Telefon bimbitku berdering.
Panggilan masuk daripada Lee. Mungkin dia nak hantar kereta Mira.
"Hello Lee."
"Anna ada kat rumah ke? I nak hantar kereta Mira."
"Iya. Anna takde kelas harini. Ada kat rumah ni."
"Okay. Lagi 5 minit I sampai."
"Okay."
Aku mematikan telefon. Lee nak datang sini. Aku mencapai tudung.
Lima minit kemudian, Lee tiba di perkarangan rumah.
"Hai Anna."
Dia menyapa aku sebaik saja aku membuka pagar untuk dia parkirkan kereta di dalam parking rumah.
"Nah, kunci."
Aku membalas senyuman dia.
"Thanks, Lee. Sorry susahkan awak hantar sampai ke rumah."
'Its okay. Tak susah pun."
"Berapa yang saya perlu bayar ye? Kos kerosakan kereta ni?"
"Oh I rasa you tak perlu bayar kot. Masalah enjin sikit je."
Eh dia ni biar betul.
"No... mana boleh macam tu. Awak da penat repairkan, takkanlah free je?"
Aku rasa tak puas hati. Its about cost and effort. Mana ada benda free dalam dunia ni.
"Tak payah bayar. Asalkan you sudi keluar dinner dengan I."
Aku terdiam. Oh, sebagai balasan aku kena keluar dengan kau.
A little bit suspicious.
"Anna. Kenapa diam? You tak sudi ke nak keluar dengan I?"
Anna. Anna. Semoga kau jatuh dalam perangkap aku.
Qarl cuba nak pasang jerat.
Aku rasa curiga. Lee ni semacam je.
Walaupun nampak dia macam baik. Lagak gaya gentleman tapi ada sesuatu yang aku rasa semacam. Entahlah. Perasaan je kot.
"Hmm bukan macam tu. Maybe next time boleh? Sebab saya baru cadang nak balik kampung malam ni."
Aku cuba memberi alasan. Walaupun bukanlah alasan sebenarnya. Memang aku nak balik kampung. Aku dah ambil cuti panjang.
"Oh balik kampung. Bestnye. Takde kelas eh? Kampung kat mana? Nak I hantarkan?"
Kan aku cakap, something wrong dengan dia ni.
"Takpela Lee. Saya nak balik Penang. Bukan jauh mana pun."
Aku cuba mengelak. Tidak mahu terhutang budi.
"Okaylah kalau you taknak. Hmm. I sedar maybe you tak sudi nak keluar dengan I. Yela, I kerja kat bengkel je pun. Mana you nak pandang lelaki macam I."
Bukan macam tu la. Aku tak pernah pandang rendah pada orang lain.
Aduh dia ni, kecik hati pulak da.
"Lee, bukan macam tu. Okaylah. Saya keluar kejap dengan awak. Pastu, tolong hantarkan saya dekat stesen bas boleh?"
Aku cuba menjaga hati dia. Tidak mahu dia rasa tersinggung.
Lee tersenyum.
"Boleh sangat. Kita jumpa malam ni. I jemput you. Pukul 8 malam. Bas you pukul berapa?"
Amboi sukanya dia.
"Pukul 11.30 malam."
"Okay Anna. See you tonight. Bye."
Dia melambaikan tangan.
Tak sabar nak balik kampung. Yeay. Rindu kat mak ayah.
Qarl melabuhkan punggung ke dalam kereta.
Dia tersenyum sinis dari jauh.
Anna Adriana. Kesian kau. Malam ni kau jatuh dalam perangkap aku.
Senja beransur pergi.
Seperti yang dijanjikan. Keluar dengan Lee sebelum aku pulang ke kampung.
Jam baru menginjak ke 7.45 malam.
"Anna, kau jadi ke balik kampung?"
Mira melihat aku menjinjit beg.
"Jadi. Tapikan... Aku kena keluar dinner dengan Lee."
Mira tersenyum.
"Dia paksa kau ke? Muka kau macam terpaksa je?"
Mira gelakkan aku. Memang pun.
Entahlah. Rasa tak sedap hati. Lee. He's a gentleman. Nice guy. Tapi... Ada aura yang tak menyenangkan.
Aku cuba tolak jauh-jauh rasa kurang selesa.
"Lee berkenan kat kau kot. Dahlah tak payah bayar langsung kos repair kereta."
Berkenan? Tak mungkin. Dia cuma nak try je kot.
Orang kata, cuba marketkan diri.
Baik ada makna tu. Hati-hati, Anna.
"Bas kau pukul berapa?"
"11.30."
Balasku ringkas sambil memasukkan beberapa buah novel ke dalam handbag. Ingat nak tinggalkan kat rak buku di kampung.
Tepat 8 malam. Lee tiba.
"Bye Anna. Take care. Nanti papehal mesej aku."
Aku memeluk Mira lama. Entahlah. Takut rasa rindu pada Mira. Padahal balik kampung tak lama mana pun.
Aku senyum hambar. Kurang rasa teruja keluar bersama Lee.
Lee tersenyum manis. Comel.
Aku melambai Mira dari jauh. Rasa syahdu pula tiba-tiba.
Qarl mengerling Anna dari tepi.
Tak lama je lagi, Anna. Kau akan jadi tebusan aku. Mangsa culik aku.
Polosnya kau. Kesian kau.
Qarl mencebik.
Share this novel