Kandungan Anis Raihanna yang sudah berusia 38 minggu telah membawa kembali sinar kebahagiaan ke dalam kehidupan Anis Raihanna dan Afiq Raihan. Masing-masing tidak sabar untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka ke dalam keluarga kecil tersebut.
Terutamanya Afiq Raihan. Tak dinafikan lagi lelaki tersebut amat teruja untuk menjadi bapa tidak lama lagi dengan menjadi seorang suami yang overprotective.
Yes, overprotective.
Anis Raihanna sendiri kadang kala terasa terganggu dengan sikap baharu suaminya yang suka membebel dan menghalangnya daripada membuat kerja yang selalu dia lakukan.
Rasa terganggu la sangat padahal suka kan?
Yeah pada masa yang sama dia juga suka dengan sisi baharu Afiq Raihan. Dirinya terasa disayangi dan diberikan penuh perhatian dan kasih sayang. Hehehe.
"Sayang, dah minum susu?" soal Afiq Raihan ingin tahu.
"Belum. Susu tu tak sedap. Sayang rasa nak muntah bila minum." balas Anis Raihanna dengan nada manja.
Tekaknya terasa loya dengan hanya memikirkan segelas susu tersebut mengalir pada tekaknya. Yucks!
Afiq Raihan mengeleng kepala. Tanpa dia sedari, bibirnya mengukir senyuman. Sejak Anis Raihanna mengandung, isterinya semakin manja dan sedikit beremosi disebabkan oleh hormonnya yang tidak menentu.
Namun itu langsung tidak menghalang Afiq Raihan daripada semakin sayang kepada Anis Raihanna hari demi hari. Dia tidak pernah lelah melayan segala kerenah dan amukan isterinya yang kadang kala menakutkan dirinya.
Sebab apa?
Sebab Afiq Raihan sayangkan Anis Raihanna untuk seumur hidup dia. Dia juga takkan henti menyayangi Anis Raihanna sehinggalah nafas yang terakhir. Itu juga menjelaskan perubahan sikapnya yang agak protective sejak kebelakangan ni. Dia tahu dia sweet. Tak payah puji.
Erk...
Sebuah senyuman penuh makna mula menghiasi bibir Afiq Raihan.
"Tapi sayang kena minum bagi baby sihat. Bagi isteri abang sihat.-" pujuk Afiq Raihan lembut sebelum menyambung kata-katanya.
"Sebab kalau sayang tak minum susu tu nanti baby sakit. Bila baby sakit nanti mesti sayang pun sakit. At last, abang juga sakit sebab terpaksa tengok isteri abang dengan anak abang sakit. So, bila abang sakit nanti siapa nak jaga keluarga kita? Siapa nak jaga-"
Jari telunjuk Anis Raihanna lantas menutup mulut Afiq Raihan daripada terus membebel lagi. Dia menjulingkan mata ke atas sebelum memicit kedua-dua belah pipi suaminya. Afiq Raihan hanya diam dan memerhatikan tindakan isterinya yang membuatkan dia terkejut sudah semestinya.
"Abang, sayang tahu. Sayang tahu okay? Tak perlu nak membebel macam mak nenek." perli Anis Raihanna.
Afiq Raihan tersengih. Pipi lelaki itu mula memerah apabila ditekan dengan kuat. Tak lama kemudian, Anis Raihanna menurunkan tangannya. Muncungnya sudah ditarik sedepa.
Lantas, Afiq Raihan segera mengambil kedua-dua tangan isterinya sebelum mengenggamnya. Dia mula mencari anak mata Anis Raihanna. Senyuman lelaki itu semakin lebar apabila melihat Anis Raihanna sedang merajuk.
"Abang mintak maaf, okay? Abang cuma nak yang terbaik untuk sayang dengan anak kita. Abang tak ada maksud nak membebel macam mak nenek ke apa. Maafkan abang, please?" ucap Afiq Raihan ikhlas dari hati.
Anis Raihanna hanya mengangguk kepala sebagai balasan. Bibirnya mula mengukir senyuman yang sukar ditafsirkan ke suaminya. Kening Afiq Raihan mula bertaut. Tak faham makna disebalik senyuman tersebut.
"Hana...boleh maafkan abang kalau abang minum susu tu untuk Hana." ucap Anis Raihanna cuba mencabar suaminya.
Afiq Raihan menjongketkan sebelah keningnya tanda terkejut dengan cabaran Anis Raihanna. Dia menahan tawa daripada meletus kerana tak percaya dengan cabaran yang tak masuk akal itu. Terlalu senang untuk dia lakukan.
Namun disebabkan isterinya membahasakan dirinya sebagai 'Hana' dan bukannya 'sayang' seperti selalu itu bermaksud bahawa gadis itu benar-benar serius. Oleh itu dia dengan yakin menerima cabaran isterinya tanpa mengesyaki apa-apa. Sementara, Anis Raihanna tidak sabar mahu melihat reaksi suaminya sebentar lagi.
"Sayang betul tak nak suruh abang buat benda lain untuk sayang maafkan abang? Sebab cabaran ni senang sangat. Abang takut sayang menyesal nanti." ucap Afiq Raihan dengan bongkak.
Anis Raihanna mengeleng kepala tanda tak mahu. Dia menghulurkan segelas susu itu kepada suaminya. Sebaik gelas tersebut bertukar tangan, Afiq Raihan meneguk susu tersebut perlahan-lahan.
Burr...
Afiq Raihan secara tidak sengaja tersembur sedikit susu tersebut daripada mulutnya. Dia mengerutkan dahi menahan rasa loya yang mula memenuhi tekak. Anis Raihanna sudah menghamburkan tawa. Tak lama kemudian, Afiq Raihan menuju ke singki dapur untuk memuntahkan kembali susu tersebut.
"Rasa susu tu tak sedap langsung! Macam mana sayang boleh minum susu tu selama ni?" soal Afiq Raihan kepada isterinya selepas berasa lega.
Anis Raihanna menahan tawanya daripada meletus sekali lagi. Dia mengusap lembut belakang badan Afiq Raihan cuba menenangkan suaminya daripada rasa loya sebentar tadi.
"Sekarang, abang tahu kan kenapa sayang tak suka minum susu tu. Senang sangat konon. Minum susu tu pun tak lepas. Padan muka. Berlagak lagi." usik Anis Raihanna.
Afiq Raihan menjulingkan mata ke atas. Tak perlulah nak perli dia. Dia tahu dan dia malu sebenarnya. Tapi acah kuat. Heh.
Nasib dia sayang Anis Raihanna kalau tak mungkin ada juga yang kena humban dalam laut lagi.
"Ya abang tahu. Tak payah perli. Sakitnya tuh di sini tahu tak? Bukan salah abang susu tu tak sedap. Nanti kita beli susu lain, okay?" balas Afiq Raihan.
Anis Raihanna mengangguk tanda setuju. Hatinya melonjak kegembiraan. Akhirnya, tekak dia sudah tak terseksa lagi. Tiba- tiba, idea nakal mula melintas di fikiran.
"Abang tak elok membazir. So, apa kata abang je yang habiskan susu ni." ucap Anis Raihanna secara tiba-tiba.
Tanpa amaran, Anis Raihanna menyuakan muncung gelas yang berisi susu itu ke dalam mulut Afiq Raihan. Mata lelaki itu membulat tanda terkejut dengan tindakan isterinya. Secara terpaksa, dia menelan susu tersebut sehingga tersedak. Anis Raihanna pula lantas melarikan diri daripada Afiq Raihan.
"Anis Raihanna!"
???????
Anis Raihanna tidak henti mentertawakan Afiq Raihan. Muka cemberut lelaki itu membuatkan dia semakin geli hati. Jelingan tajam yang diberikan oleh suaminya hanya dihiraukan oleh dia. Sementara Anis Raihanna sedang bergelak tawa, Afiq Raihan pula sedang merajuk.
Ya, merajuk.
Tangan lelaki itu disilangkan ke dada tanda protes. Matanya dikecilkan ke arah Anis Raihanna yang berada tidak jauh dari tempat dia duduk. Geram saja hatinya terhadap Anis Raihanna pada ketika ini. Tekak dia masih terasa loya tahu tak.
Namun pada masa yang sama, dia cuba menyembunyikan senyuman. Mana tidaknya, bayangkanlah isterinya yang sedang sarat mengandung sedang galak mentertawakan dirinya. Isterinya kelihatan comel dengan perut yang memboyot itu.
Anis Raihanna yang sedar dirinya diperhatikan oleh suaminya terus berhenti ketawa. Pandangannya dihalakan ke arah Afiq Raihan. Anak mata mereka bertembung buat seketika. Namun, Afiq Raihan pantas mengalihkan pandangan. Dia cuba berpura-pura merajuk.
Mengada. Nasib suami.
Anis Raihanna hanya tersengih seperti kerang busuk. Bukan susah sangat untuk dia pujuk suami dia seorang ni. Lagipun bukan selalu Afiq Raihan merajuk. Sebab selalunya dia. Ehek.
"Abang..." panggil Anis Raihanna lembut.
Afiq Raihan cuba untuk tidak terjatuh dalam perangkap isterinya. Dia kena kuat. Dia nak Anis Raihanna merayu dan pujuk dia lebih lama lagi. Kau kuat, Afiq!
"Hmm..." balas Afiq Raihan keras.
Anis Raihanna menjongketkan keningnya. Oh jual mahal eh? Tak apa. Dia mula mendekati Afiq Raihan. Punggungnya dilabuhkan disebelah suaminya.
"Abang marahkan sayang ke?" soal Anis Raihanna dengan nada yang lembut.
Afiq Raihan cuba memekakkan telinga. Dia lemah dengan suara tu. Argh, sikit lagi! Sabar. Afiq Raihan cuba menenangkan dirinya.
Anis Raihanna yang sedar dengan tindakan suaminya menahan senyuman. Dia tahu Afiq Raihan takkan bertahan lama. Satu lagi cubaan dia yakin Afiq Raihan akan mengalah.
"Raihan, papa marah mama. Mama buat papa marah. Macam mana ni? Siapa nak jaga mama dengan Raihan lepas ni? " soal Anis Raihanna sendiri sambil mengusap perutnya.
Afiq Raihan menarik nafas panjang. Dia risau dia akan mengalah tak lama lagi. Dengan berat hati, dia mengatur langkah ke bilik tidur mereka. Anis Raihanna terkejut dengan tindakan Afiq Raihan. Dia terdiam seribu bahasa sehinggalah...
"Ahhh...sakit. Abang, sakit." jerit Anis Raihanna sambil memegang perut.
Afiq Raihan yang terdengar jeritan tersebut segera mendapatkan Anis Raihanna. Dia semakin risau melihat isterinya sedang kesakitan.
"Sayang, sakit dekat mana? Dah nak bersalin ke? Apa abang kena buat ni? Sabar, okay. Kita pergi hospital." jawab Afiq Raihan cemas.
Dia mula panik. Peluh mula merenik di dahi. Anis Raihanna yang sedar dengan keadaan suaminya segera memegang tangan lelaki itu.
"Abang...sayang mintak maaf sebab sayang gurau sebenarnya." jawab Anis Raihanna penuh serba salah.
Afiq Raihan segera meleraikan pegangan tangan mereka. Dia meraup muka. Satu keluhan panjang dilepaskan oleh Afiq Raihan. Dia mempamerkan riak muka tak percaya.
"Sayang, benda ni bukan boleh buat main tahu tak? Macam mana kalau-"
"Sorry...sayang terpaksa buat macam ni. Sebab abang tak nak pujuk sayang." potong Anis Raihanna.
Afiq Raihan mengeluh buat sekian kalinya. Ya salah dia juga sebenarnya. Tanpa amaran, Afiq Raihan menarik Anis Raihanna ke dalam pelukan.
"Abang pun mintak maaf jugak, okay? Janji dengan abang, sayang takkan bergurau macam tu lagi." ucap Afiq Raihan lembut.
"Sayang janji." balas Anis Raihanna yakin.
Dia mengetatkan pelukan. Bibirnya mengukir senyuman. Dia bersyukur dapat berada di dalam pelukan suaminya. Begitu juga dengan Afiq Raihan.
"Ouch!" desis Anis Raihanna dalam kesakitan tiba-tiba.
Afiq Raihan segera meleraikan pelukan. Dia mengeleng kepala sebelum mengukir senyuman nakal. Manakala, Anis Raihanna pula mengerut dahi menahan kesakitan.
"Sayang, jangan main-main la. Tak lawak." terlebih dahulu Afiq Raihan memberi amaran.
"Hana tak buat lawak! Sakit...argh!" jerit Anis Raihanna.
Sebelah tangannya mula mencengkam baju Afiq Raihan. Dahinya mula dibasahi dengan peluh. Tak lama kemudian, baru Afiq Raihan tersedar bahwa air ketuban isterinya telah pecah.
"Apa abang nak buat ni!"
??????
"Baik Puan Anis, dalam kiraan tiga, push!" arah doktor wanita yang bernama Emilia itu.
Anis Raihanna mengangguk lemah. Afiq Raihan cuba menenangkan isterinya. Dahi Anis Raihanna diusap lembut oleh Afiq Raihan.
"Sayang kuat. Abang tahu tu. Abang ada dekat sini." tenang Afiq Raihan berkata.
Anis Raihanna mengenggam erat tangan suaminya. Dia takut. Dia takut dia tak mampu. Matanya terpejam menahan sakit.
"Puan Anis, dalam kiraan satu...dua...tiga! Push!" arah Doktor Emilia itu lagi.
"Argh!" jerit Anis Raihanna sekuat hati.
Dia menggunakan sepenuh tenaga yang ada. Genggaman tangannya semakin kuat. Giginya diketap menahan sakit. Peluh mula mengalir dari badannya. Dadanya naik turun dengan laju. Badannya dihempaskan kembali pada katil hospital tersebut.
"Sekali lagi, Puan Anis. Sekali je lagi. Puan dah hampir." ucap Doktor Emilia.
Anis Raihanna mengeluh kepenatan. Afiq Raihan berasa simpati dengan keadaan isterinya. Tak sanggup mahu melihat Anis Raihanna bertarung nyawa sebegitu lagi.
"Abang, Hana tak kuat. Hana dah tak larat. Sakit." rayu Anis Raihanna sambil menangis.
Afiq Raihan menyeka air mata isterinya. Satu ciuman hangat dihadiahkan pada dahi isterinya. Sekali lagi, genggaman tangan mereka dieratkan.
"Hei, abang tahu sayang kuat. Abang nak sayang kuat. Kuat untuk Raihan. Sayang nak jumpa dia kan?" ucap Afiq Raihan cuba memberi semangat.
Anis Raihanna mengangguk laju. Dia cuba mengumpul seluruh tenaga yang ada. Afiq Raihan menghadiahkan senyuman ke arah isterinya. Lalu, dengan sepenuh tenaga lagi akhirnya Anis Raihanna berjaya melahirkan sepasang kembar.
Kembar? Hehe.
Anis Raihanna menghela nafas lega. Afiq Raihan pula masih tak percaya bahawa dia telah menjadi bapa kepada sepasang kembar.
"Kenapa sayang tak bagitau abang yang kita akan dapat kembar?" soal Afiq Raihan sambil mendukung anak lelaki mereka.
Dia mengukir senyuman. Raihan Iskandar. Nampaknya wajah anak lelaki mereka mewarisi wajah Afiq Raihan. Manakala, anak perempuan mereka daripada Anis Raihanna.
"Surprise!" ucap Anis Raihanna teruja. Sengaja dia merahsiakan hal tersebut daripada Afiq Raihan.
"Shhh...sayang tidurlah. Biar abang jaga anak kita. Abang tahu sayang penat kan?" balas Afiq Raihan separuh berbisik.
Anis Raihanna mengangguk lemah. Dia menghadiahkan sebuah ciuman kepada dua orang cahaya matanya. Bibirnya tak lekang dengan senyuman. Anak mama.
Akhir sekali kepada Afiq Raihan. Dia bahagia. Kini hidup dia lengkap dengan kehadiran dua orang cahaya mata mereka. Siapa sangka mereka yang dulu bergaduh macam kucing dengan anjing tapi sekarang melekat macam belangkas. Urgh tak ada siapa tahu. Sampailah hari ni.
"Abang, thank you sebab jadi suami yang terbaik seumur hidup sayang. Thank you again sebab jaga sayang dengan anak-anak kita. Sayang tahu abang akan ayah jadi yang terbaik untuk Raihan dengan Raihanna." ucap Anis Raihanna ikhlas dari hati.
Afiq Raihan tersenyum bahgia. Namun baru dia tersedar dengan nama yang diberikan oleh Anis Raihanna kepada anak perempuan mereka.
"Raihanna?" soal Afiq Raihan ingin tahu.
"Ya. Raihanna Annisa." jawab Anis Raihanna gembira.
"Kan betul abang suruh cari nama adik Raihan. Nasib sayang cari." ucap Afiq Raihan selamba.
Anis Raihanna tak menghiraukan kata-kata suaminya. Afiq Raihan kalau tak mengusik tu memang bukan suami dia. Baik dia tidur.
"Sayang.." panggil Afiq Raihan lembut.
"Hmm..."
"I love you!" ucap Afiq Raihan separuh menjerit.
Anis Raihanna pantas menutup mulut suaminya. Kata-kata lelaki itu mula menarik perhatian orang sekeliling. Anis Raihanna merah menahan malu. Dia membisikkan sesuatu pada telinga Afiq Raihan sehingga membuatkan lelaki itu tersenyum lebar.
"I love you more, gila!"
-The end-
Share this novel