20 tahun kemudian.
Suasana jeti yang sentiasa sibuk dengan pengunjung dan juga penduduk tempatan tidak menghiraukan kehadiran seorang gadis. Gadis itu terus melangkah dengan penuh yakinnya sambil menyeret bagasi yang dibawanya sekali.
"Sorry. Boleh I tanya di mana arah Resort Perindu?" Tanya gadis itu kepada salah seorang penduduk tempatan.
Lelaki itu memandang gadis tersebut dari hujung rambut ke hujung kaki. Seorang gadis yang berpakaian ala-ala funk berjaket warna-warni, berseluar kulit mengikut bentuk kaki, berkasut boot, berambut stail dreadlock dan berkaca mata hitam.
"Oh...Adik menginap di sana ke? Abang boleh bawakan adik ke sana." lelaki itu membalas pertanyaan gadis itu.
Gadis itu tanpa banyak soal terus menyetujui perlawaan lelaki terbabit. Di dalam perjalanan ke destinasi yang dituju si lelaki cuba untuk berbual dengan gadis itu.
"Nama abang Malik. Abang pemandu pelancong kat sini. Kalau adik nak berjalan-jalan disini boleh call abang. Nanti abang bawa adik pusing satu pulau." Malik memperkenalkan diri.
"Oh..." hanya itu balasan si gadis.
Malik mengerling gadis itu melalui cermin pandang belakang. Malik mengagak umur gadis itu 20-an melihat dari alis mukanya dan penampilannya yang memang sangat hipster.
"Maaflah abang bertanya kenapa adik pilih untuk menginap di Resort Perindu?" tanya Malik kehairanan. Dia hairan kerana di pulau itu lebih banyak penginapan yang lebih moden dan hipster yang menjadi pilihan anak-anak remaja namun tidak pada penumpangnya itu.
"Kenapa abang tanya macam tu?" Si gadis mula tertarik dengan pertanyaan Malik. Si gadis memandang Malik di balik kaca mata hitamnya.
"Tak adalah. Abang bukan nak burukkan Resort tu tapi Resort tu agak usang dan tidak bersesuaian dengan citarasa anak muda seperti adik ni."Jawab Malik bersahaja.
Si gadis tersenyum sumbang.
"Citarasa saya tak sama macam abang cakapkan. Saya suka yang klasik." Jawabnya mendatar.
"Oh...Betullah owner dia pun klasik boleh masuk muzium." Seloroh Malik menceriakan suasana.
"Tapi kesemua yang pernah menginap kat situ pasti takkan menginap lagi. Mereka serik."Kata Malik lagi.
Si gadis mengangkat keningnya sebelah.
"Kenapa?"
"Nenda Rosiah tu garangnya lain macam. Dia apa kira guest ke bukan ke semua dia semburnya. Adik hati-hatilah nanti. Kena tahan telinga dan mental kat sana."Jawab Malik memperingatkan si Gadis.
Si Gadis tiba-tiba mengukirkan satu senyuman yang penuh makna.
"Itu yang saya suka."
Malik yang mendengar kata-kata si Gadis mengarukan kepala.
"Errr...Adik berapa lama stay kat sini?"
Si gadis terus membuang pandangannya diluar tingkap.
"Tak pasti. Mungkin selamanya."jawabnya tidak beriak wajahnya.
Bertambah gatal kepala Malik mendengar jawapan yang diterimanya.
Perjalanan dari jeti ke Resort Perindu tidak begitu lama. Hanya mengambil masa 15 minit sahaja.
"Ok dik. Kita dah sampai." ucap Malik apabila tiba ke destinasi yang dituju.
Si Gadis terus turun dari kereta Malik. Dia memerhatikan keadaan sekeliling Resort tersebut. Sunyi. Itu yang muncul dibenak si Gadis.
"Not bad." gumam si Gadis. Walaupun Resort tersebut agak sunyi daripada pengunjung dan kelihatan agak usang namun pemandangan yang disajikan cukup indah dan menenangkan.
Malik yang sudah mengeluarkan bagasi Si Gadis terus meletakkan bagasi itu disebelahnya.
"Terima kasih." ucap si Gadis lalu menghulurkan beberapa not Rm 10 kepada Malik.
"Eh banyak sangat ni Dik." ujar Malik apabila melihat jumlah yang diberikan.
"Tak apa abang ambil sahaja." katanya mendatar.
Malik serba salah untuk mengambil namun rezeki tidak baik ditolak. Diambil duit itu.
"Kalau macam tu...sekejap ye." Malik mencari sesuatu di dalam poket seluarnya. Diseluk tangannya dan diraba-raba kocek itu namun benda yang dicari tidak ditemuinya. Tangannya dengan pantas meraba di kocek bajunya pula. Akhirnya barang yang di cari ditemuinya. Kad namanya yang kelihatan agak renyuk dicuba ditegangkan agar kelihatan tidak terlalu renyuk. Dihulur kad itu kepada Gadis itu.
"Ni kad abang. Ada nombor abang dalam tu. Apa-apa hal adik boleh je call abang."
Si gadis terus mengambil kad itu sambil menganggukkan kepalanya. Malik meminta diri lalu meninggalkan si Gadis itu. Si gadis itu terus melangkah dengan menjinjing bagasinya kerana kawasan yang berpasir menyebabkan bagasinya payah untuk ditarik.
Si Gadis sampai di lobi Resort itu. Suram.
Dilihat hanya beberapa orang yang difikirnya pekerja disitu dan tiada pengunjung lain. Si gadis terus menghalakan langkahnya ke kaunter.
"Yes." tegur penjaga kaunter itu terkebil-kebil melihat tetamu di hadapannya.
Si gadis itu menyumbingkan bibirnya.
"Only Yes?"
"Ah..Errr.. Sorry. Cik ada buat booking bilik?" Tanya si penjaga kaunter tergagap-gagap. Seingatnya pada hari ini tiada tempahan bilik yang masuk. Bukan hari ni sahaja sudah lama sebenarnya. Itu yang membuatkan dirinya tersentak melihat kedatangan tetamu yang tidak disangka.
"Nope." balas Si gadis mendatar.
"Oh..Walk in customer." Penjaga kaunter memetik jarinya.
"So poor service." kata Si Gadis mengutuk cara layanan yang diberikan. Patutlah tiada pelangan di Resort itu fikir si Gadis.
Memerah wajah si penjaga kaunter.
"Ehem..Cik nak stay berapa hari? Bilik macam mana cik inginkan?" Kata penjaga kaunter itu membetulkan cara layanannya terhadap tetamunya.
"Ah nevermind. I tak berminat dengan bilik you semua. I nak jumpa dengan owner Resort ni." Terus terang si Gadis itu.
Melongo penjaga kaunter itu.
"Untuk apa cik jumpa Nenda Rosiah?" Itulah gelaran pemilik Resort Perindu.
Si Gadis terus menanggalkan kaca mata hitamnya lalu direnung wajah si penjaga kaunter dengan mendalam.
"I'm Jazzlyn. Cucu kepada Nenda Rosiah." Jazzlyn memperkenalkan dirinya membuatkan penjaga kaunter itu ternganga mulutnya.
* * *
Berita ketibaan Jazzlyn yang mengaku sebagai cucu Nenda Rosiah tersebar dengan cepat di dalam Resort itu. Yalah Resort yang hanya berapa ketul pekerja sahaja dengan mudah berita begitu tersebar di seluruh Resort.
Jazzlyn yang sedang duduk seorang diri di dalam bilik kecil yang hanya mempunyai meja kerja yang dipenuhi fail-fail dan kerusi sofa entah zaman bila punya memandang sekeliling.
"So old school. Memang betul boleh masuk muzium." gumam Jazzlyn melihat barang-barang yang kelihatan sangat klasik di matanya. Tersenyum sumbing dibuatnya.
Sedang Jazzlyn memerhatikan keadaan bilik yang merupakan pejabat milik Nenda Rosiah terdengar hingar-bingar diluar bilik. Jazzlyn cuba menangkap apa yang diperkatakan oleh orang diluar pejabat itu.
"Tak mungkin aku ada cucu lagi. Mana budak tu?" macam petir suara Nenda Rosiah.
Nenda Rosiah menguak pintu pejabatnya untuk melihat sendiri gerangan yang mengaku sebagai cucunya itu. Dipandang atas bawah gadis dihadapannya itu. Jazzlyn dengan tenang memandang Nenda Rosiah.
'Oh... Ni ke Nenda Rosiah.' monolog Jazzlyn membalas renungan tajam daripada Nenda Rosiah.
Dibelakang Nenda Rosiah kelihatan seorang wanita yang didalam pengiraanya sekitar 40-an
diikuti seorang lelaki yang berusia setengah abad.
"Kau siapa tiba-tiba mengaku cucu aku?" jerkah Nenda Rosiah. Namun Jerkahan Nenda Rosiah tidak mengetarkan Jazzlyn.
Jazzlyn menilik setiap inci wanita yang sudah kategori warga emas itu. Masih gagah walaupun umur hampir mencecah 70-an itu.
"Saya Jazzlyn." Jawab Jazzlyn dengan cukup tenang.
Nenda Rosiah mengambil tempat di hadapan Jazzlyn sambil menyilangkan tangannya ke dada. Bongkak betul gayanya. Si Wanita yang tidak dikenali oleh Jazzlyn mengambil tempat di sebelah Nenda Rosiah. Si lelaki pula di sebelah Jazzlyn. Jazzlyn meneliti setiap wajah di dalam pejabat itu. Wajah bengis terpamer oleh kedua wanita itu namun sebaliknya si lelaki itu. Riak wajahnya kelihatan begitu sayu sekali.
"Yelah. Kau anak siapa nak mengaku cucu aku. Setahu aku tak ada anak lagi selain Mahathir dan Wati ni." Ucap Nenda Rosiah dengan nada yang sangat tinggi.
'Oh...Jadi nilah Mak cik Wati dan lelaki ni pasti anak sulung Nenda.' monolog Jazzlyn lagi.
"Nenda pasti ke Nenda hanya ada 2 orang anak?" tanya Jazzlyn dengan nada yang cukup sinis.
Membulat terus mata Nenda.
"Nenda lupa ke? Nenda ada lagi seorang anak. Namanya Azizah. Itulah ibu saya." sambung Jazzlyn lagi dengan bersahaja.
Terus terbeliak mata Nenda Rosiah dan Wati. Tidak disangka nama yang sudah lama tidak didengari selama 20 tahun akhirnya meniti kembali.
"Kau jangan nak tipu aku. Aku tak ada anak nama tu." Nenda Rosiah menyangkal kata-kata Jazzlyn.
"Oh.... Tu sebab Nenda dah buang ibu saya 20 tahun yang lepas." Jazzlyn memberikan riak wajah menyeringai.
"Aku dah buang bermakna aku tak ada anak nama macam tu. Aku tak ada anak yang menconteng arang ke wajah aku." Nenda Rosiah mendengus geram. Bertambah geram apabila melihat riak wajah Jazzlyn yang seperti mengejeknya.
"hmmm...Nenda pasti ibu saya conteng arang pada Nenda. Entah-entah orang lain." Sinis.
Wati yang dari tadi memandang Jazzlyn atas bawah melihat fesyen yang baginya sangat menyakitkan mata itu terus berkata,"Memang betul mak kau tu conteng arang pada kami semua. Hmm...Dapat anak pun macam ni. Memang dari keturunan yang tak baik."
Jazzlyn yang mendengar serangan Wati itu gelak besar.
"Hahahaha! Well mana datang keturunan saya kalau bukan dari...." Jazzlyn tidak menghabiskan ayatnya hanya kedua tapak tangannya dituju ke arah orang yang berada di dalam bilik itu.
Terbeliak mata Nenda Rosiah dan Wati.
"Kau!" Jerkah Wati sambil menunding jari telunjuknya ke arah Jazzlyn. Mengigil tangannya menahan geram.
"Apa tak betul yang saya cakap. Sedikit banyak hasil keturunan saya daripada mana kalau bukan dari Nenda dan Mak cik Wati."Perli Jazzlyn.
Memang tergemap 2 orang wanita tua di hadapannya itu.
"Dah tu kau nak apa datang sini? Nak tuntut hak kau?" Tanya Nenda Rosiah masih bernada bongkak.
Jazzlyn mengemam bibirnya lalu digelengkan kepalanya.
"Tak. Saya datang sini nak berjumpa dengan ahli keluarga saya yang tak pernah saya temui selama 20 tahun saya hidup. Saya nak beramah mesra dan mengeratkan hubungan yang sudah lama terputus ni." Terang Jazzlyn mendatar.
"Aku tak ingin lagi-lagi anak hasil haram macam kau ni. Emak kau aku buang lagi kau memang taklah aku nak terima."
"Tapi saya nak dan saya akan pastikan Nenda akan terima saya dan ibu saya terutamanya."
"Kalau mak kau nak minta ampun dari aku kenapa dia tak nak datang sendiri? Kenapa dah mati ke dia?" Pedas betul ayat Nenda Rosiah.
"Ibu saya sihat walafiat malah bahagia dengan hidup dia sekarang. Kalau ibu dah tak ada mesti Nenda rasa menyesal sangat dengan apa yang Nenda dah buat dengan ibu saya dulu. Yelah susah tau nak minta pengampunan dari orang dah tak ada ni. Oh dan lagi satu Nenda kan pernah kata Nenda haramkan Ibu saya menjejaki kaki di sini jadi sebab tu ibu saya hantar wakil saya sahaja."
"Kalau dah haramkan datang kenapa kau datang sini?" Wati pula bersuara.
"Lah Mak cik Wati nak kata Mak cik ni bodoh tak pun. Yang Nenda haramkan ibu saya bukan saya kan. Jadi tak ada masalah saya datang sini." Hambur Jazzlyn tanpa bertapis ayatnya.
"Mulut kau kurang ajar ye. Mak kau tak ajar kau budi bahasa ke?" Wati bertambah geram dengan anak saudara yang baru ditemuinya itu.
"Mulut saya kurang ajar dengan orang macam mak cik je." Balas Jazzlyn dengan pantas.
"Jazzlyn, tak baik Nak kata macam tu. Kamu budak muda tolong hormat orang tua." Mahathir yang dari tadi hanya menjadi pendengar menegur dengan lembut atas kelancangan Jazzlyn itu.
"Maafkan saya Pak cik. Nenda, mak cik wati maafkan Jazzlyn." Jazzlyn mengendurkan suaranya.
"Tak apa. Panggil pak cik, Pak Long sahaja. Nama Pak long Mahathir. Ibu kamu sihat? Dah lama Pak Long cari ibu kamu." lirih sahaja Mahathir berkata.
Jazzlyn memberikan senyuman yang cukup manis kepada Mahathir.
"Sihat Pak Long. Ibu rindukan Pak long."
Mahathir mengangguk lega mendengar jawapan yang diberikan. 20 tahun lepas setelah dia pulang semula ke pulau tersebut dia dapat berita bahawa adiknya telah dihalau oleh Bondanya. Dia cuba menjejaki Azizah namun hasilnya gagal. Namun Mahathir tidak pernah berputus asa. Dia selalu berdoa agar suatu hari nanti dia bertemu semula dengan adiknya itu. Akhirnya doanya di dengari dan membawa Jazzlyn ke sini.
Sorry ye cover novel ni ada ralat sedikit. Patut Diktator bukan diktaktor. Nanti ada masa sy ubh blk cover.. Skrg fokus pada isi dulu.
Share this novel