BAB 2

Family Completed 341

Fasiha sedikit keletihan selepas mengemas biliknya. Terdengar suara mamanya menyanyi – nyanyi di dapur sambil papanya turut menjadi pendengarnya.

“Indah sekali suara adinda” senyum Hidayat .

Gigi tunduk malu dan tangannya membetulkan rambut yang terselit cucuk sanggul emas yang cantik. Hidayat mendapatkan Gigi dan mereka ketawa lagi. Fasiha yang sedari tadi asyik mengintai gelagat kedua orang tuanya di goncang lengannya oleh Nad.

“Pagi tadi dalam kereta mama dan papa bertengkar besar tapi tak sangka baik cepat begini. Selalunya sampai seminggu tak cakap” bisik Fasiha . Nad senyum

Fasiha menarik tangan Nad masuk ke dalam biliknya. Dikunci bilik itu dari dalam.

“Itu bukan mama dan papa...”

Kata – kata Fasiha membuatkan Nad sedikit keliru. Terus dia memeluk Fasiha . Ada sesuatu yang Fasiha musykilkan. Nad suka benar memeluknya...

“Nad perasan tak cucuk sanggul tu?”

Nad mengangguk. Dia memeluk lututnya.

“mama tak suka benda yang begitu. Mama lebih moden. Lagi satu, mama dan papa kita sekarang tak kasi kita keluar bukan? Sedangkan setiap kali pindah rumah mama dan papa akan suruh kita tinjau kawasan sekitar. Papa panggil mama..adinda” satu persatu batu kekeliruan di pecahkan oleh Fasiha .

Nad menekup telinganya. Mana hilangnya mama dan papa kalau mereka di bawah itu bukannya mereka yang sebenarnya?.

Tok!tok!tok!

Pintu diketuk agak kuat. Satu lagi yang membuatkan Fasiha semakin pasti akan apa yang mereka fikirkan.

“turun makan anak – anak bonda” suara lembut itu membuatkan sehelai demi sehelai bulu tengkuk mereka menegak.

“Mama akan jerit dari bawah selalunya” suara yang hampir menangis dari mulut Fasiha itu membuatkan hati Nad ketawa lucu. Diusapnya rambut Fasiha yang sedang ketakutan.

“Kita berlakon tiada apa – apa” cadang Fasiha .

GEDEGANG!!!!

Daun pintu terkuak dengan sendirinya. Nad mengambil bantal dan terus menghembam wajahnya di situ. Sudah tidak sanggup lagi. Fasiha cuba menguatkan semangatnya. Angin ribut sedikit sebanyak membuatkan dia berfikir dengan lebih logik.

Tangannya mencapai pemegang tingkap tetapi matanya menangkap satu imej di bawah yang duduk di pangkin bawah pokok yang rendang.

“Allah!” Fasiha terus duduk tersandar. Jantung Nad lebih laju berbandung tadi. Dia merangkak menghampiri Fasiha yang cuba menutup tingkap itu sekali lagi. Kali ini matanya di pejamkan.
Selepas menutup tingkap, tangan Nad yang kesejukan itu ditarik kuat agar keluar dari bilik itu.

“Nak ke mana?”

“Dia tahu kita di bilik aku. Kita tidur dalam bilik kau. Masuk – masuk nanti kita terus tutup langsir dan kunci tingkap tapi baik kita turun ke bawah dan bawa naik semua roti yang mama belikan sebelum kita sampai ke sini tadi” cadangan Fasiha dipersetujui Nad.

Derapan kaki Fasiha dan Nad mencuri perhatian Hidayat dan Gigi . Senyuman mesra terukir sambil melambai – lambai ke arah mereka.

“Mari makan sayang” ajak Gigi sambil menepuk – nepuk bangku di sebelahnya. Hidangan nasi dan sup daging itu menyentap naluri seorang anak dalam diri Fasiha tetapi hanya mendiamkannya sahaja. perlahan – lahan tangannya menegah tubuh Nad yang semakin ke hadapan.

“kenapa?” bisik Nad.

“Hmm... mama, kami nak jaga badanlah. Mahu cantik seperti mama. Mana roti yang mama belikan banyak – banyak untuk kami tadi?” soal Fasiha .

“situ!” Nad menjerit memandang dua plastik makanan dan minuman yang dibeli oleh Gigi sewaktu di R & R tadi. Memang pelik apabila mama mereka membeli sehingga dua bungkus makanan termasuk tuala wanita dan ubat – ubatan untuk mereka berdua. Makanan yang banyak itu cukup untuk mereka berdua selama dua minggu. Mereka berlari naik ke dalam bilik dan pintu di kuci serta merta.

“Mama macam tahu apa yang akan jadi pada kita, Fasiha ” Nad mengalirkan air mata. Fasiha mengangguk. Setitis demi setitis air matanya jatuh.

“Naluri keibuan. Kita sahaja yang selalu tuduh mama tak sayangkan kita” Fasiha menekup wajahnya dengan kedua telapak tangan.

“Nad rindukan jeritan mama seperti selalu” Nad tidak dapat menahan sebak di dada. Baru kini dia sedar yang kasih sayang mamany sememangnya wujud. Selepas makan dua keping roti, mereka berdua tertidur.

Fasiha bermimpi.....

Seorang remaja perempuan seusia dengannya melambai – lambai ke arah sebuah kawasan yang suram. Pokok – pokok bakau mengelilingi tempat remaja perempuan itu berdiri. Entah dari mana datangnya kekuatan dalam dirinya, Fasiha terus melangkah menuju kea rah remaja itu tetapi semakin Fasiha hampir, semkin dia menjauhkan diri.

“Kau siapa?” soal Fasiha . Tiba – tiba keadaan menjadi gelap.

“Jangan kau sentuh setiap masakannnya” itu sahaja yang dituturkan sebelum remaja itu menghilangkan diri. Hanya samar – samar. Wajah remaja perempuan itu tidak dapat dilihat dengan jelas oleh Fasiha . Sejurus selepas itu, Fasiha terjaga dari tidurnya. Melihatkan Nad yang sedang nyenyak tidur, hatinya sedikit lega. Terus diselimutkan tubuh adiknya sebelum dia turut sama tertidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience