DIA 23

Romance Completed 131781

Jannah melangkah masuk ke dalam kelab malam walaupun hari masih siang. Sudah bertahun dia tidak menjejakkan kaki di kelab malam. Cermin mata diturunkan sedikit untuk melihat dengan lebih jelas.

Hazzar duduk di sofa VIP dan dikelilingi oleh beberapa perempuan. Jannah tersengih dan menggeleng kepala sedikit. Beberapa orang hairan melihat Jannah, maklumlah perempuan bertudung dalam kelab malam?

"Hey men! I don't like what you expect of me. I'm not the kind you expect. Remember!" Ujar Jannah kepada seorang lelaki di sebelahnya.

Langkah diatur dengan esok mendekati Hazzar. Hazzar tersenyum kecil apabila melihat kehadiran Jannah. Jannah menjeling setiap perempuan yang berada di sisi Hazzar.

"Pergi. Aku ada urusan dengan dia." Arah Jannah perlahan.

"Kau ingat kau siape nak halau kitaorang. Kalau kau nak dia, tunggu giliran." Ujar salah seorang perempuan di sebelah Hazzar.

Jannah berpura-pura terkejut. Jannah memandang wajah Hazzar lalu mengangkat sebelah keningnya. Hazzar mengeluh.

"Dia kakak aku. Jadi, kau tak nak sombong sangat. Kau cakap ape tadi? Kau siape? Sepatutnya aku yang tanya, kau siape nak dekat-dekat dengan aku. Aku tak panggil kau, kau, dan kau. Kan?" Ujar Hazzar lalu tersenyum sinis.

Perempuan-perempuan itu bangun lalu meninggalkan Hazzar dan Jannah.

"Tak panggil konon. Tapi kau layan jugak kan?" Perli Jannah.

"Takde maknanya long. Duduklah." Balas Hazzar. Jannah tersengih mendengarnya.

"Aku duduk sini? Itu dulu. Jom kita bincang dekat tempat lain. Restoran ke ape ke. Sini bising, semak!" Ujar Jannah.

Hazzar bangun lalu meninggalkan Jannah di belakang. Jannah mendecit.

---

Mereka berdua duduk di sebuah kafe berdekatan kelab malam tadi. Hazzar menceritakan semuanya pada Jannah, semua apa yang telah terjadi terhadap dia dan Hanis semalam.

"Okay aku faham. Kahwin jelah dengan dia. Kena ingat kau tu dah nak masuk 27, sepatutnya dah ada anak sorang." Ketawa besar Hazzar mendengarnya.

"Macam yang aku cakaplah tadi, ada sebab aku tak nak kahwin dengan Hanis. Bukan saja-saja nak tolak." Ujarnya.

"Ikram?" Hazzar mengangguk.

"Tadi aku pun, adalah bertengkar jugak dengan dia pasal aku nak kau dengan Hanis kahwin tapi kau tahu perangai dia macam manakan? Tak nak kalah." Sambung Jannah lagi.

"Kau... Kau rasa aku patut kahwin ke dengan Hanis?" Soalnya.

"Kau rasa? Kalau kau tanya aku dengan ayah memang setuju. Tapi... Bonda dengan Ikram memang tak lah."

"Aku pelik kenape bonda tak suka dekat Hanis? Haish..." Soalnya hairan.

"Ada dua kemungkinan, satu maybe sebab Ikram lebih percayakan atau sebelahkan Hanis dan yang kedua ialah, darjat. Senang." Balasnya ringkas.

"Darjat?"

"Hanis budak kampung dan Ikram anak Tan Sri orang yang ternama. Tapi bonda lupa satu benda tentang diri dia." Hazzar mengerutkan dahi.

"Apa dia?"

"Bonda dulu orang kampung dan ayah pilih dia sebagai isteri. Jadi tak ada bezanya bonda dengan Hanis." Balasnya.

"Hazzar. Apapun yang terjadi, aku nak kau kahwin dengan Hanis. Aku dapat rasakan, dia yang terbaik untuk kau. Kalau kau lepaskan dia, kau takkan jumpa yang sebaik dia lagi." Hazzar mengeluh.

"Kau cakap macam kau kenal dia kan?" Jannah sekadar tersenyum nipis.

"Kalau bukan sebab dia, Aisyaa takkan ada depan mata kita sekarang." Riak wajah Jannah sedikit berubah apabila dia katakan semua itu.

"Maksud kau?" Jannah menggeleng laju.

"Nanti kau, dan yang lain akan sedar siapa Hanis sebenarnya. Dia tak macam apa yang bonda fikirkan. Tak macam apa yang kau fikirkan. Dia lain. Sangat lain Hazz. Percayalah cakap aku." Ujar Jannah perlahan.

Hazzar mengangguk perlahan yang memikirkan apa yang telah Jannah katakan tadi.

---

Hanis menuruni tangga sambil membawa bagasinya. Dia berhenti dihadapan tangga dan melihat sekeliling rumah buat kali terakhir. Hanis menghelakan nafas panjang kemudian berjalan keluar dari rumah. Pintu dikunci begitu juga dengan grill rumah.

Ding dong!

Banyak pulak orang datang hari ni. Hanis menoleh, Syaza. Hanis meletakkan bagasinya ke dalam bonet kereta lalu membuka pintu pagar. Jelas sekali riak wajah Syaza memaparkan dia berasa serba salah. Dia takut untuk memandang wajah Hanis.

Hanis menyentuh bahu Syaza dan mengukir senyuman manis kepadanya. Air mata Syaza mula bergenang. Dia terus memeluk Hanis dengan eratnya. Syaza membenamkan mukanya dibahu Hanis. Hanis melonggarkan pelukan dan memandang wajah Syaza.

"Hanis saya... Saya minta maaf sebab saya, saya..." Dia gugup.

"Takpe. Dah memang nama Syaza yang tertulis untuk Nazrul. Macam yang Hanis cakap, Hanis terima seadanya. Lagi satu..."

Syaza menanti kata-kata Hanis yang seterusnya.

"Walau apapun yang terjadi, janji dekat Hanis yang Syaza takkan sesekali tinggalkan dia. Jaga dia baik-baik. Jangan lepaskan dia dekat orang lain sebab... Dia suami Syaza. Ingat tu." Sambung Hanis.

Syaza terdiam.

"Tapi Syaza dah rampas dia dari..."

"Bukan Syaza yang rampas. Dia sendiri yang pilih. Pilih awak untuk jadi suri hati dia." Celah Hanis.

"Hanis nak... Nak pergi mana dengan beg besar macam tu?" Soalnya hairan.

"Hanis dah jumpa satu rumah yang dekat dengan pejabat Hanis. Jadi senang sikit saya nak pergi kerja." Syaza mengangguk faham.

Kalau dia mahu menghalang pun tiada gunanya lagi. Hanis melangkah ke belakang lalu masuk ke dalam perut kereta. Nasib baik jugak lah dia sudah menemui rumah sewa , kalau tidak, di manalah dia akan tidur. Takkan dalam kereta.

---

Hanis bercekak pinggang, penat! Naik tangga maklumlah rumah flat, lif rosak. Nasiblah tingkat 4 kalau tak mati dia nak panjat tangga.

Hanis menarik bagasinya sambil matanya tercari-cari di mana rumahnya. Tiba-tiba seseorang melanggar bahunya. Hanis berundur ke belakang sedikit dan si dia buat reaksi terkejut.

"Awak saya minta maaf. Saya betul-betul tak sengaja. Awak okay tak?" Soalnya gelabah.

Hanis tertawa kecil lalu mengangguk.

"Terlanggar sikit je pun, tak ada apa-apalah." Hanis mengukir senyuman manis.

"Oh saya Dani. Danial." Ujarnya lalu menghulurkan tangan.

"Saya Hanis. Bukan mahram." Ujar Hanis. Danial menarik kembali tangannya. Malu!

"Okaylah awak, saya pergi dulu tapi sebelum tu boleh tak kalau awak tolong saya sikit?" Soal Hanis perlahan.

"Tolong apa tu?" Soal Danial balik.

"Saya baru je pindah sini dan, awak tahu tak alamat ni dekat mana?" Balas Hanis.

Danial mengambil kertas yang dihulurkan oleh Hanis lalu melihatnya. Dia mengangguk sedikit.

"Oh rumah ni. Dekat sebelah rumah saya je. Mari saya tunjukkan dekat awak." Ajak Danial.

Hanis mengangguk lalu mengikut belakang Danial. Nasib baiklah ada orang macam dia, kalau tak mungkin dah sesat nak cari rumah sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience