PAGI itu, Natrah melangkah dengan sangat perlahan. Mood bekerjanya sudah terbang melayang. Sudah tidak ada Eirfan di situ lagi. Pembakar semangatnya sudah hilang. Nak hadap wajah Ehsan hari-hari akan semakin mencabar dengan ketiadaan Eirfan di situ.
Punat lif ditekan. Serentak itu, bibirnya memuntahkan keluhan berat. Pintu lif terkuak. Masuk saja dia ke dalam lif, fikirannya terus rasa terganggu. Setelah apa yang berlaku di hadapan matanya dan segala kebenaran yang telah terbongkar, dia rasa tidak bersedia untuk berdepan dengan Ehsan. Rasa kurang selesa itu tetap ada. Bagaimana harus dia menahan hati dan berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku sedangkan perkara itu sering melingkari buah fikirannya.
Saat pintu lif terbuka luas, Natrah terkesima menerima kehadiran Datuk Elias di situ. Ehsan turut sama di sisi. Mereka berdua memasuki lif. Keadaan mulai sepi dan rasa tegang.
Berkali-kali Natrah pamer riak bersahaja walau dalam hati Allah saja yang tahu. Dia rasa nak cabut terus dari situ atau paling tidak pun, dia berharap punya kuasa ghaib agar dia terus lenyap dari situ. Aura kedua mereka sungguh menggerunkan hatinya. Apatah lagi wajah Datuk Elias kelihatan sangat serius. Lif punya bergerak dengan sangat perlahan. Natrah mengira nombor lif. Aduiii ,lamanya nak bertukar nombor!
"Daddy, how about our coming project?" Suara garau Ehsan memecah kesunyian di antara mereka.
"Which project?" Datuk Elias berwajah kerut. Setahunya, mereka tidak punya apa-apa projek pun setakat ini. Projek yang terakhir pun di Kuantan tempoh hari. Projek apa pula yang dimaksudkan oleh Ehsan?
"The new upcoming project. We've got a new supplier from Sarawak. And they wish to discuss it with us" jelas Ehsan bersungguh-sungguh. Sengaja dia berbincang di hadapan Natrah.
Datuk Elias memicit dahi. Ada ke projek dari Sarawak? Seingat dia, projek di Sarawak telah disiapkan dua tahun lepas. Terlalu banyak hal yang berlaku dalam beberapa hari ini. Otaknya langsung tidak mampu mencerna semuanya.
"You'll handle it!" putus Datuk Elias lantas berlalu saat pintu lif terbuka.
"See me in my office after this" arah Ehsan kepada Natrah.
"Bos bercakap dengan saya ke?" Natrah tuding jari ke arah diri sendiri.
"Tak! Saya bercakap dengan dinding.." Ehsan menjawab penuh sinis.
Terdiam Natrah dibuatnya. Mati kutu sudah dia. Erkkk!!
"Okey bos" Setelah memahami sindiran Ehsan, Natrah cepat-cepat menjawab. Tak mahu terlalu lama berfikir, karang kena lagi sedas dua! Naya dia nak menjawabnya! Haiilah nasib! Pagi-pagi lagi dah syahdu!
Tapi bagus jugaklah! Dia juga punya urusan yang belum selesai dengan muka kerut bertingkat-tingkat itu.
DEMI melangkah keluar dari lif saja, Azizah dan Hasma menerpa ke arah Natrah. Lagak mereka seperti ingin mengatakan sesuatu. Tak sabar hendak menyampaikan sesuatu, kedua mereka berebutkan Natrah. Hasma di kiri dan Azizah di kanan. Dan Natrah? Pastinya di tengah-tengah mereka.
"Aku dululah!" ujar Azizah sambil memaut lengan kanan Natrah.
"Asyik kau je. Aku dululah!" bidas Hasma pula. Lengan kiri Natrah turut dipaut.
Terkebil-kebil Natrah dengan sikap mereka berdua. Dah kenapa pula aku jadi bahan rebutan dorang pagi-pagi hari ni?
"Ladies firstlah!" tukas Azizah lagi, tak mahu mengaku kalah. Lengan Natrah ditarik ke arahnya.
"Habis tu, aku bukan ladies ke?" Hasma tak puas hati pula. Dan tak nak mengaku kalah juga, lengan Natrah turut ditarik ke arahnya.
"Ahhh! Aku tak kira. Aku dulu. Aku dulu yang datang kat Ara tadi"
"Eh ehh!! Pandai pulak kau ye?! Kau tu tua dari aku, kau kena mengalah. Bagi aku dululah" Hasma membidas lagi.
"Tua tak tua, aku tak kira!"
"Dah dah!" Natrah melepaskan diri dari pautan kedua mereka. "Apahal korang ni? Pagi-pagi lagi dah buat scene tarik-menarik! Ingat aku ni apa? Barang ke?"
"Takde laa. Aku nak cakap dulu. Tiberr pula si Hasma ni menyampuk" Azizah bela diri.
"Ehhh apa aku pulak?" Hasma tidak diam diri.
"Dahlah! Eeee korang ni kan! Tua dari aku, tapi perangai macam budak-budak. Malaslah nak kawan korang" Natrah berlalu ke mejanya.
"Oopss!" Langkah Natrah terhenti tatkala ada sejambak bunga ros merah serba mewah diletakkan di atas mejanya. Matanya terkebil-kebil dan mulutnya ternganga. Siapa yang baik hati buat amal jariah dekat aku pagi ni?
"Heyy brader! Mulut tu kasi tutup arr. Nanti tak pasal-pasal nyamuk masuk. Naya.." seloroh Azizah. Dia sudah berdiri di sisi Natrah.
"Ni yang kita orang nak tanya kau tadi" Hasma juga sudah menyelit di tengah-tengah.
"Bila masa kau bukak kedai bunga dalam ofis ni?" seloroh Azizah lagi.
"Dahlah besar macam muka aku bunga ni. Cantik pulak tu. Dalam diam kau ada secret admirer ye?" usik Hasma sambil tersengih.
Tak mempedulikan kata-kata mereka, Natrah laju melangkah ke arah mejanya. Bunga tersebut dipandang lama sebelum dia menggapainya. Ditilik lagi bunga tersebut. Tiada kad atau apa-apa petanda menunjukkan si pemberi yang bermurah hati itu. Dan Natrah tertanya-tanya. Eirfan ke orangnya?
"Siapa bagi?" Hasma sudah menghampiri Natrah. Bunga tersebut turut menarik perhatiannya. Memang cantik dan tampak mewah. Pengirimnya pasti bukan calang-calang orang. Anak Datok ke?
Natrah menjongket bahu. "No name. No card"
"Hmmm.. misteri betul" Azizah pula menyampuk. Dia juga sudah berdiri di sebelah Natrah.
"Tapi bunga ni nampak cantiklah! Mewah sangat. Mesti orang kaya yang bagi ni. Eee untungnya kau Ara! Ada orang kaya berminat dengan kau" Mata Hasma berkedip-kedip penuh sinar. Cuba meletakkan dirinya di tempat Natrah. Arghh, untungnya!
Orang kaya? Entah kenapa, fikiran Natrah tiba-tiba menerawang ke figura Ehsan. Tak mungkin dia tetapi hati Natrah kuat mengiyakannya. Tempoh hari juga, lelaki itu membelikannya Ipad. Dan dia sedar yang harga Ipad iti bukanlah murah. Hmm tapi kalau betullah Ehsan orangnya, kenapa pula dia sungguh bermurah hati terhadapnya? Hmmm something fishy...
"Kau ni untunglah Ara! Hari tu dapat Ipad. Hari ni dapat bunga. Entah esok lusa dapat kereta, dapat rumah"
Anak mata Natrah menjeling Azizah. Memanglah untung tapi yang tak untungnya kalau pengirimnya ialah Ehsan!
SELEPAS menghela nafas panjang-panjang, Natrah mengetuk pintu bilik Ehsan. Debaran di hatinya tak henti-henti menjengah. Pelbagai perkara yang sedang difikirkannya saat itu. Namun yang pasti, dia memang belum bersedia untuk berhadapan dengan lelaki itu.
Tetapi dia sedar, mereka masih punya urusan yang belum diselesaikan. Dia harus menyelesaikannya dan tidak mahu ianya terus tergantung.
Mendengar saja suara garau Ehsan mengarahkannya masuk, debaran di hati semakin terasa. Natrah hela nafas panjang sebelum membuka pintu bilik dan menghampiri Ehsan.
Ipad di tangan sedia untuk dikembalikan kepada tuannya. Natrah sedar, dia tidak seharusnya menyimpan atau menerima 'hadiah' tersebut daripada Ehsan. Tidak kiralah niat Ehsan baik atau sebaliknya.
Ehsan sempat mengerling wajah penuh gelisah itu. Tercuit juga hatinya dengan riak itu. Lagaknya kelihatan sangat yakin dan berani namun riak wajahnya menidakkan semuanya. Dahi Ehsan berkerut tatkala tatapannya melekat pada tangan gadis itu. Dia tertanya-tanya akan 'status' Ipad tersebut.
"Encik Ehsan nak jumpa saya kan? Kenapa ye?" Natrah memulakan perbualan. Dia tidak mahu berlama-lama di situ kerana keadaan terasa sangat tegang. Setelah mengembalikan Ipad tersebut dan mendengar arahan daripada Ehsan, dia akan bergegas keluar.
"Sebelum tu, boleh saya tahu kenapa awak bawak Ipad tu? Awak bukan setiausaha saya yang perlu mencatat apa-apa yang saya cakapkan" Ehsan sempat berdehem.
"Ohh.. emmm.." Natrah tergumam. Otaknya mula berfikir ayat yang sesuai untuk diucapkan kepada Ehsan. Dia tidak mahu Ehsan salah faham akan kata-katanya.
"Errr, macam ni encik Ehsan. Saya rasa saya lebih selesa dengan nota manual saya berbanding Ipad ni. Saya tak biasa menggunakan barangan mewah dan mahal macam ni. Saya sangat hargai niat baik encik Ehsan tapi saya betul-betul tak boleh terima Ipad ni. Saya mintak maaf. Jadi saya nak kembalikan Ipad ni pada encik Ehsan semula"
Natrah meletakkan Ipad tersebut di atas meja. Dengan harapan Ehsan tidak akan menolak dan menyoalnya dengan bermacam-macam soalan.
"Okay..." jeda Ehsan seketika. Ipad yang di atas meja dikerling sekejap sebelum pandangannya berkalih semula ke arah Natrah.
"May I know why?" tanya Ehsan dengan wajah serius. Niatnya baik menghadiahkan Ipad tersebut kepada Natrah kerana dia merasakan gadis itu akan lebih selesa menggunakannya. Selain itu, ia turut memudahkan kerjanya. Tulis, catat, simpan! Easy peasy!
Seperti yang diagak, Ehsan menyoal dengan soalan itu. Namun dia sudah cukup bersedia untuk menjawab segala-galanya.
"Seperti yang saya bagitau tadi, saya tak selesa guna benda yang mewah dan mahal macam ni. Tak kena dengan imej saya. Lagipun kalau betul saya nak guna Ipad atau apa-apa benda mahal yang lain, saya akan usahakan dengan kerja keras saya sendiri. Saya harap encik Ehsan betul-betul faham dan hormat keputusan saya ni" jelas Natrah penuh teratur dan sopan. Dia berharap agar alasannya dapat diterima baik oleh lelaki itu.
Ehsan mendiamkan diri. Cubaan pertama untuk memikat hati Natrah sudah menemui kegagalan. Nampak gayanya dia terpaksa mencari jalan lain. Rupa-rupanya sukar untuk menundukkan hati itu. Sedangkan selama ini begitu mudah baginya memikat mana-mana gadis. Bahkan adakalanya mereka sendiri yang menyerahkan diri kepadanya. Tetapi tidak mengapa. Dia sukakanya! Dia suka apabila Natrah menjual mahal.
"Okay, I'll keep this" Akhirnya Ehsan memutuskan untuk mengalah saja. Dia tidak mahu terlalu memaksa Natrah, bimbang sekiranya itu akan semakin menjauhkan Natrah darinya. Ipad disimpan di dalam laci.
"Thanks encik Ehsan" tutur Natrah. Lega kerana Ehsan tidak memaksanya.
Ehsan mengangguk kepala. "Drop that subject! Now, we have something important we need to discuss. Ni pasal projek kat Sarawak. Kita kena jumpa beberapa supplier kat sana untuk berbincang mengenai produk kita. And I want you to go with me. Anddd, I don't want any 'no' answer from you. Awak dah kecewakan hati saya dengan menolak pemberian saya. Now, jangan kecewakan saya and just say yes"
Natrah tercengang. Setahu dia mereka tidak ada projek di Sarawak. Kalau ada pun, pasti sudah diaturkan mesyuarat dengan staf yang lain terlebih dahulu. Hatinya kurang pasti dengan Ehsan kali ini. Tetapi masakan Ehsan mahu bermain-main? Sedangkan lelaki itu penuh karisma dan selalu serius apabila berkait dengan kerja.
"So I guess it's a yes from you? Since you keep silence?"
Terkebil-kebil Natrah dengan omongan Ehsan. Dia kehilangan kata-kata dan otaknya pula tiba-tiba jammed! Arghhh!!
"So pack your things now. Kita akan berangkat petang nanti" putus Ehsan tanpa mendengar sebarang maklum balas dari gadis itu.
"Tapi encik Ehsan, kita takde projek kat Sarawak kan?"
"Who said that?"
Melihat saja wajah penuh serius dan suara garau dengan mata mencerlung itu, Natrah terus mengunci mulut. Rasa takut dan seriau datang menerpa.
"So apa tunggu lagi? Siapkan kerja awak dan pack barang awak nanti"
"PROJEK di Sarawak? Biar betul? Aku tak pernah dengar pun kita ada projek kat sana" Hasma meluahkan kebimbangan.
Jika benar ada projek dari mana-mana pihak, sudah pasti mereka mengadakan mesyuarat. Tetapi tiada sebarang mesyuarat yang diaturkan sejak kebelakangan itu. Hasma musykil. Wajah Natrah yang kebingungan juga ditatap.
"Kau dah tanya bos ke?" soal Hasma, inginkan kepastian.
"Dah. Dia kata, memang ada projek kat sana. Ada supplier apa entah nak tengok produk kita. Tapi aku ada jugak dengar dia cakap dengan Datuk Elias masa dalam lif tadi. Pasal projek kat Sarawak tu. Mula tu, Datuk Elias tak percaya. Tapi bos yakinkan dia. So Datuk Elias bagi approval untuk dia pergi Sarawak uruskan projek tu. Dan aku nilah yang jadi mangsa dia" adu Natrah di hujung bicaranya. Sedih apabila mengenangkan perkara tersebut. Setelah apa yang berlaku, dia ingin benar mengelak daripada bertemu atau berduaan dengan Ehsan. Kini, projek di Sarawak seakan membawa mereka rapat kembali. Arghh!!
"Musykil betul aku. Macam tak percaya je dengan bos tu"
Kata-kata Hasma membuatkan Natrah seriau. Mana taknya, yang pergi berdua dengan dia itu bukan manusia. Tetapi hantu beraura negatif! Mana mungkin dia bisa bertahan walaupun sesaat bersama lelaki itu. Namun dia juga bos. Jadi kuasa mutlak di dalam pejabat adalah miliknya. Natrah tak mampu berbuat apa-apa. Hanya berdoa agar segalanya baik-baik sahaja.
"Kau ni, cakap macam tu. Buat aku makin takut!" rungut Natrah dengan kerutan di dahi.
"Alaa tak payah takutlah. Setahu aku kan, selama aku kerja kat sini, tak pernah lagi bos tu makan orang. Dia makan nasi macam kita jugak" Hasma cuba berseloroh agar hati Natrah sedikit reda.
Riak di wajah Natrah tampak semakin keruh. Bukannya takutkan apa, dah memang si Ehsan tu menakutkan. Nak sangkal apa lagi?! Dia lagi rela dibebel Nabihah hari-hari daripada harus berduaan dengan Ehsan.
"Ishh, cakap dengan kau ni memang susah!" gerutu Natrah. Dia berlalu ke mejanya. Sebuah keluhan dilepaskan. Demi melihatkan sejambak bunga itu, hatinya semakin membungkam. Dia yakin seratus peratus kalau pengirimnya adalah Ehsan. Dan memikirkan itu, hatinya semakin takut. Aaaaa, rasa nak nangis!!
SETELAH diperkenalkan kepada beberapa orang pekerja di situ, Mikael membawa Eirfan ke bilik pejabatnya. Mereka duduk berhadapan sambil mata Eirfan memandang sekeliling. Bilik pejabat milik Mikael tidaklah semewah mana, namun ianya tampak bersih dan kemas. Ruangnya agak kecil dan tidak banyak perabot atau perhiasan.
"So macam mana? Suka tak dengan kerja baru kau? Aku harap kau selesa. Sebab kerja macam ni memang agak kotor sikit" Suara Mikael memecah kesunyian.
"Laaa aku okey jelah. Mana-mana kerja pun okey je. Janji halal. Aku tak memilih. Lagipun aku nak kerja kuat, kerja keras demi Natrah" Apabila menyebut nama Natrah ,pipi Eirfan merona merah. Entah kenapa sejak kebelakangan ini dia gemar bermimpikan yang indah-indah bersama gadis itu. Hatinya meronta-ronta ingin memiliki Natrah.
Mikael tertawa kecil. Orang tengah dilamun cinta! Dia lihat wajah Eirfan bercahaya saat nama Natrah disebut-sebutm Jelaslah, hati sahabatnya itu tengah berbahagia. Dia turut tumpang gembira kerana Eirfan berhak bahagia. Sudah terlalu banyak episod duka dalam hidupnya.
"Aku buat lawak ke?" tanya Eirfan, dungu!
"Tak. Cuma, aku suka tengok kau macam ni. Senyum, bahagia, happy. Nampak sangat kau kemaruk dengan Natrah tu kan?"
Kata-kata Mikael disambut dengan tawa kecil dari Eirfan. "Susahlah aku nak describekan perasaan aku ni. Allah je tahu apa yang aku rasa. Dia betul-betul buat aku angau"
"See? Aku dah cakap. Kau memang tengah kemaruk. Aku doakan kau bahagia selalu. Because you deserve it"
Eirfan mengangguk kepalanya. Ya, sudah saatnya untuk dia menggapai bahagia itu kerana dia sudah jemu berteman dengan derita.
"I do hope so. Kau tahu kan hidup aku macam mana" Eirfan berjeda. Dia termenung kerana tiba-tiba saja teringat akan arwah ibu dan atoknya. Dua insan yang tulus menyayanginya. Namun dua insan juga sudah meninggalkannya. Dan dia tidak sanggup menghadapi kehilangan sekali lagi.
"Allah tu ada. Dia tak pernah tidur. Berdoa banyak-banyak semoga segalanya dipermudahkan. Allah tu Maha Adil. Sabarlah Fan. Ada bahagia untuk kau. Itu janji Allah kepada orang yang bersabar"
Nasihat Mikael sedikit sebanyak melegakan hati Eirfan. Sebenarnya jika diikutkan dia sudah bersabar lebih dari kemampuannya. Segalanya yang berlaku sungguh menguji keimanannya. Semuanya telah dilakukan namun segalanya tampak sia-sia. Dan sekarang dia hanya mampu berdoa dan Allahlah tempatnya mengadu. Semoga ada sinar bahagia untuknya suatu hari nanti.
"By the way, bila aku boleh start kerja?" Eirfan menukar topik perbualan. Dia tidak mahu larut dalam kesedihan dan menarik Mikael bersamanya.
"Anytime you want. You name it"
"Hari ni boleh?"
"Lajunya" Mikael tergelak. Iya, dia faham itu. Usaha keras kerana kehidupan Eirfan sudah tidak seperti dulu lagi. Hidupnya sekarang tampak tidak teratur dan agak kelam-kabut. Dia kasihankan Eirfan. Disebabkan itulah dia sudi membantu selagi mana dia mampu.
"Nak halalkan cinta hati" sahut Eirfan diiringi gelak tawanya. Tekadnya sudah pasti, iaitu ingin membawa perhubungan mereka ke tahap yang lebih serius. Dia yakin Natrahlah jodohnya.
"JAUHNYA Love..." rengek Eirfan. Dia terkejut menerima berita daripada Natrah sekejap tadi. Natrah akan ke Sarawak bersama Ehsan atas urusan kerja. Jika diikutkan hati, dia memang tidak mahu melepaskan Natrah bersama lelaki itu. Namun kini kuasa bukanlah miliknya lagi.
"Hmmm..." Natrah menggumam. Dia rasa sedih harus berpisah dengan Eirfan. Hubungan mereka baru sahaja hendak bermula dan kini mereka terpaksa berpisah pula. Itupun selama seminggu. Gila apa si Ehsan tu? Seminggu dikatakannya tempoh masa yang sedikit padahal bagi dia itu satu penyeksaan.
"Saya rasa macam nak berhenti kerja je. Bencilah dengan si Ehsan tu! Sakit hati betul. Dia boleh je bawak orang lain pergi dengan dia. Tapi saya jugak yang dia pilih. Dia memang sengaja buat tu supaya dapat dia buli saya. Benci betullah!" rungut Natrah.
"Tak baik benci dia sangat. Nanti jadi suka"
"Nak ke saya suka dia?"
"Tak naklah!"
"Dah tu? Dah hati saya ni memang tak boleh kalau tengok dia. Nak buat macam mana. Rasa benci dan tak suka tu datang sekali"
"Iya, saya tahu. Tapi awak kenalah banyak bersabar. Janganlah nak berhenti kerja pulak. Awak kena ambik banyak pengalaman dan belajar kat situ. Walaupun Ehsan tu macam tu ,tapi percayalah dia tu boleh pimpin awak sampai ke puncak tau? Awak kena banyakkan bersabar dulu. Nanti dah stabil sikit, awak berhentilah kerja" nasihat Eirfan. Meskipun dia tidak sukakan cara Ehsan, namun dia tidak nafikan karisma lelaki itu. Ehsan cukup aktif dan sangat bijak. Jika Natrah berada di bawah pengawasannya, pasti gadis itu boleh maju ke hadapan.
"Awak macam suka je kita jauh-jauh? Haaaa, jangan-jangan awak nak menggatal di belakang saya" Natrah memandang wajah Eirfan. Matanya sengaja dikecilkan. Dia rasa cemburu tatkala memikirkan hal itu.
Eirfan ketawa. Hidung mancung Natrah ditarik. "Ke situ pulak! Mana ada saya nak menggatal. Gatal dengan awak je. Saya ni kalau boleh, nak je ikut awak ke Sarawak. Tapi awak pun tahu kan. Saya dan Ehsan tak sekepala. Lagipun saya baru je nak mula kerja. Tak selesa pulak dengan Mikael kalau saya tiba-tiba mintak cuti"
"Ya, saya faham. Saya gurau jelah. Awas, kalau awak gatal dengan orang lain! Saya campak awak dalam kolam renang belakang rumah saya"
Ugutan Natrah membuatkan Eirfan tergelak besar. Dia rasa lucu pula. Tambah lagi dengan wajah comel Natrah itu. Hailahhh hati, sabar please!!
"Ya sayanggg.. Promise"
Share this novel