BAB 4

Drama Completed 141020

PENATNYA Allah sahaja yang tahu. Fazlan tidak boleh mengalah dengan kerjanya. Pilihan kerjaya ini bukan pilihan mama dan papa kerana mewarisi kerjaya ini tetapi keinginannya sendiri. Masih dia ingat ketika menerima tawaran menyambung pengajian dulu Fatimah dan Hashim sudah memaklumi jika dia memilih kerjaya ini kerana glamour kerana duit dia silap. Bila dah masuk bidang ini macam-macam cabaran perlu dilalui. Masa dan komitmen. Dia faham sangat kesibukan mama dan papanya semasa dia kecil dulu. Tapi mereka lima beradik tidak pernah terabai. Sentiasa dalam jagaan mama dengan papa dengan sangat baik serta bantuan Mak Mah yang sudah dianggap seperti ibu sendiri.

Ya Fazlan akur. Walalupun penat dia masih lagi gembira dengan kerjaya ini. Kerjaya yang ada masanya buat dia rasa ingin putus asa dengan semuanya dan ada masanya semangat juang muncul semula. Senuanya bercampur baur.

Namun ada satu perkara antara banyak perkara yang berlaku buat dia bahagia kerana kerjaya ini dia bertemu Najiha. Najiha pesakit istimewa!

Fazlan tersenyum teringatkan kejadian pagi tadi. Ketika dia sedang bersiap Najiha mendekat dan membetulkan kedudukan bajunya yang sudah sedia elok terletak. Pakai scrub bukan perlu dibutang atau diikatkan tali leher.

" Hmm. Rupanya handsome juga suami Ji ni ya", pujian Najiha membuatkan Fazlan terkesima. Tidak pernah Najiha memujinya kacak selama lebih sebulan bulan pernikahan mereka.

" Baru tahu",

" Hmm. Baru tahu", Najiha tersenyum manis.

Lamunan Fazlan terhenti apabila telefonnya berlagu.

Nasuha. Senyum diukir dan panggilan dijawab. Ear bud ditekan lebih rapat ke telinga kerana dia sedang memandu.

" Hmm. I dah on the way balik",

Beberapa ketika berbual Fazlan menamatkan panggilan. Kepalanya mula berfikir.

Najiha. Nasuha.

Najiha isterinya itu sanggup undur diri! Dia dengar bisikan isterinya itu malam tadi. Nasuha pula masih sanggup menerimanya kembali setelah percaya tiada apa yang berlaku antaranya dengan Najiha dalam kejadian petang itu.

Fazlan mengeluh kasar. Siapa kau nak sebenarnya Fazlan. Entah kenapa tiba-tiba dia merasa seperti tidak mahu kehilangan keduanya. Poligami. Ot Tidak. Itu bukan kau Fazlan! Dari segi syarak dalam Islam bukanlah haram tetapi harus dan makruh menghimpun sepupu sebagai isteri. Namun dari sisi kemanusiaan Fazlan tidak sanggup. Semua itu hanya akan mencetuskan ketidakharmonian dalam keluarga itu! Bukan keluarga itu sahaja. Dia sendiri nanti yang haru biru dan kacau bilau jadinya. Tidak!

Fazlan. Kau lelaki Fazlan. Lelaki ini tugasnya sebagai pemimpin dalam keluarga. Jika kau tak mampu memimpin dengan baik akan pincanglah keluarga kau Fazlan. Ingat. Perjalanan hidup kau ni perjalanan nanti menuju akhirat. Bukan hidup untuk keseronokan Fazlan. Bisik hatinya sendiri. Fazlan termangu. Sukarnya tugas menjadi lelaki.

Sampai sahaja ke rumah petang itu kereta Najiha sudah ada di rumah. Masuk sahaja ke dalam rumah Fazlan terbau aroma masakan. Najiha dari dapur keluar dengan senyuman.

" Doktor nak makan sekarang ke nak naik mandi dulu?",

" Mandi dulu lah",

Fazlan terus menaiki anak tangga menuju ke bilik tidur. Dia perlu mandi dahulu. Sejak Subuh tadi dia dengan pakaian ini. Terasa hangit sudah bau tubuhnya walaupun seharian di dalam penghawa dingin di hospital tadi.

Usai mandi dia terus turun. Sungguh dia memang kelaparan. Bau masakan Najiha makin menjadikan dia lapar.

" Wow sambal udang. Favourite I ni", Fazlan terus duduk di meja makan yang sudah siap terhidang makanan. Ada juga sup sayur, telur dadar crispy dan ulam sambal serta kerabu mangga.

" Ya ke? Ji main masak je. Ji tak tahu apa doktor suka",

Walaupun sudah lebih sebulan Najiha langsung tidak pernah mengambil tahu makanan kegemaran lelaki itu Dia tidak pernah bertanya dan Fazlan juga tidak pernah memberitahu. Cuma selama beberapa lama ini Fazlan makan sahaja apa yang dia masak. Langsung tak banyak komen kerana setiap kali ditanya mahu makan apa. Faxlan menjawab masak sahaja dia makan semuanya.

Nasi diceduk dan mereka mula makan sambil berbual ringkas.

" Ji nak tahu apa favorite food I?",

" Apa doktor suka makan?", selama mereka kenal dulu bukan pernah mereka begitu rapat sampai nak ambil tahu apa kegemaran masing-masing. Cukup sekadar berbual tentang kerja dan bual kosong. Namun sikap prihatin dan penyayang Fazlan buat Najiha menyimpan perasaan kepada lelaki itu.

" Tak ada yang spesifik cuma I suka masakan melayu macam mama.",

" Hmm",

" Ji?, Fazlan memandang Najiha.

" Kenapa dengan Ji",

" Favourite food Ji",

" Doktor nak tahu ke?",

" I tanya I nak tahu lah",

" Favorite orang Terengganu kan tentulah nasi dagang. Tapi Ji makan je apa yang mak masak dan apa yang ada",

" Oh tak banyak songel eh bab makan", udang yang dikopek kulit diletakkan ke dalam pinggan Najiha.

Najiha perasan Fazlan ni memang sejenis prihatin begini. Walaupun nampak kecil sahaja tindakan lelaki ini namun sangat menyenangkannya.

" Tapi Ji cakap langsung tak macam orang Terengganu kan",

" Dari tingaktan 1 Ji duduk luar. Bila balik Terengganu cakap Terengganu lah. Lagipun mak dengan abah bukan asal Terengganu pun. Berhijrah juga ", Najiha tersenyum.

" Oh. Begitu. Tapi Ji cakap dah macam orang KL macam I",

Mereka sama-sama tertawa.

Fazlan terus makan dengan berselera. Dia akui. Najiha memang pandai memasak. Semua masakan Najiha tak pernah mengecewakan. Cukup segalanya.

FAZLAN terus naik ke bilik kerja usai makan tadi. Dia perlu menyambung kerja. Jurnal perubatan yang sudah seminggu tidak disentuh kerana kesibukannya perlu disiapkan juga hari ini.

Najiha juga bergerak naik ke bilik. Mengambil baju untuk digosok. Ketika melalui bilik kerja Najiha terdengar Fazlan berbual dengan seseorang. Langsung kepalanya terfikirkan Nasuha. Dia mahu mencuri dengar awalnya namun hatinya berbisik. Kalau kau dengar Ji kau akan sakit hati. Baiklah kau tak payah ambil peduli hal mereka berdua tu. Cukuplah kau tunaikan tnaggungjawab kau selama kau jadi isteri Fazlan. Untuk apa kau rusuhkan hati kau resahkan jiwa kau sebab kemesraan mereka. Kau ambil Fazlan dari Kak Suha Kau lupa? Situasinya kau rampas Fazlan dari Nasuha. Najiha terkaku. Aku ni perampas?

Najiha terus bergerak ke bilik untuk menggosok pakaian. Sedang dia leka menggosok dia mendapat panggilan dari Normah.

" Tengah gosok baju", ujar Najiha memberi salam tadi.

" Dekat mana ni?",

" Rumah Lan",

" Ha.. eloklah tu. Orang suami isteri ni kena duduk sebumbung barulah dapat kenal hati budi",

" Ya mak", Najiha mengawal kesedihannya.

Macam manalah dia nak cakap dengan Normah dan Zulkifli nanti yang dia mahu berpisah dengan Fazlan. Mengamuk ke orang tua itu. Tapi dia dan Fazlan tak boleh disalahkan kerana dia dan lelaki itu dipaksa kahwin.

Beberapa ketika mereka berbual itu ini. Ada sahaja cerita Normah. Najiha melayan sahaja bualan ibunya.

" Mak dah mengantuk ni",

" Ha ye la. Pergilah tidur. Kirim assalamualaikum dekat abah. I love you", ucap Najiha dengan senyuman dan menamatkan panggilan usai mendengar balasan ucapan sayang ibunya.

" Siapa?", soal Fazlan mengejutkan Najiha.

" Oh sayang. Hish. Doktor ni kan sukalah buat orang terkejut",

" Siapa tadi?", soal Fazlan tidak sabar apabila mendengar ucapan cinta daripada isterinya.

" Mak",

" Oh. Okay", Fazlan terlupa. Ya dia biasa mendengar jika akhir perbualan Najiha dan Normah ucapan kasih itu sebagai penutup. " Ji sibuk ke?",

" Kenapa?",

" Boleh tak buatkan I hot chocolate no sugar",

" Selalu kan tak minum manis bila dah malam",

" I nak siapkan kerja sekejap",

" Kejap lagi Ji hantar",

" Thanks",

Usai menggosok pakaian Najiha turun semula ke dapur. Ketika masuk ke dalam bilik kerja Najiha lihat Fazlan sudah beberapa kali menguap.

" Kalau mengantuk penat tidur je la doktor. Sambung kemudian. Doktor pun manusia perlukan rehat juga.", jadual kerja lelak itu memang padat. Kalau dia agaknya dah lama terbungkang atas katil atau menghadapi kemurungan. Hebatnya energy dan emosi mereka yng bergelar doktor ye.

" Sikit je lagi. No worries I dah biasa Ji",

" Okay", Najiha malas menggangu dan dia berlalu mahu masuk tidur dahulu

Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Fazlan sudah benar-benar mengantuk. Masuk ke bilik dia melihat Najiha sudah terlena. Dia berlalu ke bilik air. Keluar sahaj dari bilik air tubuhnya direbahkan di sebelah Najiha.

Fazlan memandang wajah lena Najiha. Diusap perlahan pipi isterinya. Bohong dia tidak terasa apa-apa apabila berdua dengan Najiha. Sebulan lebih dia belum lagi memiliki isterinya. Penyabar betul kau ni Fazlan. Betul ke kau ni lelaki? Ke kau ni spesies apa? Bukan dia tiada nafsu tetapi penolakan Najiha membuatkan dia tidak sampai hati mahu memaksa.

Yalah. Awal pernikahan mereka sudah tidak berkomunikasi dengan baik. Bila Fazlan mula mendekat pelbagai alasan dan helah daripada Najiha. Ya dia ingat malam itu. Malam Najiha menyatakan dia tidak mahu hubungan mereka lebih dari sepatutnya kerana Nasuha. Apalah Ji ni. I suami you kot. Kalau I minta you perlu tunaikan.

Fazlan mengucup bibir isterinya. Teringatkan ketika dia bermalam di rumah Najiha. Menerima kucupan pertama daripada wanita itu. Mungkin sangka Najiha dia sudah ketiduran.Jika ikutkan nafsu lelakinya mahu sahaja dia menerkam dan memaksa Najiha melayaninya.

" Ji", panggil Fazlan perlahan. Namun Najiha langsung tidak tersedar. " Ji", panggil Fazlan lagi sambil mengusap pipi Najiha.

" Dah subuh ke?", soal Najiha apabila terjaga.

" Belum. Ji. I nak you", mata Fazlan memandang mata Najiha yang sudah terbuka. Najiha termangu. Diam. " Ji I nak you", perlahan suara Fazlan masih mengusap pipi Najiha. Najiha masih membisu. " I nak you Ji please", seakan merayu suara Fazlan buat Najiha diserbu rasa bersalah. " Please I nak you Ji",

Najiha tersenyum kecil dan mengangguk perlahan. Najiha tidak mampu untuk menafikan hak lelaki itu. Dia memang berhak. Walaupun hatinya berbelah bagi Najiha mahu akur dengan tanggungjawabnya. Soal perasaan? Biarlah masa menentukannya. Inilah lkeputusannya.

SESI klinik hari ini terasa begitu panjang. Fazlan kepenatan melayan karenah pesakit. Namun ada sesuatu yang menggembirakan hari ini apabila ada beberapa pesakitnya yang mula menunjukkan peningkatan tahap kesihatan. Soal diabetic dan hypertension yang tidak terkawal kerana culas mengambil ubat itu biasa. Biarlah berbuih mulut Fazlan menasihati jika pesakit sendiri tiada kesedaran apa lagi dia boleh buat. Tak mungkin doktor dapat menjaga mereka 24 jam. Namun konsultasi tetap perlu diteruskan.

" Boss last patient. Sampai dah pesakit yang nak buat boss jadi menantu tu?", sempat lagi Zuraida bergosip.

" Assalamualaikum mak cik. Macam mana hari ni", sapa Fazlan mesra apabila pesakitnya sudah duduk.

" Waaalaikumussalam. Alhamdulillah sihat doktor",

" Mak cik bacaan darah mak cik ni tak comel la kali ni. Kena makan ubat on time ni mak cik",

" Makan dah ubat. Tapi tak tahulah doktor. Tak comel jugak",

Fazlan tersenyum. " Kena makan hari-hari ikut masa mak cik",

Hampir sepuluh minit sesi konsultasi sehinggalah Saniah bersuara. " Tak dapat mak cik nak buat doktor jadi menantu ya. Kahwin dah doktor. Orang mana isteri doktor",

" Terengganu mak cik", sopan Fazlan menjawab.

" Oh jauh juga. Ada ke gambar kahwin doktor",

" Ada. Mak cik nak tengok ke?",, Fazlan melayan sahaja.

Dia kenal sangat dengan Mak Cik Saniah yang akan mengambil masa bila berjumpa dengannya. Fazlan perlu pandai mencari jalan supaya Mak Cik Saniah tidak mengambil masa terlalu lama tanpa menyakiti hati wanita tua itu.

Fazlan menunjukkan gambar perkahwinannya di skrin telefon.

" Oh cantik sangat orangnya. Padan dengan doktor", puji Saniah.

" Terima kasih mak cik", Fazlan tersenyum sahaja.

Usai sahaja Saniah keluar Zuraida masuk ke bilik rawatan.

" Frust Mak Cik Saniah boss", Zuraida berdrama seakan dalam mood kesedihan.

" Pandailah kau", Fazlan mrmbalas malas.

Fazlan meregangkan tubuhnya. Fazlan tersenyum teringatkan pujian Saniah tadi. Padan dengan doktor. Hatinya terus teringatkan Najiha. Telefon dicapai dan cepat menghubungi isterinya.

" Ji",

" Hmm",

" I miss you", romantis suara Fazlan.

Najiha terdiam. Sasau dah ke Fazlan ni?

" Hari ni Ji tak payah masaklah. Malam nanti kita makan kat luar",

" Okay", Najiha bersetuju sahaja.

Usai sahaja panggilan dia bersiap apa yang patut. Jam 3 petang nanti dia perlu menghadiri mesyuarat pula. Kerja di dunia ini tidak pernah habis. Selagi mampu bekerja bekerjalah sebaiknya.

PANGGILAN daripada Normah memaklumkan Nasuha pulang ke rumah mengejutkan Najiha. Namun dia bersyukur kerana mungkin Nasuha sudah tidak merajuk hati lagi. Najiha jadi takut tiba-tiba. Hal dia dan Nasuha belum lagi diselesaikan. Dia perlu selesaikan semuanya. Mahu pulang ke Terengganu minggu ini dia ada lawatan ke Kuala Lumpur bersama anak muridnya.

Najiha mula berfikir bagaimana cara untuk bersua dengan Nasuha. Menyesal pula rasanya semasa Fazlan mahu membawa dia berjumpa Nasuha dulu dia menolak. Najiha mencapai telefon menghubungi Ashikin.

" Yes darling. Rindu aku ke?",

" Tak",

" Ceh. Pirah",

" Kau busy ke Kin?",

" Busy. Busy sangat. Harap je suami boss sendiri tapi bagi kerja pada aku macam aku ni buruh", rungut Ashikin.

" Ala. Nanti hujung tahun kau mintalah boss kau tu bagi bonus setahun gaji",

" Bankrap teruslah kalau macam tu",

Najiha ketawa. Ashikin memang jenis yang ceria dan bersahaja.

" Aku call kau ni nak borak kalau kau tak busy",

" Sayang", suara di talian mendiamkan Najiha. Suara Ashikin diam seketika namun terdengar suara yang tidak jelas.

" Sorry Ji. Cik abang nak keluar site. Kena layan sekejap. Boss tak ada boleh kita sembang tanpa gangguan. Kenapa? ", soal Ashikin prihatin.

"Kak Suha dah balik Terengganu. Kau rasa kalau aku jumpa Kak Suha dia akan mrngamuk lagi ke?,

" Hmm. Kak Suha tu tak boleh jangka. Spesies luar dugaan", komen Ashikin.

" Tapi aku kena selesaikan juga hal ni Kin. Hati aku tak tenang sebab ada antara Kak Suha dan Lan",

" Kau tetap nak berpisah dengan Lan ke?",

" Hmm", dalam yakin tidak yakin dia menjawab.

" Kau kan sayang Lan. Kau tak cakap dengan Lan kau sayang dia?",

" Tak terkeluar Kin. Tak guna pun kalau aku cakap aku sayang dia",

" Aku tak boleh nak bagi nasihat Ji. Aku takut aku salah cakap nasihat aku tak betul. Cuma aku boleh beri sokongan pada kau. Aku doakan jalan yang kau pilih InsyaAllah jalan terbaik untuk kau",

" InsyaAllah. Kau kan selalu cakap dengan aku. Apa yang kita nak tak semestinya kita akan dapat. Percaturan Allah tu yang terbaik untuk kita",

" Ya betul. Ji aku tak tahulah sesuai ke tidak aku kongsi dengan kau sekarang",

" Apa? Cakap je lah mengada sangat nak buat drama",

" Im pregnant",ceria suara Ashikin.

" Alhamdulillah. Tahniah. Auni nak jadi kakak dah lah",

" Hmm. Makin manja bila nak jadi kakak. Tak boleh kena marah sikit",

Najiha ketawa. Lama mereka berbual sehingga Najiha terasa tubuhnya dipeluk dari belakang.

" Kin. Okaylah. Pergilah sambung kerja kau. Bye",

" Bye",

Najiha berpaling. " Awal doktor balik. Kata sampai petang",

" Jam 2. Petang dah Ji. Siapa call?",

" Shikin",

" I ada bungkus makanan. I nak mandi sekejap. Nanti kita makan sama",

" Okay. Doktor nak minum air apa?",

" Kopi o", cepat Fazlan menjawab. Dia berlalu ke bilik air.

PAGI ini Fazlan menawarkan diri untuk menghantarnya ke sekolah. Najiha menolak namun apabila lelaki itu beraksi seperti merajuk Najiha bersetuju juga. Fazlan mula pandai menunujukkan emosinya. Kadang kala Najiha pula keliru dengan karenah lelaki itu.

" Pipi?", Fazlan mendekatkan wajahnya dengan wajah Najiha usai isterinya bersalaman.

" Mengada kan", tegur Najiha. Namun dilayankan sahaja karenah lelaki itu. Kucupan singgah di pipi suaminya.

" Nanti balik tunggu I ambil",

" Doktor kan kerja. Takkanlah doktor nak keluar ambil Ji masa kerja. Mana boleh ponteng kerja",

" I kerja setengah hari je hari ni. Jam 5 I ada meeting dekat KL hari ni. Nanti sebelum drive KL I balik ambil you. Okay?",

" Okay. Tidur KL?",

" Kenapa? Sunyi I tak ada peluk Ji", nakal suara Fazlan.

" Jangan nak perasan ya. Ji tanya sebab doktor tak minta pun Ji tolong kemaskan baju malam tadi",

" I ganti Aswad. Patut Aswad pergi. Aswad ada urgent. Nanti I kemas sendiri je",

" Okay lah. Drive safely",

" Okay",

Fazlan meneruskan perjalanan. Fazlan tersenyum senang dengan layanan Najiha kepadanya. Walaupun awal pernikahan mereka Najiha seakan selalu menjauhkan diri daripadanya. Soal perpisahan juga sudah tidak bermain di bibir isterinya. Namun Fazlqn akui hati dia belum dapat melepaskan Nasuha. Nasuha masih ada dalam hatinya apatahlagi Nasuha pula makin hari makin menagih kasih dan sayangnya.

" CIKGU. Arif ni berebut warna dengan saya ", jerit Ariana dengan wajah mencukanya. Sakit hati kerana pensel warnan di tangannya dirampas kasar oleh Arif.

" Arif. Kalau nak pinjam minta elok-elok", perlahan suara Najiha yang duduk di sebelah Fuad membantu Fuad.

" Saya suka warna ni cikgu", Arif tidak mahu kalah. Sedangkan banyak sahaja warna kuning di meja kumpulannya. Najiha faham sangat dengan kenakalan Arif. Bukan dia mahu guna sangat pun warna itu sengaja dia mahu mencari gaduh dengan murid lain.

" Atas meja kumpulan Arif pun ada warna kuning tu cikgu tengok. Sama je warna dia dengan Arif pegang tu",

" Nah Ambillah", suara Arif menunjukkan rasa tidak puas hati lalu meletakkan semula pensel warna di tangannya tadi di atas meja. Dia berlalu ke meja kumpulannya.

" Bagus Arif. Tapi Arif belum minta maaf lagi dengan Ariana kan. Anak yang baik bila buat salah dia minta maaf dan janji tak buat lagi",

Dia bangun semula dan meminta maaf kepada Ariana. Ariana pantas sahaja memberi maaf kerana dia mahu fokus kepada lukisan yang diwarnakannya.

" Arif tidur jam berapa malam tadi?", soal Najiha menghampiri Arif.

" Lambat",

" Lambat tu pukul berapa?", Najiha mengajak berbual pula.

" Mama cakap dah pukul 1 Simpan telefon. Tidur. Haa pukul 1 lah. Pastu mama marah - marah pukul Arif sebab Arif tak dengar cakap mama", lurus sahaja Arif menjawab.

Najiha agak terkejut. " Jom kita borak dekat meja cikgulah", Najiha mencapai tangan Arif.

" Sakit? Di mana kena pukul?", soal Najiha.

" Sakit. Ni", Arif menyingkap seluarnya dan Najiha agak terkejut melihat lebam di betis anak itu",

" Mama pukul dengan apa?",

" Penyangkut baju. Mama cakap Arif kena pukul sebab Arif degil tak dengar cakap mama", bersahaja jawapan anak itu.

" Mama pernah pukul sebelum ni?",

" Tak Malam tadi je",

" Okay. Cikgu faham. Kanak-kanak macam Arif ni kena tidur cukup masa barulah baik untuk kesihatan. Arif akan sihat ceria gembira. Malam ni Arif tidur awal sikit jam 9.30. Telefon bagi mama sebelum Arif tidur. Boleh?",

" Ala. Arif tak boleh tak main telefon sebelum tidur",

" Tak apa. Arif cubalah malam ni. Okay?", pujuk Najiha perlahan.

Ya. Dia faham cabaran kepada ibu bapa membesarkan anak zaman sekarang. Gajet adalah cabaran utama. Jika ibu bapa tidak mengawal penggunaan gajet kepada anak-anak banyak kesan buruknya. Terutama kepada kesihatan dan perkembangan anak tersebut. Ada kes anak yang terlalu kerap mengadap skrin mempunyai masalah rabun di usia Kanak-kanak. Ada anak yang tidak boleh berkomunikasi kerana terlalu kerap menggunakan gajet. Peranan ibu bapalah yang paling besar dalam mendidik dan mengawasi anak-anak. Itulah cabaran menjadi ibu dan bapa.

Najiha mengusap perlahan belakang Arif. " Arif kena jadi budak baik okay",

Cepat anak itu mengangguk. Najiha tersenyum. Apakah akan tersimpan dalam memori Arif bicara mereka tadi. " Arif siapkan warna lukisan Arif. Cikgu janji nak bagi apa siapa mrenang pertandingan ni", nyaring suara Najiha.

" Kasut sekolah baru ",mereka menjawab dengan bersemangat. Najiha menyimpul senyum.

Anak muridnya ini budak kampung yang kebanyakan ibu bapanya adalah bekerja kampung. Jadi kebanyakannya adalah dari golongan berpendapatan rendah. Mereka sendiri meminta diberikan hadiah tersebut jadi Najiha melayankan sahaja.

TENGAH HARI itu Fazlan datang menjenputnya di sekolah. Semua murid sudah balik. Yang tinggal hanya Julianna dan Najiha sahaja di sekolah pra. Masuk sahaja ke dalam kereta Najiha melihat wajah kelat suaminya. Tiada langsung sapaan daripada lelaki itu. Najiha pula takut mahu menegur kerana dia belum faham perangai Fazlan.

Sampai di rumah Fazlan terus bersiap untuk keluar semula. Ketika lelaki bersiap Najiha mendekat.

" Kenapa ni?, perlahan suara Najiha mencapai tangan Fazlan dan menarik lelaki itu duduk di birai katil.

" Kenapa Ji call Su berjanji yang bukan - bukan?,

" Hah?",

" Ji cakap apa dengan Su? Cakap dengan I",

" Ji cakap yang betul je. Ji cakap..",

Belumpun sempat Najiha menghabiskan ayatnya bibirnya dipagut Fazlan. Tubuh Najiha dibawa ke dada katil. Tubuh itu ditindih supaya Najiha tiada ruang melepaskan diri. Mata mereka bersatu dan Pipi Najiha diusap perlahan. Kucupan singgah di bibir Najiha. Lembut dan mengasyikkam hingga membuatkan hati Najiha tersentuh tanpa sedar air matanya mengalir.

" Syhhh. Kenapa ni?", cepat diseka air mata Najiha yang jatuh dari hujung mata.

" Boleh tak doktor bagi peluang pada Ji untuk buat doktor cintakan Ji juga ? ", sayu suara Najiha. Entah kekuatan dari mana dia dapat sehingga dia berani berbicara seperti itu.

Fazlan terkesima mendengar pernintaan itu. Maksudnya Najiha cintakan dia? Najiha cintakan dia selama ini? Kenapa kau tak sedar! Fikirnya segala dilakukan Najiha kerana tanggungjawabnya sebagai isteri.

" Ji cintakan doktor", ucap Najiha merenung ke dalam mata Fazlan sambil mengusap perlahan pipi lelaki yang masih di atas tubuhnya. Fazlan kelu. Hilang kata.

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience