Bab 19

Romance Completed 15358

"Erm, weh, lepas ni kita nak pergi mana?" Soal Eca secara tiba-tiba.
"Eh, eh, engkau ni. Baru masuk zoo ni, tak sampai 5 minit pun lagi, kau dah tanya lepas ni nak pergi mana." Balasku.
"Tak, bukan apa. Aku nak pergi funfair yang kat sana tu ha. Jomlah." Ajak Eca.
"Kenapa tak ajak Yuki je?" Aku ketawa. Eca mencebik.
"Iyalah, nanti kita pergi ya, sayangku. Sekarang enjoy dulu kat sini, okey?" Aku kembali memujuk dia. Dia terus tersenyum gembira. Aku hanya tersenyum melihat telatah kawanku seorang itu.
"Eh? Takuya-san!" Panggil seseorang. Dia panggil Takuya sahaja, tapi yang menolehnya semua. Haha! Tapi, aku macam kenal lah suara itu. Aku turut menoleh mengekori perbuatan mereka.
"Mira?" Aku terkejut. Macam mana pula dia boleh ada di sini? Aku hanya bersangka baik. Mungkin dia memang nak pergi sini dengan abang dia lepas tu, terserempak. Positif.
"Ni ke Mira yang kau cerita tu?" Soal Alyn. Aku hanya mengangguk.
Mira terus menuju ke sebelah Takuya dengan senyuman yang lebar dan menjeling Hannah. Memang benganglah kami. Suasana menjadi dingin. Aku, Alyn dan Eca sudah naik darah apabila Mira buat begitu pada Hannah. Hannah menenangkan kami.
"Konnichiwa, I'm Adib. Nice to meet you guys." Ujar Adib apabila merasakan suasana menjadi semakin dingin. Semua senyum dan memperkenalkan diri masing-masing.
"And this is Mira. My little sister." Kata Adib lagi. Semua hanya senyum memandang Mira.
"TENGKU Syarifah Amirah actually." Kata Mira. Aku, Alyn dan Eca makin menyampah pula dengan dia.
"Erm, can we join you guys?" Soal Adib.
Aku tak tahu nak jawab apa jadi, aku memandang ke arah Ryoga. Ryoga pula memandang ke arah Kai. Kai juga tiada jawapan untuk soalan Adib itu. Kai berpaling ke arah Alyn dan kemudian pandangan Alyn berhenti pada Koichi. Koichi hanya mengangkat bahu. Aku memandang ke arah Eca pula. Eca kemudiannya memandang Yuki. Jawapannya masih belum ditemui. Haih, macam cari harta karun pula. Yuki memandang Takashi dan Yusuke. Mereka pula memandang sesama sendiri. Serentak Takashi dan Yusuke memandang Takuya dan akhir sekali jawapan itu pada tangan Hannah. Kami menunggu sama ada dia akan mengangguk atau menggeleng bagi soalan Adib itu. Akhirnya, dia mengangguk. Kami semua memandang Adib dan mengangguk. Wahh, panjang betul siratannya.
"Thanks." Kata Adib. Kami semua hanya tersenyum.
Kami berjalan bersama-sama. Ada yang dihadapanku dan ada juga yang berjalan dibelakangku. Lama-kelamaan, masing-masing mula berpecah. Hannah bersama Takuya dan diiringi oleh Mira. Alyn bersama Kai dan Takashi. Eca bersama Yuki, Koichi dan Yusuke.
"Erm, Sakina-chan. Where do-" Tak sempat Ryoga menghabiskan soalannya, Adib muncul disebelahku.
"Sakinah, awak nak pergi tengok haiwan apa dulu?" Soal Adib dengan laju.
"Hm, entah. Saya jalan je. Ada kandang haiwan mana-mana, kita singgahlah." Balasku.
"Ouh, kalau macam tu, jom tengok sana tu dulu nak?" Ajak Adib.
Aku memandang ke arah Ryoga, "Ryoga, awak nak ikut?" Soalku teruja.
"Eh, daijoubu. Awak berdua pergilah dulu. Saya nak pergi beli air sekejap." Ujar Ryoga dan terus berlalu. Aku pelik. Eh, tadi gembira sahaja sebelah aku, kenapa tiba-tiba sahaja jadi macam itu?
Aku dan Adib terus pergi ke tempat tersebut.
"Wahh, comelnya!" Aku teruja. Comel sangat musang itu.
"Comel, kan? Tapi, awak lagi comel." Kata Adib.
"Terima kasih." Ujarku. Dia hanya senyum.
"Awak nak air? Saya boleh belikan." Soal Adib.
"Eh, tak apa. Susah-susah je." Balasku.
"Sakina-chan. Here. I've bought your favourite hot chocolate." Tiba-tiba sahaja Ryoga muncul entah dari mana.
"Ah, arigatou! But, what took you so long to buy this drinks?" Soalku sambil mengambil hot chocolate itu dari tangannya.
"Ehh, lama ke? Tak sampai 10 minit pun saya pergi." Katanya sambil melihat ke arah jamnya. Aku memandang dengan pandangan yang tajam ke arahnya.
"Yalah, saya pergi kedai tu tadi sekejap. Tu yang lama tu. Here, saya ada belikan awak something." Ujarnya jujur sambil menghulurkan sebuah kotak.
"Nah, tolong pegangkan sekejap." Aku memberi hot chocolateku pada Adib.
"Apa ni?" Soalku sambil cuba untuk membuka kotak itu.
Dia menahan aku, "Janganla buka sekarang. Open it at home."
"Hm, yalah." Aku memberhentikan sahaja hasratku itu lalu memasukkan kotak itu ke dalam begku.
"Haa, good girl. Okay, now, let's go. Banyak lagi haiwan yang awak nak tengok kan?" Soalnya dengan teruja. Ehh, tiba-tiba pula jadi gembira macam ni. Haih, apa-apa sahajalah dia ni.
"Haah. Banyak lagi. Saya nak pusing satu zoo yang besarrr ni! Banyak-banyak kali pun tak apa." Jawabku gembira.
"Aip, janganla banyak-banyak kali. Patah la kaki saya nanti. Awak nak angkat saya sampai ke rumah kalau kaki saya patah?" Sakatnya.
"Tak nak, awak tu berat. Daripada saya angkat awak, lebih baiklah saya angkat kaki saya, cabut lari. Cepatt! Siapa lambat kena tinggal!" Aku berlari meninggalkan mereka berdua.
"Hei, jangan larilah!" Ryoga memberi amaran. Tak, aku sengaja buat macam tu. Mulalah perangai kanak-kanak aku datang.
"Ah, aduh!" Adui, batu ni kacau mood kanak-kanak aku betullah.
"Sakinah!" Mereka segera datang ke arahku.
"Sakinah, are you okay?" Soal Adib kerisauan.
"I'm just fine. Maybe." Ujarku sambil menekan lututku. Adui, hari tu, siku. Sekarang, lutut pula.
"Awak boleh berdiri tak?" Soal Ryoga yang juga kerisauan. Dua-dua berkerut muka.
"Hahaha." Aku hanya mampu ketawa melihat mereka berdua macam tu sedang aku masih duduk di tanah.
"Eh, kenapa gelak?" Soal Adib.
"Hihi, muka masing-masing tu. Cuba kawal sikit. Jangan berkerut sangat. Cuba senyum ke apa untuk hilangkan kerut tu." Ujarku sambil memandang mereka berdua silih berganti.
"Macam mana kitorang nak senyum kalau awak tengah sakit dan tak boleh bangun macam ni." Jawab Adib.
"Rileklah. Saya bukannya tak boleh bangun. Boleh je. Cuma perlukan sokongan untuk berdiri sebab terseliuh sikit kot. Tapak tangan saya pun sakit. Luka terguris." Ujarku sambil memandang sekeliling. Mana tahu kawan aku yang tiga orang itu lalu.
"Ha, terseliuh lagi. Kan saya dah kata jangan lari. Gloves mana? Kenapa tak pakai? Kan sejuk ni." Ryoga memandang aku sambil separa duduk.
"Tertinggal kat rumah. Sorry, okay? Saya yang degil tadi. Janganlah marah saya." Jawabku.
"Naughty girl." Ujarnya sambil menghulurkan sarung tangannya. Aku tersenyum lalu mengambil sarung tangan itu dan memakainya.
"Thank you." Aku senyum. Alah, sweetnya dia ni. Marah sebab risau, bagi gloves dia pula.
Dia cuba menelefon mereka yang lain.
"Ahhh, everyone didn't answer me." Katanya.
"Really? Mana pula lah mereka ni pergi." Ujarku sambil mengharapkan kawan aku yang tiga orang tu datang membantu aku.
"Sekarang ni boleh tak saya tolong awak bangun dulu. At least, kalau nak tunggu yang lain pun, duduklah atas kerusi. Janganlah atas tanah." Ujar Adib. Adui, ni tak suka ni.
"Tak boleh. Saya nak tunggu kawan saya jugak." Kataku memeluk tubuh. Aku tak nak benda lepas terjadi lagi sekali.
"Eh, kau pujuk dia." Kata Adib kepada Ryoga.
"Sakina-chan. Please. Just this time. Takkan awak nak duduk kat sini je. Saya bawa awak pergi kerusi tu. Tak jauh pun." Ryoga menunjuk ke arah kerusi yang tak jauh daripada kami.
"Hish, yalah." Aku mendengus kasar.
Aku cuba untuk bangun.
"Saya tolong." Ujar Ryoga menghulurkan tangannya.
"Eh, tak apa, tak apa. Saya tolong awak." Adib pula menghulurkan tangannya.
"Eh, it's okay. I'll help her." Kata Ryoga pula.
"It's okay, aku tolong dia." Mereka berbalas-balas kata sampai kesudah. Aku hanya menunggu di situ dengan memandang mereka berdua silih berganti.
"Eh, Sakinah! Kau kenapa kat sini? Kau okey tak ni?" Soal Alyn yang baru sahaja tiba bersama Kai, Takashi, Eca, Yuki, Koichi dan Yusuke.
"Aku jatuh tadi." Kataku selamba.
"Kaki kau terseliuh, eh?" Soal Eca. Aku hanya mengangguk. Tahu-tahu sahajalah dia ni.
Aku menghulurkan tanganku. Alyn dan Eca menolong aku dan memapah aku ke kerusi.
"Sakinah!" Mereka berdua serentak berkata lalu datang ke arahku.
Aku perlahan-lahan melabuhkan punggungku di kerusi.
"Dah habis bergaduh?" Soalku.
"Sou, (Ya,) just wasting my time." Dia menjeling Adib.
"Dah habis gaduh, kan? Now, say sorry. Janganlah bergaduh." Ujarku. Mereka berdua tidak memandang sesama sendiri.
"Shake hands." Pujukku lagi. Mereka berdua masih tidak memandang sesama sendiri malah, hanya menghulurkan tangan masing-masing dan bersalaman. Kami semua menahan ketawa melihat mereka berdua sebegitu.
"Dahlah, kaerimashou. (jom balik.)" Kata Ryoga mahu menarik tangan aku.
Abang Koichi menahan tangan Ryoga, "Ehhh, do you think she's your wife?" Soal Abang Koichi.
Aku ketawa, "Haha, tak ada kerja lain, eh?" Soalku lalu Alyn dan Eca membantu aku berdiri.
"Dia memang bukan isteri aku, but will be." Katanya sambil tersenyum. Yang lelaki semua berjalan dibelakang kami bertiga.
Aku terkejut sambil mulutku melopong memandang Eca dan Alyn. Mereka berdua hanya ketawa.
"Eh, her brother is here. If you really like her, just said it, I'll help you." Kata Koichi lalu mereka semua ketawa.
"Abang!" Aku memarahi Abang Koichi. Dia masih ketawa.
"Ha? Siapa abang Sakinah?" Soal Adib yang tak tahu apa-apa tentang keluargaku.
"Koichi. Abang Koichi abang angkat saya." Jawabku. Adib hanya mengangguk.
"Eh, kejap, siapa yang nak kahwin dengan awak? Saya tak nak." Aku membalas. Dia terus menyamakan langkahnya dengan kami bertiga.
"Eehh, cakap je la awak nak. You can't run this time." Ujarnya memandangku.
(Hannah POV)
"You look so friendly with her." Ujarku melihat dia terlalu mesra dengan Mira.
"Her? Who?" Soalnya pelik.
"Mira-chan." Jawabku. Alah, dia ni, lambat betul lah tangkap.
"Mira-chan? Oh, not so. Why?" Soalnya lagi.
"Nothing." Jawabku dengan hampa. Dia ni, tak tahu ke yang aku ni suka pada dia?
"Takuya-san, do you want apple juice or grape juice?" Soal Mira yang baru sahaja keluar dari kedai sambil memegang dua botol air jus. Aku tabah sahajalah tak dipelawa air.
"Erm, it's okay. I'm not thirsty." Balas Takuya.
"It's okay. Here, take this one." Mira berkata sambil memegang tangan Takuya dan menutup tangan Takuya untuk menggenggam botol air itu dengan kuat. Uish, panas aku di situ. Mana kawan-kawan aku ni? Korang, aku dah terlalu panas ni. Ada sesiapa nak tolong aku sejukkan diri balik tak?
"It's noon now. Where is them?" Soalku lalu jalan ke depan meninggalkan mereka berdua dibelakang.
"Hana-chan!" Takuya memanggil aku. Dia berjalan disebelahku.
"What? Go walk with Mira-chan." Ujarku. Geram aku!
"Ha?" Dia masih tidak faham. Hm, biarlah dia.
"Takuya-san, everyone is at Ryoga's home now." Kata Mira berjalan disebelah Takuya. Ehh, kejap! Mereka semua dah sampai rumah?!
"What? They are at home?" Aku terkejut. Takuya mengangguk.
"Eyy, diorang ni memang nak kena ni! Ada ke tinggal aku seorang je kat sini?" Aku memarahi mereka.
"Eh, my brother said he waits for me at the train station. I guess I have to go now. Sayou nara, Takuya-san. See you soon." Katanya tersenyum manis pada Takuya dan terus berlalu pergi dengan pantas.
"You don't want to follow her?" Soalku memerli dia. Aku masih cuba untuk fahamkan dia.
"Follow her? For what? I have you. It is better if I just follow you." Katanya memandangku dengan senyuman manis. Okey, kejap, aku terpegun sekejap dengan senyuman manis dia.
'Pandang depanlah, Hannah. Pandang depan. Yang kau pandang dia dah kenapa?' Desis hatiku. Aku terus memandang kedepan.
"Let's go for a walk?" Ajaknya. Aku berfikir seketika sebelum mengangguk.
"Okay, let's go eat first. Then, I want to bring you to a place." Katanya. Aku hanya menurut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience