#1

Other Completed 5709

#1
Lelaki Bulan Mei Dan Gadis Bulan Disember tak ngam (Bahagian 1)

Suatu masa dulu, aku pernah rasa down gila-gila tahap siamang. Kerana masa tu aku dah la takde kekasih hati, dan bila aku hendak mencari ataupun meminta akan sebuah couple itu pada gadis-gadis, aku akan direject serta-merta. Tiada ampun lansung. Amatlah sedih akan seorang aku ketika itu. Rasa macam nak lari keliling dunia sambil berbogel dan hantukkan kepala ke setiap tiang yang aku jumpa. Rasa macam nak duduk berkurung dalam bilik bersama internet dan laptop, menjadi seorang keyboard warrior berjaya.

Kiranya macam, aku dah hampir nak give up untuk hidup dalam keadaan seronok dan bermaruah.

Jadinya, bila perasaan nak buat benda-benda tak masuk akal tu dah kerap muncul dalam kepala, aku mula muhasabah diri. Budget macam susun strategi balik la ni kiranya. Supaya misi aku untuk mengorat gadis tidak terus gagal dan kecundang.

Maafkanlah aku yang time tu. Aku budak-budak lagi. Apa la yang aku tahu sangat tentang realiti hidup. Sebab tu la sampai terpaksa buat macam post-morterm walaupun dengan diri sendiri. Maafkanlah ya.

Baiklah, dalam meeting antara aku, aku, dan aku itu, aku cari apakah punca sebenar amsih tidak mempunyai kekasih. Time tu, aku rasa cukup yakin bahawa puncanya adalah kerana aku ini ialah seorang mamat gemuk.

Ya, aku start gemuk ni…ish tak suka la aku dengan perkataan gemuk ni. Aku tukarkan perkataan “gemuk” tu kepada perkataan Tough la ya. Baru tak rasa macam kutuk diri sendiri yedak? Ok, aku start Tough (pftt..ok aku tergelak. Diam) ni bila aku masuk darjah 3. Time tu, lemak-lemak dalam badan aku dah mula mainkan peranan masing-masing utnuk bertapa penuh teguh dan iktizam di sekitar perut dan seluruh kawasan lengan aku. Walaupun aku tough, aku tetap mampu untuk lari laju gila babas.

Bila time hari sukan, aku tak pernah miss untuk sumbangkan mata untuk rumah sukan aku sampailah aku habis sekolah. Kau bayangkan. Ok, niat aku cerita part yang ni adalah semata untuk korang rasa kagum dengan aku. Itu saja.

Tapi, bila ada kawan-kawan aku yang badannya super tough (bahasa jaga hati untuk gemuk) tapi dapat awek super cun ni yang buat aku mula tertanya-tanya balik ni. Adakah faktor tubuh badan itu memainkan peranan yang amat penting? Aku tahu apa yang kau fikirkan. Tak, tak. Diorang tak kaya sebab bila datang tengah bulan je, mesti datang bilik aku dan pau biskut aku. Kalau aku ajak ajak ayam untuk makan apa yang aku tengah makan, diorang akan ambil ajak ajak ayam itu secara serious dan kritikal. Suka aku nak simpulkan yang tubuh badan seseorang tak memainkan peranan penting dalam mewujudkan cinta.

Tengah aku sambung fikir balik apa segala punca rasa cinta tu boleh wujud, aku terpandang kepada sebuah wajah di dalam cemin. Ya Allah, aku ingatkan muka aku macam Zac Efron. Rupanya, rupa aku macam tapak selipar. Hmkay. Tatkala aku dah capai phone dan nak dial nombor doctor pembedahan platik, aku teringat balik kepada sebuag quote yang pernah dikatakan oleh kawan aku.


“Biasanya kalau lelaki ni handsome, awek dia mesti tak cun mana. Kau tengok la si ******* (nama terpaksa dirahsiakan bagi mengelakkan aku dipukul), muka dia tak boleh blah betul buruknya. Awek? Pergh cun beb!”

Jadi, aku terima dan taknak muka hensem hensem sangat. Nanti kalau aku hensem sangat, habislah peluang aku nak memiliki awek cun, betul tak? Ok. Badan bukan faktor jatuh cinta. Muka pun bukan factor jatuh cinta sangat. Tapi, takkan takde siapa yang bersalah dalam hal ni? Aku kena salahkan orang lain jugak dalam cerita aku ni. Dan, aku mula nak salahkan satu lagi faktor lain yang aku rasakan logik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience