Asyiqin memandang jam di pergelangan tangannya. Dah nak pukul enam, article dia pun sudah siap, nak re-check sahaja. Asyiqin cepat-cepat baca balik apa yang dia tulis. Bos baru punya pasal, artikel pun kena ubah suai. Lecehla macam ni. Sakit hati tau.
Telefon office dicapai dan dia mendail nombor rumahnya. Selepas beberapa deringan, panggilan dijawab.
“Hallo, Adam here.”
“Ha, jawab pun telefon. Ni, cakap dekat Ammi, penji lewat sikit petang ni. Nak submit kerja, then nak harung jalan jammed lagi. Korang makan dulu, penji makan kat luar.”
Asyiqin memberitahu adiknya. Adam pula mengiyakan sahaja arahan kakaknya itu.
“Kau nak apa-apa tak? Penji belikan on the way nanti.”
Sebagai seorang kakak, Asyiqin Nasrin ni agak prihatin dengan adik-adiknya.
“Jap, Adam tanya Lia pun.”
Adam hold panggilan. Asyiqin pun sabar saja menunggu. Tak sampai dua minit Adam kembali.
“Lia nak Secret Recipe. Adam pun sama. One NY cheese and another is Blueberry Cheese.”
Asyiqin tergelak. Tak habis-habis dengan Secret Recipe dua orang ni. Sweet tooth betul.
“Suka ketuk penji ya? Nasib baik dompet masih tebal time ni.Okayla, see you at home. Suruh Lia lipatkan kain baju penji tu, cakap kat dia upah beli cake. Bye.”
Asyiqin meletakkan gagang dan mengemaskan failnya. Dia bangkit dari kerusinya dan berlalu ke pejabat Encik Misai garang tu. Kalau tak salah Asyiqin nama Encik Misai tu Shahid. Banyak-banyak nama kenapalah Shahid juga nama lelaki tu? Mentang-mentang Syiqin minat Shahid Kapoor atas sikit pada Ian Somerhalder tu, jangan ingat Syiqin nak adore Mr Misai tebal tu. Sangat tak macam Shahid Kapoor, yang tu misai tebal mana pun masih handsome.
“Come in.”
Asyiqin menolak pintu bilik Encik Misai itu. Dia menghampiri meja lelaki itu. Shahid pula sedang tunduk sambil mengemas laptopnya.
“Erm... the article. Re-done.”
Asyiqin menolak fail yang mengandungi artikel dia tadi ke hadapan lelaki itu. Shahid pula mengangkat kepalanya. Fail itu dijeling sekilas dan dia memandang wajah Asyiqin.
“Nak re-do pun dari pagi ke petang? Dah, tinggal saja, saya pun dah nak balik ni. Saya balik baca kat rumah.”
Shahid berkata selamba. Poker face betul wajahnya ketika itu. Langsung tak beriak.
“Okay.”
Asyiqin berkata sepatah lalu berlalu. Dia kembali ke mejanya dan turut mengemas barangannya. Kena cepat, nak singgah Secret Recipe dekat bawah lagi. Asyiqin mengangkat beg laptopnya di sebelah kiri, handbagnya di sebelah kanan, dan juga beberapa fail yang perlu di ulang kaji di rumah. Penuh tangan dia ni.
Asyiqin ingin menekan butang elevator, tapi benda yang paling senang itu pun akan jadi payah apabila tangan sudah penuh dengan barangan. Namun, Asyiqin kita ni jenis degil, dia nak juga cuba , manalah tahu takut-takut dia boleh tekan butang turun tu.
“Ish! Susah betul.”
Asyiqin menjerit geram. Nasib semua orang dah balik. Tinggal pak-guard saja kat bawah tu.
“Susah sebab awak tu degil. Letak lah dulu beg tu kat bawah. Then tekan. Tak paham saya orang macam awak ni.”
Satu suara berbunyi dari belakang Asyiqin. Waktu itu Asyiqin rasa macam nak lompat turun dari tingkap pun ada. Bos dia ni tak balik lagi ke? Tadi macam dah tak sabar nak balik.
“Hai bos. Saya pun tak faham dengan diri saya, bos lagilah tak paham. So save your criticism to yourself.”
Amboi, berani engkau Syiqin cakap macam tu dengan bos. Shahid pula sudah tarik senyum senget dia. Interesting betul budak depan dia ni. Berani menjawab balik, padahal dah tahu diri dia salah. Haih, kesian siapa jadi life-partner dia nanti.
“I was just pointing out the obvious.”
Shahid berkata selamba. Dia menekan butang turun, nak tunggu Asyiqin ni tekan? Sampai ke malam lah dia tak balik agaknya.
“Oh? From Mr Misai to Captain Obvious? Just great. Lepas ni apa? Jadi Hulk pula?”
Asyiqin pun tak tahu kenapa dia rude sangat dengan lelaki itu. Mungkin sebab lelaki itu yang membuatnya taip balik artikel yang dia usahakan selama seminggu itu. Orang yang buat dia pulang lewat hari ni, dan juga orang yang tak boleh nak appreciate kerja yang dia buat. Tak mahu baca on spot, konon nak bawa balik article itu ke rumah. Nak baca di rumah.
“Apa masalah awak ni? Marah semacam saja? Lepas tu nak lampiaskan pada saya.”
Shahid menyuarakan ketidakpuasan hatinya. Iyalah, dia cakap benda betul , minah ni pulak tetiba nak marah dia. PMS much!
“Saya tak suka awak. Eventhough you are my boss, tapi awak tu big bully. And then you proved me that my research was quite off. That moustache langsung tak sesuai dengan wajah you. Buruk tahu.”
Selamba betul Asyiqin ni. Muka Shahid pula sudah merah semacam. Ada hati dia nak complain pasal misai dia ni? Pekerja tak sedar diri. Macam dia tu cantik sangat. Shahid memandang Asyiqin Nasrin atas bawah.
“Saya tak suruh pun awak suka saya. Me, a bully? You must be crazy, saya tak buli, saya nak kerja yang dihasilkan berkualiti. Barulah makin ramai customer kita, faham?”
Shahid bersuara lantang. Asyiqin masih lagi tidak berpuas hati. Dia sambung lagi.
“You think you are so beautiful, don’t you? Eh, dengar sini. Kalau setakat a girl like you, yang jalan sana sini dalam mini-skirt, jangan haraplah nak dapat suami baik-baik. You can just be our play thing, faham? So not wife material. Ni mesti masak pun tak reti kan? Sampai ke tua lah jadi andartu agaknya. Hey, malang suami engkau nanti.”
Ha, ambik kau. Ingat kau sorang pandai kritik orang? Pedas tak Shahid bagi? Asyiqin pula terkelu, tak tahu nak kata apa. Tersentak pun ada, malang ek? Asyiqin ingin membuka mulut untuk menjawab namun dia tak tahu nak bagi balik macam mana. Dia mendiamkan diri sahaja, baik diam, karang tak pepasal ada yang kena pecat kerja sebab over-biadap.
Shahid juga turut terkilan. Tak pernah dia kutuk orang sebelum ni, sekarang kiranya dia dah satu level dengan Asyiqin lah, saling kutuk-mengutuk. Shahid pula memandang Asyiqin yang sudah terdiam itu, wajah gadis pendek itu ditelitinya dari ekor mata, menangis ke?
“Urm... I apologise. Terlanjur pula tadi.”
Shahid bersuara perlahan. Asyiqin memalingkan mukanya ke sebelah. Mukanya dihias dengan senyuman yang lebar.
“That’s right. Tahupun rasa bersalah. Saya tak terasa pun, kalau biadap dengan bos, nanti saya pula kena fired. Baik diam.”
‘Ting.’ Bunyi lif yang sudah tiba pada tingkat mereka. Asyiqin mendahului.
“Awak ni agak degil, kan?”
Shahid berkata sambil tergelak kecil. Jarinya menekan butang G.
“You are not the first to say that. I always give my Ammi a hell-time.”
Asyiqin berkata spontan. Boleh pun cakap elok-elok. Shahid hanya mengangguk, kesian mak budak ni, nak layan karenah anak perempuan dia yang degil ni.
“Okaylah, see you tomorrow. Kalau boleh, cuba pakai baju kurung. Jadi wife material sikit?”
Rhetorical question. Asyiqin dengar di angin lalu saja. Masuk kiri , keluar telinga kanan. Dia senyum saja,bos dia ni, ada saja nak buat dia rasa menggelegak. Sebijik macam Ammi, ada saja tak puas hati dengan penampilan dia. Haish.
Share this novel