BAB 4

Horror & Thriller Completed 4761

Keesokannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat sebuah hospital, menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya.

Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Pak Leman, dan saya diminta memandikan bayi saya sendiri, tetapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Pak Leman berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan sentiasa mengingati Tuhan.

Pintu dan tingkap diminta buka seluas-luasnya. Pak Leman meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Pak Leman katakan.

Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu sejak beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan spontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu.

Dalam masa yang sama terdengar suara ibu menjerit dari dapur kerana terkejut melihat tutup pengukus pulut itu dipenuhi cacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.

Bila kesemuanya telah selesai, Pak Leman memberitahu ada seorang daripada ahli keluarga kami yang menziarahi jenazah yang meninggal dalam kemalangan. Kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya.

Pak Leman menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukurnya saya, kerana bayi saya sudah pandai bertatih.

Sekian lama selepas segala kesulitan itu terurai, saya bercadang untuk menziarah Pak Leman sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah seperti yang diberikan. Namun, apabila sampai di alamat tersebut, hanya rumah tinggal yang sudah berlumut. Mengikut kata orang berhampiran rumah tu dah bertahun-tahun kosong. Saya dan suami berpandangan sesama sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience