Bab 34
Ya Allah, aku dah susahkan semua orang.
“Abah tu cuba untuk tak tunjuk yang dia risau pasal Jiya.”
Mama sengih dan geleng. “Nama pun lelaki. Ego tinggi.”
Setiap kali abah sakit, aku risau akan abah tapi… aku takut nak dekat dengan dia. Aku cukup takut dia marah aku dan tak bagi aku dekat dengan dia. Aku lebih prefer duduk dekat dunia sendiri dulu. Walaupun ada family, aku rasa sunyi sangat.
“Dia takut nak cakap dengan Jiya,” ujar mama lembut.
“Jiya cakaplah dengan dia.”
Macam mana?
“Jiya pakai aje bahasa isyarat. Abah tu dah belajar bahasa isyarat.”
Abah sanggup belajar bahasa isyarat semata-mata nak berkomunikasi dengan aku dan aku jauhkan diri daripada dia selama ni. Betapa berdosanya aku.
“Jiya…” Namaku diseru lagi.
Ya, mama.
“Tolong janji dengan mama satu perkara.”
“Janji dengan mama yang Jiya takkan bunuh diri lagi,” sambung mama.
Kepala aku angguk.
Jiya janji, ma. Jiya takkan bunuh diri lagi.
******
Fath : Aku dah boleh keluar hari ni. Along kau datang jemput aku. See you later.
Aku ukir senyuman. Phone aku masukkan ke dalam kocek seluar slack. Mama sorong troli dan sesekali langkahnya dimatikan untuk memilih barang. Kepala yang dilitupi aku tudung. Pandangan dilabuhkan pada lautan manusia yang berpapasan denganku. Banyak gelagat aku boleh tengok. Ada yang jalan sambil senyum, ada yang masam dan ada yang nampak sedih.
Semua manusia ada masalah dan jalan yang terbaik ialah kembali kepada Allah.
“Mama, Lut nak aiskrim coklat,” rengek Lut.
“Daniel nak aiskrim keladi.”
“Mama nak aiskrim jagung,” usik mama.
“Kak Jiya nak aiskrim durian,” tambah mama.
“Alah…” Lut dan Daniel juih bibir. Mama ketawa dan geleng kepala.
Mama sorong troli. Aku, Lut dan Daniel buntuti langkah mama. Lambat aku atur langkah supaya aku boleh berjalan seiring dengan Lut dan Daniel. Lut sibuk bercakap dan Daniel hanya mengangguk sepanjang masa tanpa henti.
“Kak Jeeya, dukunglah Daniel. Daniel tak larat nak jalan,” ucap Daniel dan peluk kaki aku.
Aku tersentak tapi senyum dan dukung dia.
Berat jugak si Daniel ni. Kalau aku dukung si Daniel yang umur lima tahun ni lama-lama, boleh patah pinggang aku.
“Dukunglah Lut jugak.”
Terus mama hentikan langkah. Dia dukung Lut dan letakkan Lut ke dalam troli sebelum kembali sorong troli.
Jari-jemari Daniel yang kecil melekat pada pipi aku dan dia sembamkan wajah ke bahu kanan aku. Aku tanggalkan kasut dia dan masukkan ke dalam troli. Lut tutup muka dia tatkala pandangan kami berlaga dan tawanya pecah selepas itu.
“Ma, Lut malu.”
“Kenapa pulak?” tanya mama.
“Kak Jeeya tengok Lut.”
…bersambung
Bab akan datang:
Kemana mereka ingin berjalan pada hari itu?
Share this novel