35.

Romance Completed 46657

Selepas membawa Rasyid dan Rina membeli barang dapur dan pakaian seharian, Akhirnya Uthman dan Aura meminta diri untuk balik.

"Sayang.." Panggil Uthman.

Aura menjeling.

"Eh ni betul ke nak goda By ni. By berhenti kan tepi ni kang. Dalam kereta pun By tak kisah." Kata Uthman mengugut isterinya.

"Hah. Tengok. Nak ugut Aura lagi lah tu." Rajuk Aura.

Uthman memasang signal untk menepi dibahu jalan. Aura jadi gelabah.

"Awak jangan nak buat hal eh." Kata Aura.

"Sayang nak marah lagi ke tak?" Tanya Uthman.

"Ok ok. Aura mengalah." Kata Aura.

"Panggil apa?" Tanya Uthman.

"By.." Suara Aura ditekan.

"Apa?" Tanya Uthman lalu membuka Safety beltnya dan mula mendekatkan wajahnya keleher isterinya.

"Ok By. By. By. Janganlah." Aura merayu bila wajah suaminya menempel pada shawl yang terlilit dilehernya.

"By. Orang tengok tau tak." Kata Aura mulai malu.

"Biarlah Sayang kan hak mutlak By." Kata Uthman masih seperti tadi.

"Byy." Suara rayuan Aura mulai terdengar seperti menahan tangis.

"Tau takut." Kata Uthman melihat semula kedepan dan mulai pergi dari bahu jalan.

Disebabkan terlalu penat dan pening akibat benturan tadi, Aura memejamkan matanya dan tak sedar dia telah terlelap diseat penumpang sebelah Uthman.

Uthman menoleh apabila tidak mendengar omelan isterinya.

"La. Tidur rupanya. Patut senyap." Kata Uthman mulai mengelus jalemari isterinya dan ditarik perlahan dikucup.

"Boleh tak jangan gatal sangat." Kata Aura yang tersedar lenanya diganggu.

"Ok ok. Sayang tidurlah. Suka sangat tidur sekarang ni eh." Kata Uthman.

"Suka hati Auralah. Dengki ikut." Kata Aura mulai berpeluk tubuh geram pada Uthman.

Terperangkap dalam kesesakan jalan raya membuatkan Mata Aura tak mampu ditahan lagi.

"Lamanya." Kata Aura.

"Sayang tidur lah. Sampai nanti By bagitahu.

"Taknak. Susah tau satu kereta dengan Ulat bulu naik daun ni." Kata Aura.

Uthman hanya senyum dengan bebelan isterinya.

"Ulat bulu ni lah yang kena rebutkan." Kata Uthman.

"Hah yelah. Benci." Kata Aura mula memandang ke jendela pintu.

Seperti ditiup angin kelopak matanya, Dia merasa matanya seakan nak tertutup. Tak dapat nak ditahan lagi. Akhirnya dia terlena semula.

Uthman selalu perhatikan semenjak 3 bulan lalu, Isterinya kuat merajuk, suka terlena, Kuat membebel dari sebelum ni.

"Nak kata mengandung tiap bulan, bendera jepun naik?". Kata Uthman.

"Ni ke namanya Emosi para isteri?" Kata Uthman lagi.

Pening Uthman memikirkan hingga sampai didepan banglo keluarganya.

"Sayang dah sampai." Panggil Uthman lembut menggoncang bahu isterinya.

"Aura nak tidur kejap. 5 minit lagi." Kata Aura.

"Takdenya 5 minit. Jom." Kata Uthman.

Namun Aura tetap lena memeluk handbagnya.

"Bu cium nak?" Tanya Uthman mengumpan isterinya agar bangun.

Namun tiada respon dari sang isteri. Nak taknak dia mengendong tubuh isterinya masuk kedalam Banglo.

"Uth. Panggil Luthfan melihat Uthman menggendong Aura yang lena.

"Takpe. Pergi hantar Aura naik keatas. Biar dia rehat." Kata Irma.

Sampai didalam biliknya, Uthman meletakkan lembut tubuh isterinya diatas katil.

Aura mengubah posisinya sambil memeluk bantal peluk ditengah Katil.

Uthman senyum melihat isterinya. Dia mula memasang aircond pada suhu sederhana kerana disini musim hujan.

Dia kembali turun bertemu dengan mereka diruang tamu.

"Jumpa Aura kat mana?" Tanya Luthfan

"Dekat kondo jalan Anggerik." Kata Uthman.

"Buat apa dia kesana?" Tanya Roslan pelik.

"Nak jemput daddy dan Mommy dia." Kata Uthman.

"Everything Ok right?" Kata Irma pula.

Uthman menceritakan semuanya hinggalah pada baju yang dibelikannya di Labuan dan diserahkannya pada Rina dan Rasyid.

"Umie tak kisah. Syukurlah mereka dah bersatu semula." Kata Irma.

"Hmm tapi dia masih lagi merajuk dengan Uth." Lata Uthman.

"Sebab tadi ke?" Tanya Roslan.

"Yup. Puas dah Uth pujukasih juga sama." Kata Uthman.

"Takpe. Esok esok dia oklah tu." Kata Roslan.

"Ni Mie Uth nak tanya. Kenapa Aura sekarang ni suka sangat marah, merajuk, tidur." Kata Uthman.

"Aura mengandung kot." Tanya Irma.

"Tak juga. Tiap bulan mesti dia akan bulan penuh." Kata Uthman.

Luthfan senyum ketawa mendengar Uthman menyebut bulan penuh.

"Hah Kau ejek aku Bang." Kata Uthman.

"Mana ada." Kata Luthfan.

Mereka berbual panjang hinggalah waktu makan malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience