Chapter 68

Romance Completed 35261

“Akhirnya, sepupu aku seorang ni sudah bertunang. Congrats babe!”

Hari ini Elvina sah menjadi tunang kepada kekasihnya, Amirul Nasruddin. Tidak lama lagi Elvina akan menjadi isteri kepada Amirul Nasruddin.

“Tahniah Vina. Maaf, kami lewat sampai tadi.” ujar Iskandar Faiz. Sebelum mereka sampai, majlis pertunangan Elvina dan Amir telah pun selesai.

“Kenapa lewat? Kau tahu tak aku tunggu kau. Aku nak sangat kau ada masa menyarung cincin tadi.” sayu suara Elvina. Elvina teringin sangat Sofia Amelia berada di sisinya semasa sesi menyarung cincin. Tetapi, Sofia Amelia pula tiba ke rumahnya lewat.

“Sorry Vina. Tadi kami bertolak awal. Tiba-tiba aku rasa loya. Terus muntah dalam kereta. Tak pasal-pasal Is patah balik ke rumah. Aku bersihkan diri dan Is pula mencuci kereta. Kesian dia.” cerita Sofia Amelia. Masa Iskandar Faiz dan Sofia Amelia dalam perjalanan ke rumah Elvina, Sofia Amelia terasa tekaknya loya. Tidak mampu menahan dirinya dari memuntahkan segala isi perutnya. Alahannya masih belum reda walaupun kandungannya sudah mencecah enam bulan.

“Kau okay ke tak ni, Sofi? Kalau kau tak sihat, kau rehat je. Kesian kau. Susahkan diri kau datang ke majlis aku.” Elvina serba-salah.

“No worries Vina. Aku okay je. Cuma penat sikit.”

“I am sorry Is, Sofi. Aku sepatutnya tak paksa kau untuk hadir ke majlis aku. Aku harus fikirkan pasal kesihatan kau.”

“It’s okay Vina. Awak tak menyusahkan kami pun.” balas Iskandar Faiz. Dia tidak mahu Elvina terus menyalahkan dirinya.

“Yes Vina. Don’t worry, okay? Aku sihat je. Laki aku pun jaga aku baik sangat.” siap Sofia Amelia memuji suaminya. Semenjak Iskandar Faiz mendapat tahu Sofia Amelia mengandungkan triplets, Iskandar Faiz menjaga Sofia Amelia seperti seorang permaisuri. Kalau boleh Iskandar Faiz berkepit dengan isterinya untuk 24 jam.

“Alhamdulillah, aku happy sangat bila kau bahagia.” Sejujurnya, Elvina berasa bahagia sangat apabila sepupunya, Sofia Amelia gembira bersama suami dan juga anak-anak yang bakal lahirnya nanti.

“Mana Amir, Vina?” Dari tadi Iskandar Faiz tidak bertemu Amir.

“Dia kat luar, Is. Layan saudara-mara.” balas Elvina.

“Sayang, luangkan masa dengan Vina. Abang pergi jumpa Amir sekejap.” kata Iskandar Faiz lalu keluar dari bilik Elvina. Iskandar Faiz tahu isterinya mahukan masa untuk meluangkan bersama Elvina.


*********************

Air mata menjadi peneman setia Wahidah Tiara. Sudah berbulan Wahidah Tiara tidak merasai rasa bahagia dalam hidupnya. Hidupnya hanya dilengkapi oleh rasa sedih dan sakit.

“Ya Allah, bila hambamu ini dapat rasai rasa bahagia? Tolong bagi aku sinar dalam hidupku Ya Allah.” Wahidah Tiara menadah tangan dan mula berdoa.

“Mana pula betina tu pergi? Aku nak kopi.” Datin Mariam pula mencari kelibat Wahidah Tiara. Sudah cari seluruh rumah. Tetapi tak jumpa bayangan Wahidah Tiara.

“Hish! Mana pulak betina gatal tu pergi ah? Sudah mampus ke apa?” merungut Datin Mariam.

Wahidah Tiara selesai menunaikan solat asar. Telekungnya dibuka dan disimpan kemas. Perut yang makin membesar diusap dengan penuh kasih sayang.

“Mama tunggu untuk kamu lahir di dunia ini sayang.” Anak dalam kandungan itulah semangat dan kekuatan Wahidah Tiara.

“Pukul berapa dah ni?” Wahidah Tiara melirik matanya ke arah jam dindingnya.

“Ya Allah, sudah 4.45pm? Matilah aku. Aku belum bancuh kopi untuk mak.” tergesa-gesa Wahidah Tiara keluar dari bilik solat. Tanpa diduga, kakinya terkena bucu almari kecil. Wahidah Tiara tidak dapat mengimbangi badannya. Terasa dirinya akan jatuh ke atas lantai dalam sekelip mata.

“Allahuakbar!”


***********************

“Daddy…” keluar perkataan yang sudah lama tidak disebut dari mulut Sofia Amelia. Air matanya sudah mula bertakung di tubir mata.

“Sofi, come. Tak akan nak berdiri di luar rumah uncle.” pelawa Dato’Othman. Dato’Othman yang menjemput Iskandar Faiz dan Sofia Amelia ke rumahnya untuk menyambut hari kelahiran Datin Rafidah. Sambutannya disambut secara kecil-kecilan sahaja. Hanya saudara yang terdekat sahaja dijemput oleh Dato’Othman.

“Sayang, masuk lah. Go and talk with daddy. Tak baik seorang anak tidak bertegur sapa dengan seorang ayah.” nasihat Iskandar Faiz. Setiap kali Iskandar Faiz ajak isterinya ke rumah Dato’Johari, Sofia Amelia menolak. Alasannya, Sofia Amelia masih belum bersedia untuk bertemu ayahnya. Kali terakhir Sofia Amelia berjumpa dengan Dato’Johari sewaktu Sofia Amelia hamil 6 minggu.

“Baik abang.” Sofia Amelia masuk ke dalam rumah Dato’Othman.

“Sit here Sofi.” arah Amir. Kerusi yang ditunjuk oleh Amir adalah khas untuk Sofia Amelia. Kerusinya dibuat dari kulit lembu, tempat duduknya berkusyen lembut siap ada recliner. Bagi memberi keselesaan kepada Sofia Amelia.

“Daddy” panggil Sofia Amelia sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam.

Dato’Johari menghulurkan tangannya. Matanya tertancap pada perut anak tunggalnya itu. Hati seorang ayahnya meronta-ronta untuk memeluk dan mencium anaknya.

“Sihat daddy?” soal Sofia Amelia sejurus mencium tangan Dato’Johari.

“Sihat.” sepatah sahaja keluar dari mulut Dato’Johari. Rancangan untuk gugurkan cucunya oleh Sofia Amelia masih segar dalam ingatan Dato’Johari.

“Papa sihat?” muncul Iskandar Faiz di situ.

“Sihat alhamdulilah. Is sihat?” bertegur sapa Dato’Johari.

“Dengan Is boleh pula daddy bertegur. Dengan aku tak boleh pulak. Pandang muka aku pun tak. Apatah pula nak cakap dengan aku?” Sofia Amelia terasa hatinya.

“Sofi, sihat nak?” Datin Rafidah mendapatkan Sofia Amelia. Dari tadi Datin Rafidah perhatikan layanan dingin abangnya sehinggalah berubah raut wajah Sofia Amelia.

“Sihat aunty. Aunty sihat?”

“Sihat. Macam mana cucu aunty? Sihat?” soal Datin Rafidah. Sempat melirik mata ke arah Dato’Johari.

“Sihat aunty.”

“Apa jantina baby? Aunty tengok perut Sofi besar macam 8 bulan. Padahal baru 6 bulan kan.” tanya Datin Mariam sambil mengusap lembut perut Sofia Amelia.

“Erm… aunty… sebenarnya…” gugup Sofia Amelia. Sebenarnya Iskandar Faiz dan Sofia Amelia sudah berbincang dan mengambil keputusan supaya tidak memberitahu berita mengenai triplets itu. Biarlah semua tahu selepas bersalin nanti!

“Surprise aunty. Lepas bersalin tahulah jantina baby.” mencelah Iskandar Faiz. Dia tahu isterinya buntu untuk menjawab.

“Baik lah kalau macam itu. Kami setia menunggu.” ujar Datin Rafidah.

“Kita makan dulu. Kesian Sofi. Tak akan dia makan lewat.” ajak Dato’Othman.

“Kan abang, marilah semua makan dulu.” ajak Datin Rafidah.


*****************

“Adik...adik… bangun!” Razim cuba mengejutkan adik perempuannya.

“Kenapa dengan dia ni? Berapa lama aku nak kejutkan dia ni?” gumam Razim. Tapak tangannya diletak di atas dahi adik perempuannya.

“Panasnya. Adik demam ke? Mak! Mak!” laung Razim. Badan adiknya panas seperti api. Rasanya suhu pada tahap tinggi.

“Ada apa ni along? Terkejut mak dengar suara kamu.”

“Badan adik ni panas. Along kejut dia tak bangun pun. Along pergi call ambulans. Kita bawa adik ke hospital.” kata Razim.

“Demam? Malam tadi dia elok je.” Linda memeriksa badan anak manjanya.

“Panas along. Panggil ambulans cepat.” arah Linda. Dia risau kalau lambat bertindak, lain pula jadinya.


********************

“Is, papa nak cakap sikit. Can we talk privately?” bertanya Dato’Johari kepada menantunya selepas habis menjamah makanan malamnya.

“Boleh papa. Ada apa?”

“Macam mana dengan Sofi? Masih ada alahan?” Dato’Johari mula menyoal tentang kondusi kesihatan anak tunggalnya.

“Dia sihat papa. Cuma alahan masih ada lagi.” jawab Iskandar Faiz.

“Teruk ke?”

“Teruk lah juga. Bila tanya kat doktor, doktor kata tak perlu risau. Itu normal.”

“Sofi sudah terima anak dalam kandungan? Atau dia masih tak nak terima anak itu?”

“Sofi sudah sedar papa. She already realized all her mistakes.” beritahu Iskandar Faiz.

“Alhamdulilah. Akhirnya, Sofi terima kenyataan.” Dato’Johari bersyukur.

“Papa, tolong maafkan Sofi. She really misses you so much. Is sudah banyak kali ajak dia pergi ke rumah papa. Tapi, dia tak nak. Masa umi balik Kedah, Is nak hantar Sofi ke rumah papa. Tapi, Sofi menolak.” cerita Iskandar Faiz.

“Papa sudah lama maafkan Sofi, Is. Cuma, papa tak boleh nak lupakan perbuatan bodoh dia.” keluhan berat dilepaskan oleh Dato’Johari.

“Papa, manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Setiap orang mesti buat kesilapan dalam hidup. Papa tolong lupakan perbuatan Sofi ye.” tutur Iskandar Faiz lembut.

“InshaAllah. Siapa yang jaga Sofi sekarang di rumah masa Is pergi kerja?”

“Sofi seorang je di rumah. Is pun bimbang juga. Is ingatkan kalau Is hantar Sofi ke rumah papa, Mak Ziah boleh tengok-tengok kan Sofi. Tapi dia tak nak. Is pun tak nak paksa Sofi.”

Dato’Johari hanya mengangguk. Dia tahu sangat kedegilan Sofia Amelia. Kalau dia tak nak buat, maka tak nak lah!

“Is, papa nak buat satu majlis untuk Sofi.” Dato’Johari memberitahu tujuannya.

“Bila papa?”

“Bulan depan. Kandungan Sofi pun cecah 7 bulan kan bulan depan?”

“Iya papa.”

“So, next month kita buat satu majlis sebelum dia bersalin.” cadang Dato’Johari.

"Baik papa. Nanti Is akan beritahu kat Sofi. Kita plan dulu. Kita fix tarikh dulu,papa." ujar Iskandar Faiz.

"Nanti papa akan check schedule dan tetapkan satu tarikh ye."

"Alright papa. Papa, my one wish. Please talk with Sofi papa." meminta Iskandar Faiz.

"Insha Allah." senyum Dato'Johari. Adakah Dato'Johari akan bercakap dengan anak tunggalnya?

“Alright papa. Nanti Is inform kat Sofi ye.”

Happy reading semua ! Jangan lupa untuk komen dan rate :* Boleh follow ig Kikki untuk tengok teaser dan juga gambar-gambar :) ig: miz.kikki_novelplus

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience