Bab 2
P.O.V Izni Haryati
MALAM ini aku melayari media sosial untuk mencari jika ada iklan kerja kosong di kawasan Kuala Lumpur atau di kawasan Selangor yang dekat dengan Kuala Lumpur. Tapi aku hampa kerana kebanyakan iklan kerja kosong menginginkan umur atas 18 tahun. Tetapi umurku belum cukup 18 tahun lagi. Aku agak kecewa kerana aku tidak dapat hendak bekerja di sana. Kalau macam ni aku tak boleh nak cari saudara kembar aku.
Aku teringin sangat nak bertemu dengan abang kembar aku tu. Kerana sudah hampir 4 tahun aku tidak bertemu dengannya. Aku juga tidak tahu bagaimana keadaannya sekarang. Aku ingin mencari keberadaan saudara kembarku kerana dalam beberapa tahun ini aku sering bermimpi tentang dia. Seolah-olah ada kejadian buruk menimpa dirinya. Gambar terakhir abang kembarku yang ada di rumah ini, adalah gambar ketika kami berdua membuat kad pengenalan atau Mykad. Aku memandang jam loceng yang ada di dalam bilikku. Jarum jam itu sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Waktu-waktu begini di dalam rumahku ini sudah sunyi. Kerana mak, ayah tiri dan adik lelaki aku sudah masuk bilik untuk tidur. Hanya aku sahaja yang masih berjaga untuk melayari media sosial. Mata aku juga sudah mengantuk kerana sudah dekat pukul 12.00 malam. Mata aku juga sudah berat. Jadi aku mengambil keputusan untuk melelapkan mata dan menyimpan telefon pintarku.
Baru sahaja aku ingin menarik selimut untuk tidur. Tiba-tiba telefon pintarku berbunyi, pada mulanya aku malas ingin menjawab panggilan itu. Tetapi asyik berbunyi lagu Alan Warker yang menjadi nada dering telefon pintarku. Terpaksalah dengan malas aku mengambil telefon pintarku itu. Aku melihat nama pemanggil di skrin telefon pintarku. Aku terkejut bila yang membuat panggilan itu adalah Nur Izati. Mesti ada perkara penting, jika tidak mustahil Nur Izati akan menelefon aku malam- malam begini. Aku segera menjawab pangilan telefon itu.
“Helo, Zati. Ada apa telefon aku tengah malam ni?” tanyaku.
“Wei, aku jumpa dekat media sosial ada orang cari pengasuh lelaki tua yang dah uzur. Katanya lelaki tua tu kena strok, hanya mampu baring atas katil je,” kata Nur Izati.
“Apa kena-mengena dengan aku?” tanya aku agak hairan.
“Perkara ni ada kena-mengena dengan kaulah. Kan kau kata nak cari kerja. Kalau kau jadi pengasuh lelaki tua tu, kau boleh tinggal dekat Kuala Lumpur. Dekat sini dia bagitahu tak kisah umur berapa pun,” jawab Nur Izati.
“Betul juga kata kau. Lagipun aku dah biasa jaga arwah tok wan aku dulu,” kataku mula berasa senang hati mendengar kata-kata Nur Izati.
“Tapi... Ada satu je masalahnya,” balas Nur Izati.
“Masalah... masalah apa pula dah ni,” kataku sambil mengaru kepalaku yang tidak gatal.
“Masalahnya ialah... dia cuma nak lelaki sahaja. Diorang tak mau perempuan,” kata Nur Izati serba salah.
Aku terdiam seketika mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Nur Izati. Tiba-tiba aku teringat kad pengenalan abang kembar aku yang mak aku simpan di dalam biliknya.
“Aku ada idea... Aku akan menyamar jadi lelaki guna identiti abang kembar aku tu. Lagipun Mykad abang aku tu ada dekat mak aku. Sekarang kau bagi nombor telefon dan media sosial kepunyaan orang yang buat iklan itu dekat aku,” kataku.
“Betul ke kau berani nak menyamar jadi lelaki ni. Kau kena fikir habis-habis dulu sebelum buat keputusan,” kata Nur Izati.
“Rasanya aku mampu,” balasku.
“Okey, nanti aku hantar dekat kau nombor telefon dan media sosial orang tu punya,” kata Nur Izati.
“Okey, esok aku bawa Aina pergi rumah kau. Boleh kita bincang sama-sama nanti. Sekarang ni aku nak tidur, dah mengatuk sangat dah ni,” kataku lalu memutuskan panggilan itu.
Setelah memutuskan panggilan telefon daripada Nur Izati, aku segera merebahkan tubuhku di atas tilam dan menarik selimut. Perlahan-lahan aku pun mula melelapkan mataku.
Tring... tring... tring.
Telinga aku mendengar bunyi jam loceng di atas meja di sisi katilku. Dengan mata masih terpejam aku cuba mencapai jam loceng tu untuk mematikannya. Akhirnya tanganku dapat mencapai jam loceng itu tetapi tidak sengaja aku menepisnya sehingga terjatuh ke lantai. Dan kedengaran bunyi jam loceng itu pecah berkecai. Automatik mata aku terbuka dan dengan cepat aku bangun dan melihat jam locengku yang berada di lantai. Ya, memang betul jam loceng itu telah pun pecah. Dengan cepat tanganku mencapai jam loceng itu. Hati aku juga berkecai seperti jam loceng ini kerana jam ini adalah hadiah daripada Nur Izati.
“Harap-harap boleh guna lagi,” gumamku sambil membelek jam loceng itu.
Aku lihat jarum jam tidak bergerak. Aku melihat ke tempat letak bateri jam loceng itu. Rupanya baterinya terkeluar lalu dengan cepat aku mengambil bateri yang berada di lantai. Setelah meletak kembali bateri itu tiba-tiba jarum jam itu pun berjalan. Nampaknya jam loceng ini boleh digunakan lagi. Cuma cermin depan untuk menutup nombor dan jarum itu saja yang sudah pecah. Aku berasa sangat lega walaupun cerminnya telah pecah tapi jarumnya masih bergerak. Ini bermakna jam ini masih boleh digunakan. Aku meletakkan kembali jam loceng itu diatas meja. Aku juga telah membetul jarum jam itu.
Usai menunaikan solat subuh mataku terasa berat. Membuatkan aku ingin melelapkan mataku kembali. Walaupun aku tahu dilarang tidur kembali setelah solat subuh. Tetapi mataku ini memang tidak mampu untuk dibuka dan hanya ingin terlelap sahaja. Akibatnya aku memang tertidur. Aku tidak pasti berapa lama aku tertidur. Ketika aku membuka mata kelihatan sinar matahari telah masuk ke dalam bilikku melalui jendela yang ada di dalam bilikku. Aku mengosok mataku disebabkan silau kerana sinar matahari yang masuk melalui jendela. Tiba-tiba telefon pintarku berbunyi dengan segera tanganku mencapai telefon pintarku itu. Aku melihat tertera nama sahabat baikku Nur Izati. Dengan cepat aku menjawab panggilan itu.
“Helo, Izni kau ada dekat mana sekarang ni?” tanya Nur Izati.
“Aku ada dekat rumah akulah,” jawabku bersahaja.
“Ni mesti kau baru bangun tidur, kan,” tembak Nur Izati.
“Betul aku baru bangun tidur,” kataku sambil ketawa kecil.
“Kau kata nak datang rumah aku dengan Aina. Nak bincang tentang hal semalam tu,” ujar Nur Izati mengingatkan.
“Awal lagilah,” kataku.
“Mana ada awal... Sekarang dah hampir pukul 10.00 pagilah,” bidas Nur Izati.
“Yalah, aku nak bersiaplah ni pergi rumah kau. Tapi aku belum beritahu Aina,” terangku.
“Aku dah call Aina bagitahu,” kata Nur Izati.
“Okey,” sahutku sebelum memutuskan panggilan telefon.
Aku segera bangun dan turun dari katil. Tanganku segera mengambil tuala dan mula berjalan menuju ke bilik air. Selesai mandi aku segera keluar dari bilik air. Ketika aku ingin berjalan masuk ke dalam bilik aku melihat adik lelakiku berada diruang tamu bersama mak. Kelihatan mak sedang sibuk menyiapkan tempahan baju dan langsir yang dihantar oleh orang kampung. Masuk ke dalam bilik aku segera memakai baju T-shirt berwarna biru gelap kemudian aku pandankan dengan seluar jean berwarna hitam. Aku memang suka memakai pakaian yang berwarna gelap. Barulah terasa maco sikit diri aku ni.
Tanganku mengambil minyak rambut lalu ku sapukan di rambutku. Kemudian aku mula menyikat rambutku ala-ala penyanyi lelaki Korea. Setelah aku rasa rapi dan nampak sedikit macho aku pun segera berjalan keluar dari bilik menuju ke dapur.
Selepas makan, aku berjalan keluar dari dapur, sampai di ruang tamu aku menghampiri mak yang sedang menjahit. Aku lihat baby adik lelakiku sedang ralit bermain telefon pintar kepunyaan mak.
“Mak, Izni nak keluar ni.” Aku memberitahu mak.
“Kamu nak pergi mana pula ni? Ingatkan kamu tak sekolah ni bolehlah tolong tengok-tengokkan baby,” keluh mak sambil menoleh ke arahku.
“Izni keluar ni nak cari kerjalah. Bukan keluar saja-sajalah,” jelasku.
“Baguslah kalau betul-betul cari kerja. Jangan mulut je kata cari kerja sudah,” sindir mak.
“Kali ni betullah... Mak, mana abah?” kataku sambil mata liar mencari kelibat ayah tiriku.
“Hari ini abah buka bengkel awal sikit. Sebab banyak kereta dekat bengkel. Nah duit buat belanja untuk cari kerja,” kata mak.
“Terima kasih... Sayang mak,” ucapku sambil mengambil wang lima puluh ringgit di tangan mak.
“Sama-sama,” balas mak.
“Izni, pergi dulu,” kataku lalu berjalan keluar menuju ke arah pintu. Tiba-tiba kedengaran suara baby memanggilku.
“Kak Izni! Beli ainan tuk baby,” kata baby memintaku membelikan mainan untuknya dengan sebutan yang agak sedikit pelat.
“Okey,” kataku sambil tersenyum memandang wajah comelnya itu.
Aku menungang motosikal menuju ke rumah Aina Afifah yang selang dua buah rumah sahaja dari rumahku. Aku lihat Aina telah pun berada di luar rumahnya.
Setelah motosikal ku berhenti Aina Afifah segera membonceng di belakangku dan memakai topi keledar. Setelah itu aku segera memandu motosikalku menuju ke rumah Nur Izati. Nur Izati tinggal dirumah teres dua tingkat. Tidak seperti aku dan Aina Afifah yang tinggal di kawasan kampung sahaja. Nur Izati rumahnya berada di tepi jalan utama. Lebih kurang dalam 15 minit aku dan Aina Afifah pun sampai di rumah Nur Izati.
“Masuklah,” pelawa Nur Izati. “Okey,” balasku dan Aina Afifah.
“Ada siapa dekat rumah kau ni?” tanya Aina Afifah.
“Mak aku seorang je ada, ayah aku tak ada dekat rumah sebab kerja,” kata Nur Izati.
Aku dan Aina masuk ke dalam rumah lalu duduk di ruang tamu. Tak lama kemudian mak Nur Izati datang membawa dulang air dan biskut.
“Mak Cik ni susah-susah je,” tegurku.
“Tak adalah susah mana pun,” balas mak Nur Izati.
Setelah meletakkan dulang air dan biskut mak Nur Izati terus beredar dan membiarkan kami bertiga di ruang tamu.
“Izni, macam mana kau dah hubungi orang tu ke?” soal Nur Izati.
“Belum lagilah,” jawabku.
“Lah, kenapa tak hubungi lagi? Nanti dah tak ada kosong padan muka kau,” balas Nur Izati.
“Wei, korang rasa tak bahaya ke? Macam mana kalau identiti Izni terbongkar nanti,” kata Aina Afifah. Sepertinya kurang suka aku menyamar mengunakan identiti abang kembarku.
“Kau janganlah risau, pandailah aku nanti dekat sana,” kataku tetap bersemangat untuk meneruskan apa yang telah dirancang.
“Kau kena hati-hati tau. Sebab lelaki dan perempuan yang tak ada hubungan ni kalau tersentuh kulit akan batal wuduk. Aku tahu kau bukannya jenis tutup aurat. Tapi sekurangnya bab tu kau kenalah jaga,” kata Aina Afifah menasihatiku.
“Yalah, aku tahu tu,” balasku.
“Lagi satu kau janganlah lama-lama sangat tinggal dekat rumah tu. Nanti kalau dah dapat jumpa abang dan ayah kau, baliklah,” kata Aina Afifah lagi.
Walaupun Aina Afifah hidup serba kekurangan tetapi bab agama ni memang aku kalah dengan dia. Dekat dalam kelas aku dah terbiasa bersentuhan dengan lelaki. Tarik menariklah, kadang-kadang ada juga sampai bertumbuk. Walaupun Aina Afifah dan Nur Izati dah kerap nasihati aku tapi entah kenapa tetap tak jalan. Aku tetap macam ni juga dan diorang pun dah terbiasa dengan perangai aku ni. Bagi aku berlambak je budak remaja baya-baya aku berpasangan, siap berpegangan tangan lagi. Dekat media sosial berlambak budak bercinta ni letak gambar diorang. Ada yang berpegang tangan dan siap tulis kata-kata cinta lagi. Tapi aku, Aina Afifah dan Nur Izati masih single lagi. Belum pernah terfikir untuk berpasangan ni.
“Wei! Orang tu dah balaslah,” jerit Nur Izati tiba-tiba sambil tangannya memegang telefon pintarku.
“Siapa yang balas? Masa bila pula kau ambil telefon aku ni?” tanyaku kehairanan.
“Bakal majikan kaulah yang balas,” jawab Nur Izati.
“Dia kata apa?” soal Aina Afifah pula.
“Dia balas dekat sini, dia mahu terima kau jadi pengasuh ayah dia. Dia minta nama penuh kau. Apa nama penuh abang kau tu?” terang Nur Izati.
“Meh, sini telefon aku tu. Biar aku je yang jawab,” kataku sambil mengambil telefon kepunyaanku di tangan Nur Izati.
Aku mula menaip nama penuh abang kembarku Izzani Haikal Bin Ismail dan umurku. Kemudian aku hantar ke bakal majikanku itu.
Bakal majikan
Oo, baru habis SPM. Kalau boleh minggu depan dah boleh mula kerja. Jangan risau kerja adik hanya uruskan ayah saya saja. Tak perlu masak dan kemas rumah.
Aku
Okey, saya setuju.
“Wei, dia suruh aku mula kerja minggu depanlah,” kataku sambil memandang Aina Afifah dan Nur Izati.
“Nampaknya balik nanti kau kena ambil Mykad abang kau tu,” kata Nur Izati.
“Mak kau tahu tak? Yang kau nak menyamar guna identiti abang kembar kau tu untuk jadi pengasuh,” soal Aina Afifah.
“Mestilah mak aku tak tahu. Pandailah aku kelentong mak aku nanti. Tapi yang pasti aku dah boleh pergi Kuala Lumpur minggu depan. Harap-harap dapatlah aku jumpa dengan abang dan ayah aku,” kataku sambil tersenyum gembira.
“Kau jangan seronok sangat. Sebab kau bukan tinggal dengan perempuan tapi lelaki. Kalau identiti kau terbongkar, cepat-cepatlah kau balik kampung,” nasihat Aina Afifah padaku.
“Betul apa yang Aina cakap tu. Kalau ada apa-apa terjadi, kau hubungilah kami,” kata Nur Izati pula.
“Okey, korang berdua jangan risaulah,” balasku dengan senang hati.
Share this novel
oklah