(sessantasette)

Other Series 152486

"Bila kita nak sampai sayang?" Aleena bertanya pada Dom tanpa memandangnya.

Pendangan dibuang ke luar tingkap kereta, memerhati kawasan yang agak tempatan itu, leka. Bukit-bukit dan hutan hijau masih banyak kerana tidak punya pembangunan yang begitu pesat di kawasan itu.

Amat menenangkannya.

Kota berasaskan binaan bata klasik German itu membuatkan Aleena teringatkan cerita-cerita lama, seperti yang ditontonnya di kaca televisyen.

Kanak-kanak berlari-lari di padang dan bermain beramai-ramai, kincir angin yang berpusing di tengah-tengah lapangan..

Semuanya amat indah tanpa sedikitpun kekacauan seperti yang dialami mereka sebelum ini. Hilang segalanya..

"We're almost there carrissima.." Dom di kerusi sebelah hanya tersenyum melihat telatah Aleena di sebelahnya, Andy di pangkuan Zen di hadapan juga begitu.

Menekapkan kedua tangan pada cermin kereta dan melihat keluar dengan wajah teruja.

Kereta mereka diiringi dua buah kereta anak buah Dom dalam perjalanan pulang mahligai keluarga Forrestor.

Suatu kediaman kelihatan dari kejauhan. Sebuah rumah agam bersergam indah di atas bukit yang sedikit tinggi memperlihatkan keelegenan dan kekayaan si pemilik.

Tetapi.. Aleena memerhati pagar besi yang sudah ditumbuhi tumbuhan menjalar dan sedikit tidak terurus itu.

Kepala terus ditoleh menghadap Dom semula.

"Mika.. kita akan tinggal di sini ke mulai sekarang? Ini rumah siapa?" tanyanya ingin tahu.

Lengan Dom dirangkul dan kepala di bawa bersandar pada bahu itu, menatapnya manja.

"Tak sayang.. kita tak akan tinggal di sini. This is my home, where everything started." Dom tersenyum nipis pada Aleena dan mengucup ubun-ubun si isteri beberapa kali.

Wajah menawan dan sentiasa menjadi rebutan ramai itu diperhatinya. Dalam. Tak akan dia biarkan apa-apapun berlaku pada keluarga kecilnya ini.

Aleena sudah sedia maklum yang Dom pernah mengalami trauma di situ, sebab apa? Suaminya itu tak memberitahunya.

Kereta mereka memasuki perkarangan rumah, terus saja ke arah rumah agam tersebut.

"Wahhhh.. It's so beautiful." suara comel Andy kedengaran apabila taman-taman bunga berbagai warna di sana menyapa pandangan mereka.

"Do you like it Andy?" Dom bertanya dari bahagian belakang.

"Yes uncle. I really love it!" teruja saja suara itu membalas. Wajah Dom cuba dilihatnya dari tepi kusyen hadapan.

"Come here." Dom mengajaknya ke belakang. Kalut saja Andy cuba bergerak mengikuti laluan tengah ke belakang.

"Open your shoes first sweetie." Aleena menegur lembut dan Zen membantu si kecil yang terkial-kial kalut membuka kasutnya.

Selesai, dia terus ke arah Dom yang sudah menyuakan tangan padanya. Duduk dilabuhkan di atas ribaan lelaki itu.

"Which one you like the most hmm?" rambut Andy diusapnya manja sebelum sama-sama melihat lapangan bunga di luar.

"That one! The blue flowers." jari kecil itu mencucuk-cucuk cermin kereta menunjuk pada Dom bunga kesukaannya.

"Ouh.. that is centaurea cyanus. German's national flower." Dom melayankan saja si kecil.

Aleena disebelah mereka pula sudah berangan-angan jika anak dalam kendungannya lahir nanti. Sudah tentu Dom akan menjadi bapa yang terbaik buat anaknya.

"What about the others?" wajah Dom dipandang polos meminta jawpaan.

"The others? Okay then. What if we go there for a walk first, how about that?" Dom menyoal manja.

"Eyeay!" teriakan comel Andy menggamit senyuman mereka semua.

Kereta diberhentikan di perkarangan bunga di halaman luas Forrestor itu. Andy tak menunggu lama terus berlari ke bunga-bungaan yang ada dipimpin Zen bersama.Gelak ketawanya bergema apabila diacah oleh Zen sesekali.

"Mika.." Dom yang leka memandang ke arah rumah agam itu didekatinya.

Tersentak sedikit suaminya itu sebelum mengalih pandang memandang s isteri.

"Yes honey?" senyuman cuba diukirkan pada Aleena.

"Kenapa ni? Moody je.. Dah jom. Saya nak luangkan masa dengan si kacak ni." pipi Dom dicuitnya manja sebelum merangkul lengan kekar itu mengikutinya ke dataran bunga-bungaan yang mekar berkembang.

Senyuman pada wajah mulus itu ditatapnya penuh kasih. Dia mahu merakam insan itu dalam kotak memori terakhirnya.

Selamanya.

Mereka berbual dan meluangkan masa berjalan-jalan bersama. Agaknya sudah berapa lama mereka tak begini.

Agak lama di sana, mereka kembali semula ke kereta untuk bertolak ke rumah agam. Aleena dikendongnya selembut mungkin kerana Dom khuatir melihat gadisnya itu terlalu aktif pula. Perut Aleena sudah agak besar kelihatan memandangkan kandungannya sudah berginjak lima bulan.

Sesampainya mereka di sana, Aleena dan Dom mandi dan berehat di dalam bilik utama rumah agam tersebut manakala Andy akan tidur bersama Zen.

Kaki yang sedikit kejang diurutnya perlahan sementara menunggu Dom ke tandas. Keluar saja dari tandas pantas saja kaki dilangkah ke arah Aleena dengab riak risau.

"Lenguh? Sakit ke? Let me help you." laci di sebelah katil diselongkarnya tanpa menunggu balasan si isteri sebelum mengambil sebotol minyak dan diratakan pada kaki putih Aleena. Diurutnya perlahan.

"Mika.." wajah suaminya yang kerisauan ditatap penuh tanda tanya. Dia tahu ada sesuatu yang disembunyikan Dom. Dia dapat rasakannya.

"Hmm?"senyuman Dom manis saja padanya.

"We need to talk."

Kata-kata Aleena menghentikan urutan Dom pada kaki wanita itu sebentar bagai memikirkan sesuatu sebelum kembali menyambung semula kerjanya.

"Cakaplah. I'm listening." Dom sudah dapat mengangak apa yang akan ditanya wanita itu. Aleena bukanlah seseorang yang mudah diperdaya.

"Is there anything I don't know? What are you hiding from me?" tanyanya lembut. Tak mahu merumitkan keadaan.

Botol minyak ditutup Dom dan disimpan kembali ke dalam laci. Dia menarik nafas panjang dan mengeluh berat sebelum memandng semula wajah Aleena.

Tangan kanannya sudah digenggam wanita itu erat, bagaikan tahu saja apa yang ingin dia katakan. Pilu hatinya memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku tak lama lagi.

"Ya.. saya sembunyikan sesuatu daripada awak sayang. Ianya-"

Tok tok tok.

Kata-kata Dom terhenti dek ketukan pada pintu.

"Entra." (Masuk) arahnya sambil membetulkan sedikit dress tidur Aleena yang diselak tinggi tadi.

"Dom. Abner is here." Zen memberitahu Dom. Tiba-tiba kelibat si kecil Andy muncul di sebalik kaki lelaki itu.

"Aunty! Uncle!" tanpa dipelawa, pantas saja kaki kecil itu berlari anak ke arah katil yang menempatkan Aleena dan Dom.

Zen yang baru hendak menghalang pun tak sempat menghentikan si kecil yang amat aktif.

"Carrissima.. stay with Andy okay? I'll back soon." dahi, kedua pipi dan akhirnya bibir si isteri dikucupnya sekilas, lembut sebelum bangun dari duduknya di birai katil.

Tubuh Andy yang tidak sampai pun paras pinggangnya itu diangkat sebelum diletakkan di atas katil bersama Aleena.

Dom melangkah keluar dan menutup pintu. Salah seorang anak buahnya yang berdiri di koridor tingkat itu dipanggilnya dengan siulan.

"Don't let them out of this room." arahnya dingi sebelum berjalan menuju ke tingkat bawah pula.

Bilik mendiang atuknya dimasuki dan dilabuhkan punggungnya pada kerusi mewah itu. Semuanya masih sama seperti dulu, tiada sedikit pun yang berunah walhal posisi sekalipun.

"Refun Sie Abnerhier an." (Panggilkan Abner ke sini.) arahnya pada Zen yang berada di muka pintu.

"Gut." (Baiklah) arahan diterima dan dia menghilangkan diri sebentar memanggil si tetamu.

Tak lama selepas itu, seorang lelaki berambut blonde dan dua orang lagi pengikutnya masuk menghadap Dom di dalam.

Zen menutup pintu dan turut menyertai mereka.

"Gib mir gute nachrichten." (Berikan aku berita baik.) Dom memecahkan kesunyian diantara mereka dengan berbicara Jerman.
Abner merupakan orang bawahannya di Jerman dan sepangkat serupa dengan Jacq di Italy.

Kebolehan dan keupayaan lelaki itu mengambil alih dan mengawasi segala hak miliknya di Jerman membuatkan Dom memilih Abner sebagai antara orang bawahan tertingginya dalam organisasi mereka sendiri.

"Wir fanden die Martin-Leute die am Bremen Flughafen ankamen." (Kami mendapati anak-anak buah Martin tiba di lapangan terbang Bremen tak lama setelah tuan mendarat.) Abner menyampaikan laporannya.

Sekuat hati, meja kayu jati itu dihentak Dom kuat akibat geram.

"Verdammt! Er muss früher in der Lage gewesen sein, die Route des Flugzeugs zu verfolgen." (Sial! Mesti dia dapat jejak laluan pesawat tadi lebih awal.)

Pekat longhat Jerman tulennya bertutur geram. Naik turun dada bidang itu kerana amarah. Tegang saja wajah Dom tika ini. Tiada yang berani bersuara mahupun bereaksi.

Dom merenung ke luar tingkap sebentar, tangan digenggam kuat memperlihatkan urat-urat yang mulai timbul. Agak lama dia mendiamkan diri sebelum..

"Kennst du ihre position?" (Kau tahu kedudukan mereka sekarang?) tanya Dom dingin.

"Ja. Sie stehen immer noch unter unserer aufsicht." (Ya. Mereka masih di bawah pengawasan kami.) Abner menjawab tenang.

"Good. So.. iche möchte dass du sie alle tötest und beweise beseitigen.." (Jadi.. aku nak kau bunuh semuanya dan hapuskan segala bukti..) Dom mengarah lagi. Tegas.

Kerusi di bawa alih menghadap semula Abner dan yang lain-lain.

"..and if you fail, I'll kill all of you myself."

"Certainly Herr Dom." Abner menunduk menerima arahan sebelum melangkah keluar bersama dua orang lagi anak buahnya dan dihantar keluar oleh Zen.

Seusai menghantar Abner dan yang lain-lain keluar, Zen kembali ke dalam bilik yang menempatkan Dom.

Pintu diketuk beberapa kali sebelum melangkah masuk. Lelaki dingin itu sedang termenung memandang ke luar.

Zen berkelakuan seperti biasa. Berdiri tanpa bicara bersebelahan meja kerja Dom.

Suasana diam agak lama sebelum suara Dom memecahkan kesunyian antara mereka.

"Puol fare qualcosa per me, Zen?" (Boleh kau lakukan sesuatu untuk aku, Zen?) tuturnya perlahan. Tak menggambarkan apa-apa perasaan.

"Oi lo farò Dom." (Sudah tentu Dom.) Zen membalas sopan.

Lelaki itu terdiam dan mengeluh berat. Bagaikan ada satu beban yang teramat besar dipikulnya.

"Puoi prenderti cura di Aleena e di mio figlio se non ci sono?" (Boleh kau jagakan Aleena dan anak aku jika aku tiada nanti?) pintanya perlahan.

Terkelu. Berat dada Zen cuba menghadam kata-kata si tuan. Jagakan cik puan dan bakal tuan mudanya?

"Ma perchè I'hai chiesto?" (Tetapi kenapa tuan minta begitu?) dia bertanya lagi. Ingin tahu. Belakang tubuh Dom dipandang sayu.

Ya. Di sudut hatinya, dia sayangkan lelaki itu walaupun tidak dia lafazkan. Cukuplah sekadar perbuatannya saja yang menunjukkan kesetiaan dan kasihnya yang tak berbelah bahagi pada si tuan.

"I'm not sure if I can come back home after going to Italy." Tuturnya lagi. Kerusi dipusingkan menghadap Zen.

"Italy?"

Dom mengangguk. Jelas riak risau pada wajah yang dulunya penuh keyakinan itu.

"Zen.. Can you please fulfil my request?" wajah itu menatapnya penuh pengharapan.

"But.. what about signora? La signora io sa? " (Signora tahukah tentang hal ini?) Zen bertanya gusar.

Dia bimbang akan penerimaan Aleena dengan keputusan Dom. Tambahan lagi, emosi wanita mengandung itu bukanlah stabil mana makin merisaukannya.

"She didn't know anything. Sono preoccupato che non mi lascerà andare." (Aku bimbang dia tak mahu lepaskan aku pergi nanti.) Dom menghembuskan nafas berat. Mengelamun.

Rambut tebal kekuningan itu diraupnya ke belakang beberapa kali dari menutupi matanya.

"Then don't go." pandangan mereka bertentangan. Zen risaukan keselamatan Dom, jika pertemuan Dom dan Martin itu akan membahayakan lelaki itu, lebih baik mereka tinggal saja di Jerman.

"I can't. We have no choice. Semua ini tak akan berakhir selagi orang tua tu tak mati. Sono molto sicuro." (Aku yakin sangat.) Dom memandang Zen tajam.

"Perhaps this is my last order to you Zenny. Prenditi cura di loro per me." (Jagakan mereka untuk saya.) diulangi lebih tegas arahannya. Bukan lagi permintaan.

Mereka bertentangan mata agak lama, bagai menukar perasaan sebelum Zen yang melarikan anak matanya, menekur lantai.

"As you please." kepala ditunduk sedikit menerima arahan. Tiada lagi soalan yang diutarakan.

~~~~~~~~~~

Raut wajah tenang yang sudah lena itu ditatapnya sayang. Sungguh dia kasihkan wanita itu lebih dari segalanya.

Ubun-ubun Aleena dikucupnya lembut sambil menilik wajah itu leka. Andy yang sudah tertidur telah dialihkan Zen ke bilik lelaki itu.

Dom membaringkan diri menghadap Aleena dan dipenuhi keinginan lelaki itu. Dikucupnya lembut seluruh wajah itu semahunya, perlahan-lahan.. tak mahu mengejutkan si isteri.

Perut Aleena yang makin memboyot itu diusapnya lembut sambil menatap wajah menawan Aleena yang enak dibuai mimpi.

"Kita tak akan tinggal di sini sayang.. sebabnya, awak yang perlu tinggal di sini." tuturnya sayu.

Tubuh Aleena ditariknya ke dalam pelukan dan dalam tak sedar, tangan Aleena juga mula naik memeluk pinggangnya.

"You're my everything carrissima. I love you with all my heart." bisiknya perlahan sebelum dahi licin itu dikucupnya lama.

Share this novel

Mimie Harmiza
2020-09-13 13:39:50 

rsa mcm ada masuk noti chapter bru.knp rsa mcm sma je chapter ni gn mingu lps hans


NovelPlus Premium

The best ads free experience