BAB 7

Horror & Thriller Completed 175

Jerit pekik mereka riuh kedengaran kerana bersaing antara satu sama
lain. Kayak Amira berlalu pantas meninggalkan mereka semua. Hanna, Iffan
dan Lutfya pula berkayuh sambil menjolok dayung sesame mereka menghalang
dari berdayung lebih laju. Orang-orang dipantai turut menyaksikan
perlumbaan tidak rasmi mereka.

Amira bersungguh-sungguh menongkah ombak. Mudah sahaja dia membelok di
sebalik batu penanda yang dinyatakan tadi. Matanya sempat mengerling
pada kawan-kawannya yang masih terkial-kial mengayuh. Lutfya yang
merupakan juara bertahan juga sedang bertarung hebat melawan ombak. Dia
tersenyum sebaik memintas mereka di pertengahan jalan.
"Mana aci. Kau dah berlatih bagai, nak lawan kami" teriak Lutfya.
"Aku pun macam dah nak pitam ni" luah Iffah yang masih bertahan."
Menyesal pulak aku join!"

Ribut mulai menggila di permukaan laut. Ombak yang tadinya menggeletek
di permukaan lain, kini mulai menjulang dan menghempas. Kilat pula mulai
sabung menyabung. Hujan juga semakin lebat.

Mereka yang tadinya bergelak ketawa, kini mulai cemas. Amira yang
tadinya menghala ke arah garisan kemenangan, kini mengubah hala ke
pantai. Yang lain pun mulai menukar arah. Masing-masing pucat keletihan.
Mereka perlu melawan ombak yang ganas untuk sampai ke pantai.

"Woi,tolong aku!" Jerit Iffah yang masih mendayung di belakang.
Tenaganya sudah mulai berkurangan dan dia mulai panik.
"Kau bertahan Iffa, balance badan kau jangan sampai kayak terbalik."
Balas Hanna yang berpaling sebaik mendengar jeritan Iffah tadi.
"Aku dah tak larat wei..tolong aku" jeritan Iffah semakin lemah. Hanna
melihat kelibat Iffah jatuh dari kayaknya. Ombak menjulang tubuh Iffah
turun dan naik. Hanna memusingkan haluan kayaknya untuk membantu.
Mujur dia sempat menarik tangan Iffah yang bergantung hayat pada jaket
keselamatan.
"Kau pegang kuat-kuat. Aku bawa ke pantai!" Iffah hanya menganguk. Sukar
untuk dia bersuara jika tidak mahu menelan air laut.

Hanna sempat memastikan tangan Iffah berpaut pada kayaknya. Kini dia
perlu berdayung lebih kuat untuk menarik beban tambahan.Ombak juga makin
mengganas dan tidak mengenal belas. Iffah semakin keletihan dengan
genggaman pada kayak yang semakin longgar. Perlahan-lahan dia mulai
terlepas pegangan dan mulai ditelan arus tanpa disedari Hanna.

Amira segera terjun sebaik dapat melihat pasir. Kayaknya dibiarkan
sahaja dipukul ombak. Dia berlari kearah pantai mencari tempat berlindung.
"Macammana agaknya nasib kawan-kawan aku!"

Dalam imbasan cahaya kilat, dia ternampak sosok lelaki tua yang berdiri
diatas batu betul-betul di tepi pantai. Selepas gelap seketika dan
cahaya kilat muncul lagi, kelibat lelaki tua itu menghilang. Cepat-cepat
dia berlindung di bawah pondok kayu sementara menanti kawan-kawannya
yang lain.

"Iffah dah lemas!!!!" Jerit Hanna dengan tangisan sebaik menyedari Iffah
tidak ada lagi di belakang. Lutfya yang baru sampai membantu Hanna untuk
keluar dari kayak.
"Kita tengok dia kat mana?" Hanna masih belum berputus asa.
"Bahaya ni Ana, kita mintak tolong orang. Dia pakai jaket keselamatan.
Tak tenggelam punya. Cepat!!!" Tegas Iffah yang menarik tangan Hanna ke
arah pantai. Dari jauh kelihatan Amira melambai-lambai tangan memanggil
mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience