Chapter 25

Drama Series 633633

“Sayang” Hana Aishah yang sedang sedap tidur berselimut tebal mengerutkan wajahnya saat suara Fakhrul memanggil. Tilam yang empuk itu beralun menandakan penghuni lain sedang menapak di atas tilam empuknya itu. Kerutan di wajahnya bertambah jelas.

“Wake up sleepy head” sekali lagi suara mesra itu memanggil. Tidak sampai beberapa saat, wajahnya terasa basah. Mata Hana Aishah terus tercelik tika itu.

“What…” kata – katanya terhenti di situ saat melihat gerangan yang menciumnya. Niatnya yang mahu memarahi Fakhrul kerana menyangka lelaki itu sekali lagi mengambil kesempatan terus mati.

“Baby umi” suara serak basah Hana Aishah kedengaran sebelum tawa Adam bergema di segenap ruang bilik itu.

Adam yang segak dalam jumpsuit berjalur putih kelabu itu meneruskan projeknya tadi. Apabila serangannya seperti berat sebelah ke sisi kanan muka Hana Aishah, terus tubuh montel itu naik ke atas dada Hana Aishah dalam usaha untuk meninggalkan kesan air liurnya di sisi kiri wajah ibunya. Hana Aishah yang tadi tertawa terus mengerang kesakitan.

“Auhhhh” suara Hana Aishah yang melantun tinggi menghentikan aktiviti anaknya Adam. Wajah Adam bertukar sebak sambil merenung ke arah Hana Aishah yang sedang menekap dadanya.

“Sayang” Fakhrul memanggil kerisauan sebelum menarik tangan Hana Aishah yang sedang disilangkan di dada.

Dadanya yang sememangnya sedang sakit itu berdenyut kuat hasil tekanan daripada lutut anaknya tadi. Matanya dipejam rapat menahan air matanya daripada gugur apabila mendengar esakan Adam. Dia terjerit kesakitan sehingga anaknya terkejut.

“Its ok Adam. Umi is fine. Umi is ok” Hana Aishah memujuk Adam di sebalik kesakitan yang dirasainya. Tubuhnya didudukkan oleh Fakhrul dan sejujurnya posisi itu mengurangkan denyutan yang dirasainya jadi mulutnya yang laju mahu memarahi Fakhrul terus disenyapkan.

“Aaah. Ya Allah” Hana Aishah bersandar di kepada katil sambil satu tangannya memicit kepalanya. Sakit yang dia rasai itu sampai ke kepala.

“Sayang makan painkiller ok. Kejap abang ambik” suara Fakhrul yang kerisauan itu mencelah sebelum tilam itu sekali lagi beralun menandakan pemergian lelaki itu.

Hana Aishah menarik beberapa nafas panjang melegakan sesak di dada sebelum matanya dibuka. Wajah Adam yang sudah basah dengan air mata itu sedang merenung dia. Senyuman semanis mungkin dia ukir di bibirnya sebelum Hana Aishah menghulurkan tangannya. Adam merangkak laju saat melihat depaan tangan ibunya.

“Umi is not mad you baby. Umi had an ouch, that`s why I screamed. Did you get scared?” Hana Aishah mengusap pipi Adam yang dibasahi air mata. Sepasang anak mata hitam merenung ke dalam anak matanya. Kesayuan yang dilihat Hana Aishah membuatkan hati ibunya sakit.

“Mimi. Mimi” Adam mengesek wajahnya ke dada kanan Hana Aishah dan sakitnya yang masih dirasai dihindarkan. Saat itu wajah sedih Adam perlu dihapuskan. Air mata anaknya terus mengering saat mendapat habuan.

“Sorry abang lambat, abang buat roti bakar untuk sayang. Nanti you`ll get…” terhenti terus bicara Fakhrul melihat Adam sedang menyusu dengan selambanya.

“Sayang, why did you feed him. Kan sayang sakit?” suara Fakhrul kedengaran tidak berpuas hati saat Fakhrul duduk di birai katil. Tangan kanannya memegang piring yang dipenuhi dengan roti bakar manakala di tangan kiri Fakhrul pula , segelas air susu.

“Is the roti bakar for me?” perutnya yang memang sudah berkeroncong itu mengirini pertanyaannya. Fakhrul tidak membalas. Dia merenung kearah Adam yang sedang menyusu seperti sedang kelaparan walhal dia baru sahaja menyuap anaknya sarapan.

“Sayang ni. Kan sakit lepas tu susukan lagi Adam. Abang baru je feed him breakfast” Fakhrul membebel sambil tangannya laju meletakkan piring dan cawan di meja sisi katil itu.

“Nah” Fakhrul menghulurkan sekeping roti bakar kepada Hana Aishah dengan wajah tidak berpuas hatinya tetapi apabila dia melihat isterinya yang sedang merangkul Adam , terus dihalakan ke mulut Hana Aishah. Tanpa berfikir sesaat Hana Aishah menyambut suapan Fakhrul.

“Ya Allah laparnya” Hana Aishah sempat mengeluh sebelum menyambung kunyahan. Tidak sampai 5 minit licin semua roti bakar yang dibawa Fakhrul. Bibir Fakhrul yang tadi awalnya diketap kegeraman terus mengukir senyuman. Suka hatinya melihat Hana Aishah makan sehingga licin.

“Kenyang dah” Hana Aishah menggelengkan kepalanya laju tetapi matanya masih merenung kearah Adam yang semakin kuyu matanya.

“Sayang wait her , abang pergi buat lagi” Fakhrul memberitahu ceria sambil berdiri mahu membuatkan satu lagi pusingan roti bakar. Bukan senang hendak melihat isterinya makan selera sebegitu.

“Tak nak roti bakar. Aishah nak susu tu” Hana Aishah membalas sambil merenung kea rah susu yang terlalu jauh untuk dia gapai.

“Tolong ambikkan please” Hana Aishah meminta sambil merenung ke arah Fakhrul. Kegembiraan yang dirasainya saat itu tidak dapat diungkap. Untuk seketika , Hana Aishah isterinya yang manja kembali.

“You, I cakap dengan you ni” lantunan tinggi Hana Aishah mengejutkan Fakhrul yang dibuai rasa bahagia dan juga Adam yang hampir terlelap menyusu itu.

“Sorry sorry Adam. I`m not mad at you” Hana Aishah menepuk kembali Adam yang sudah merengek di atas ribanya.

“I`m sorry. Go back to sleep my gorgeous Adam” Hana Aishah mengusap pipi anaknya yang kembali bergerak laju menyusu.

“You. Tolong ambikkan susu tu. I`m really thirsty” Hana Aishah meminta lagi daripada Fakhrul apabila Adam mulai tenang kembali.

“Sorry” pantas Fakhrul mengambil segelas susu yang di bawa tadi dah disuakan ke mulut isterinya. Tahap kehausan Hana Aishah saat itu tidak dapat dia ungkap.

“Thank you” Hana Aishah tersenyum kelegaan memandang ke arah Fakhrul sebelum matanya kembali fokus kepada Adam.

“Sayang lapar lagi? I can make another round of toast and get some more milk. You didn’t eat much during dinner yesterday” Fakhrul melabuhkan punggung di birai katil sambil bertanya. Matanya asyik memandang wajah Hana Aishah yang sedang tersenyum merenung kea rah Adam. Tangan runcing isterinya sedang mengelus pipi montel Adam.

“I`m full for now. Thanks” Hana Aishah membalas pendek.

Suasana di dalam kamar itu kembali sunyi. Yang kedengaran adalah bunyi Adam menyusu. Semakin lama bunyi yang menjadi irama yang menemani tidur Fakhrul semenjak hampir sebulan ini semakin perlahan. Tandanya Adam sudah terlena.

“You are a wonderful Umi. I`m so thankful Adam get to have you as his Umi” terluah jua kata – kata itu daripada bibir Fakhrul.

Semenjak dahulu lagi, karakter Hana Aishah yang keibuan dan penyayang ini yang membuatkan hatinya terpaut. Melihat cara Hana Aishah melayan Mary Irina sewaktu pertama kali isterinya dibawa ke rumah Tan Sri Fadhil , hati Fakhrul sudah terpaut.

“You have to when Allah gifted you such a beautiful angel like him. I`m far from perfect but I`ll try every single second to be one for him” kebahagiaan yang bersalut kedukaan mengiringi harapan Hana Aishah.

“I want to be part of both of your life. I want both of us together creating a beautiful life for him. My second chance” suara sebak Fakhrul meminta. Hana Aishah hanya diam membisu.

“Our second chance” Fakhrul menyambung. Berat suara Fakhrul kedengaran menanggung seribu beban. Kerinduan , cinta , penyesalan dan harapan.

“Fakhrul. You cannot do this to me” suara Hana Aishah tenang berbicara memecahkan kesunyian bilik itu.

“You will always be part of Adam life. You babah Adam. I will never deny your right on him. But…” satu keluhan berat dilepaskan Hana Aishah sebelum menyambung bicaranya.

“Our chapter is over” kelegaan yang Hana Aishah harapkan saat kata – kata itu diluahkan tiba. Terasa seperti satu bebanan diangkat daripada bahunya.

Lama Hana Aishah merenung Adam yang sudah terlelap di ribanya. Mulut anaknya yang ternganga itu menandakan tidur yang nyenyak. Wajah polos anaknya ditatap dan kebimbangan yang mulai hadir seperti selalu cuba dia buang. Dia yakin mereka mampu untuk memberi satu kehidupan yang terbaik untuk Adam walaupun pertalian Hana Aishah dan Fakhrul diputuskan.

Wajahnya diangkat sebelum dia merenung ke arah Fakhrul. Kesakitan yang terpancar di wajah Fakhrul menghadirkan perasaan yang dia sangka sudah lama hilang. Sakit lelaki itu, sakitlah Hana Aishah kerana itu dia mengikut telunjuk lelaki itu. Hampir dua tahun dia bertahan menerima segala kesakitan yang dilemparkan kepadanya.

Hana Aishah adalah insan kedua yang melihat sisi Fakhrul yang ini. Hariz dan Hana Aishah. Dahulu dia tidak faham mengapa Hariz sentiasa cuba mempertahankan Fakhrul , tetapi semenjak bergelar isteri Tengku Fakhrul dia faham. Fakhrul membawa satu memori yang perit.

“We will be ok. Adam need both of us to be ok despite us not being together anymore. I believe that both of us will do the right thing for Adam. Kan” pagi itu kesakitan yang Hana Aishah rasai tidak disembunyikan lagi. Fakhrul harus faham yang bukan mudah untuk dia membuat keputusan sebegini. Kesakitan yang sedang Fakhrul lalui , Hana Aishah juga turut lalui.

Air mata lelaki itu sekali lagi bergenang. Kata putus Hana Aishah meruntuhkan secebis harapan yang masih cuba dia pegang. Saat tangan sejuk Hana Aishah menyentuh tangan Fakhrul, air mata lelakinya gugur. Pagi itu mereka sama – sama menangisi satu masjid yang bakal roboh.

Segala ketakutan , kesakitan , kedukaan , harapan dan cinta bercampur. Begitu hebatnya satu fitnah, bukan sahaja meruntuhkan satu masjid tetapi memporak perandakan dua buah keluarga. Kerana itu berkali – kali sebagai muslim kita diajar untuk menjauhi fitnah dan pembohongan.
****************************************************

“Sedapnya baring atas ni” suara manja Hana Aishah kedengaran petang itu. Matanya yang tadi segar bugar terus terasa memberat saat kepalanya mendarat di atas bantal gebu itu.

“This is not fair at all ok” suara garau itu mengganggu Hana Aishah yang baru sahaja mahu lena itu. Kepalanya dipusingkan mencari gerangan pemilik suara itu. Wajah Zarik yang berkerut menandakan ketidak puasan hati itu membuatkan Hana Aishah tersenyum lucu.

“Apa yang not fair nya Aek?” Hana Aishah bertanya pelik.

“Aku nak merasa jugak tidur atas riba Kina. Empat tahun aku tunggu kau tau Cha” pecah tawa Hana Aishah saat itu. Tubuhnya didudukkan semula. Mereka sedang bersantai di Gazebo milik Kapten Azam. Gazebo itu dibuat Kapten Azam sendiri. Antara salah satu projek pencen bapanya.

“Tiada siapa menghalang wahai Aek yang rupawan” Hana Aishah mengusik sambil keningnya diangkat sedikit. Wajah Sakinah sudah merona merah seperti tomato saat itu.

“Tiada siapa apa benda nya Cha. Kawan kau ni jual mahal. Nak pegang tangan pun tak boleh” bibir Zarik dicebikkan kesedihan meluahkan rasa.

“Ehh jap. Korang tak kawin lagi ke?” Hana Aishah terus teringat soalan yang mahu ditanyanya semalam. Sakinah dan Zarik kedua – dua nya menggelengkan kepalanya.

“Yeay. Aku still boleh jadi pengapit” Hana Aishah memeluk Sakinah erat sambil menjerit gembira.

“Tunggu pengapit aku lah ni. Lari punya la lama” Sakinah memicit pipi Hana Aishah kuat sehingga terjerit sahabat baiknya itu.

“Ouhhhh. Sakitlah Kina” Hana Aishah merungut sambil menggosok pipinya yang sudah berdenyut itu.

“Sakit lagi aku rindu dekat kau Hana Aishah” Sakinah membebel sambil menarik Hana Aishah ke dalam pelukannya. Hana Aishah mengeluh berat. Mereka diam dalam pelukan masing – masing. Rindu yang tidak terungkap Cuma dileraikan saat itu.

“Sorry” suara sebak Hana Aishah kedengaran selepas beberapa ketika.

“Sorry naik lori” Sakinah membalas dalam nada bersahaja. Daripada sedih terus tertawa Hana Aishah. Kuasa magis Sakinah. Dapat mengubah mood dia dari sedih ke gembira dalam sesaat. Pelukan mereka direnggangkan Sakinah. Wajah Hana Aishah yang cengkung itu dia tenung beberapa saat.

“So , esok aku dengan Aek nikah” mendengar ayat Sakinah itu , Zarik yang sedang menghirup kopi panas yang disediakan Hana Aishah terus disemburkan.

“What?!” bergabung suara Hana Aishah dan Zarik menjerit tidak percaya. Sakinah masih berwajah serius saat itu.

“You jangan buat lawak” Zarik bertanya dengan nada tidak percayanya.

“Muka I nampak macam tengah buat lawak ke ni?” suara tenang Sakinah itu membuatkan Zarik bertukar pucat. Segala jenis perkara bermain di mindanya.

“This is not funny ok Sakinah binti Sulaiman. We didn’t do anything at all. Like tak pergi apa tu…. I mean you need to go to like pejabat kadi or some shit like that. Kan Na. Mana boleh kawin je” Zarik memandang kea rah Hana Aishah yang masih diam terkejut juga barangkali.

“Wei aku mana tahu. Semua mamat tu urus time kawin. Aku literally have to be bring my body there je. Kina. This is so not funny. You`re joking right. Mana boleh kawin esok. Like no… I mean no way” Hana Aishah menepuk pipi Sakinah sambil cuba menyedarkan sahabat baiknya daripada mimpi indah yang sedang Sakinah cipta.

“Kina kau dengar tak ni aku cakap. Mana boleh kau kawin esok. Tak boleh wei. Cannot. Like cannot” suara Hana Aishah kedengaran terdesak saat itu. Sakinah memang sudah buang tabiat.

“Kenapa tak boleh? Pengantin lelaki and perempuan dah ada. Wali dah ada. Lepas ….” Mendengar hujah itu terus Zarik memotong.

“Wali. Yes. I belum jumpa family you. Belum masuk meminang lagi. Haaa. Kan wali tak setuju lagi, mana boleh” kini giliran Hana Aishah pulak menjeling Zarik.

“Wei kau angkut anak dara orang ke hulu ke hilir without meeting her parents. Kau biar betul Aek” suara Hana Aishah naik satu oktaf petang yang hening itu.

“Aku ada la cakap hi dekat Pak Cik Leman nya tapi mak si Kina ni kau tau la. Scary” Zarik tersengih sambil menggaru kepalanya.

“Ehh suka cakap mak I scary ye” satu pukulan padu mengenai belakang badan Zarik sehingga terbatuk dia.

“Astaghfirullah. Karang I tak sempat kawin , mati dulu kena debik dengan you” Zarik merungut sambil menggosok belakang badannya.

“Jap, jap. Bagi aku hadam semua ni” Hana Aishah duduk bersila bertentangan dengan Zarik dan Sakinah. Wajah pasangan itu dipandang silih berganti.

“You are not getting married tomorrow” Hana Aishah memutuskan selepas beberapa minit berfikir.

“Nope. Quiet both of you” Hana Aishah memotong laju saat dia melihat Sakinah yang mahu membalas.

“We are meeting her parents this weekend” kali ini wajahnya dihalakan kea rah Zarik. Wajah yang tadi resah bertukar pucat.

“Tadi bukan main , nak baring atas riba la , nak pegang tangan lah… Sekarang kepada macam ayam berak kapur dah muka tu” Sakinah mengejek Zarik.

“I memang nak kawin dengan you but serious talk” Zarik memandang ke arah Sakinah lama sebelum satu keluhan berat dilepaskan. Hana Aishah hanya diam memerhati.

“You think your mom will say yes” saat itu Hana Aishah dapat melihat kerisauan Zarik. Zarik yang sentiasa rasa dirinya tidak layak untuk sesiapapun kerana statusnya.

“Aek. You`re your own individual now. No one cares about what happen 20 or 30 years ago” Zarik tertawa pahit. Saat itu, hati Hana Aishah kembali sakit.

“Sedangkan anak yang mak bapak bercerai berai pun orang sanggup pertikai keturunan , aku ni anak luar nikah Cha. Memang dah confirm keturunan tak baik” Hana Aishah terus tersentap mendengar kata – kata Zarik.

“Yang nak kawin nak hidup dengan you I. Bukan mak I. So I don’t care what she says. Faham” suara Sakinah naik satu oktaf saat membidas kata – kata buah hatinya.

“Betul tu Aek. And keturunan kau baik. Look at Ibu. How can a woman with a heart full of love be from keturunan tak baik?” Hana Aishah memujuk Zarik. Dia tahu tentang pergelutan rakannya tentang keturunan keluarganya. Kasihan Zarik menjadi mangsa.

“I risau” Zarik merenung Sakinah. Suara lelaki itu bergetar. Hana Aishah dapat merasakan tubir matanya hangat saat itu. Kenyataan Zarik tentang hakikat penceraian dan juga melihat bagaimana Zarik terkesan kerana keputusan yang diubat kedua ibu bapanya sewaktu dia masih kecil.

“I tak risau. Sebab I tahu you sayang I. I tak perlukan apa – apa as long as I have you by my side. You dah janji dengan I , tak kira apa pun kita akan lalui bersama. So I pegang janji you” Sakinah berkata penuh keyakinan. Melihat cinta yang bersinar di mata pasangan itu membuatkan Hana Aishah cemburu. Kenapa jalan cintanya tidak semudah itu? Kenapa sentiasa hanya sepasang mata sahaja yang akan dipenuhi cinta?

“Zarik. You takut ye?” Sakinah bertanya lembut. Zarik tersenyum pahit.

“I kan ada. I akan make sure no one hurt you. Kalau diorang lukakan hati buah hati I , I himpap badan diorang using my 90kg body” bibir yang tadi tersenyum pahit terus merekah dengan tawa.

“Sayang my baby dino” kata – kata usikan Zarik membuatkan sekali lagi badannya menjadi tempat tamparan sakti Sakinah.

Hana Aishah tersenyum bahagia melihat pasangan merpati dua sejoli itu. Bahagia kerana dua insan penting dalam hidupnya sekarang boleh bergantung harap pada satu sama lain. Sekalipun dia pergi , dia tahu Zarik dan Sakinah akan menjaga satu sama lain.

Tetapi dia tidak boleh menolak hakikat yang hatinya sakit. Bukan sakit kerana dirinya, sakit kerana membayangkan Adam yang akan hidup dalam keluarga yang berpecah belah. Kejamkah dia kerana untuk kali ini dia mahu meletakkan dirinya dahulu? Untuk kali ini dia mahu melindungi dirinya walaupun Adam akan terluka. Jahatkah dia sebagai seorang ibu?

“Cha. Kau tengok Aek ni” panggilan Sakinah mengejutkan dia dari terus dibuai emosi. Laju dia menyembunyikan rasa dengan tersenyum lebar. Walaupun palsu , walaupun pahit.

“Kau ni pun Aek. Banyak sangat ke duit tu nak belanja si Kina ni ayam golek. Merajuk je baby aku ni kau buat” Hana Aishah menjeling ke arah Zarik sambil mengomel.

“Wei cakap pasal duit, nanti nak masuk minang kena siap – siap bawak cek duit hantaran ke apa?” perbualan mereka terus menyimpang kea rah rencana untuk masuk meminang Sakinah hujung minggu itu.

Untuk seketika Hana Aishah menghayutkan dirinya ke alam yang akan ditempuh Sakinah dan Zarik. Untuk seketika , dia mahu lari dari realiti pahit hidupnya.

“Kau dah beli cincin ke belum Aek?” Hana Aishah yang sedang menyenaraikan segala barangan yang perlu mereka beli untuk agenda hujung minggu itu bertanya. Sesekali dia mengigit pen milik Zarik itu. Memikirkan apa lagi perkara yang dia tertinggal.

“Dua tahun lepas lagi aku dah beli cincin. Kawan kau ni jual mahal sangat” Sakinah menjelirkan lidahnya. Sakinah sedang duduk di satu sudut sambil menulis pula , perkara – perkara yang perlu dia uruskan untuk pernikahan mereka.

“Ujian HIV nanti buat dekat private boleh kan Cha” Hana Aishah menganggukkan kepalanya laju sebelum kembali menulis.

“Hmm so far aku rasa ni je dulu kena beli. Tempat nak letak barang hantaran tu kita beli ready made la Aek. Belambak kat Nilai 3 tu” Zarik yang semenjak tadi memerhati dua Wanita itu tersenyum sendiri.

“Aku rasa macam bos pulak sekarang. Ada dua bidadari tolong buat kerja” Hana Aishah menggelengkan kepalanya melihat Zarik yang sedang duduk bergoyang kaki itu.

“Ni sebab sayang. Tak sayang , tak de aku nak duduk bersila sampai kebas kaki buat kerja kawin kau” Hana Aishah mengesot mendekati Sakinah.

“Korang plan nak lansung bila?” Hana Aishah menujukan soalan kepada mereka berdua.

“As soon as possinle. Next available date” Hana Aishah tersenyum mengusik melihat semangat Sakinah.

“Amboi. Gelojoh betul. Dah tak sabar sangat ke cik kak” Hana Aishah mengusik Sakinah yang sudah merona merah itu.

“Gila kau tak gelojoh. Lama wei tunggu kau balik. Agaknya kalau kau tak balik , jadi andartu la BFF kau tu” Zarik dengan sikap menyakat dia memang tidak akan terpisah.

“Apa pulak I sorang andartu. You jadi bujang telajak. If I don’t get you no one else will. Get that into that brain of your” dan pertelingkahan mereka bersambung. Hana Aishah menggelengkan kepalanya sebelum mengambil kertas yang dicatit Sakinah tadi.

Dalam dia khusyuk menyusun agenda – agenda mereka, bunyi kenderaan yang berhenti di hadapan rumah Kapten Azam menghentikan aktivitinya. Senyumannya terus melebar kerana buah hatinya sudah pulang.

Selepas kejadian pagi tadi, Fakhrul memberitahunya tentang niatnya untuk membawa Adam ke zoo. Hana Aishah awalnya bimbang tetapi tidak sampai hati untuk mengecewakan Fakhrul yang sememangnya sedang kesedihan.

“Abang dah belikan cream for your nipple but you need to apply it for 12 hours without any feeding in between. The pharmacist told me the cream is good. Itu yang abang plan nak bawak Adam keluar. At least if you are not around he wont be looking to feed” suara Fakhrul yang masih kedengaran sayu itu memberitahu.

“Abang dah prepare his snacks and meals. So today sayang rehat je ok. I`ll take care of him” walaupun hatinya berat untuk melepaskan Adam bersendirian dengan Fakhrul, hatinya dikuatkan.

Mengingatkan janjinya pada Fakhrul yang dia tidak akan menghalangkan Fakhrul daripada menjadi Babah Adam, Hana Aishah terpaksa meredhakan hatinya walaupun hatinya tidak keruan memikirkan Adam. Nasib baik Zarik dan Sakinah datang selepas zohor , sekaligus berjaya melarikan perhatiannya.

“My baby is back” suara ceria Hana Aishah kedengaran saat dia melihat pintu kereta BMW yang sudah terbuka itu.

“Mak Ngah!” tetapi saat suara nyaring yang dia rindui itu kedengaran Hana Aishah berdiri kaget di tanggan Gazebo itu. Air matanya bertakung melihat figura yang sudah membesar itu berlari kearahnya.

“Mary” air mata Hana Aishah mengalir lebat saat anak dada Fakhih yang sudah membesar tinggi itu memeluknya erat. Berjujuran air matanya mengalir kerinduan saat itu.

“Mak Ngah. Mary miss you. Where did you go Mak Ngah. I was waiting for you for so long” semakin erat pelukan Hana Aishah saat mendengar pertanyaan polos anak saudara Fakhrul.

“I miss you too sayang. So much. Ya Allah” Hana Aishah merenggangkan pelukannya. Wajah Mary Irina yang semakin matang itu menyerlahkan keayuan menanti sulung Tan Sri Fadhil itu.

“Cantiknya Mary Mak Ngah ni. Perfect little angel” Hana Aishah memuji sebelum wajah itu dikucup berkali – kali. Rindunya tidak dapat dia ungkap.

“Its ok Mak Ngah. Mak Ngah is here now. So you don’t need to cry ok. Mary don’t like it when Mak Ngah is sad” Hana Aishah tertawa dalam sebaknya. Mulut itu masih petah berceloteh seperti dahulu.

“Ok sayang. Mak Ngah tak nangis dah” Hana Aishah menahan sebaknya saat Mary mengesat wajahnya dengan tangan kecil itu.

“Ya Allah, pandainya princess Mak Ngah ni. You have such a beautiful heart” Hana Aishah memuji sambil membelai rambut ikal mayang Mary Irina itu.

“Yes Mak Ngah. I`m a good girl now. So Mak Ngah don’t leave me again ok. Promise” Mary Irina menunjukkan jari kelingking supaya Hana Aishah mengikat janji. Hana Aishah menganggukkan kepalanya laju sebelum menyambut huluran itu.

“I`m sorry sayang. Mak Ngah tak marah Mary. I wasn’t mad at you. You are a good girl , how can I be mad at you” Hana Aishah mengigit bibirnya menahan sebak di akhir katanya.

“I had to sayang” kata – kata itu hanya dibisikkan ke dalam hatinya.

Saat itu Fakhrul baru merentasi pintu pagar rumah Kapten Azam dengan Adam yang sudah terlentok di bahu kanan Fakhrul. Mata mereka bertaut. Segala kata – kata yang tidak dapat Hana Aishah ungkapkan terpancar di sinar matanya.

“I`m sorry” bisikan Fakhrul memohon kemaafan entah untuk keberapa kali dia pun tidak tahu. Tetapi tidak kisah seikhlas mana pun kemaafan yang dia pinta , tiga tahun yang membawa segunung derita untuk mereka semua tidak dapat dihapuskan. Terlalu banyak hati yang terluka kerana lelaki ini.
*********************************************

“Adam come. Faster, kakak push you ok” Hana Aishah tersenyum lebar melihat gelagat Mary Irina dan Adam. Semenjak Adam terjaga maghrib tadi , anak terunanya itu melekat dengan sepupunya seperti magnet.

Hana Aishah sedang duduk di lama sisi rumah dua tingkat itu. Sambil tangannya laju memotong buah , matanya tidak lekang dari memerhatikan Adam. Sesekali bibirnya tersenyum melihat celoteh anak – anak saudaranya dan Adam. Mungkin ini yang Adam perlu, bergaul dengan rakan sebayanya. Kalau di London memang jangan haraplah hendak bermain dengan kanak – kanak lain. Puas Hana Aishah bawak ke playdate tetapi balik dengan tangisan Adam.

“Hana, tengok tangan tu waktu potong buah. Luka nanti” Puan Sri Maria membebel sebelum dia berjalan beriringan dengan Teacher Basirah menuju ke arahnya.

“Adam tu sakan sangat main. Dulu kalau Hana bawak pergi playdate, sombong bukan main” Hana Aishah mengomel. Mangkuk yang diletakkan di atas ribanya itu dialih ke atas meja sebelum dia bangun membantu ibu dan ibu mertuanya duduk.

“Sedarah tu lain adik. The bond is different” Teacher Basirah pulak menyambung.

“Ala Adik dengan Kina tak sedarah pun , but I love her as much as I love Achik and Kak Wa ok” laju sahaja mulutnya membidas.

“Adik dengan Kina tu kembar siam. Ria nak tahu , budak berdua tu jumpa waktu umur 2 tahun” Teacher Basirah membuka cerita dan Hana Aishah hanya tersenyum mendengar.

“Mudanya” Puan Sri Maria membalas pelik.

“Saya dulukan kerja , jadi budak – budak ni memang hantar pengasuh la. Lepas saya bersalin kan si adik ni, ada jugaklah cuba ambik pembantu rumah tapi tak jalan jugak. Waktu tu saya baru sebulan habis pantang, mak saya datang ziarah tak bagi tahu. Terkejut dia tengok budak dua orang tu tengah duduk melalak” wajah Teacher Basirah berkerut mengingatkan kejadian itu.

“Pembantu rumah tu pergi duduk tidur dekat dalam bilik saya. Dia tinggalkan si adik dengan wa tu sorang – sorang dekat bawah” walaupun sudah berpuluh tahun dulu berlaku, kemarahan Teacher Basirah masih jelas dalam nada suaranya.

“Astaghfirullahal azim. Foreign maid ke?” Teacher Basirah menggelengkan kepalanya menjawab pertanyaan Puan Sri Maria itu.

“Orang Malaysia jugak. Kalau ingat balik geram saya dibuatnya. Adik tak sampai dua bulan pun time tu, yang si Wa baru dua tahun lebih. Dia tinggalnya budak dua orang tu dekat bawah. Mak saya halau keluar terus time tu jugak. Till now I can’t fanthom what that lady did to both of girls. Saya bayar , bukan suruh dia buat kerja free pun. Kalau tak mampu jaga, cakaplah” Teacher Basirah merengus kegeraman.

“Susah kak nak jumpa a good helper. Saya bersyukur sangat sebab Allah jumpakan saya dengan Zah tu. Dapat lah dia monitor maid – maid yang lain” Puan Sri Maria bersyukur mengingatkan pembantu rumahnya.

“Ye, sebab tu lah mak saya bawak balik si adik ni ha. Yang Wa tu dia bagi la hantar taska sebab dah besar sikit tapi si adik ni dia tak bagi. Kepala pun lembik lagi” Teacher Basirah menyambung ceritanya.

“Mary careful sayang. Don’t push to fast. Later the 3 of you will fall” Hana Aishah sempat memesan anak dara Fakhih yang sedang menolak kereta api mini yang dinaiki Adam , Labeeqa dan Wahiey itu.

“Owh. Hana duduk dengan nenek lah ni time kecik” Hana Aishah menganggukkan kepalanya laju.

“Sampai umur dua tahun” Hana Aishah membalas gembira. Bibirnya tersenyum gembira mengingatkan memori manis di kampung halamannya itu.

“Lamanya” Puan Sri Maria kedengaran terkejut.

“Awal tu memang nak hantar sekejap. At least sampai adik nak boleh makan bubur and then around the same time my dad passed away. So mak tak nak lepas si adik ni ha. Saya pun tak sampai hati nak pisahkan diorang. Melekat lah dia dengan nenek dia sampai umur dua tahun” Teacher Basirah mengusap kepala anaknya lembut.

“Ini anak solehah saya. Sentiasa fikir pasal semua orang. Dia sakit tak apa, jangan orang lain sakit. Dari bersalin dia sampai besar , paling tak buat masalah. Paling tak susahkan kami” suara Teacher Basirah berubah sebak di akhir kata – katanya.

“Ye ke tak susah. Time adik form 3 tu bukan adik selalu gaduh dengan mak ke” Hana Aishah mengusik ibunya.

“Waktu form 3 tu saja mintak rotan” Teacher Basirah memicit pipi anak perempuannya itu.

“Hana tak marah mak dengan abah Hana sebab hantar Hana balik kampung?” terluah jua persoalan itu daripada bibir Puan Sri Maria.

“Kenapa nak marah. Hana happy dekat kampung. Ada sepupu ramai, boleh main dengan lembu , ayam , angsa , itik… ahh semualah. Tapi yang paling best, sebab ada nenek” Hana Aishah tersengih mengingatkan zaman kanak – kanaknya yang penuh dengan memori indah.

“Hana tak rindu mak abah?” Puan Sri Maria bertanya lagi.

“Rindu kot, entah. Tak ingat sebab Hana happy je duduk kampung” Hana Aishah menjawab ceria.

“Mana ada rindu. Budak ni tiap – tiap kali habis cuti sekolah kena balik Kl , mesti meraung” Teacher Basirah menyambung.

“Ye la kat KL ni ada Kak Wa je, pastu time tu duduk rumah teres , mana ada tempat nak main” Hana Aishah mengomel.

“Tapi Hana tak marah mak abah sebab hantar Hana balik kampung?” Hana Aishah jeda sebentar. Dia meletakkan buah – buahan yang dipotong di atas piring berwarna putih itu.

“Hmm. Hana tak pernah pulak terpikir nak marah. Mak and abah was busy anyway at that time. So they cant really focus on both of us. Dekat kampung, I was showered with lots of love. And when I came back to KL also , I have the love that I want but I guess in a different way you know” Hana Aishah memberitahu jujur. Dia dapat melihat wajah ibu mertuanya yang tadi ceria bertukar keruh saat itu. Dia seperti dapat menangkap maksud kata – kata ibu mertuanya.

“Tapi kan ma, everyone have different personality , perception and I guess views on life. So kita tak boleh expect semua orang untuk act the same way kan?” lembut suaranya memberitahu sebelum dia menggenggam erat tangan kanan Puan Sri Maria.

“I guess so” Puan Sri Maria tersenyum pendek. Dia melarikan pandangannya daripada bertembung dengan Hana Aishah. Pandangannya saat itu melekat pada Adam yang sedang merangkak laju menuju kea rah Tan Sri Fadhil.

“Suka nya sayang Tok Pa ni. Are you having a good time?” Puan Sri Maria dapat melihat sisi suaminya yang tidak pernah dia lihat bersama anak – anak mereka. Mungkin itu salah mereka. Tidak pandai berinteraksi dengan anak – anak mereka sampaikan sikap anak – anak mereka menjadi sebegitu.

“Tokpa. Uff uff” wajah Adam kelihatan bersemangat mahu bercerita.

“Yeah, I heard from your babah. Somebody went and see Giraffe without his Tokpa” Puan Sri Maria tersenyum sendiri melihat gelagat suaminya dan cucu lelaki mereka itu.

“Ma” suara Hana Aishah menarik kembali perhatiannya ke situ. Simpati di wajah Teacher Basirah dan Hana Aishah jelas kelihatan.

“Hana untung dapat mak abah like your parents. Kesian anak – anak mama dapat us as parents” Puan Sri Maria dapat melihat tubir mata menantu yang sudah bergenang saat mendengar kata – katanya.

“Mama mintak maaf sebab tak berjaya didik anak – anak mama dengan betul sampai diorang lukakan hati Hana. Mama tak tahu macam mana nak fix the situation but mama doa. Hari…ermmm… hari – hari mama doa supaya Allah ampunkan dosa anak – anak mama. Jangan hukum anak – anak mama sebab mama yang gagal jadi mama yang baik” saat itu Puan Sri Maria sudah tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir.

“Yang salah mama. Angah tak salah. He didn’t want to become like that , I made him into the person he is” Puan Sri Maria mengelus pipi menantunya yang sudah basah dengan air mata itu.

“I`m not asking you as his mom anymore. I`m asking as Adam`s grandmother. Don’t make the same mistake that I did. We were not there for Fakhrul. Both of us were not there and we just expect him to be ok with both of us not being there” Puan Sri Maria tertawa pahit mengingatkan kebodohan dirinya.

“So don’t make the same mistake that I did. You are a wonderful mother. Better than mama in so many ways. But at the end of the day Adam will always need both set of parent” Puan Sri Maria menggenggam erat tangan menantunya. Hana Aishah menundukkan wajahnya kerana dia tidak mampu melihat wajah yang penuh pengharapan itu.

“I don’t know fully what happen between both of you tapi mama doa hari – hari supaya Allah panjangkan jodoh Hana and Fakhrul. Initially was because I can see how much Angah is suffering but right now its not about Angah anymore” Puan Sri Maria memandang kea rah Teacher Basirah yang hanya diam memerhati. Satu nafas panjang dihela sebelum fokusnya kembali kepada Adam yang sedang bergelak tawa dengan Tan Sri Fadhil.

“Mama yakin Hana akan buat keputusan yang terbaik untuk Adam” Puan Sri Maria menarik menantunya ke dalam pelukannya. Esakan Hana Aishah kedengaran selepas beberapa ketika.

Share this novel

Roz Zana
2021-09-08 01:27:08 

i sependapat dgn Raah Maas. Pandai2 ja ps maria tu minta hana fikir utk kebaikan cucu konon, pada hal utk kebaikan anak dia sendiri. dia dgn suami dia sama2 penting diri. si bapa mertua tu dr awal dh jerat hana dgn kebaikan konon ikhlas, last2 rupanya utk fakhrul. so jgn bg hana terpedaya lg walaupun if dua ketul tu ikhlas tolong la hana jgn baik blk dgn fakhrul. mika is better. x pernah sakitkan hati hana. kenapa x move on hanaaa. menyampah i baca part hana menyantuni keluarga fakhrul. please la if memang wujud org yg camni i tak tau nak kata hati mulia sgt or hana ni memang bodoh tak dapat di tolong. takda manusia baik terlampau dgn org yg telah melukakan hati kita berkali2. baik pelik sgt naik menyampah lak. sorry la i ni memang tak reti hipokrit. bila hana buat baik dgn semua yg dh buat kt dia i rasa fake plak hana ni. like nk show dia tu mulia sgt

Panda ri
2021-09-06 10:35:33 

Thanks for the update

Raah Maas
2021-09-05 15:55:38 

author, sekalipun fakhrul dh berubah i tetap tak nak hana dgn dia, plz biar hana bhgia dgn mika


NovelPlus Premium

The best ads free experience