BAB 3

Horror & Thriller Completed 1513

‘Adi tolong saya…’Qaisara menutup mata.

“Selamat tengah hari Puan.” Sapa Iskandar sebaik sahaja ternampak kelibat Qaisara.

“Selamat tengah hari. Apa kamu buat kat sini?”

“Cuci tangan puan…” jawab Iskandar.

Jawapan yang kurang bernas bagi Qaisara. Di luar ada pili air. Kenapa Iskandar masuk ke dalam rumah. Qaisara malas nak berbahas panjang. Dia angguk saja.

Jantung Qaisara terhenti sebaik sahaja menyedari kehadiran kotak berwarna merah di atas meja makan. Kehadiran kotak hadiah itu bukanlah sesuatu yang menggembirakan. Qaisara menggigit kukunya. Sesuatu yang dilakukannya bila dia rasa resah. Seluruh tubuhnya menggeletar.

Qaisara mendekati meja makan. Dia mengambil kad yang terletak elok di atas kotak hadiah. Dia menarik nafas dalam-dalam dan membuka kad itu.

HUTANG DARAH DIBALAS DENGAN DARAH

Tangannya menggigil. Membaca tiap-tiap patah perkataan yang tertulis di permukaan kad berwarna hitam itu membuatkan dirinya tak keruan. Rasa takut takut mula beraja di hati. Peluh mula memercik di dahi. Isi dalam dalam kotak belum dia ketahui lagi.

Qaisara menguis penutup kotak dengan hujung jari untuk melihat isinya. Memikirkan kejutan yang bakal dia terima dia batalkan hasrat untuk melihat. Dia menjauhi meja lagi. Kehadiran hadiah misteri beserta rangkap lagu Getaran Jiwa memang menyiksa dirinya. Sudah sebulan dia dihantui dengan kehadiran kotak merah itu beserta lirik lagu Getaran Jiwa. Ada apa dengan lagu itu. Kenapa dia di tuduh membunuh. Siapa yang dia bunuh.

“Ya Allah… arghh…arghh…” Qaisara menjerit sekuat hati. Tangannya menepis kotak yang berada dia atas meja hingga tercampak ke bawah. Isi dalam kotak turut terkeluar. Bangkai seekor ayam putih yang masih lagi dilumuri darah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience