Rate

BLACK ROSE (broken inside) 19

Drama Completed 921511

Syakir masih lagi setia menunggu butir bicara yang mahu diucapkan oleh Aydean tentang Mawar. Aydean pula masih dengan debar di dada. Tidak tahu bagaimana mahu mula.

"Mawar..," kata-kata Aydean terhenti di situ apabila melihat dua orang anggota polis masuk ke dalam restoran mereka. Matanya tertumpu pada susuk tubuh yang lengkap berpakaian uniform itu.

"Shark," ucap Aydean sambil matanya masih melekat ke arah anggota polis yang sedang menghampiri mereka. Syakir turut melihat ke arah yang dimaksudkan oleh Aydean. Syakir menarik nafas dalam. Dia sudah agak perkara sebegini akan berlaku.

"What the hell," gumam Syakir perlahan. Dia pasti kedatangan anggota polis tersebut, pasti berkaitan dengan kes siang tadi. Syakir dan Aydean menunggu anggota polis tersebut menghampiri mereka.

"Assalamualaikum, encik. Kami dari balai polis Dang Wangi. Boleh kami berjumpa dengan Mawar Kirana binti Dato' Khalid?" soal salah seorang dari anggota polis tersebut. Syakir dan Aydean saling berpandangan.

'Dato' Khalid?' detik hati Syakir. Dahinya bekerut.

"Eemmm.. Mawar dia takde. Dah balik," jawab Syakir tenang. Dia tersenyum pahit ke arah anggota polis tersebut.

"Begini, encik. Kami dapat laporan bahawa Cik Mawar telah memukul seorang lelaki bernama Johari. Jadi, kami perlu berjumpa dengan cik Mawar untuk minta beri keterangan tentang kes tersebut," jelas anggota polis itu lagi. Syakir menarik nafas dalam. Wajah Aydean dipandang. Aydean pula masih diam membisu. Dia mula risau. Otaknya ligat memikirkan sesuatu untuk membantu Mawar.

"Boleh encik beri alamat rumah cik Mawar kepada kami?" soal anggota polis itu setelah melihat Syakir dan Aydean masih berdiam diri.

"Saya akan call dia, minta dia ke sini," Aydean mencelah. Terus dia pergi ke suatu sudut untuk menelefon Mawar.

Nombor Mawar didail dan deringan berbunyi di corong telefon bimbit Aydean. Dia menunggu dengan penuh sabar. Menanti Mawar menjawab panggilannya. Sekali-sekala wajah Syakir dan anggota polis tersebut di pandang.

"Hello," suara Mawar kedengaran di hujung talian. Aydean menarik nafas lega.

"You, ada anggota polis datang restoran nak jumpa you. I rasa mamat tadi buat report you pukul dia. You datang sini boleh. Bagi kerjasama," Aydean cuba memujuk. Dia sangat berharap agar Mawar tidak membantah.

"Okay," balas Mawar ringkas. Aydean tersenyum. Panggilan ditamatkan. Kemudian, Aydean kembali ke arah Syakir dan anggota polis tersebut.

"I dah call Mawar. Dia on the way ke sini," jelas Aydean. Kedua-dua anggota polis tersebut mengangguk kepala serentak. Syakir mengerut dahi merenung Aydean.

'Sejak bila Dean ni rapat dengan Mawar?' getus hati Syakir. Dia mula curiga. Tetapi, ini bukan masa yang sesuai untuk dia bertanya.

'Mawar Kirana Dato' Khalid?' detik hati Syakir lagi. Nafas dihela perlahan.

××××××××××

Mawar mendiamkan diri sejak dari tadi. Dia hanya termenung. Melur Qistina yang berada di sebelahnya tidak diendahkan. Qistina tarik nafas dalam sebelum dia memulakan bicara.

"Johari datang jumpa you? Teruk sangat you pukul dia Kiera," bebel Qistina. Dia juga geram dengan Johari. Tetapi, dia tidak sangka Mawar akan membelasah teruk lelaki itu sehingga Johari membuat laporan polis kerana Mawar menyerangnya. Mujur Mawar boleh diikat jamin. Jika tidak, alamatnya ke dalamlah Mawar Kirana malam itu.

"You tak ingat ke nama you memang dah ada dekat balai Dang Wangi ni kes dadah? Tak kan you nak buat hal lagi," bebel Qistina sudah tidak tertahan. Dia bukan tidak percayakan Mawar, tetapi sikap Mawar yang sukar dijangka itu menyerabutkan kepalanya.

"Kenapa you pukul dia? You sendiri cakap you tak nak pun syer papa tu. So, now tiba-tiba you nak semula? Then, bila Johari suruh sign surat persetujuan, you pukul dia?? Macam tu??" Qistina geram dengan tindakan Mawar. Namun, Mawar masih diam membisu tanpa menjawab satu pun kata-kata Qistina. Dia malas dan dia rasa tidak perlu untuk dia terangkan jika semua orang disekeliling lebih suka menghukum dari memahami.

"Dah habis bebel? I nak balik. Penat," Mawar angkat punggung.Telefon bimbit yang menjerit sejak dari tadi tidak di endahkan. Dia dapat mengagak siapa yang menghubunginya. Pasti Aydean.

"Kiera, I love you so much. But, please jangan buat tindakan terburu-buru. I'm trying my best untuk yakinkan papa terima you and kekalkan syer you dalam company. I kena pertahankan hak you and I sendiri. If you buat macam ni, papa akan lebih marah and benci pada you," tambah Qistina sayu. Matanya mula berkaca. Dia sudah penat untuk berjuang sendirian tanpa Mawar. Dia sudah lelah menghadapi tipu helah dan fitnah mak tiri mereka serta anak menantu wanita itu. Mujur Dato' Khalid masih percaya dan sayang pada Qistina. Jika tidak, pasti dia juga menerima nasib yang sama seperti Mawar.

"So, what the different? Dato' Khalid dah lama buang I Qis. I bukan anak dia lagi. I pukul jantan tu sebab dia cuba sebarkan gambar bogel I. You ingat, I boleh senyum bila dia cuba ugut I macam tu? Silap orang. Kalau ikutkan hati I, bunuh dia pun I sanggup. Janji I puas hati," tenang suara Mawar menutur kata tika itu. Qistina terdiam. Wajah dingin Mawar direnung.

"Dia ada gambar bogel you? Kenapa you tak beritahu I?" soal Qistina agak terkejut. Dia memegang bahu Mawar. Beg tangan digengam erat. Hatinya sakit apabila mendengar kata-kata Mawar.

Shit!! Berani Johari ugut adik aku!!

"Untuk apa I beritahu? You pun tak boleh tolong I. You jangan risau pasal I. I boleh urus diri I sendiri. Just, please, jaga diri you and Dato' Khalid. I'm sure, lepas diorang dapat apa yang diorang nak, diorang akan singkirkan Dato' Khalid and you," tutur Mawar perlahan. Dia serabut apabila memikirkan tentang keluarganya. Tetapi, pada dia, jika Dato' Khalid sendiri yang menempah segala bala, apa lagi yang boleh dia atau Qistina lakukan. Ikut sahaja rentak mereka.

Qistina terkedu. Benar, apa yang diucapkan oleh Mawar. Walaupun adiknya itu seolah tidak mengambil berat tentang dia dan Dato' Khalid, namun jauh disedut Mawar, dia sangat risaukan keluarganya.

"Sebab tu, you kena dapatkan semula kepercayaan papa. Then, kita bergabung untuk rampas semula hak kita," bersungguh Qistina membalas kata-kata Mawar. Mawar senyum sinis.

"Qis, you nak orang bongkar tentang siapa I? Anak gadis Dato' Khalid yang pernah terlanjur dan bekas penagih dadah dan hampir menjadi pelacur? I don't think so," jawab Mawar sambil ketawa kecil. Kepala digeleng perlahan. Qistina mengeluh. Berkali-kali perkara tersebut dibahas oleh mereka setiap kali Qistina memujuk Mawar untuk bertemu Dato' Khalid.

"Sudahlah, Qis. I selesa dengan kehidupan I yang sekarang. You beritahu Johari. Minta dia hantar orang lain untuk I sign benda bodoh tu. If, dia masih hantar diri dia sendiri jumpa I, I tak sure yang I tak kan bunuh dia," keras suara Mawar memberi amaran setiap kali nama Johari meniti di bibirnya. Dia benci lelaki itu. Lelaki yang pernah menghancurkan hidupnya.

Mawar menyarung helmet yang dipegang sejak dari tadi. Qistina hanya memerhati setiap tingkah laku Mawar. Dia sudah penat mahu menghalang Mawar. Mawar memang keras kepala. Susah untuk dia memujuk adiknya itu. Begitu juga Dato' Khalid. Pasti Mawar mewarisi sikap Dato' Khalid.

Kunci motor di keluarkan dari poket seluar. Kemudian enjin motor dihidupkan. Mawar membonceng motor pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan pulang, airmata Mawar mengalir tak henti-henti. Dia merasakan orang seperti dia tiada tempat lagi di dalam keluarga Dato' Khalid. Dia rindu. Rindukan lelaki yang bergelar ayah. Tetapi, dia sedar siapa dirinya. Tak mungkin Dato' Khalid boleh menerimanya kembali. Dia sangat kenal sikap Dato' Khalid. Jika itu keputusannya, tiada siapa yang bisa mengubah apa pun katanya.

××××××××××

Zara melangkah masuk ke restoran. Dia terus mencari kelibat Mawar. Kes semalam menjadi kecoh. Zara yang bercuti semalam, mengetahui tentang perkara tersebut setelah Siti menghantar pesanan ringkas kepadanya. Video Mawar memukul Johari juga telah tular dan tersebar dimedia sosial.

Sebaik sahaja dia terlihat susuk tubuh Mawar, cepat-cepat Zara menghampiri wanita itu.

"Mawar...," sapa Zara. Mawar tidak menoleh. Sebaliknya dia meneruskan kerja-kerjanya tanpa mempedulikan Zara.

"Mawar okay?" soal Zara dengan berhati-hati. Dia sayangkan Mawar. Mawar sudah dia anggap seperti adiknya sendiri.

"Okay," balas Mawar ringkas. Dia tahu, pasti Zara juga telah melihat video yang tular di media sosial sejak semalam. Mawar malas mahu ambil pusing. Mujur dia tidak punya akaun media sosial. Jika tidak, pasti ramai yang tahu siapa dirinya.

"If Mawar nak luahkan apa-apa, akak sedia dengar," Zara cuba memujuk. Mawar tarik nafas dalam. Dia tersentuh dengar kata-kata Zara itu. Namun, dia masih tetap dengan pendiriannya. Segala masalah yang dia hadapi, dia tidak akan melibatkan sesiapa dalam hidupnya.

"Saya okay. Thanks for your concern," balas Mawar sambil menoleh ke arah Zara. Dia mengukir senyum segaris. Zara tersenyum pahit. Dia tahu Mawar sangat susah untuk meluahkan perasaannya.

"Mawar..," tiba-tiba Aydean muncul di situ. Mawar dan Zara menoleh serentak ke arah susuk tubuh Aydean. Mata Zara dan Mawar terpaku seketika. Aydean kelihatan segak dengan baju t-shirt berkolar jenama Polo Ralph Lauren berwarna navy blue. Dipadankan dengan seluar jeans berwarna biru muda.

"I nak cakap dengan you sekejap," pinta Aydean. Namun, Mawar meneruskan kerjanya tanpa mempedulikan Aydean. Zara serba salah. Dia mula merasakan kehadirannya disitu mengganggu Aydean dan Mawar.

"Eemm.. Akak buat kerja dulu ye, Mawar," kata Zara. Kemudian, matanya beralih ke arah Aydean. Zara tersenyum hambar. Aydean membalas senyuman Zara sambil kaca mata hitamnya dibuka dan disangkut ke lubang leher.

"Okay, kak," jawab Mawar tanpa memandang Zara. Selepas itu, Zara melangkah pergi dari situ. Tinggallah Aydean dan Mawar berdua di situ.

"Youu.. Kenapa tak jawab call I semalam? Macam mana? Polis tu cakap apa? " soal Aydean ingin tahu. Dia menghampiri Mawar.

Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja dia menemani Mawar di balai polis. Tetapi, apabila melihat wajah Mawar yang seakan memberi amaran kepadanya, Aydean membatalkan niat untuk mengikut wanita itu ke balai polis.

Akhirnya, Aydean hanya menunggu berita tentang Mawar dari rumah. Berkali-kali Aydean cuba menghubungi Mawar. Namun, panggilan telefonnya langsung tidak berjawab. Aydean geram. Jadi, pagi-pagi sebegini dia terus mencari Mawar di restoran.

"Youuuu...," meleret suara manja Aydean. Mawar menarik nafas dalam. Suara Aydean menganggu halwa telinganya.

"Kieee," sekali lagi Aydean menyebut nama Mawar. Mawar geram Aydean memanggilnya sebegitu di restoran. Dia bimbang tertangkap oleh Syakir.

"Jangan panggil saya Kie!" Mawar memberi amaran. Mata dijeling tajam ke arah Aydean. Aydean ukir senyum. Angau sungguh Aydean tika ini. Dapat mendengar suara Mawar seakan mahu terbang dirasakan.

"I nak tahu pasal semalam," rengek Aydean sambil kaki dihentak sedikit ke lantai. Mawar buat muka pelik apabila melihat tingkah laku Aydean. Aydean di pandang atas bawah.

Tersampuk apa mamat ni?? Seram!

"Takde apa," jawab Mawar ringkas. Wajah masam mencuka Aydean menghiburkan hatinya. Senyuman ditahan. Tidak mahu Aydean tersedar akan riak wajahnya tika ini. Mawar membelakangi Aydean sambil meneruskan kerjanya.

"Yoouuu...," rengek Aydean lagi. Aydean benar-benar ingin tahu segalanya tentang kejadian semalam.

Tiba-tiba, Syakir muncul di situ. Dia juga mahu bertemu Mawar. Syakir agak pelik melihat susuk tubuh Aydean juga turut berada di situ. Lantas dia menghampiri Aydean yang masih tercegat di belakang Mawar.

"Kau buat apa sini? Takde shooting ke?" soal Syakir tenang. Aydean dan Mawar sama-sama tersentak. Namun, Mawar cuba berlagak biasa. Dia tetap meneruskan kerja-kerjanya tanpa menoleh ke arah Syakir dan Aydean.

"Aku nak geraklah ni," balas Aydean sambil berpura-pura melihat ke arah jam ditangannya. Syakir angguk kepala. Kemudian, matanya di alih ke arah Mawar.

"Mawar, masuk office I kejap," arah Syakir. Mawar memandang sekilas ke arah Syakir sambil menganggukkan kepala. Aydean yang masih tercegat di situ memandang ke arah Syakir yang sudah pun mengatur langkah masuk ke pejabat.

"Kalau Shark marah you, you bagitahu I. Nanti I slow talk dengan Shark. Okay," ujar Aydean seakan berbisik. Mawar kerut dahi. Dia langsung tidak kisah jika dimarahi oleh Syakir.

"I pergi dulu. Bye, sweetie," tambah Aydean lagi. Mawar buat muka bosan. Aydean terus mengorak langkah meninggalkan Mawar disitu. Dia sudah terlewat mahu ke tempat pengambaran. Tergesa-gesa Aydean berjalan menuju ke parkir kereta.

Mawar pula hanya menghantar Aydean dengan pandangan mata. Susuk tubuh lelaki itu direnung hingga hilang dari pandangan matanya. Mawar tersenyum nipis. Sedikit sebanyak sikap Aydean, telah mengusik hati wanitanya.

Selepas itu, Mawar membersihkan tangannya. Kemudian, dia berjalan menuju ke pejabat Syakir. Jantungnya berdegup laju. Pasti Syakir mahu membincangkan hal semalam. Mawar yakin, Syakir juga pasti telah menonton video yang tular di media sosial itu.

Sebaik sahaja sampai di muka pintu, Mawar menarik nafas dalam dan menghembus perlahan. Daun pintu diketuk. Selepas mendengar suara Syakir memberi kebenaran untuk masuk, Mawar memulas tombol dan menolak daun pintu dengan berhati-hati.

Syakir yang sedang kusyuk menghadap skrin komputer memandang sekilas ke arah Mawar. Wajah Syakir tidak seperti biasa. Hari ini wajahnya kelihatan agak serius.

"Duduk Mawar," arah Syakir tenang. Matanya masih tertumpu pada skrin komputer dan jarinya lincah menaip sesuatu di papan kekunci yang berada di hadapannya. Perlahan Mawar melabuhkan punggungnya ke kerusi.

"I rasa you tahu kenapa I nak jumpa you kan?" soal Syakir. Mawar diam. Angguk tidak, menggeleng pun tidak. Syakir mendengus kasar apabila melihat Mawar tidak memberi sebarang respon padanya.

"You dah memalukan nama restoran dan nama Aydean," tambah Syakir sedikit tegas. Kali ini wajah Mawar direnung. Lama. Volume pembesar suara di perlahankan. Kedengaran lagu Time is running out dari kumpulan Muse berlagu dicorong pembesar suara yang berada di kiri dan kanan komputer.

"Sorry," balas Mawar tenang. Dia akui apa yang berlaku salah dirinya. Syakir tarik nafas dalam. Ucapan maaf Mawar sedikir sebanyak menyejukkan hatinya.

"You dah tengok video you belasah lelaki tu semalam?" soal Syakir mula mengendur suaranya. Mawar angguk kepala. Namun, mata Mawar sedikit pun tidak memandang ke adah Syakir.

"Video tu dah viral di media sosial and nitezen kaitkan kes tu dengan Aydean," terang Syakir dengan nada sedikit kesal. Perkara itu sedikit sebanyak telah memburukkan nama Aydean. Pelbagai spekulasi yang dibuat oleh wartwan hiburan dan nitezen-nitezen di luar sana.

"Saya minta maaf," ucap Mawar sekali lagi. Hanya perkataan itu sahaja yang mampu dia ucapkan tika ini. Matanya memandang kosong ke arah Syakir. Keluhan sekali lagi kedengaran dari mulut lelaki itu.

"And one more thing, nama ayah you, Dato' Khalid?" soal Syakir tiba-tiba. Dia merenung Mawar menanti jawapan dari wanita itu.

ZAP!! Tangkai jantung Mawar seakan direntap kuat. Dia menundukkan kepalanya ke bawah. Nafas ditarik dalam.
Mawar mula resah dengan soalan yang diajukan kepadanya. Jika dia mengaku, pasti segala-galanya akan terbongkar sedikit demi sedikit.

Don't study me, you won't graduate - Mawar Kirana-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience