BAB 3

Romance Series 10150

USAI makan malam, Izwan mengemas meja makan, manakala Azwan pula mencuci pinggan mangkuk di dalam sinki. Beginilah rutin mereka tiga beranak setiap hari, Tuan Haji Anuar memasak, Azwan mencuci pinggan mangkuk dan Izwan pula mengemas meja makan.

"Ayah, ayah tak terfikir ke nak kahwin lagi?" soal Azwan dengan tiba-tiba.

Tuan Haji Anuar yang sedang meneguk air kopi itu tersedak sebaik sahaja mendengar soalan dari Azwan.

Izwan segera mendapatkan ayahnya seraya mengurut belakang badan ayahnya itu kemudian dia mencerlung ke arah Azwan. "Abang! Kenapa abang tiba-tiba tanya soalan macam tu? Wan rasakan, kalau ayah nak... dah lama ayah kahwinlah abang..." tegur Izwan. Dia mengurut belakang badan ayahnya seraya mengerling semula ke arah Azwan. "Kalau terjadi apa-apa dengan ayah, siaplah abang."

"Hehehe... maafkan Azwan ya, ayah? Azwan tak patut tanya soalan macam tu..."

"Ha... Tahu pun!" balas Izwan lagi.

Azwan hanya menjelirkan lidahnya pada Izwan.

"Abang ni..."

"Sudah... cukuplah tu. Tak usah kamu berdua nak bergaduh!" sampuk Tuan Haji Anuar.

"Bukan nak bergaduhlah ayah... Azwan saje aje tadi! Sengaja nak usik adik Wan ni... Azwan tahu pasti Wan yang akan menjawab soalan tu tadi," ujar Azwan sambil ketawa memandang adiknya.

Izwan sudah berpeluk tubuh dan memuncungkan bibirnya tanda protest kerana kali ini Azwan berjaya mengusiknya.

"Wan... sinilah duduk sebelah abang!" Azwan memanggil Izwan untuk duduk bersama-sama sambil menonton tv.

Pap!!

Izwan tiba-tiba sahaja menampar dahinya sendiri. Azwan dan Tuan Haji Anuar terkejut dengan tingkah Izwan yang tiba-tiba berlari ke arah tangga di mana beg kerjanya diletakkan di atas meja bersebelahan dengan tangga.

"Wan... kenapa tu?" soal Tuan Haji Anuar.

Azwan pula hanya mengerling adiknya seperti mengambil sesuatu di dalam begnya itu. Beberapa saat selepas itu, Izwan datang semula ke arah ayah dan abangnya. Di tangannya ada sekeping sampul surat berwarna putih. Izwan melabuhkan duduk di tengah-tengah antara ayah dan abangnya.

"Surat apa ni, Wan?" Azwan bertanya.

Izwan tidak menjawab, tetapi senyuman terukir di bibirnya.

"Ha'ah Wan, cepat bagitahu dekat ayah, surat apa ni?" Tuan Haji Anuar pula bertanya sambil merenung muka Izwan, lama.

"Ayah, abang. Sebenarnya... Wan dikehendaki posting ke Kuching, Sarawak. Sebenarnya Wan tak nak... Wan tak nak berjauhan dengan ayah, dengan abang... Wan dah cuba buat rayuan, tapi..." kata-kata Izwan terputus dipintas oleh ayahnya.

"Wan, sebagai pegawai polis, Wan kena kuat! Jangan tunjuk kelemahan Wan! Ayah tahu, Wan anak manja ayah... Tapi takpe, Wan jangan risaukan ayah..." ujar Tuan Haji Anuar.

"Betul tu! Pasal ayah, Wan tak perlu risau, abang ada... Abang boleh jaga ayah... kan ayah?" sampuk Azwan.

Tuan Haji Anuar mengangguk tanda setuju.

"Kalau ayah dan abang dah cakap macam tu... baguslah. Tapi takpe abang! Nanti kalau abang cuti, abang bawalah ayah pergi jumpa Wan dekat sana tau! Nanti Wan belanja tiket flight!" balas Izwan sambil memeluk bahu ayah dan abangnya itu.

"Bila Wan kena melaporkan diri?" Tuan Haji Anuar bertanya lagi.

"Lusa... Wan kena melapor diri di IPK Sarawak, di Kuching," jawab Izwan.

"Hah?! Cepatnya! Alah... susahlah macam ni... Tak dapatlah abang nak usik adik Wan lagi lepas ni..." Azwan berkata dalam nada kecewa.

"Eleh... nak usik Wan... tapi last-lastnya dia sendiri yang jadi mangsa Wan!" seloroh Izwan.

Kini giliran Azwan pula yang memeluk tubuh sambil memuncungkan bibirnya.

"Dah... korang berdua ni, suka sangat nak usik mengusik! Satu hari tak buat memang tak sah! Wan... cepat minta maaf dengan Abang Azwan tu!" Tuan Haji Anuar sudah membebel.

"Tak nak!" balas Izwan ringkas.

Tiba-tiba tubuh Izwan dipeluk dari arah belakang oleh Azwan. Izwan tergamam.

"Adik... Jaga diri baik-baik tau di negeri orang! Solat jangan tinggal! Sesibuk mana sekalipun, solat kita wajib utamakan! Abang dan ayah akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Wan di tempat baru Wan nanti! Ingat pesan abang ni tau!" bicara Azwan mengingatkan adiknya.

Izwan berpaling ke arah belakangnya seraya membalas pelukan Azwan.

"Baiklah abang... Wan akan ingat pesanan abang tu."

"Esok Wan berangkat ke Kuching, kan?" Tuan Haji Anuar bertanya.

"Ya, ayah! Flight Wan petang esok," jawab Izwan.

??????

Empat minggu berikutnya...

WAJAH ayu putih manis di hadapannya itu direnungnya lama.

Cik Hanna... kalaulah Cik Hanna sudi keluar lunch bersama denganku kan bagus... indahnya rasa hati ni! Azwan bermonolog dalam hati.

Hanna Nadira Binti Dato' Arsyad, merupakan anak tunggal kepada pemilik firma Arsyadians Architecture sdn bhd, yang juga merupakan firma di mana Azwan berkerja sebagai personal Assistant, PA kepada Dato' Arsyad.

Azwan hanya memerhati Hanna Nadira berbual dengan papanya, Dato' Arsyad.

"Papa, Hanna hanya cintakan Amir Raizil, pa... Mana boleh Hanna kahwin dengan orang yang Hanna tak kenal!" Hanna Nadira merayu kepada papanya, Dato' Arsyad.

"Hanna... Hanna kena faham, kenapa papa tak restui hubungan Hanna dengan budak Amir Raizil tu!" Dato' Arsyad tetap bertegas  dengan pendiriannya itu.

"Habis tu? Papa nak Hanna kahwin dengan siapa?" Hanna Nadira bertanya dengan nada yang agak dingin.

"Khairul Azwan..." jawab Dato' Arsyad Ringkas.

Azwan yang duduk di sebelah Hanna Nadira menghadap Dato' Arsyad terus terlopong.

Hanna Nadira juga turut terlopong seraya menoleh ke arah Azwan yang sedang melopong itu.

Dato' Arsyad ni... biar betul orang tua ni? gerutu hati Azwan.

"Papa! Apa maksud papa ni? Papa nak Hanna kahwin dengan dia ni? Papa dah gila ke apa? Hanna bukannya kenal sangat dengan Azwan ni! Lagipun dia..."

Kata-kata Hanna Nadira terputus dipintas oleh Azwan.

"Betul kata Cik Hanna tu Dato'... saya dengan Cik Hanna memang tak layaklah Dato', lagipun saya ni bukan orang yang berada seperti teman lelaki Cik Hanna ni. Please Dato'..." Azwan merayu bagi pihak dirinya dan juga bagi pihak Hanna Nadira.

"Azwan, sekarang kamu sudah tahu, kan? Kenapa saya panggil kamu masuk ke bilik saya ni?"

Azwan mengangguk.

"Tak ada tapi-tapi lagi... Jawapan saya tetap muktamat!" tegas Dato' Arsyad.

Azwan tunduk dan mendiamkan diri. Hanna Nadira bingkas bangun dari kerusi.

"Hanna nak keluar sekejap!"

"Hanna Nadira, stop! Kalau selangkah Hanna keluar dari bilik ni, serta-merta semua kemewahan yang ada pada Hanna sekarang ni papa tarik balik!" ujar Dato' Arsyad tegas.

"Apa lagi yang papa nak?!" Hanna Nadira bertanya, bengang.

"Hanna, duduk! Dengar dulu apa yang papa nak cakapkan!"

Hanna Nadira kembali duduk di kerusi yang bersebelahan dengan Azwan. Mukanya sudah merah padam menahan marah.

"Esok, Hanna kena pergi ke Pulau Pangkor, Azwan juga akan ikut sekali!" tegas Dato' Arsyad.

"Tapi... tapi... tapi Dato'..."

"Tak ada tapi tapi lagi Azwan, kamu wajib ikut anak saya ni ke Pulau Pangkor esok, muktamad!"

Adoi... apa kena dengan orang tua ni? Dia yang ada masalah dengan anak dia, kenapa libatkan aku sekali? Habis tu, ayah aku dekat rumah tu macam mana? Sudahlah kesihatannya tak berapa elok semenjak Izwan pergi bertugas di Kuching Sarawak! Kalau aku menolak, karang tak pasal-pasal aku kena pecat! Bukan senang nak dapatkan pekerjaan sekarang ni! Nak tak nak... Terpaksa jugalah aku setuju ni... Mungkin tak lama kat Pulau Pangkor tu! Sehari dua aje kot? Sekali lagi Azwan bermonolog dalam hati.

"Macam mana kamu Azwan? Setuju?" Dato' Arsyad bertanya.

Hanna sudah merenung tajam ke arah Azwan sambil memberi isyarat jangan kepada Azwan. Azwan mengangguk tanda setuju, walaupun hatinya memberontak kerana tak sampai hati meninggalkan ayahnya seorang diri di rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience