31

Romance Completed 132660

Azleen menggagau beg tangan mencari kunci sambil berjalan ke arah tempat parkir kereta. Langkah dilajukan apabila terdengar seperti bunyi derapan kaki seseorang di belakangnya.

Sudah jam selewat ini, setahunya ramai pekerja yang sudah pulang. Seram pula dirasakan. Entah-entah orang jahat!

Baru Azleen ingin mencapai pintu kereta, pantulan wajah seorang lelaki di wajahnya jelas nampak di cermin kereta. Terkejut, nasib baik jantungnya tak melompat keluar!

"Ya Allah!! Encik Hazim!" Azleen mengurut dada apabila menyedari lelaki itu betul-betul berdiri di belakangnya.

"Azleen! Sorry, saya tak bermaksud nak buat awak terkejut." Hazim mohon maaf.

"Apa encik buat kat sini? Hmm.. maksud saya. Encik cari saya ke??" Azleen sudah curiga mengapa tiba-tiba dia terserempak dengan Hazim di situ.

"Ye, saya cari awak. I really need your help, Azleen. Saya dah tak tahu nak buat macam mana."

Azleen menelan air liur. Pertolongan apa pula kali ini? Tak mahu dia terpalit dengan masalah peribadi Hazim, cukuplah dia membaca cerita-cerita hangat tentang Hazim di tabloid dan media sosial. Memang bermasalah benar hidup CEO nya itu kebelakangan ini.

"Err... tolong apa encik Hazim? Saya.. dah nak kena balik ni.." Azleen menggaru-garu kepala dengan rasa bersalah.

"Please tolong saya kali ni, Azleen. Saya merayu sangat. Awak je yang saya harapkan, please.. We go somewhere boleh? I ada hal nak bincang. Tolong.. " Hazim benar-benar merayu.

Baginya, Azleen menyimpan sesuatu yang perlu dia tahu. Azleen pula serba salah. Kalau menolak, mungkin hubungan dia tempat kerja mereka kelak yang bakal jadi tidak baik. Lagipun Hazim itu orang atasannya.

"Hmm... Ye lah.. boleh la.." Azleen akhirnya mengalah.

Hazim membawa Azleen ke sebuah kedai makan untuk berbincang lanjut. Segala permasalahan dari awal diceritakan kepada gadis itu. Terkejut, namun Azleen belum tahu tentang perkahwinan dia dan Hana.

"Please, Azleen. Saya kena tahu kat mana rumah parents Hana."

Setelah berfikir-fikir, Azleen akhirnya buka mulut. Niatnya ingin membantu Hazim memandangkan lelaki itu kelihatan sungguh terdesak.

"Yelah. Nanti saya berikan alamatnya."

Hazim mengangguk lega. Ada sinar buat dia. Tidak sabar-sabar mahu menjejaki isteri yang lama menghilang.

"Tapi, kenapa encik Hazim nak sangat jumpa dia? Apa kata orang nanti kalau encik jumpa dia? Saya tak nak bersubahat!" Azleen menyambung kata.

Takut juga kalau dia diserang Mona seperti mana yang berlaku kepada Hana.

"Macam ni, Azleen.. Sebenarnya..."

.
. .

"Minum air sikit sayang." Azizah menyuakan segelas air kosong kepada Hana setelah gadis itu selesai bersarapan.

Hana minum air beberapa teguk lalu ibunya menghulur pula beberapa biji pil untuk dimakan. Berkerut-kerut dahi Hana menelan ubat-ubatan yang bermacam jenis itu.

"Mama, nak sikat tu.." pinta Hana setelah rambutnya dikeringkan sepenuhnya oleh Azizah.

Hari ini dia mahu menyikat rambutnya sendiri. Kerana hari ini merupakan hari yang istimewa.

Perlahan-lahan Hana melalukan sikat itu ke rambut. Satu sisiran, Hana membawa kembali sikat itu ke tangan. Seperti biasa, ada gumpalan rambut yang terlekat di situ.

Hana melihat diri ke dalam cermin sambil tersenyum pahit. Hana meneruskan sikatan, sehingga dia sendiri penat melihat jumlah rambut yang gugur.

Kepala yang hampir botak itu ditenung buat kali terakhir. Lalu Azizah muncul kembali dari belakang. Bagaikan mengerti apa yang dirasakan Hana, Azizah mengusap kedua belah bahu Hana.

"Sayang, Ammar dah datang tu. Jom." pujuk Azizah.

Hana mengangguk lemah. Beanie berwarna maroon dipakaikan Azizah ke kepala Hana. Lalu diusap penuh kasih pipi anak kesayangannya.

"Cantik anak mama ni. Hari ni tak mau sedih-sedih tau."

Hana mengangguk-angguk lagi. Terharu melihat mamanya yang tidak putus memberi semangat.

"Wah, patutlah cantik. Ada orang nak datang." usik Badrul sewaktu membantu menolak kerusi roda Hana ke luar rumah.

"Angah ni..." Hana merengek sambil senyum ke arah Ammar.

Ammar pula sengih sahaja dan membalas anggukan Badrul. Tangan masih kekal di belakang badan, membawa sesuatu untuk dihadiahkan kepada Hana.

"Ok lah angah tak nak kacau korang. Ammar.." Badrul meminta diri agar tidak menggangu pasangan itu.

"Thanks Bad." ucap Ammar sambil dia duduk di kerusi batu.

Badrul masuk ke rumah dengan hati yang berat. Azizah yang sedia menunggu di balik sliding door hanya memandang ke arah Hana dan Ammar.

"Macam mana ni angah?"

"Tak tahulah ma. Bad kesian juga dekat Ammar tu. Dari dulu lagi dia sukakan adik." Badrul turut berdiri di samping Azizah.

Azizah menelan liur pahit. Simpatinya menggunung terhadap Ammar. Lelaki itu benar-benar tulus perasaannya terhadap Hana selama ini. Dia sendiri dapat membaca dari air muka pemuda itu, betapa dia ambil berat tentang Hana.

"Hai Hana, morning."

Ammar masih merenung Hana yang tampak pucat seperti biasa. Mahu melompat rasanya ketika ini.

"Hai. Morning." Hana juga membalas pendek.

Entah mengapa, hatinya berdebar-debar melihat senyum Ammar.

"Apa khabar? Feeling okay today?" seperti biasa Ammar melontarkan soalan.

"Okay. Thank you for asking."

"Sebelum tu, saya ada something untuk awak. Mesti awak suka."

Ammar membawa beg kertas yang disembunyikan tadi ke hadapan Hana, lalu digoyang-goyangkan, membuah tawa kecil dari Hana.

"Apa ni?"

"Hari tu kan saya dah janji. So, this one untuk awak. Buka lah."

Hana menyambut beg kertas itu dan mengeluarkan isinya. Sebuah kotak nipis yang lutsinar di bahagian hadapannya dibuka dengan senyuman senang hati.

"Wah.. cantik sangat.." Hana teruja dengan pemberian Ammar.

"Happy birthday, Hana."

Ammar turut tersentuh melihat kegembiraan Hana. Hari ini merupakan hari jadi Hana, seboleh-bolehnya di ingin membahagiakan wanita yang disayanginya itu.

"Thank you, Ammar." Hana bagai kehilangan kata.

"Come, saya pakaikan."

Ammar mengeluarkan tudung sarung berwarna ungu cerah dan bercorak floral itu dari kotak dan membantu menyarungkan ke kepala Hana.

Terasa hangat tubir mata Hana ketika Ammar membetulkan tudung di kepalanya. Sedih dan gembira pada waktu yang sama.

"You look beautiful." puji Ammar jujur.

"Terima kasih.. saya suka sangat." Hana pantas menyeka sebutir airmata yang jatuh.

"Eh, don't cry.. Hari ni birthday girl kena happy tau."

Hana mengangguk faham. Sungguh, hari ini dia bahagia. Walaupun terselit sedikit kedukaan, Hana bersyukur dikurniakan orang-orang yang sangat penyayang dan baik di sekelilingnya.

"Saya terharu.. malu jugak, sebab sekarang baru nak bertudung." Hana menunduk segan.

"Takpe. At least awak cuba. Alhamdulillah, cantik pun." Ammar tak henti memuji.

"Alhamdulillah.."

"Err.. Hana. Actually saya nak bagitahu sesuatu." Ammar ligat mencari perkataan yang sesuai.

"Apa dia?"

"Emm.. I've wanted to tell you dah lama. Sejak dari zaman sekolah lagi. But you know, dulu saya ni pemalu sikit." Ammar menggenggam erat jari sendiri, mengumpul kekuatan.

Hana berdebar-debar, seakan dia tahu apa yang ingin Ammar luahkan. Masih sahaja dia tenang mendengar.

"S—sebenarnya... saya dah lama sukakan awak." Ammar meluahkan juga apa yang tersirat di hati.

Tatkala lama pandangan mereka bersatu, Hana melarikan mata. Rasa bersalah menyelubungi diri. Ammar masih belum tahu bahawa dia isteri orang.

"Hana.. saya tahu mungkin awak masih terkejut. Tapi saya faham, saya tak paksa awak. I just think, that i need to tell you—"

"You can't." Hana memotong.

Ammar jeda sebentar. "Pardon?"

"Awak— tak boleh suka saya Ammar." Hana tidak sanggup melihat wajah Ammar yang jelas berharap.

"Why? Sebab awak sakit? Saya tak—"

"Sebab saya isteri orang." Hana mengatup mata, hati dia juga pedih.

Ammar tercengang. Kata-kata Hana tadi ibarat membawa jiwa dia melayang pergi bersama angin.

"W—what? How?"

"Saya dah kahwin, Ammar."

"Dah lama... i'm sorry."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience