Bab 6

Horror & Thriller Completed 7874

BAB 6

Malam itu aku masuk tidur awal. Adik pula aku biarkan dia seorang bermain dahulu sebelum disuruh tidur oleh mama.

Tak lama lepas aku lelapkan mata, aku tersedar. Seperti ada yang menarik ibu kakiku. Tapi bila aku lihat tiada siapa disitu. Bahkan adik juga tiada di katil sebelah. Aku fikir mungkin adik belum masuk tidur.

Mungkin juga perasaan aku sahaja, aku kembali memejamkan mata dan terasa seperti ada orang bernafas di tepi telingaku. Aku jadi tidak keruan kerana aku keseorangan ketika itu di dalam bilik. Akibat takut, aku pejamkan saja mata dan tidak berani untuk membukanya hinggalah aku sendiri terlena entah bila.

Aku rasa seperti aku bermimpi tapi ia terasa seperti benar-benar terjadi.

Adik aku lihatt berada dalam pelukan seorang perempuan berbaju putih dengan rambut panjang mengurai. Wajah adik aku lihat sangat tenang dan dia sedang tidur dalam dakapan wanita itu. Aku cuba melihat wajah wanita itu tapi tidak boleh. Aku berada di belakangnya.

Aku cuba memanggil adik tapi suara aku tidak keluar dan aku rasa pelik.

Selalunya adik tidak akan mesra dengan sesiapa yang tidak dikenalinya. jadi siapa pula wanita itu dan kenapa aku tidak kenal. AKu pasti itu bukan mama. Jadi siapakah dia?

Aku cuba pula berjalan ke arah mereka tapi kaki aku tidak mampu pula bergerak. Bagaikan kaki aku sudah diikat. Aku cuba sedaya upaya untuk melangkah tapi tetap gagal. Hingga aku tidak sedar, air mataku mengalir kerana terlalu mencuba tetapi tidak berjaya.

Aku akhirnya kepenatan dan kecewa. Dari berdiri kini aku jatuh melutut. Adik aku lihat masih lagi tenang dalam dakapan wanita berbaju putih tu. Aku tidak pasti apa yang terjadi. mengapa aku pula yang tidak mampu berbuat apa-apa. Apa yang terjadi?

Dadaku berombak menahan. Namun aku masih belum putus asa dan cuba memanggil nama adik tapi...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience