BAB 7

Romance Completed 67139

         "SIAPA awak? Mana Iqbal?" Soalan itu untuk kali keduanya diulang oleh Adara. Masih menantikan jawapan daripada lelaki yang tak bernama dihadapannya sekarang.

"Aris. Aris Hazryn." Jawab lelaki itu memperkenalkan dirinya. Namun jawapan itu langsung tak memuaskan hati Adara lagi. Dia nak tahu mana Iqbal. Mana tunang dia?

"Mana Iqbal, Aris?" Buat sekian kalinya Adara bertanyakan soalan tersebut. Dia masih tertanya-tanya mengapa kehadiran Aris yang berada di majlis pertunangannya pada hari ini dan bukannya Iqbal.

"Ara, kenapa ni? Iqbal mana? Ni siapa?" Tegur Nek Kalsum mendekati mereka berdua. Adara mempamerkan senyuman palsu. Entah mengapa hatinya berasa tak sedap.

"Nek, ni Aris. Dia... Erm dia kawan Iqbal. Kan?" Jelas Adara cuba memperkenalkan orang asing yang baru sahaja dia jumpa beberapa minit yang lalu. Aris mengeluh dalam diam.

"Oh kawan Iqbal. Mana Iqbalnya? Nak mula majlis dah ni. Ha Ara, mana Iqbal?" Giliran Nek Kalsum bertanya. Adara pandang Aris mahukan jawapan yang sama daripada lelaki itu juga.

"Iqbal tak ada. Dia nak batalkan majlis pertunangan ni." Kata-kata itu dilontarkan oleh Aris tanpa riak. Seolah kata-kata itu hanya  omongan kosong.

Adara terkedu. Dia langsung tak menyangka jawapan itu yang akan keluar dari mulut Aris pada ketika ini. Wajahnya terpamer riak muka tidak percaya dengan kata-kata Aris sebentar tadi.

"Apa? Iqbal... Iqbal nak batalkan pertunangan ni? Aris, aku tak kenal kau siapa dari mana kau datang tapi tolonglah jangan buat gurau benda macam ni. Mana Iqbal, Aris?" Gesa Adara tak nak percaya. Dia takkan percaya selagi Iqbal tak datang dan cakap sendiri perkara ni depan dia.

Apa, ingat dia bodoh sangat nak percaya kata-kata orang yang baru dia jumpa beberapa minit yang lepas?

The answer is no. And still no.

"Untuk kali terakhir, mana tunang aku, Aris?"

Adara mencerlungkan mata ke arah Aris. Sudah jelas dia tak puas hati dengan lelaki itu sekarang. Entah mana datangnya, tiba-tiba bawa berita yang Iqbal nak batalkan pertunangan mereka.

Then, now expect dia nak percaya bulat-bulat apa yang Aris cakap? You gotta have be kidding me.

"Sorry." Gumam Aris sebelum melangkah pergi dari situ cuba melarikan diri.

"Aris!" Panggil Adara sedikit kuat sehingga menarik perhatian tetamu yang hadir. Adila segera mendapatkan Adara.

Sementara, Nek Kalsum sudah memegang dada yang terasa mencucuk apabila mendengar berita bahwa Iqbal mahu membatalkan pertunangan bersama Adara.

"Ara, kau kenapa ni? Terjerit macam orang gila. Kau panggil nama siapa tadi?" Tanya Adila sambil mengibas wajah Adara dengan kipas di tangan.

"Dila, Iqbal dia nak-"

Belum sempat Adara menghabiskan kata-kata, para tetamu mula mengerumuni Nek Kalsum yang secara tiba-tiba pengsan. Serta-merta, Adara mendapatkan Nek Kalsum.

"Nek!"

-------------------------------------------------------------------------------------------------------


"DANI tak ada. Dia tak datang." Lapor Irsyad yang memerhatikan sahaja keadaan sedari tadi. Cap yang dipakai dibetulkan. Matanya mencari susuk tubuh lelaki tak dikenali yang bersama Adara tadi.

"Good. Just like we expected from Dani." Balas Aiden sinis. Bibirnya mengukir senyuman mengejek. Dia sudah dapat membayangkan Dani kembali bekerja untuk dia semula.

"By the way, how's she?" Tanya Aiden ingin tahu dengan keadaan Adara selepas ditinggalkan pada hari pertunangannya sendiri.

Poor girl, she deserves better. Better than Iqbal.

"Adara? Dia okay. Cuma ada lelaki lain yang ada dengan dia tadi." Balas Irsyad menceritakan apa yang terjadi di majlis pertunangan Adara pada hari ini tanpa meninggalkan sebarang maklumat sekalipun.

"Lelaki? Ada apa-apa yang kau tahu pasal dia? If not, get him. Maybe dia tahu dekat mana Dani sekarang." Arah Aiden tanpa ragu-ragu.

Irsyad mengangguk tanda faham. Secara tiba-tiba, terasa bahunya ditepuk lembut oleh seseorang membuatkan dia menoleh ke belakang.

"Cari aku?" Tegur satu seseorang menangkap perhatian Irsyad. Tanpa amaran, sebuah penumbuk dilayangkan pada wajah Irsyad dengan kuat. Membuatkan dia terdorong ke belakang sedikit atas serangan mengejut tersebut.

"You okay there, man?" Tegur Aris meniup buku limanya yang langsung tak tercedera atas tumbukan padu tadi.

Irsyad kembali berdiri semula. Hidungnya yang mula mengeluarkan darah langsung tak dihiraukan. Rahangnya yang terasa kebas diketap. Cap yang dipakai sudah hilang entah ke mana.

"Siapa kau? Mana Dani? Apa kau buat dekat sini." Soal Irsyad mendekatkan diri ke arah Aris berada. Anak mata mereka bertembung. Masing-masing tak mahu mengalah. Sepucuk pistol diacukan pada bahagian perut Aris. Aris senyum senget.

"Siapa aku? Aris. Hazryn. Kenapa aku dekat sini? Untuk bagi kau amaran daripada Dani sendiri. Especially untuk Aiden. Aiden Zharif. Puas hati?" Tenang sahaja jawapan Aris. Langsung tidak takut dengan pistol yang diacukan pada bahagian perutnya sekarang.

"Now, my turn." Sekelip mata sahaja, Irsyad sudah tersungkur ke tanah. Kini, pistol itu diacukan pula pada Irsyad. Aris tersenyum puas hati.

"First warning, stay away from Adara." Bisik Aris pada telinga Irsyad sebelum Irsyad berjaya membuat serangan semula. Kini, Aris sudah hilang dari pandangan. Irsyad mendengus tanda geram.

Dia segera mengambil telefon pintarnya yang tercampak jauh ketika bergelut sebentar tadi.
Skrin telefon yang masih menyala nenunjukkan nama Aiden menandakan bahwa panggilan tersebut masih disambungkan.

"Tuan?"  Ucap Irsyad cuba memastikan status panggilan mereka. Tak lama kemudian, kedengaran suara Aiden dari hujung talian.

"Balik."

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

SEKUJUR tubuh Nek Kalsum terbaring diatas katil sedang berehat. Adara menarik nafas lega apabila mengetahui bahwa keadaan Nek Kalsum tidak ada apa-apa yang serius kecuali memerlukan rehat yang secukupnya.

Semuanya berpunca daripada tekanan majlis pertunangan Adara yang dilakukan secara mengejut. Berita pertunangan Adara yang dibatalkan juga makin mengeruhkan keadaan. Membuatkan Adara serba salah atas segalanya.

"Dila..." Panggil Adara cuba menarik perhatian Adila yang sedang menyelimutkan tubuh Nek Kalsum.

"Ara... Aku tahu apa kau fikir sekarang. Ini bukan salah kau. Benda nak jadi kan? Dah jangan salahkan diri kau sendiri." Pujuk Adila yang sudah dapat membaca fikiran Adara tanpa gadis itu perlu menerangkan segalanya.

Adara mengangguk kecil. Dia cuba mengukir senyuman. Dia tak nak bazirkan air mata begitu sahaja. Dia takkan mengalah.

"Dila... Aku nak minta kau tolong jagakan Nek untuk aku boleh tak?" Pinta Adara sudah ada rancangan. Adila mengerutkan dahi.

"Kenapa kau nak pergi mana? Kau jangan buat kerja gila Ara. Yang salah tu Iqbal. Dasar tak guna punya jantan-" Mulut Adila segera ditekup oleh Adara.

"Shhh... Aku tahu. Aku cuma nak cari Iqbal." Potong Adara, memotong percakapan Adila sebentar tadi. Adila mengeluh tanda pasrah.
Dia berpeluk tubuh.

"Fine, aku jaga Nenek. Janji dengan aku kau tak salahkan diri kau, okay?" Ucap Adila sambil bercekak pinggang. Jari kelengkengnya disuakan pada Adara.

Adara senyum nipis. Sekurangnya dia masih ada Adila dan Nek Kalsum. Jari kelengkengnya disematkan bersama jari kelengkeng milik Adili tanda mengikat perjanjian mereka. Sudah menjadi tabiat antara mereka berdua.

"Promise." Dia akan cari Iqbal sampai jumpa.

Next chapter will be up soon tomorrow at 8.a.m Stay tuned

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience