Bab 35

Drama Completed 35637

Masuk hari ini, sudah dua minggu Luqman Muaz berada di Kompleks Penjara Sungai Udang, Melaka. Selepas peristiwa Luqman menuduh Tiara yang melaporkan nya kepada polis, Tiara sudah tidak lagi pergi melawat abangnya.

Bukan Tiara benci akan abangnya tetapi Tiara tidak sanggup mendengar segala caci maki yang dilontarkan oleh abangnya.

Apa yang boleh Tiara dilakukan sekarang adalah mendoakan abangnya daripada jauh supaya hati abangnya akan lembut dan abangnya akan berubah.

Pada malam hari Khamis itu, Tiara sedang khusyuk menonton televisyen di ruang tamu. Tangan kanan sedang membelai kucing nya yang sedang enak tidur di atas sofa di sebelahnya. Tiara baru sahaja lepas makan malam.

Disebabkan malas masak, dia mengambil jalan mudah iaitu memesan makan malam nya melalui aplikasi Foodpanda.

Tiba tiba, telefon pintar nya berdering menandakan ada panggilan masuk. Tangannya pantas mencapai telefon pintar yang diletakkan di atas meja. Tertera di skrin telefon nya, nombor yang dia tidak ketahui.

"Siapa ni? Malam malam call aku. Salah nombor ke? Nak angkat ke tak? Entah entah pasal abang. Hah, angkat je lah. Kalau orang ni merapu tak tentu pasal aku end call" Jari Tiara menekan butang 'angkat'.

"Hello, assalamualaikum" ucap Tiara.

"Hello, waalaikumussalam. Selamat malam. Ini Cik Tiara Adriana binti Kamarul ke?" soal si pemanggil.

Tiara berdebar apabila mendengar nama penuhnya disebut. Tiba tiba hati dia merasakan ada sesuatu yang terjadi.

"Ya, itu saya. Siapa ni?"

"Ini panggilan daripada Hospital Besar Melaka. Ibu cik, Puan Wardah binti Aziz sedang dirawat di hospital. Puan Wardah mengalami kemalangan jalan raya sebentar tadi dan sedang dirawat. Boleh Cik Tiara datang ke hospital?"

Jantung Tiara seakan terhenti seketika apabila mendengar berita yang tidak disangka itu. Air matanya mengalir laju.

"Baik, saya datang sekarang" Tiara menamatkan panggilan telefon itu dan berlari ke arah biliknya.

Di fikirannya sekarang ini, dia hanya memikirkan tentang ibunya sahaja. Dia order grab secepat mungkin dan pantas bersiap.

Setelah semua nya selesai, dia pun keluar daripada rumah dan mengunci pintu. Selang 5 minit, kereta Myvi berwarna kelabu sampai di hadapan rumahnya dan membawanya ke Hospital Besar Melaka.
//
Tiara sudah berada di dalam bangunan Hospital Besar Melaka. Dia pantas berlari ke arah kaunter pertanyaan di situ.

"Boleh saya tahu dekat mana tempat Puan Wardah binti Aziz?" Tiara tidak kisah tentang ayatnya tunggang terbalik ketika itu. Yang penting sekarang, dia mahu tahu ibunya berada di mana.

"Sekejap ya, saya periksa" kata jururawat perempuan yang bertugas di kaunter itu.

"Puan Wardah binti Aziz masih lagi dalam bilik bedah di tingkat 6. Cik naik lif ke tingkat 6 dan cik akan nampak ruang menunggu di hadapan bilik itu"

"Terima kasih ya" Tiara sempat tersenyum kepada jururawat perempuan itu dan berlari ke arah lif.

Tiara sudah tiba di tingkat 6. Seperti kata jururawat perempuan itu, Tiara nampak sebuah bilik bedah yang berada di situ.

Berat kakinya mahu melangkah bila memikirkan yang ibunya sedang berada di dalam bilik itu. Sedang bertarung nyawa.

Tiara duduk di atas kerusi di situ. Suasana ketika itu sangat sejuk disebabkan penghawa dingin dan bertambah dingin kerana ketakutan yang menyelubungi diri Tiara. Keadaan di situ juga hanya senyap sahaja.

Tiba tiba ada seorang lelaki muda datang ke arahnya.
"Cik ni anak kepada perempuan yang sedang dirawat dekat dalam ni ke? Tak silap saya nama perempuan itu Puan Wardah, ya?" tanya lelaki muda itu.

Tiara terkejut dengan sapaan lelaki itu. Dia memandang lama wajah lelaki itu dan menjawab.

"Haah, kenapa ye?"

"Ouh, saya yang hantar Puan Wardah datang sini. Ada jugak sorang lagi yang hantar Puan Wardah datang sini" jawab lelaki itu dengan senyuman.

Tiara tersenyum.

"Terima kasih banyak banyak ye tolong hantarkan ibu saya datang sini. Kalau encik tak ada dekat situ, tak tahu lah macam mana dengan ibu saya"

"Eh, jangan cakap macam tu. Kebetulan Allah gerakkan hati saya untuk lalu situ. Lagipun, saya tolong call ambulans je. Saya tak bawak ambulans tu pun"

"Terima kasih" Tiara menguntumkan senyuman manis walaupun hatinya masih lagi berdebar memikirkan tentang ibunya daripada tadi.

"Sama sama"

"Ouh, mana yang encik cakap yang lagi sorang tu ya? Saya nak cakap terima kasih dekat dia jugak sebab tolong hantarkan ibu saya" Tiara mencari cari orang yang dimaksudkan lelaki itu.

"Ouh, kalau saya cakap ni harap awak bertabah ya" nada suara lelaki itu tiba tiba berubah.

Kening Tiara berkerut. Apa maksud lelaki itu?

"Yang seorang lagi tu yang langgar ibu cik. Tapi, dia sama sama dengan saya tolong hantarkan Puan Wardah"

Pada mulanya, Tiara mahu marah setelah mendengar kata-kata lelaki itu tetapi tidak jadi. Dia melepaskan keluhan berat.

"Mana dia?"

"Dia dah balik dah. Semua kos hospital ni dia dah tolong bayarkan" cerita lelaki itu.

"Encik tahu nama dia?"

"Saya tak tanya pulak nama dia. Terlupa" Lelaki itu tersengih. Tidak terfikir pula dia untuk bertanyakan nama lelaki yang melanggar Puan Wardah itu.

Tiara cuba untuk bertenang walaupun dadanya berombak kerana menahan sedih ketika itu.

"Tak apa lah, benda nak jadi. Lagipun dia dah bertanggungjawab jugak tolong ibu saya dengan bayarkan kos hospital ni walaupun dia tak tunjuk muka dia dekat saya"

Lelaki itu tersenyum kecil mendengar jawapan Tiara.

"Jadi, disebabkan anak Puan Wardah dah ada dekat sini saya minta diri dulu lah ye. Saya doakan Puan Wardah selamat dan sihat"

Tiara bangun daripada kerusi.

"Amin, insyaallah. Encik jalan baik baik ye" ucap Tiara.
Lelaki itu senyum dan berlalu pergi meninggalkan Tiara seorang diri.

Setelah melihat lelaki itu pergi, Tiara duduk di atas kerusi itu kembali.

Dalam hatinya tidak berhenti berdoa supaya segala urusan ibunya ketika itu dipermudahkan dan ibunya akan selamat. Ketika itu, Tiara inginkan seorang teman.
//
"Hawa, bagi lah abang pulak tengok tv tu. Asyik Hawa je tengok daripada tadi. Lama dah abang tunggu ni" Hadi memandang wajah Hawa yang sedang khusyuk menonton televisyen itu.

"Sabar lah kejap. Abang main lah dulu telefon abang tu. Nanti bila Hawa dah tak nak tengok, Hawa bagi abang remote"

Hadi mengeluh perlahan. Begitulah keadaan sekiranya ada seorang adik perempuan yang kecil. Kena lah dia selalu beralah.

Akhirnya, Hadi turut serta dengan Hawa menonton kartun di televisyen itu.

Selepas 20 minit, Hawa menguap. Dia turun daripada sofa dan menghulurkan remote televisyen kepada Hadi.

"Nah, Hawa dah mengantuk. Hawa nak naik tidur"
Hawa berlalu pergi dan naik ke biliknya. Hadi mengambil remote televisyen itu dan menukar rancangan yang boleh ditonton nya.

Selepas 30 minit Hadi menonton televisyen, dia mula terasa mengantuk. Rancangan yang di tayangkan di televisyen pula tiada yang dia minat untuk tonton.

Baru sahaja dia menutup televisyen dan bangun daripada sofa, pintu masuk utama rumah nya dibuka. Kelihatan Encik Irwan baru masuk ke dalam rumah dengan wajah yang kelihatan takut.

Hadi pelik dengan kelakuan ayahnya itu. Dia pun menegur Encik Irwan.

"Papa"

Terperanjat Encik Irwan mendengar Hadi menegurnya. Dia melihat Hadi sedang berdiri di sisi sofa sambil melihatnya dengan pandangan yang pelik.

"Papa okey tak ni? Kenapa papa macam gelabah je?"

Encik Irwan terus meluru ke arah Hadi. Dia menarik Hadi supaya duduk di atas sofa. Nafas Encik Irwan turun naik.

Dia kelihatan penat seolah-olah baru habis berlari 5 pusingan padang.

"Ikhwan... Papa..." Encik Irwan tidak mampu untuk berkata apa-apa ketika itu. Hadi yang melihat keadaan ayahnya itu menjadi risau.

"Papa, kenapa ni? Kenapa dengan papa? Berpeluh peluh ni. Papa tarik nafas, hembus. Papa tenang dulu, baru papa cakap"

Selepas 2 minit Encik Irwan senyap, akhirnya dia bersuara.

"Ikhwan, papa baru buat kesalahan yang besar. Besar sangat" kata Encik Irwan dengan nada yang serius. Begitu juga dengan wajahnya.

Tanpa menunggu lama untuk berfikir apa yang mungkin dibuat oleh ayahnya, Hadi terus bertanya.

"Papa buat apa?"

"Papa... Papa baru langgar orang..."

Luruh jantung Hadi mendengar jawapan Encik Irwan itu. Dia merasakan yang telinga salah dengar apa yang dikatakan oleh Encik Irwan.

"Papa, papa tak main main kan? Apa papa cakap ni?" Hadi bertanya dengan wajah yang tidak percaya.

"Ikhwan! Buat apa papa nak main main pasal benda macam ni?"

"Lepas tu, papa buat apa? Apa jadi dengan orang tu? Dia... Dia okey ke tak?"

"Papa tak tahu. Papa dah hantar dia pergi hospital dah. Papa pergi dengan sorang lelaki yang kebetulan lalu dekat situ"

Hadi meraup wajahnya. Dia tidak percaya dengan apa yang dia dengar ketika itu.

"Papa, papa tahu tak benda ni salah?"

"Tahu. Papa tahu"

"Habis tu, papa nak buat apa ni? Kereta papa macam mana?" Fikiran Hadi kusut ketika itu.

"Kereta papa tak teruk sangat kena. Lagipun, dekat situ tak ada CCTV dan masa tu tak ada orang lalu sangat"

Lama Hadi senyap, akhirnya dia bersuara.

"Papa, papa pergi lah mandi dulu ke apa. Ikhwan pun tak tahu lah nak buat apa. Lagipun, sekarang ni malam dah. Esok la kita fikir apa yang kita boleh buat"

Encik Irwan mengangguk perlahan kepalanya. Dia bangun daripada sofa.

"Ikhwan boleh tak jangan bagi tahu dekat umi dengan Hawa. Papa sekarang ni tak tahu nak buat apa"

"Hmm" balas Hadi.

Setelah mendengar respon anaknya, Encik Irwan naik ke biliknya. Hadi pula duduk kembali di atas sofa.

"Aduhai! Apa benda ni? Macam mana pulak boleh jadi macam ni?"

Hadi kekal berada di atas sofa itu selama 10 minit. Hatinya tidak terasa untuk naik ke atas dan tidur. Tiba tiba telefon nya berdering memecah kan kesunyian.

Nama Tiara tertera di skrin telefon nya. Hadi mengangkat panggilan itu dan belum sempat dia berkata apa-apa, Tiara sudah bersuara.

"Hadirah... Sorry kacau kau malam malam ni. Tapi... Boleh tak kau datang Hospital Besar Melaka? Mak aku accident. Dia tengah dekat dalam bilik bedah. Dah berapa lama dia dalam tu, aku tak tahu. Aku sorang sorang sekarang ni. Kalau tak susahkan kau, kau datang temankan aku boleh tak?" Tiara berkata dengan diselang-selikan dengan tangisan.

Dia tidak sedar yang ketika itu Hadi yang berada di hujung talian dan bukannya Hadirah.

Terbuntang luas mata Hadi mendengar suara tangisan Tiara. Automatik dia terus berdiri.

"Tiara, kau dekat mana? Aku datang sekarang" kata Hadi pantas.

Tiara tercengang seketika apabila mendengar suara Hadi dan bukan suara Hadirah. Dia melihat skrin telefon nya dan melihat nama Hadi.

Tiara memejam matanya. Rupanya, dia tersalah tekan nombor telefon.

Dia sangkakan dia tekan nombor Hadirah tetapi dia tekan nombor Hadi. Nama mereka berdua hampir sama.

"Tiara, jawab lah! Kau dekat hospital mana sekarang ni?" Hadi bertanya sekali lagi.

Dia berlari ke atas dan masuk ke dalam biliknya. Dia mengambil kunci kereta di atas meja solek. Tentang Tiara memanggil nya dengan nama Hadirah, tidak dipedulikan nya.

Yang penting sekarang ini adalah Tiara.

"Aku dekat Hospital Besar Melaka" jawab Tiara. Dia memang tidak boleh nak cakap apa apa selain beritahu perkara sebenar.

Tiada guna untuk dia kata yang dia tersalah membuat panggilan kerana dia tahu sangat dengan perangai Hadi.

"Okey, aku datang sekarang" Hadi menamatkan panggilan itu dan berlari turun tangga. Langkah nya terhenti apabila mendengar suara ibunya.

"Ikhwan! Ikhwan nak pergi mana malam malam ni?" Tegur Puan Wardah daripada hadapan bilik.

"Umi, Ikhwan nak pergi hospital kejap. Kawan Ikhwan, mak dia accident. Sekarang dalam bilik bedah lagi. Boleh ke Ikhwan pergi?"

"Hah? Pergi lah. Nanti apa apa jadi, call umi tau. Jangan balik lambat sangat. Dah sampai hospital call umi" Puan Balqis terkejut mendengar jawapan Hadi itu.

Hadi naik kembali tangga dan pergi ke arah Puan Balqis. Dia menghulurkan tangan dan menyalam uminya.

"Okey umi. Ikhwan pergi dulu, assalamualaikum" Hadi turun tangga dan meluru ke arah pintu dan keluar.

"Ya Allah, kau selamatkanlah anak ku, Ikhwan Hadi dan selamat kan lah juga mak kawannya. Kau permudahkanlah segala urusan nya" bisik hati Puan Balqis.

thankyou sebab sudi bace ( ◜‿◝ )♡ sorry atas kekurangan and sorryyyyy for late update :'(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience