CHAPTER 10 DKM

Action Series 21397

Dua minggu kemudian...

Luth Hanief dan Hana Dahlia sudah pulang ke rumah mereka sendiri.Segala barang keperluan telah dibawa pindah bersama.Luth Hanief telah membawa adik-adiknya Lutfya Hadira , Hazra , Hayra dan Humaira pindah bersama.Selepas kejadian dua minggu yang lalu , mereka tidak lagi menjejakkan kaki ke rumah agam Tan Sri Luth Kamaruddin.

Pagi yang indah ini telah menyatukan sesisi keluarga kecil ini.Hana Dahlia sudah terjaga dari lena terlebih dahulu.Dia menggoreng nasi untuk santapan pagi ini.Dia dibantu oleh adik-adik iparnya Lutfya Hadira , Hazra , Hayra dan Humaira.Mereka riuh rendah di dapur.Suasana yang ceria telah mencuit hati Hana Dahlia.Dia tidak pernah rasa bekerluarga begini.

"Irah , akak nak kejut abang Luth sekejap." ujar Hana Dahlia kepada adik iparnya itu.Gadis itu mengangguk.

Kaki dibawa ke tingkat atas.Pintu bilik tidur dibuka.Wajah Luth Hanief dipandang dengan senyuman.Dia mendekati suaminya yang masih dibuai lena.Lelaki itu hanya menutupi tubuhnya dengan selimut tebal.Dia tidak berbaju.

"Abang , bangun dah pagi.Pukul lapan dah ni." kejut Hana Dahlia lembut.Dia mengejut suaminya lagi.Luth Hanief masih tidak memberi reaksi.

"Abang bangunlah , sayang dah buat sarapan.Adik-adik tunggu abang untuk makan sama." ujar Hana Dahlia.Sedikit pun tubuhnya tidak bergerak.Hana Dahlia mengeluh kecil.

'Dia kalau dah tidur memang tidur mati'

Hana Dahlia menyelimuti tubuh suaminya kembali.Baru sahaja dia mahu bangkit dari duduknya dan tiba-tiba dia terjatuh semula dan terkebelakang melanggar abdomen Luth Hanief.Dia memalingkan wajah kanan.Luth Hanief tersenyum kepada isterinya dengan matanya yang terbuka sedikit.

"Abang ni , penat sayang kejut tau." ujar Hana Dahlia dengan nada rajuk.

"Abang ngantuklah sayang , tidur jom ?." ajak Luth Hanief selamba.Hari ini adalah hari sabtu.Dia cuti dan mahu membalas tidur-tidurnya yang kurang lena sepanjang hari bekerja.

"Abang bangun sekarang , turun makan.Adik-adik dari tadi tunggu abang." ujar Hana Dahlia dengan nada tegas.

"Yalah , kejap lagi abang turun." ucap Luth Hanief dengan nada yang lemah.

Tidak lama kemudian selepas menunggu lama Luth Hanief turun.Mereka bersantapan bersama , mereka sesisi keluarga kecil tampak sungguh bahagia.Lutfya Hadira , Hazra , Hayra dan Humaira terlalu ceria bersama dengan abang kesayangan mereka Luth Hanief.

Selepas bersantapan pagi bersama , Luth Hanief membantu isterinya Hana Dahlia mengemas semula meja makan dan mencuci pinggan kotor yang berada di sinki.

"Biar abang basuh.Sayang rehat saja di depan." ujar Luth Hanief kepada isterinya.Dia menyambung tugas isterinya itu.Hana Dahlia tersenyum simpul.Dia sudah masak dengan sikap suaminya itu.

"Abang tak penat ke layan sayang macam ni ?." soal Hana Dahlia kepada suaminya Luth Hanief.

"Tak , sebab ini tugas abang bukan sayang." ujar Luth Hanief tanpa ragu-ragu.

"Abang tak bosan ?." soal Hana Dahlia.Luth Hanief memandang wajah isterinya di belakang itu dengan tenang.Tangannya terhenti mencuci.

"Kenapa kena bosan ? Tanggungjawab suami.Kalau macam tu abang rasa bosan nak pergi kerja , jadi abang boleh berhenti kerja kan." ujar Luth Hanief selamba.Hana Dahlia tertawa kecil.

"Terima kasih sebab jadi suami yang baik untuk sayang." ucap Hana Dahlia kepada suaminya Luth Hanief.

"Sama-sama bunga." ucap Luth Hanief kembali dengan nada romantis.Hana Dahlia menyimpul senyum.Dia membahang dengan ucapan romantis suaminya itu.

"I love you Mr.SPRM." ucap Hana Dahlia lembut.Luth Hanief tertawa mendengar panggilan yang dipanggil isterinya itu.Mr.SPRM ? Tak pernah lagi orang panggil begitu.

Luth Hanief dan isterinya Hana Dahlia pergi ke kediaman Jeneral Mohammad Hassan dan Puan Layka Zenia.Adik-adiknya dibawa bersama.Lutfya Hadira , Hazra , Hayra dan Humaira teruja ke rumah banglo tiga tingkat itu.Mereka disambut mesra oleh Jeneral Mohammad Hassan serta Puan Layka Zenia.Manakala , Mak Bibah diarahkan untuk memasak sedap-sedap.Keluarga itu kelihatan bahagia.

"Hadira , sini mak tambahkan nasi lagi.Sikitnya kamu makan." ujar Puan Layka Zenia mesra.Dia menyantuni lima beradik yatim itu dengan penuh kasih.Luth Hanief tersenyum bahagia apabila melihat adik-adiknya dilayan seperti ahli keluarga mereka sendiri.Luth Hanief menghabiskan sisa makanannya di dalam pinggan.Hana Dahlia rancak berbual bersama adik iparnya Lutfya Hadira.

"Semua kenyang ke ni ? Mak tengok semua makan sikit jer ?." soal Puan Layka Zenia kepada anak menantu yang berada di meja makan tersebut.

"Alhamdulillah , semua kenyang.Sedap masakan mak dan Mak Bibah harini." ujar Lutfya Hadira memuji.

"Ohh , mak memang selalu masak sedap.Lauk favourite abang Luth pun mak tahu apa." ujar Puan Layka Zenia.Menantunya Luth Hanief hanya tersenyum sahaja.

"Datang rumah mak , memang wajib makan sampai kenyang." ujar Puan Layka Zenia dengan selesa.Dia tidak reti kedekut bab makan dengan tetamu-tetamunya.

"Makcik... ."

"Jangan panggil makcik , panggil mak.Ni semua anak mak." ujar Puan Layka Zenia.Airmata Lutfya Hadira , Hazra , Hayra dan Humaira bergenang di kelopak mata.Sudah lama mereka tidak dikasihi begini.Luth Hanief hanya menekur ke dalam pinggan kosong di atas meja makan tersebut.

"Nanti mak masakkan Humai gulai ayam boleh ?." pinta Lutfya Humaira kepada Puan Layka Zenia.

"Boleh sayang." ujar Puan Layka Zenia.Dia tersenyum manis kepada gadis itu.Kepala Lutfya Humaira diusap lembut.

"Sudah , pergi basuh tangan.Nanti boleh tengok tv dekat depan." ujar Puan Layka Zenia.

"Takpa , kami tolong mak." ujar mereka berempat serentak.Pantas sahaja mereka membantu membersihkan meja makan yang kotor itu.

"Rajinnya anak-anak mak ni." puji Puan Layka Zenia kepada anak gadis semua itu.

"Abang , sayang nak minta sesuatu boleh." bisik Hana Dahlia apabila melihat suaminya tekun melihat telefon pintarnya itu.

"Apa dia sayang ?." soal Luth Hanief lembut.

"Sayang nak Starbucks." jelas Hana Dahlia kepada suaminya.Dia tersenyum nakal kepada suaminya Luth Hanief.

"Boleh , tapi sekarang abang perlu ke pejabat dulu.Abah panggil sebab ada kes." jelas Luth Hanief kepada isterinya Hana Dahlia.

"Aloo , baru nak manja dengan abang." rungut Hana Dahlia seperti anak kecil.Luth Hanief tertawa melihat gelagat isterinya Hana Dahlia itu.

"Sorry darling , abang pun tak tahu yang abang akan dipanggil untuk settle kes ni." ucap Luth Hanief kepada isterinya Hana Dahlia.

"You promised to take me later ?." soal Hana Dahlia kepada suaminya yang sudah berjanji.

"Yes dear , i promise to take you." ujar Luth Hanief berjanji lagi.

"I love you flower." ucap Luth Hanief romantis kepada isterinya.Hana Dahlia membahang.Dia menjatuhkan pandangannya segera.

"Kejap malu , kejap tak.Mana satu ni ?." soal Luth Hanief mengusik isterinya Hana Dahlia.

"Hana tu mengada.Dia mahu tapi malu." sampuk Puan Layka Zenia selamba.Dia menyambung membuat tugasnya di dapur.

"Mak , janganlahh." marah Hana Dahlia manja.Luth Hanief mengecup dahi isterinya sekilas.Lutfya Hadira , Hazra , Hayra dan Humaira tersipu melihat perbuatan selamba abangnya itu.

"Dah , abang nak bersiap.Nanti balik kita keluar okay." pujuk Luth Hanief dengan nada romantis.Sekali lagi membahang wajah Hana Dahlia.

Dua jam dia menghadap sesak jalan raya.Jam menunjukkan pukul lapan malam.Dari jam lima petang dia tersangkut dalam sesakan jalan raya.Kini dia hampir tiba di rumah.Dia mahu mengambil isterinya untuk dibawa ke Starbucks.Janji sudah dibuat hanya perlu dikotakan sahaja.

"Lama ke sayang tunggu abang ?." soal Luth Hanief sebaik sahaja isterinya masuk ke dalam perut kenderaan BMW M4 itu.

"Lama jugak.Tapi takpa yang penting abang kotakan janji." ujar Hana Dahlia gembira dan teruja.Sudah lama dia teringin hendak minum Starbucks.Kereta meluncur di atas jalan raya.

Tangan Luth Hanief menyentuh lembut tangan isterinya Hana Dahlia.Sentuhan mereka bersatu.Semakin erat dan kemas genggaman tangan mereka.

"Sampai dah , jom sayang." ajak Luth Hanief.Dia membuka pintu keretanya terlebih dahulu dan menuju ke pintu sebelah penumpang.Dia membukakan pintu kereta buat isterinya.

"Sweet lah abang ni." ujar Hana Dahlia selamba.Luth Hanief tersenyum sahaja mendengar pujian isterinya Hana Dahlia itu.

"Eh kejap." tahan Hana Dahlia.Tertarik Luth Hanief dibuatnya.

"Kenapa pula ni sayang ?." soal Luth Hanief pelik.

"Tak tahu nak minum apa ?." jelas Hana Dahlia sayu.Dia menekur ke jalan tar.

"Takpalah , nanti masuk dalam kita fikir.Cari tempat dulu." ujar Luth Hanief memujuk isterinya Hana Dahlia itu.

"Okay." akur Hana Dahlia kepada suaminya Luth Hanief.

Tempat di bahagian tengah menjadi pilihan untuk mereka duduk.Luth Hanief mengeluarkan telefon pintarnya dan meneliti seketika.Manakala Hana Dahlia masih memikirkan menu apa yang hendak dipesannya.Mereka duduk saling menghadap.

"Abang , boleh ke sayang order air paling mahal ?." soal Hana Dahlia kepada suaminya Luth Hanief.

"Anything for you , Flower." ucap Luth Hanief romantis.Dia yang duduk dengan berpeluk tubuh itu memandang tepat ke arah isterinya Hana Dahlia.

"Sayang nak Espresso Brownies." jelas Hana Dahlia.

"Okay sayang , tunggu sekejap abang order." jelas Luth Hanief kepada isterinya Hana Dahlia.

Kaki dibawa menuju ke kaunter.Pesanan dibuat.Dia menambah pesanan dengan satu air panas dan sepotong kek.Tidak lama kemudian dia membawa dulang yang berisi pesanannya tadi ke arah meja yang diduduki isterinya Hana Dahlia.

"Wah ! Sedapnya." ujar Hana Dahlia teruja melihat makanan-makanan di hadapannya.

"Suka ?." soal Luth Hanief apabila melihat keterujaan isterinya Hana Dahlia itu.Dia terus menyedut minuman yang dipesan sambil terpejam mata.Luth Hanief hanya santai menghirup kopi panas yang dipesannya juga.Dia tersandar di kepala kerusi dan berpeluk tubuh sambil memandang isterinya yang asik menikmati makanan di hadapannya itu.

"Happy tak sayang ?." soal Luth Hanief lagi.

"Happy sangat.Terima kasih abang." ucap Hana Dahlia manja.

"Sama-sama bunga." ucap Luth Hanief romantis.Dia terpana seketika melihat gaya suaminya yang mampu membuatnya meruntun jiwa.

"Abang ni , duduk pun handsome." ujar Hana Dahlia selamba.Berkerut dahi Luth Hanief mendengar pujian isterinya yang tiba-tiba itu.

"Aik , sayang dah kenapa ?." soal Luth Hanief pelik.

"Yalah , abang ni terlalu handsome , sampai duduk pun nampak handsome." jelas Hana Dahlia selamba.

"Handsome ?." soal Luth Hanief.

"Malam ni bagi hak abang." ucap Luth Hanief selamba.Tercekik Hana Dahlia yang sedang makan potongan kek Red Velvet.Segera airnya disedut laju.

"Dah dua minggu kita kahwin , jadi milik abang malam ni jugak." ujar Luth Hanief dengan nada serius.Dia sengaja menyakat isterinya Hana Dahlia.

"Habis selama ni Dahlia bukan milik abang ke ?." soal Hana Dahlia sayu.

"Jadi hak milik kekal dalam hidup abang." mata dikenyitkan kepada isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience