu masih merenungnya. Nurjihan rasa gerun di tambah dengan rasa malu apabila dia boleh merasai hembusan nafas dari Tuan Syed.

"I though nak buat surprise dekat awak. End up saya yang surprise melihat kemesraan awak dengan lelaki lain." Rahangnya di tahan hingga bergetar mulut.

Nurjihan terpempam. Gerak geri dia di perhatikan oleh Tuan Syed walau bukan dalam waktu bekerja?

"Tapi..itu lecture saya je Tuan Syed. Lagipun tadi dia tolong saya." Nurjihan masih menatap takut sepasang mata itu.

"Tolong ada makna. Saya memang nak Megat Haider rapat dengan Karlisa, tapi bukannya Nurjihan !".

Terasa tersekat di kerongkong air liur yang mahu di telan itu. Kenapa Tuan Syed berkelakuan sebegini?

Tanpa Nurjihan membalas bicara Tuan Syed Iqwal, lantas tangannya di gengam dan di tarik semula oleh Tuan Syed Iqwal.

"Balik. Saya tak suka awak duduk lama-lama di majlis tu."

Nurjihan menghentikan langkahnya dengan kuat.

"Tapi....majlis tu tak habis lagi.."

"I don't care. Jangan lawan cakap saya."

Tangan Nurjihan di tarik semula hingga mereka masuk ke dalam kereta. Nurjihan mengutuk sendiri kesalahannya. Sememangnya dia masih milik Tuan Syed Iqwal kenapa dia terlalu baik menerima pertolongan Dr.Haider tadi. Ah ! lagi pun itu semua kebetulan bukan dia yang menggedik dengan Dr.Haider.

Telefonnya di capai dan Nurjihan menulis pesanan.

AKU TERPAKSA BALIK DULU. URGENT. SORRY HAWA. - Nurjihan.

Selang 2 minit. Pesanan itu di balas.

TAK APA. KAU HATI-HATI - Hawa

KERETA telah berhenti di hadapan bangunan penthouse.

Nurjihan masih kaku memandang Tuan Syed yang berada di sebelahnya. Lelaki itu hanya diam tidak beriaksi. Takut pula untuk sesuka hati turun dari kenderaan itu.

Say something Tuan Syed. Jangan buat aku confius.

"Naik atas dan berehat. Kita cakap perkara ni esok."

Arah Tuan Syed Iqwal yang masih ego untuk memandang Nurjihan di sebelah. Panas hatinya melihatkan kemesraan dua merpati sejoli itu tadi. Dia tidak akan marah jika merpati itu bukan hak milik dia !

Nurjihan mengganguk dan perlahan-lahan membuka pintu kereta.

Di pusingkan semula mengahadap Tuan Syed Iqwal dan Benjamin.

"Goodnight Tuan Syed. Ben, hati-hati drive."

Benjamin yang memandang Nurjihan itu menggangguk sekali.

Kereta milik Tuan Syed yang bergerak itu di perhatikan sehingga hilang dari pandangan.

"Tuan Syed tak patut terjah Cik Nurjihan macam itu tadi. Pasti banyak persoalan yang timbul pada dia."

Benjamin memerhati cermin pandang belakang melihat Tuan Syed Iqwal yang sedang merenung ke arah luar tingkap.

"Aku tak tahan Ben, aku tak suka orang lain nak dekat dengan Jihan."
Tangannya mula mengepal buku lima.

Benjamin menggeleng perlahan. Ini adalah kali pertama dia melihat Tuan Syed Iqwal berperangai sebegini. Benarlah, ada gadis yang berjaya mengoyahkan dunia Tuan Syed Iqwal bin Syed Ibrahim.

"Saya bukan nak memandai, tapi saya harap Tuan Syed tolong bertindak dengan lebih berhati-hati selepas ini. Jika tidak, ia akan mengucar kacirkan rancangan Tuan Syed nak melawan Megat Rusydi."

Tuan Syed Iqwal memintas pandang sekilas pantulan imej sepasang mata Benjamin di cermin itu. Ye dia tahu salah dia. Dia akan cuba menahan rasa demi merebutkan kembali apa yang telah menjadi milik ayahnya dahulu.

HOTEL GRAND HIBISCUS

Dr.Haider melihat pintu masuk dewan itu. Masih tidak melihat kelibat Nurjihan masuk dari situ. Kemanakah dia? sudah hampir satu jam berada di tandas.

Seketika dia melihat Hawa yang melintasi mejanya dari mengambil minuman....

"Hawa, awak ada nampak Jihan tak? dia kemana ye dari tadi tak masuk-masuk semula ke sini?"

Hawa menggaru-garu kepalanya.

"Er... Jihan kena balik. Dia ada hal penting katanya. Tapi saya tak tahu la pulak hal apa heheh."

"Ouh i see...tak apa thank you."

Dr.Haider berasa kecewa. Baru sahaja mahu ajak bergambar. Kecantikkan gadis itu luar biasa malam ini. Pasti tidak lena tidurnya nanti.

MAK ETON teringatkan peristiwa beberapa bulan lepas.

"Ini ada Rm 300. Ini je yang aku ada. Kau jangan nak kacau kami lagi. Jangan sampai Jihan tahu yang kau ni hidup lagi."

Zabidi tergelak sinis sambil mengibas-kibas duit di tangannya itu.

"Hah, 300 kau ingat cukup ke?. Kau kaya dah sekarang kan? aku tak kira aku nak lebih !"

"Kau ni tak faham-faham bahasa ke? Jihan tu bukannya kahwin dengan orang kaya tu. Dia kerja aje. Mana ada duit sangat !".

Mak Eton naik berang. Manusia durjana ini tidak habis-habis nak menimbulkan kacau bilau dalam kehidupan mereka.

"Huh, jangan bohong aku la Eton, aku tahu orang kaya tu sayang sangat kat anak kau tu. Takkan la setakat 5 ke 6 ribu dia tak boleh bagi?". Zabidi terus mendesak.

"Kenapa la malam tu kau tak kena gilis sampai mampus je dengan lori ke apa malam tu. Menyusahkan hidup aku je kau ni !".

Marah Mak Eton itu menyebabkan Zabidi menarik tudung yang di pakainya itu. Kepalanya sakit tangan Zabidi mencengkam kuat pada rambutnya.

"Apa kau kata? kau nak aku mati kena gilis?".
Mencerlung matanya memandang Mak Eton.

"Ye. Biar kau mampos dan tak ada siapa pun yang boleh kacau hidup aku dan anak aku !".

Muka Zabidi di ludah oleh Mak Eton. Kali ini Zabidi memang menguji kesabarannya.

Setelah mukanya di ludah, Zabidi mengelap air liur itu dan di tempiaskan ke bawah. Dia ketawa.

"Kau cabar aku ye Eton?. Kau tunggu aku jual anak kesayangan kau tu."

Terus Zabidi menolak Mak Eton ke bawah.

Nak jual anak aku? Oh tidak..

Dia tak akan benarkan Zabidi menyentuh Nurjihan. Dia harus buat sesuatu jika tak mahu Nurjihan dalam bahaya.

"Mak !!".

Panggilan dari Nurjihan itu menyentakkan lamunannya Mak Eton.

"Mak pikir apa tu sampai orang masuk lepas tu bagi salam pun tak dengar ni?" Nurjihan mengambil tempat di sisi katil Mak Eton.

Mak Eton meraup wajahnya. Terlalu dia takut dengan ancaman Zabidi menyebabkan dia sentiasa mengelamun dan kegelisahan.

"Lah kau ke? Aku fikir apa nak masak esok ni ha. Tak ada apa pun." Bohong Mak Eton.

"Lah, kalau tak tahu nak masak apa..beli jela lauk esok ni. Tempat mak kerja tu kan banyak kedai makan."

"Ye tak ye jugak kan. Aduh aku ni dah nyanyuk agaknya." Mak Eton tersengih.

"Eh, cantik baju kau ni. Macam Puteri Raja. Mana kau beli?". Tanya Mak Eton.

"Heheh. Beli last minit haritu kat butik apa nama tah. Cantik memang la..tapi orang rimas baju ni duk meleret-leret haa."

Mak Eton membuat muka bosan.

"Kau tu perempuan. kerja pulak dengan Tuan Syed. Biasakan jela pakai baju gini. Bila lagi kau nak asyik pakai seluar jeans dengan kasut lusuh kau tu?".

Nurjihan mengerutkan mukanya.

"Mak ni, lusuh-lusuh pun orang sayang. Kasut tu banyak berjasa. Lagipun itu arwah ayah yang beli tau."

"Yela, yela.. usik sikit nak sentap. kau kena dengar cakap aku Jihan. Bergaya macam perempuan sikit. Baju cantik-cantik havoc aku yang banyak-banyak kau belikan tu siapa nak pakai? Nak tunggu aku mati baru kau nak pakai?".

Laju Nurjihan menoleh ke arah Mak Eton.

"Choi mak, mulut....tak suka la cakap macam tu. Suka sangat nak tinggal-tinggal orang ke?"

"Tak adalah. Kau tu susah sangat nak suruh pun." Mak Eton mengerling sedikit ke arah anaknya itu.

"Dah la mak tidurlah. Orang nak pergi mandi."

Mak Eton tersenyum sumbing. Bukan dia sengaja mahu berkata sebegitu. Dia susah hati sebenarnya memikirkan Nurjihan. Apa nasib gadis itu jika betul dia tiada nanti ?

VILLA ROSE

Nurjihan mencari-cari Benjamin di sekeliling rumah. Tetapi tiada. Dia perlukan penjelasan tentang hal semalam yang terjadi.

"Kak Syifa, Ben mana ye? Jihan cari tak jumpa la."

Syifa yang sedang mengemas rumah itu memandang Nurjihan.

"Ben? Ben ada dalam bilik Tuan Syed la Cik Jihan."

Oh tidak, memandang dia tidak berani untuk naik ke bilik Tuan Syed setelah kejadian semalam. Sungguh dia rasa semacam.

Namun dalam ketakutan itu dia juga rasa kesal. Adakah Tuan Syed membohonginya?

"Ouh tak apalah Jihan tunggu Ben turun je nanti".

Syifa jadi hairan.

"Tapi kan, Cik Jihan kena naik juga nanti untuk hantar makanan. Cik Jihan lupa?"

Argh.. Nurjihan menepuk-nepuk dahinya. Baru sahaja mahu mengelak dari bertemu dengan Tuan Syed Iqwal.

Nurjihan mahu beredar ke luar mengambil angin di taman bunga. Hampir-hampir dia terlanggar Benjamin yang sejak bila muncul di situ menyekat laluanya.

"Eh, Ben. Saya baru je nak cari awak tadi."
Tegur Nurjihan.

"Saya tak penting sekarang ni kalau nak di cari Cik Nurjihan... sebab yang pentingnya Tuan Syed menunggu Cik Nurjihan di atas. Sekarang."
Tutur Benjamin menyebabkan Nurjihan gelisah.

Di pandangan Benjamin sekilas sebelum pergi. Sungguh dia rasa malas.

Pintu bilik di ketuk. Nurjihan berhati-hati melangkah masuk. Dari kejauhan sudah ternampak Tuan Syed Iqwal yang berdiri menghadap dinding cermin itu seperti biasa. Bezanya kali ini lelaki ini sudah boleh berdiri.

"Tuan Syed panggil saya?". Tanya Nurjihan.

Sudah gaharu cendana pula.

"Yes, saya memang tunggu awak dari pagi tadi.."

Pagi? ah sudah. Sekarang ni siapa yang buat hal semalam. Dah la paksa aku balik awal lepas itu tak jawab pula tu soalan aku haishh.

"Saya minta maaf pasal semalam. Saya harap awak tak ambil hati."

Mendengarkan itu Nurjihan beriak aneh.

Eh, ingatkan Tuan Syed tak rasa bersalah menggunakan kuasa vetonya semalam.

"Tak apa Tuan Syed. Saya cuma tak sangka yang Tuan Syed boleh berjalan secepat ini. Kenapa rahsiakan daripada saya."

Kepalanya di toleh sedikit ke kanan.

"Saya bukan nak rahsiakan daripada awak. Tapi saya risau awak persoalkan pasal tempoh kontrak awak."

Nurjihan tersenyum sinis.

"Tuan Syed takut saya terus tamatkan kontrak ini walaupun ia adalah sah? sedangkan Karlisa masih belum menawan MR Holdings untuk Tuan Syed?".

Tuan Syed Iqwal masih keras membisu. Ye dan tidak. Mana satu jawapan yang harus dia beri. Kedua-duanya adalah jawapan kepada pertanyaan dari orang yang menunggu di belakangnya.

"Saya akan bantu Tuan Syed teruskan misi Tuan Syed terhadap Megat Rusydi. Jangan risau. Tuan Syed pun banyak membantu saya. Saya akan teruskan menjadi Karlisa walaupun tempoh kontrak lama dah tamat. Saya happy tengok Tuan Syed dah boleh berjalan. Tahniah sebab semangat dan usaha kuat Tuan Syed yang menyembuhkan."

Dia terharu. Dia tidak menyangka yang jawapan Nurjihan seperti itu. Sungguh dia takut untuk melepaskan Nurjihan pergi.

"Awak juga yang banyak bagi saya semangat. Tanpa awak saya tak mungkin kuat hingga ke hari ini."

Di sebalik pintu, Benjamin mendengarkan semua perbualan antara mereka. Nurjihan masih sanggup memberi khidmatnya walaupun banyak bahaya yang akan menanti?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience