1 Dia Tidak Sempurna

Romance Completed 467198

"BINI kamu tak pernah masak ke, Aidil?" Puan Sri Nabila yang sejak tadi memerhatikan gelagat anaknya menikmati santapan yang terhidang di atas meja terus meluahkan pertanyaan dengan riak dan intonasi suara yang sinis.

"Masaklah mama...cuma Dil rindulah nak makan masakan mama." dengan mulut yang penuh, Aidil menjawab. Tidak mengapalah dia berbohong sedikit kepada wanita itu kerana niatnya hanya satu; menyembunyikan permasalahan di antara dirinya dengan Mellia. Biarlah hal pertelingkahan itu, hanya dia dan isterinya yang tahu.

"Tu la, mama suruh kamu tinggal je dengan mama, kamu tak nak. Ikut sangat cakap bini kamu tu! Bukan boleh bawa jauh pun rumah tangga kamu berdua ni! Masih di situ juga mama tengok!"

"Dahla ma, Aidil tak naklah cakap benda tu. Aidil datang sini, nak tenangkan fikiran Aidil yang tengah kusut ni, bukan nak tambahkan lagi!"

"Kusut sebab perempuan tu kan?! Berapa kali mama nak bagitahu kamu, kahwin lagi satu! Aidil mampu! Anak mama ni berhak untuk bahagia macam orang lain! Tapi kamu ni degil sangat!!"

"Aidil bahagialah ni ma? Mama tengok muka Aidil ni macam orang tengah terseksa ke?"

"Kalau bahagia, tak adanya penampilan kamu macam ni! Dengan baju tidak bergosok, tali leher terlondeh ke bawah, makan pun macam orang kebuluran! Kamu tak payah tipu mamalah Dil, mama yang lahirkan kamu, mama kenal sangat kamu ni macam mana!" Aidil hanya mendiamkan diri kerana mula ketewasan dengan bebelan ibunya. Suapan nasi goreng terakhir disua ke dalam mulut, sebelum dia bangkit berdiri.

"Hahh...nak ke mana tu??" Puan Sri Nabila terus menyoal. Sakit hati wanita itu melihat kedegilan anak sulungnya. Langsung tidak mahu mendengar kata

"Aidil nak masuk office lah, lambat dah ni..." Kedengaran malas nada suara garau itu terlontar.

"Alasan kan, asal mama cakap sikit je lari, cakap sikit je lari! Berjangkit dah perangai buruk dengan bini kamu tu!" Hambur Puan Sri Nabila kegeraman. Berkali-kali jelingan tajamnya menusuki wajah Aidil.

"Abang!" Aidil laju menoleh saat mendengar laungan manja terhala ke arahnya. Bibir yang muncung sedepa tadi spontan tergaris manis tatkala membayangkan wajah manis si pemanggil yang dia sayang.

"Mai? Belum masuk kelas lagi?"Aidil mengusap kepala Maisara yang sedang menunduk menyalami tangannya. Satu-satunya adik perempuan yang dia miliki. Meski sudah berusia 23 tahun, namun kemanjaan adiknya itu sungguh mengalahkan manja bayi kecil. Dan hanya Maisara sahaja yang masih menerima Mellia di dalam keluarga mereka.

"Hari ni, Mai freelah abang. Tak ada kelas..." Leretan manja suara gadis itu kedengaran. Lengan abangnya dipaut erat.

"Ooh...patutlah dia ni happy semacam!" Maisara mendengus saat hidung merahnya dicuit oleh sang abang. Tahulah hidung orang mancung!

"Kak Mell tak ikut ke bang?" Aidil tersentak saat pertanyaan itu mengusik telinga. Wajah masam Puan Sri Nabila dilirik seketika. Dia tahu wanita itu pantang mendengar nama isterinya berkeliaran di dalam rumah besar itu.

"Time time macam ni, mestilah kak Mell dah masuk kerja..." Aidil menjawab dengan senyuman tipis.

"Alllaaa...Mai rindulah dengan kak Mell. Lama Mai tak jumpa dia!" Rengekan Maisara membuatkan Puan Sri Nabila terkereseng menyampah.

"Maisara, tak payah nak rindu-rindu sangat! Dah sini ! Makan dengan mama!" Puan Sri Nabila melaung kuat dan dengan wajah penuh kecemberutan, Maisara akur sahaja.

MELLIA mengalihkan sedikit wajahnya tatkala mula merasa tidak selesa diperhatikan sedalam itu. Jika tidak memikirkan sikap profesional yang harus dia titikberatkan ketika berhadapan dengan ibu bapa pelajar, sudah lama kepala 'si bapa' itu dia hempuk.
"Maaflah cikgu, kalau anak saya ni banyak susahkan cikgu. Semenjak kematian isteri saya, dia banyak sangat berubah. Tak nak bergaul lagi dah. Kadangkala, dengan saya pun dia banyak sangat berahsia. Sepatah saya tanya, belum tentu dijawabnya." Suara si bapa yang tidak alah tampannya kedengaran terluah dengan nada sedikit kekecewaan.

"Najwa tak susahkan sesiapa pun. Cuma saya risau je tengok keadaan dia macam tu. Tahun ni dia kena duduk SPM. Kalau keadaan dia berterusan macam ni, saya risau akan jejaskan pelajaran dia. Najwa budak yang pandai, sayang kalau dibiarkan macam tu je..." ujar Mellia dengan wajah yang sedikit dimaniskan. Dia faham sungguh situasi seperti itu kerana bukan sehari dua dia 'menjerumuskan' diri ke dalam kancah pendidikan yang tidak seindah dan semudah apa yang masyarakat luar fikirkan. Pelbagai macam sudah masalah tentang kehidupan para pelajar yang telah dia ikut harungi. Tugas seorang pendidik bukanlah mengajar semata-matanya. Masalah pelajar, masalah mereka juga malah kadangkala waktu seorang anak didik lebih banyak terluang bersama guru mereka berbanding dengan ibu bapa mereka sendiri.

"Saya akan cuba pujuk dia, cikgu. Tapi...saya nak minta tolong Cikgu Mellia juga. Sebab cikgu ni perempuan, saya rasa cikgu lebih faham dia. Maaf, bukan niat saya nak lepas tangan tapi...saya betul-betul dah mati akal untuk pujuk dia.."

"Yang tu, Encik jangan risau. Saya akan cuba semampu yang saya dapat. Tapi...kalau boleh, jangan guna kemarahan. Sebab budak-budak yang belum cukup matang ni lain sikit. Semakin kita berkasar, semakin melawanlah mereka."

"Baik cikgu, saya faham. Saya betul-betul terhutang budi dengan cikgu sebab...cikgu sudi ambil berat tentang anak saya. Ni kali pertama saya jumpa dengan cikgu, lemah lembut..baik...dan...cantik. Patutlah anak kawan saya, budak Fadil tu selalu puji cikgu memanjang." Mellia tersipu malu saat dipuji seperti itu. Namun, dinormalkan sedikit juga riaknya agar tidak merosakkan imejnya sebagai seorang guru di situ. Ini bukanlah kali pertama dia dipuji oleh ibu bapa dan anak-anak malah ada yang sanggup mengirimkan kuntuman dan jambakan bunga kepadanya. Namun, demi menjaga hati si pemberi, dia terima dengan ucapan terima kasih juga.

"Tak lah...saya biasa je. Saya cuma jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang pendidik. Lagipun, Najwa mahupun Fadil tu anak murid saya. Jadi, mereka memang dah jadi tanggungjawab saya juga."

"Terima kasih. Kalau ada apa-apa, cikgu telefon je saya." sempat lelaki itu memesan dengan senyuman yang kekal di bibir.

"Baik Encik..."

"Panggil Hakim je...tak payahlah nak berencik. Kalau profesional sangat, segan pulak saya nak minta tolong dengan cikgu nanti." ujar Hakim dengan sedikit tawa kecil.

"Tak perlu segan...En...er...Hakim. Saya pun manusia biasa je. Maaflah sebab terpaksa mencuri masa kerja encik hari ni..."

"Panggil Hakim je dan Cikgu tak susahkan saya pun. Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu cikgu."
Mellia mengangguk sambil ikutan berdiri.

"Silakan..."

"Assalamualaikum cikgu,"

"Waalaikumsalam."
Mellia menghela nafas lega sebaik sahaja 'si bapa' menghilang dari pandangan. Berdua dengan manusia seperti itu sungguh membuatkan Mellia bersesak dada lantaran wajahnya selalu sahaja menjadi mangsa renungan.
'Ah...aku cantik sangat kot!' Sempat pula wanita itu memuji diri sebelum kembali menyelesaikan rancangan pengajaran yang telah tertunda tadi.

AIDIL mengurut tengkuknya yang kelenguhan. Dia bercurian mengeluh pendek sambil menghirup jus buah tersalut dengan ketulan sis batu yang sungguh menyegarkan. Melayan dan menemani tiga wanita itu membeli belah rupa-rupanya jauh lebih memenatkan. Kalau seperti ini 'gayanya', seharian berada di pejabat pun dia sanggup.

ketika masih di rumah orang tuanya tadi, mulanya dia mahu meminta diri. Namun desakan dan rayuan Puan Sri Nabila membuatkan dia merasa serba salah. Ditambah lagi dengan tarikan muncung adik kesayangan yang merajuk minta dibelanja. Namun, yang membuatkan dia berasa malang ketika rumah orang tuanya itu didatangi dengan kehadiran seorang wanita gedik yang akhirnya membuatkan dirinya terjerat dengan ketiga-tiga wanita itu.

"Nanti Mai nak beli baju kat kedai tu pulak ,abang..Abang belanja ek...." Suara manja Maisara membuatkan Aidil mengeluh kembali. Dengan kerutan dahi, dia terus memandang malas ke arah bungkusan-bungkusan yang entah sudah berapa banyak di atas meja.

"Tak cukup lagi ke dik? Banyak dah ni! Abang nak masuk office pun tak sempat dah.." Aidil mula merungut. Si gedik yang sedang menongkat wajah memandang ke arahnya dijeling terus. Menyampah sungguh dia dengan sikap ulat bulu Fazura.
'Entah apa yang mama kenankan sangat dengan minah ni sampai sanggup nak jodohkan aku dengan dia ni bagai! Bini aku seribu kali lebih cantik,gedik pun tidak!'

"Kamu ni..bukan selalu pun...Luangkan je la lebih masa dengan Faz ni juga. Kesian dia jauh-jauh datang melawat sebab nak jumpa kamu.." Puan Sri Nabila mencelah dengan senyuman. Lengan putih si bakal menantu idaman diusap lembut.

"Jauh apa, tak sampai setengah jam je pun! Jauh lagi rumah abang dari rumah kita!" Maisara terus menyampuk kemeluatan. Dia sendiri juga tidak menyukai Fazura.
'Sudah dihalau, dimaki, dicemuh tapi masih je tak tahu malu menyelit diri dalam 'family' orang!'

"Mai jangan nak kurang ajar dengan kakak! Ni bakal kakak ipar Mai tahu tak! Minta maaf!!" Puan Sri Nabila terus membentak anak bongsunya.

"Kakak ipar Mai ada satu je, Kak Mell!" Maisara menjawab keras. Dia tidak perduli siapapun yang sedang bercakap dengannya kerana anak itu sudah biasa dimanja dan dituruti. Setakat menengking atau melawan cakap orang tua, memang sudah sebati dengan diri Maisara.

"Maisara!!"

"Dahlah! Malu orang tengok. Apa pulak bakal kakak ipar bagai? Siapa pula yang nak kahwin? Isteri Aidil cuma seorang je!"
Kerana kebengangan, Aidil terus bangkit dan berlalu pergi. Bukan marah dan rimas dengan pertengkaran adik dan ibunya, tetapi dia sebenarnya menyampah dengan renungan miang si ulat bulu.

"Haha! Padan muka! Gedik!" Maisara mengejek sebelum ikutan mengejari gerakan kaki abangnya.

"Aunty!"

"Dah, Faz jangan risau, aunty tahu apa yang aunty akan buat! Apapun yang berlaku, aunty akan pasti Faz akan jadi menantu aunty.." Dua alunan tawa penuh kelicikan itu kedengaran memecah bergaul menjadi satu saat otak mula merencanakan sesuatu yang memberuntungkan. Namun, gelak kelicikan mereka terhenti apabila deringan telefon asing mengganggu perbualan dua wanita itu.

MELLIA mengesat peluh yang semakin deras membasahi tubuh. Jam di tangan dikerling berkali-kali. Skrin iPhone pemberian suami kesayangan juga ditatal tanpa henti. Kerana kegeraman, mudah sahaja hentakan telapak tangannya menyakiti tubuh kereta yang juga merupakan hadiah dari sang suami.

"Ya Allah, Cikgu Mell ke? Kenapa ni cikgu??" Satu suara garau yang begitu memeranjatkan langsung membuatkan Mellia laju menoleh.

"Err...Encik..."

"Panggil Hakim je lah. Ni bukan kawasan sekolah pun!" Ujar Hakim sambil berjalan mendekati Mellia.

"Tapi...en...arr...awak pun panggil saya cikgu juga, saya tak marah pun..." Hakim ketawa saat mendengar bicara kebudak-budakan dari mulut seorang pendidik itu.

"Panggilan cikgu tu tetap kekal tak kira kat mana pun dan sampai bila pun. Tugas seorang guru tu mulia sangat dan cikgu salah seorang dari insan berharga tu..." Ungkap Hakim dengan senyuman ikhlas.

"Ada-ada je lah awak ni...Ni en...eh awak dari mana? "

"Saya baru je hantar Najwa pergi tuisyen tadi, ni ingat nak masuk office balik. Yang cikgu pula, kenapa berpanas kat sini? Partime jual kereta ke? Merah dah pipi tu..!" Mellia menarik muka masam tanpa dia sedar saat diusik oleh lelaki itu.

"Kereta saya tak dapat start. Tak tahulah kenapa..."
Hakim menelan liur kekalutan saat mendengar permasalahan wanita ayu itu.

"Err...Kalau macam tu, biar saya hantarkan cikgu balik..." Tawarnya kerana hanya itu yang dia mampu tolong.

"Eh tak apa...susahkan awak. Nanti bos awak marah kalau awak lambat masuk kerja pula. Jangan risau, saya cuba telefon suami saya lagi..."

"Suami? Cikgu dah kahwin??" Tanpa sedar cikgu, Hakim terus menyoal untuk mendapatkan kepastian.

"Dah...Kenapa?"Soal Melia sedikit kehairanan.

"Err...tak...tak ada...Cuma terkejut je, sebab...cikgu nampak macam ..."

"Saya dah kahwin. Empat tahun lebih dah...."Mellia laju memangkas sebelum Hakim menghabiskan ayatnya. Dia tahu apa yang lelaki itu fikirkan. Sudah semestinya dia kelihatan seperti wanita yang belum berkahwin kerana dia tidak pernah melahirkan anak. Tapi, zaman sekarang ni banyak je produk yang boleh mencantikkan tubuh. Ramai sangat ibu yang sudah beranak lima enam bertubuh langsing persis si dara.

"Oh... Cikgu cubalah telefon suami cikgu lagi, kalau bab baiki kereta ni, saya minta maaf. Bukan kepakaran saya tapi saya boleh telefon kawan saya untuk bawa kereta cikgu. Dia ada buka bengkel tak jauh dari sini." Hakim berterus terang dengan sedikit sengihan.

"Bolehlah..awak tolong saya telefon kawan awak tu. Saya cuba telefon suami saya lagi..."Hakim mengangguk dengan senyuman nipis. Sempat bercurian mengeluh rasa kecewa sebelum berjalan menuju ke arah keretanya semula.

MELLIA mengesat rembesan air mata yang tiba-tiba mengalir sebaik sahaja menghadam petikan ayat yang dihantar kepadanya melalui aplikasi Whatsapp. Ayat yang sungguh melukakan hati namun itulah sebuah hakikat yang perlu dia telan biar pahit membunuh rasanya .
'Sampai hati abang...'

"Cikgu..." Mellia melajukan gerakan jarinya untuk menyeka lagi sisa air mata sebelum menolehi punca suara itu dengan satu senyuman hambar.

"Saya dah telefon kawan saya. Dia dah on the way dah. Ni...cikgu yakin ke nak tunggu suami cikgu?" Hakim merenungi satu wajah yang sungguh menenangkan hati dengan koyakan bibir yang indah.

"Err...Hakim. Boleh tak...awak tolong hantar saya balik?"
Tanpa sedar, Hakim sudah terlanjur mengukir senyuman bahagia saat mendengar permintaan yang dia tunggu-tunggu daripada mulut wanita cantik itu.

"Eh, mestilah boleh! Dah, jom...!"

AIDIL memberhentikan keretanya sebaik sahaja memasuki perkarangan rumah. Sebungkus beg kertas dicapai di tempat duduk belakang dengan robekan senyuman manis. Bungkusan yang mengandungi sesuatu yang paling istimewa untuk isteri tersayang. Sedingin mana pun perhubungan rumah tangga mereka, tetap sahaja jiwanya tidak mampu menyangkal siapa yang sesungguhnya terpaku di hati.

Dia tahu, Mellia masih belum pulang memandangkan ketiadaan kereta isterinya di situ. Dengan hati yang berbunga-bunga , dia berjalan mendekati pintu rumah.
Tetapi, belum pun sempat tangannya menyeluk poket untuk mendapatkan jambakan kunci, telinga lelaki itu disapa dengan deruman bunyi kereta yang kedengaran asing lalu langsung membuatkan dia laju berpaling pandang. Hati yang membibit bahagia tadi terus berubah gusar saat melihat isterinya berlambaian tangan dengan seorang lelaki yang dia tidak dapat amati sesungguhnya kerana lelaki itu sedang membelakangkannya. Dengan rasa bengang, Aidil terus membuka kasar pintu rumah agam itu sebelum membawa tubuhnya masuk.

"Siapa yang hantar kau balik? Mana kereta kau?" Soalan paling bodoh yang terlebih dahulu menyapa deria pendengaran Mellia sebaik sahaja dia menapak masuk. Kerana kesakitan hati yang teramat, Mellia hanya meneruskan sahaja gerakan kakinya menaiki tingkat atas tanpa menoleh mahupun menjawab sedikit pun keraguan suaminya.

"Aku tanya, jawablah! Boleh tak kalau sekali je kau pasang muka respect kau kat aku ni! Aku suami kau tahu tak!" Aidil memekik kuat ketika melihat kebiadaban sang isteri berlalu pergi.

"Mellia!" Satu jerkahan yang bergema lalu mematikan kaki Mellia. Dia tidak ingin berpaling kerana saat itu wajahnya sedang kehujanan deras.

"Tu bapa student aku. Dia hantar aku sebab kereta aku rosak." Balasan ayat yang kedengaran penuh kegoyahan dan bersepah nadanya.

"Habis tu yang kau menggatal sangat suruh jantan lain hantar kau balik apasal?! Suami kau dah mati ke?! Ke otak kau yang dah mati?!"

Namun saat ditengking sekejam itu, Mellia mula berpaling. Bukan dengan wajah kosong, melainkan dengan tatapan runcing yang sungguh menyeksakan. Dia sudah tidak peduli, jika Aidil melihatnya menangis. Biar lelaki itu tahu sejauh mana kekuatan dan ketegaran hatinya. Dia bukan malaikat! Dia hanya manusia biasa yang terlalu lemah, yang paling terkhilaf dan yang paling kerdil. Dan dia juga bukan seorang isteri yang sempurna malah terlalu tebal dosanya.

"Abang yang suruh Mell jalan kaki tadi kan?! Mell dah nak jalan kaki dah pun tapi orang tu tumpangkan Mell sebab dia tidak sekejam suami Mell sendiri! Abang sibuk sangat dengan siapa...Zura? Fazura? Sweet sangat sampai nak post gambar perempuan tu kat IG abang!" Satu hamburan keras penuh kekecewaan terlantun keluar dari seulas bibir merah milik Mellia.

"Bila masa aku suruh kau jalan kaki?? Bila masa aku letak gambar perempuan tu kat IG aku?! Mulut kau tu jaga sikit! Cakap jangan main lepas!" Jerkah Aidil sambil merapati tubuh isterinya.

"Kau baca balik mesej-mesej yang kau dah bagi dengan aku! Baca! Hadam! Mell sedar Mell tak mampu bagi abang anak! Tapi tu bukan cara yang bijak untuk abang sakitkan hati Mell yang memang dah lama sakit ni! Jadi suami, tolonglah berpendirian sikit! Kalau abang nak ikut sangat cakap mama abang tu ,baik abang kahwin dengan dia je!"

"Kurang ajar!"

Papppp!

"Puas?? Pukullah lagi! Kau nak bunuh aku pun aku dah tak kisah dah! Supaya cepat sikit kau kahwin dengan perempuan tu! Future husband konon! Kau nak curang dengan aku, kau tak payah nak tunjuk sangat dengan orang kat luar sana tu! Sekurang-kurangnya kau jaga sikit hati orang tua aku! Apa mereka fikir kalau tengok gambar kau dengan perempuan tu?! Cukuplah kau seksa aku seorang, jangan war-warkan kat satu dunia yang aku ni...mandul!" Bentakan terluah yang langsung mematikan kata-kata Aidil. Matanya terhenti pada wajah basah Mellia. Jiwanya benar-benar ketusukan terdasar saat otak menghadami setiap keratan kalimah itu. Tanpa menunggu lama di situ, Aidil terus berjalan ke luar semula untuk mencari keberadaan telefon bimbitnya.

'Shit! Argghhh!' Aidil terus memasuki dalaman keretanya sebelum objek beroda empat itu dibawa meluncur laju membelah jalan lantaran pemikiran logik sudah dapat membawa satu permainan bodoh yang dia sudah tahu siapa pemulanya.

"MAMA! Mama!"

Laungan keras itu membuatkan seisi rumah tersentak. Masing-masing berebutan mendapatkan arah punca bunyi yang begitu menyakitkan.

"Kenapa ni Dil? Jerit-jerit macam orang yang dah tak betul! Kenapa dengan kamu ni?!" Tan Sri Khairul yang baru sahaja muncul dari arah bilik bacaan langsung menegur.

"Mana mama?? Aidil nak jumpa mama!!"Alunan suara itu masih mengeras dan sebengis itu juga raut wajahnya terbentuk.

"Mama ada ni ha! Kamu dah kenapa? Tersampuk dengan penunggu bini kamu tu?!"

"Aidil nak minta telefon Aidil balik! Ada kat mama kan?!" Wajah cuba diredupkan, nadanya juga cuba diperlahankan kerana yang dia tahu, dia mahukan telefon bimbitnya sahaja saat itu. Biar semua keraguan dan salah faham terungkai cepat.

"Ada dalam bilik mama! Tu lah, nak sangat menangkan perempuan mandul tu sampai sanggup tinggalkan mama dengan Faz! Nasib baik Faz nampak telefon kamu ni, kalau tak hilanglah jawabnya!" bebelan Puan Sri Nabila langsung tidak membuatkan jiwa Aidil keterharuan malah kian berapi-api dadanya. Tangan lelaki itu terus menyambar cepat alat komunikasi tersebut sebaik sahaja terhulur kepadanya.

WHATSAPP :

-Kenapa ni Mell? i sibuklah! Text je tak payah kol!

-Kereta Mell rosak. Ambil Mell boleh?

-You ni menyusahkan betullah! Patut pun you ni mandul! You jalan kaki je lah! I sibuk tahu tak

"Ni mesti kerja perempuan tak tahu malu tu kan?? Disebabkan dia, isteri Aidil salah faham! Mama dengar sini baik-baik, sampai Aidil mati pun, Aidil takkan kahwin dengan betina tu! Sia!" Jerkahan penuh kebidaban itu mengiringi kepergian Aidil. Panas hatinya sesudah membaca setiap barisan ayat yang sudah tentu bukan dari dirinya.

"Aidil, Aidil! Kamu nak ke mana tu??" laungan Puan Sri Nabila diabaikan sahaja kerana yang melekat kuat pada hati lelaki itu hanyalah Mellia, seorang isteri yang sedang terluka. Dia mahu memujuk, dia mahu berlutut dan dia mahu menerangkan apa sesungguhnya yang telah berlaku.

Keretanya dibawa meluncur laju lagi. Entah mengapa saat itu jiwanya sangat kosong malah ligat berdebaran seolah-olah sudah ditinggalkan insan yang sudah sekian lama bertaktha teguh di hati.

Sebaik sahaja sampai di rumah, dalaman rumah itu langsung diterjah. Tingkat atas dinaiki dengan laju. Bilik mereka dimasuki dengan seribu satu kegugupan. Namun, pencariannya gagal ketika mata tidak menemui langsung susuk sang isteri. Malah, beg tangan dan telefon bimbit Mellia juga tiada. Dengan langkah yang kegoyahan, dia mendekati almari pakaian. Dan dengan tangan yang terketar-ketar juga pemegang objek itu dikuak perlahan. Hati yang sudah terluka langsung keranapan saat mata dijamu dengan suatu penglihatan yang paling dia takutkan.

"Ya Allah... Mellia sayang! Kenapa buat abang macam ni??"

CS kembali. Jgn lupa komen Cinta Sejati ye.Thanks..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience