BAB 2

Drama Completed 41002

Iris Qarissa menolak pintu dari luar.Kakinya diatur melangkah masuk ke dalam kedai.

"Assalamualaikum puan.Selamat pagi."

Dewi yang sedang mengemas meja kaunter terus sahaja mengangkat wajah.

"Waalaikumsalam...Iris kan?"

Iris Qarissa mengangguk kecil.Membalas pertanyaan Dewi.

"Awal Iris sampai?Bukan akak cakap waktu kerja Iris start pukul sepuluh pagi ke?Atau akak terlupa nak beritahu Iris?"Soal Dewi dengan wajah sedikit berkerut.

"Eh,puan ada beritahu semalam.Tapi saya dah terbiasa bangun awal.Lepas hantar anak sekolah terus datang ke sini.Nampak pula puan Dewi dah sampai,sebab tu saya masuk.Kenapa,puan?Saya tak boleh datang awal ke?"

"Bukan.Akak tak kisah pun kalau Iris nak datang awal.Takut Iris tak sempat breakfast ke atau tak sempat nak uruskan hal dekat rumah."

"Ooh...Saya dah breakfast tadi.Puan jangan risau.Saya ok.Mm...Ada apa-apa yang saya boleh buat tak puan?Kekok rasanya saya berdiri dekat sini je.At least,saya boleh lap cermin ke sapu lantai ke daripada tak buat apa-apa langsung."

"Rasanya hari ni tak ada apa sangat yang perlu dibersihkan.Cuma Iris tolong akak susun bunga-bunga tepi ni dekat luar.Boleh ke?"

Pantas Iris Qarissa menganggukkan kepalanya.

"Boleh,puan."

"Iris,tak perlulah berpuan-puan dengan akak ni.Kita bahasakan diri dengan nama sendirikan lebih mesra.So,panggil akak,kak Dewi dah cukup.Iris,terima kasih ya tolong akak."

"Tak perlu ucap terima kasih puan.Er...Maksud Iris,kak Dewi.Dah tugas Iris."Balas Iris Qarissa sopan.

Mendengar balasan Iris Qarissa,Dewi tersenyum nipis.Lega rasa hatinya kerana mendapat pekerja yang baik seperti Iris Qarissa.Iris Qarissa mula melakukan tugasnya.Iris Qarissa mula menyusun bunga-bunga yang sudah dikeluarkan sebentar tadi di kaki lima kedai.Peluh yang merinik di dahi diseka lembut.Usai selesai tugasnya diluar,Iris Qarissa kembali masuk ke dalam kedai.Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi bagi melepaskan lelah.

"Iris,nah!Minumlah."

Secawan air dihulur kepada Iris Qarissa.Iris Qarissa menyambut huluran Dewi.Air itu diteguk perlahan menghilangkan dahaganya.

"Terima kasih,kak Dewi."

"Sama-sama.Kak Dewi pun nak ucapkan terima kasih sebab sudi bekerja dengan akak.Sebenarnya sebelum ni akak kerja seorang je.Tapi memandangkan sejak dua menjak ni banyak tempahan daripada pelanggan dan syarikat-syarikat besar untuk buat event,tu yang husband akak suruh akak cari pekerja untuk tengok-tengokkan kedai kalau akak busy dekat luar."

"Eh,sepatutnya Iris yang ucapkan terima kasih pada akak sebab terima Iris kerja dekat sini.Dahlah Iris tak tahu langsung pasal bunga-bunga ni.Tapi kak Dewi tetap pilih Iris."

"Dahlah...Anggap je ni rezeki Iris.Mungkin rezeki Iris dekat sini.Dan kita ditakdirkan bertemu."Balas Dewi.

Dewi mengambil tempat di hadapan Iris Qarissa.Wajah Iris Qarissa ditatap tanpa lepas.Perasan dengan pandangan Dewi itu,membuatkan Iris Qarissa tertanya-tanya.

"Kenapa kak Dewi pandang Iris macam tu?Ada tak kena dekat muka Iris ke?"Soal Iris Qarissa polos.Tudung yang membaluti kepalanya dibetulkan sedikit agar kembali kemas.

Pantas Dewi menggelengkan kepala.

"Tak ada apa-apa.Akak sukalah tengok muka Iris ni.Cantik.Ayu je.Untung suami Iris."

Mendengar kata-kata Dewi serta-merta riak wajah Iris Qarissa berubah.

"Mm...Iris ibu tunggal,kak Dewi."

Dewi terpempan.Dia mula dirundung rasa bersalah.

"Sorry...Akak tak tahu.Maaf kalau akak boleh tahu Iris bercerai hidup ke mati?"

"Cerai hidup,kak.Jodoh kami tak panjang."

"Tak apalah,Iris.Mungkin ada yang lebih baik menanti Iris nanti.Oklah,akak nak keluar sekejap.Iris tengok-tengokkan kedai.Kalau ada yang nak beli bunga,minta dia tunggu sekejap.Sebab akak tak sempat lagi nak ajar Iris cara nak bungkus bunga.Akak janji akak tak lama."Ujar Dewi.

"Boleh je,kak.Hati-hati."

Dewi tersenyum nipis.Beg tangannya dicapai sebelum dia mengangkat punggung berlalu keluar dari kedai.Iris Qarissa mengitari sekeliling ruang kedai sambil bersandar di dada kerusi.Pelbagai jenis bunga-bungaan menghiasi pandangan matanya.Iris Qarissa kembali berdiri,lalu berjalan di sekitar ruangan kedai itu sambil melihat-lihat bunga-bungaan di situ.

Sedang asyik Iris Qarissa menilik bunga,dia tersentak saat mendengar daun pintu kedai dibuka dari luar.Sangkanya Dewi sudah kembali ke kedai,namun sangkaannya meleset tatkala melihat susuk tubuh seorang lelaki sedang berdiri di hadapan meja kaunter.Iris Qarissa menapak mendekati figura itu.

"Maaf encik,boleh saya bantu?"Soal Iris Qarissa.

Lelaki yang membelakanginya itu terus sahaja memalingkan tubuhnya menghadap Iris Qarissa saat mendengar suara Iris Qarissa.Hilang terus lengkungan bibir Iris Qarissa saat terpandang wajah lelaki di hadapannya saat ini.

"Iris?"

Iris Qarissa tersenyum kelat.Lelaki itu menapak mendekati Iris Qarissa.

"Hi,Aniq."Sapa Iris Qarissa senada.

"Tak sangka saya boleh jumpa awak dekat sini.Dah lama ke awak kerja dekat sini,Iris?Bila awak pindah KL?Kenapa tak beritahu saya?Izz macam mana?Dia sihat?Saya call awak,mesej awak,satu pun awak tak balas.Awak memang nak elak dari saya ke?"Soal Aniq yang kelihatan teruja saat melihat wajah Iris Qarissa.

Iris Qarissa tertawa kecil.

"Banyaknya soalan awak,Aniq.Tak tahu mana satu yang saya nak jawab dulu.Tapi tak apalah.Saya jawab satu-satu.Yup,saya baru je kerja dekat sini.Today is my first day.Untuk jawapan soalan kedua awak pula,saya baru je pindah ke sini.Dalam dua minggu macam tu.Izz pula,Alhamdulillah dia sihat.Ok,saya dah jawab semua soalan awak."Balas Iris Qarissa tenang.

"No.Tak semua awak jawab,Iris.Kenapa awak langsung tak balas call saya dan mesej saya?"Soal Aniq lagi.

Iris Qarissa terdiam seketika.Wajahnya dimaniskan.

"Mm...Lupa pula saya nak tanya.Awak datang sini sebab nak beli bunga ke,Aniq?Atau nak buat tempahan untuk event?"Iris Qarissa mengubah topik.

Pantas Aniq menggeleng kecil.

"Awak ni tak berubahkan,Iris?Selalu ubah topik kalau awak nak mengelak.Iris,tolonglah jawab soalan saya.Saya ada buat salah ke?Sebab tu awak cuba elak dari berhubung dengan saya."Duga Aniq.

"Ma...Mana ada.Perasaan awak je tu.Saya bukan nak mengelak tapi...saya cuma tak nak ganggu awak je.Awak kan doktor.Tugas awak tak tentu masa.Sebab tu saya rasa..."

"Terus putuskan hubungan?Macam tu ke?"Soal Aniq tanpa sempat menunggu Iris Qarissa habis berbicara.

"No,bukan macam tu.Saya tak nak awak terus berharap,Aniq.Saya nak awak cari kebahagiaan awak sendiri.Cukuplah awak habiskan masa awak untuk saya dan Aniq.Masa depan awak lebih cerah tanpa kami."

"Tak,Iris.Sejak saya kenal awak.Sejak tangan saya ni yang sambut Izz lahir ke dunia ni,awak dan Izz segalanya bagi saya.Jarak bukan penghalang untuk kita terus berhubung.Jarak juga bukan penyebab untuk awak putuskan ikatan yang dibina,Iris."

"Ikatan apa,Aniq?Walau apa pun terjadi,awak tetap sahabat saya.Saya tahu.Dah banyak jasa awak pada saya dan Izz.Budi awak pada kami tak terkira,Aniq.Sampaikan saya tak mampu nak balas.Cuma ini yang saya mampu buat.Jauhkan diri daripada awak supaya awak boleh lupakan kami.Saya nak awak cari perempuan yang boleh bahagiakan awak."Luah Iris Qarissa.

"Tak,Iris.Awak tak boleh..."

"Sorry,Iris.Akak lambat."

Tanpa sempat Aniq menghabiskan kata-katanya,suara Dewi menyentak mereka berdua.Kedua-dua mereka menoleh ke arah pintu. Iris Qarissa tersenyum lega.Dewi tiba tepat pada masanya.Tidak perlu dia mencipta alasan untuk membalas semua kata-kata Aniq sebentar tadi.

"Akak ganggu ke?"Soal Dewi sambil memandang wajah Aniq dan Iris Qarissa silih berganti.

"Eh,taklah.Mm...Encik Aniq ni,I mean doktor Aniq.Dia datang nak beli bunga,kan?Tapi Iris tak pasti dia nak bunga yang mana.Akak datang tepat pada waktunya.Doktor Aniq,doktor boleh berurusan dengan Puan Dewi.Saya minta diri ke belakang sekejap.Ada kerja yang perlu saya selesaikan.Kak Dewi tolong assist doktor Aniq,boleh?"

Iris Qarissa mencari alasan untuk mengelak dari terus berhadapan dengan lelaki itu.Dengan pantas Dewi menganggukkan kepala tanpa dia sedar ketegangan sedang berlaku antara Iris Qarissa dan Aniq.Dewi menapak mendekati Aniq.

"Ok,doktor Aniq,ada apa-apa yang saya boleh bantu?"Soal Dewi.

Belum sempat Aniq membalas,Iris Qarissa sudah pun menghilangkan diri ke belakang kedai.Melilau mata Aniq mencari kelibat Iris Qarissa.Aniq merasa sedikit kecewa saat melihat Iris Qarissa sudah hilang dari pandangannya.

"Doktor Aniq...Doktor Aniq...Doktor!"Panggil Dewi sambil melambaikan tangannya di hadapan wajah Aniq.

Panggilan Dewi itu menyedarkan Aniq.Dia kembali memandang ke arah Dewi.

"Ya?Sorry,puan tanya apa tadi?"

"Ooh...Saya tanya,ada apa yang saya boleh bantu doktor ke?"Soal Dewi sekali lagi.

"Ya,sebenarnya saya datang nak tempah bunga untuk event dekat hospital tempat saya bekerja.Saya dengar dekat sini ada sediakan pakej istimewa untuk tempahan mana-mana events.Diorang cakap harga yang ditawarkan juga berpatutan.Sebab tu saya datang singgah nak servey."

"Betul.Memang kedai ni tengah promosikan pakej istimewa untuk sesiapa yang nak buat tempahan untuk event mereka.Memang pihak kami sangat alu-alukan."Terang Dewi.

"Ada katalog ke atau contoh gambar yang saya boleh tengok?"

"Ya,ada.Doktor duduk dulu.Saya pergi ambilkan katalognya."

Aniq hanya menurut.Dia melabuhkan punggung di kerusi yang disediakan di situ sebelum dia dan Dewi memulakan perbincangan mereka.

Hampir satu jam perbincangan,akhirnya kata sepakat dapat dicapai.Usai Aniq membuat bayaran wang deposit,punggungnya diangkat untuk beredar.Namun,belum sempat dia melangkah pergi,tiba-tiba dia teringat akan sesuatu.

"Puan Dewi."

"Ya,doktor.Ada penambahan lain ke?"

"No.I mean no for that event.But,yes for my personal."

Dewi berkerut dahi.Tidak faham akan maksud kata-kata Aniq itu.

"Sorry,doktor Aniq.Saya tak dapat nak tangkap maksud doktor."

"Maksud saya,saya nak tempah sebuah gubahan bunga segar berserta dengan pasu sekali.Dan tolong hantar ke pejabat saya.Lagi satu saya nak pekerja Puan Dewi yang hantarkan.Boleh?"

"Maksud doktor...Iris ke?"

"Yup."

"Er..."Dewi dilanda rasa bersalah kerana itu bukan skop kerja yang dijanjikan untuk Iris Qarissa.Dia takut andai Iris Qarissa menolak untuk melakukan tugas penghantaran itu.

"Jangan risau Puan Dewi.Saya akan bayar tiga kali ganda daripada harga asal.Itu pun kalau puan setuju."

"Bukan saya tak setuju.Tapi Iris tu pekerja baru.Dia belum mahir sangat bab penghantaran bunga ni semua.Selalunya saya upah runner."Balas Dewi tanpa berselindung.

"No.Saya nak Cik Iris yang hantarkan.Saya anggap puan setuju.Bab jenis bunga tu,saya serah bulat-bulat kepada puan Dewi untuk memilih.Asalkan cantik dan sedap mata memandang.Kalau tak ada apa-apa lagi,saya minta diri dulu.Gembira dapat berurusan dengan puan Dewi."

"Mm...Baik,doktor.Terima kasih sebab memilih Amour Florist.Bila saya dah siap gubah bunga yang doktor minta tu...Saya akan minta pekerja saya,Iris hantarkan."Balas Dewi ramah.

Aniq senyum segaris sebelum dia mengatur langkah keluar dari kedai itu.Melihat Aniq yang sudah beredar,Dewi terus menghela nafas lega.Mana tidaknya,riak wajah Aniq sebentar tadi tegang dan beku.Orangnya kacak tetapi agak serius pada pandangan mata Dewi.Sampaikan Dewi terlalu berhati-hati untuk menutur bicara.

Selang berapa minit,barulah Iris Qarissa memunculkan diri.Sempat lagi dia menjengahkan kepalanya mengintai ke luar kedai.Takut andai kelibat Aniq masih di situ.

"Dia dah pergi..."Ujar Dewi.

Iris Qarissa tersengih menampakkan sebaris giginya.

"Sorry kak Dewi kalau Iris susahkan akak sebab kena layan doktor tu."Ucap Iris Qarissa.Terbit rasa bersalah dalam hatinya kerana menggunakan Dewi untuk mengelak dari terus berbahas dengan lelaki tadi.

Bahu Iris Qarissa disentuh lembut.Senyuman nipis terukir di bibir Dewi.

"Tak apalah.Lagi pun dia customer kita.Dah tugas akak.Tapi...Kenapa akak tengok Iris macam nak mengelak daripada dia?Maknanya Iris kenal sangatlah dengan doktor tu kan?"

Nafas digali dalam.Perlahan-lahan Iris Qarissa menganggukkan kepala.

"Kalau kenal,kenapa macam nak jauhkan diri pula?Ke....Iris bergaduh dengan dia?Ada salah faham?"Soal Dewi ingin tahu.

"Tak gaduh pun kak.Dia cuma kenalan lama.Iris tak nak dia terus berharap dengan Iris.Iris ni ibu tunggal.Iris sedar diri.Iris cuma nak dia cari kebahagiaan dengan perempuan yang lebih sesuai dengan dia.Tapi...bukan dengan Iris."Luah Iris Qarissa.

"Iris,kalau dia ikhlas tak salah pun Iris terima dia.Mesti dia terlalu sayangkan Iris sampai tak boleh lupakan Iris.Tu tandanya dia lelaki yang setia.Susah tau nak dapat lelaki macam tu.Hensem,berkejaya,penyayang lagi.Ciri-ciri suami yang dicari oleh semua wanita.Iris tak rasa rugi ke lepaskan dia?"

Iris Qarissa hanya mendiamkan diri buat seketika.Lantas bibirnya melakar senyuman nipis.

"Bukan bagi Iris,kak.Mungkin kisah silam seseorang buatkan seseorang tu rasa serik.Iris belum bersedia untuk terima sesiapa dalam hidup Iris.Cukuplah Iris dan anak Iris.Iris bahagia.Mm...Dahlah kak.Asyik sangat cerita pasal Iris ni.Apa kata akak ajar Iris macam mana nak jaga bunga-bunga ni.Lepas tu apa tugas Iris setiap hari.Tak adalah Iris termenung tak tahu nak buat apa nanti."Pinta Iris Qarissa dari terus berbicara soal kehidupannya.

"Sorry kalau akak ni macam menyibuk hal Iris.Akak tak bermaksud apa-apa pun.Cuma nak kenal Iris dengan lebih rapat.Akak jarang cepat selesa dengan orang yang akak baru kenal tau.Tapi dengan Iris ni lain pula.Mungkin kita ada chemistry?"

"Mm...Mungkin juga.Iris pun selesa kerja dengan akak.Berbual dengan akak.So,boleh kita start ke pembelajaran kita hari ni,kak Dewi?"

Mendengar kata-kata Iris Qarissa itu membuatkan Dewi tertawa kecil.

"Amboi dah macam cikgu dengan anak murid pula bunyinya.Oklah.Jom kita start.Kejap,akak nak ambil barang untuk bungkus bunga.Akak nak ajar Iris bungkus bunga dulu.Bab jaga bunga-bunga ni senang je.Bab hias tu yang susah sikit.Tapi kalau selalu praktis lama-lama Iris pandailah."Ujar Dewi.

"Ok,kak."Balas Iris Qarissa sambil mengekori langkah Dewi dengan ekor matanya.Saat susuk tubuh Dewi sudah menghilang di sebalik dinding,Iris Qarissa menghela nafas panjang.Pandangannya dilemparkan semula keluar cermin kedai.Memikirkan apa pula yang akan dilaluinya esok hari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience