BAB 10

Romance Completed 24747

“Ya, ya, sudi encik Umar!” Adriana yang berangan terkejut terus mengiyakan tanpa befikir. ‘Apa yang aku cakap ni? Gila kah aku? Boleh pulak aku terima pelawa dari dia? Kan aku ada makan malam dengan mama dan abah? Aduh… macam mana ni?’

“Saya buat panggilan pada mama dana bah dulu ya.” Adriana terus keluar dari bilik ofis Umar sebab dah tak tahan nak lari dari semua ni.

“Baguslah Ana, mama dan abah tak kisah pun. Ana luangkan masa bersamanya tapi jangan balik lewat pulak.” Mama hanya menjawab dengan tenang dalam telefon.

“Tapi Ana kan dah janji dengan mama dan abah, mama tak marah ek?” tanya Adriana pada mamanya, dengan mama sendiri pun Adriana rasa pelik selalu mama akan marah sebab tak tunaikan janji. Mungkir janji adalah musuh mama dana bah, tak suka bila berjanji tapi tak buat. Tapi yang ni lain pulak okay semacam je. Adriana berkerut kirai dengan mamanya yang tak marah malah gembira pulak mendengar dia akan keluar makan malam dengan Umar. Malam pulak tu!

“Nanti malam saya ambik awak dirumah ya, tunggu saya call okay?” Umar memberitahu Adriana yang bersamanya dalam lif sebelum balik. “Rasanya lepas maghrib kut saya ambik awak, awak okay je kan?” Umar masih bercakap, senyuman manja lagi dengan lesung pipit kecik tu dia show off pada Adriana.

Adriana tersipu malu hanya mampu tersenyum, tak boleh kata tak sudi lelaki yang dia gilakan selama ni tiba-tiba ajak nak makan malam. Senyuman dia lagi buat Adriana semakin suka dan gembira tambah-tambah lagi dia jarang nak sweet-sweet dengan Adriana macam ni. Berbunga-bunga hati Adriana, terasa pulak bunga api meletup-letup diatas kepalanya macam hari raya! “Saya tunggu awak call okay?” bersuara juga akhirnya Si Adriana sebelum keluar dari lif.

“Okay!” Umar menunjukkan gaya memegang handphone pada Adriana. Senyumannya tak lekang dari bibir sejak pagi tadi, baru semalam dia tanyakan pada Rina tentang status dan Adriana. Tak sangka Adriana juga menyimpan perasaan pada dirinya yang selama ni hanya diam dan selamba dengan tengkingan, arahan darinya. Rupa-rupanya ada hati dengan Umar, sama-samalah menyimpan perasaan selama ni.

‘tuk tuk tuk’ pintu milik tuan rumah itu diketuk dengan perlahan, dia berdiri di hadapan pintu untuk menjemput seseorang. Salamnya dibalas sambal pintu rumah itu dibuka, senyuman dibibirnya menarik perhatian tuan rumah “Silakan masuk, awak ke yang bawa Ana pergi makan malam?” tanya abah yang menjemputnya masuk kerana Ana masih lagi bersiap. Mamanya pulak sudah siap membawa minuman kopi dari dapur untuk dihidangkan pada Umar dan suaminya, suka saja mamanya melihat lelaki yang sudah rancak berbual dengan suaminya.

“Silakan minum, tak seberapa hanya kopi saja. Awak yang jemput Ana untuk makan malam nanti?” mama sudah duduk disebelah abah.

“Terima kasih mak cik, nama saya Muhammad Umar Lutfi bin Ahmad Jaafar Ahmad boss kepada Adriana. Saya datang nak minta izin dengan mak cik dan pak cik, boleh tak saya bawa Adriana keluar untuk makan malam nanti? Saya juga nak tanya kalau mak cik dan pak cik terima saya sebagai menantu? Saya tahu mungkin soalan saya agak mengejutkan tapi saya kena tanya dengan orang tua Adriana dulu, kan?” Umar tak tahu adakah caranya betul untuk mendapat restu dari orang tua Adriana tapi lidahnya tiba-tiba tak kelu dan dirinya rasa yakin nak bertanya tentang ingin menjadi menantu. ‘Eh betulkah cara aku ni? Apa-apa je lah dah terkeluar pulak soalan ni.’ Desis hati Umar.

“Kami tengok awak ni bersungguh nampak nak Ana jadi isteri awak. Kami berdua tak menghalang tapi awak kena tanya tuan punya badan. Kalau Ana setuju dan sudi jadi isteri awak, kami akan restui hubungan kamu berdua. Tapi betulkah awak nak Ana jadi isteri awak ni, Umar? Awak memang ada perasaan terhadap Ana ke? Perkahwinan ni bukannya satu permainan, kalau sudah sah tanggungjawab akan bertambah dan besar tanggungannya untuk di dunia dan juga akhirat. Kami tak nak nanti kamu akan ambil ringan pasal perkahwinan. Hidup perkahwinan banyak cabaran dan dugaan. Ni pak cik cuma ingin meningati awak saja Umar. Kalau betul kamu nak Ana kamu tanyalah dia sendiri, ya?” Panjang lebar penjelasan abah, mama hanya turut mengiyakan dengan kata-kata abah. Abah memang tegas dalam bab perkahwinan ni, satu perkara yang harus di ingatkan kepada semua ahli keluarganya. Sekarang ni banyak perkahwinan berakhir dengan penceraian sebab pasangan tak dapat bersabar, hilang kepercayaan sesama sendiri hanya kerana masalah tidak dapat diselesaikan dengan betul dan macam-macamlah.

“Kami jalan dulu ya, abah, mama.” Adriana menyalam abah dan mamanya sebelum keluar dari rumah dan menuju ke kereta milik Umar. Adriana yang nervous cuba menenangkan perasaannya setelah masuk ke dalam kereta Umar hanya tersenyum malu selepas Umar menutup pintu untuknya. ‘Sweet juga dia ni.’ Desis hati Adriana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience