BAB 9

Romance Completed 43245

"Awak nak makan apa?" tanya Haiqal Iskandar. Anis Raihanna menilik sebentar menu yang disediakan.

"Saya nak nasi goreng biasa dengan fresh oren" balas Anis Raihanna kepada pelayan disitu.

Pelayan tersebut menulis catatan dibuku notanya sebelum menanyakan soalan yang sama kepada Haiqal Iskandar.

"Saya nak yang sama dengan dia" Haiqal Iskandar tersenyum kepada pelayan yang bernama Amirah itu. Dia tersenyum malu.

Anis Raihanna yang melihat merasa jengkel. Hello,dia tunang aku la?! marah Anis dalam hati. Dia mencebik.

Tidak lama kemudian,pelayan tersebut berlalu pergi. Haiqal Iskandar pelik dengan kelakuan Anis Raihanna yang bermasam muka.

Aku ada buat salah ke? soal Haiqal Iskandar dalam hati. Anis Raihanna pula mendiamkan diri.

"Awak ok ke saya ada buat salah apa apa ke?" lembut saja nada suara Haiqal Iskandar.

"Saya ok lah mana ada awak buat salah apa apa pun" tipu Anis Raihanna. Dia cuba memaniskan muka. Takkan la nak cakap

"Haah,awak salah sebab senyum dekat pelayan tu tadi" tak ke cemburu buta namanya tu. Dia mengeluh perlahan.

"Tapi,kenapa awak tiba tiba diam je lepas saya senyum..." Baru saja Haiqal Iskandar mahu menghabiskan ayatnya dia perasan akan perubahan riak muka Anis Raihanna.

Dia tersenyum senget. La,cemburu rupanya. Dia mahu menghamburkan tawanya tetapi ditahan.

"Sambunglah ayat awak tu senyum kat siapa?" sinis saja suaranya. Anis Raihanna mencebikkan bibir sambil tangannya disilangkan ke dada.

Mahu tunjuk protes saja lagaknya. Haiqal Iskandar yang melihat kerenahnya akhirnya menghamburkan tawanya. Ala,comelnya tunang aku yang satu ni!

Anis Raihanna mengerutkan dahinya. Pelik dengan Haiqal Iskandar yang mentertawakannya. Apa yang lawak sangat? Dia menilik dirinya takutlah ada apa apa yang lawak. Namun,tiada apa apa.

"Awak kenapa gelak?" Haiqal Iskandar cuba berhenti mentertawakannya.

"Awak cemburu ya?"

Merah muka Anis Raihanna apabila kelakuannya disedari oleh tunangnya.

Aduh,obvious sangat ke? Malunya! monolog Anis Raihanna sendirian.

"Mana ada saya cemburu!" tipu Anis Raihanna lagi.

Haiqal Iskandar tersenyum nakal.

"Saya minta maaf ok,lain kali saya senyum kat awak je" Haiqal Iskandar mengenyitkan matanya kepada Anis Raihanna.

"Awak! Janganlah buat macam tu."

Anis Raihanna menunduk malu. Mukanya jangan cakaplah merah macam udang kena bakar dah. Haiqal Iskandar tergelak kecil. Alhamdulilah,nampaknya cintanya tak bertepuk sebelah tangan. Dia tersenyum bahagia.

Sebaik saja makanan mereka sampai, mereka berbual bual tentang kehidupan masing masing. Ingin mengenal hati budi kononnya. Kebanyakannya Haiqal Iskandar yang mendengar kerana Anis Raihanna terlalu teruja mahu bercerita.

Sejujurnya,Haiqal Iskandar berasa sangat bahagia kerana dapat meluangkan masa bersama tunang yang dicintainya.

Pada masa yang sama,dia juga mahu berterus terang tentang pertukaran kerjanya ke Langkawi selepas majlis perkahwinan mereka. Tetapi,dia tidak mahu merosakkan detik gembira ini.

"Awak..termenung apa tu?" tegur Anis Raihanna.

Dia melambaikan tangannya dihadapan muka Haiqal Iskandar. Jauh sangat termenung tunang aku ni. Bosan sangat ke cerita aku?

" Oh,sorry..awak dah habis makan? Saya pergi bayar dulu" terang Haiqal Iskandar.

Anis Raihanna mengangguk.

Mereka berdua berjalan beriringan meninggalkan restoran tersebut.

"Awak kita nak pergi mana dulu ni?" tanya Anis Raihanna.

"Kita beli hantaran dulu lah atau awak nak pergi beli cincin dulu?" soalan dibalas soalan.

Anis berfikir sebentar sambil berjalan tanpa melihat sekeliling. Dia mendahului langkah Haiqal Iskandar. Haiqal Iskandar hanya tersenyum menunggu jawapan Anis Raihanna.

Tanpa dia sedari,dia melanggar seseorang secara tidak sengaja hingga menyebabkan air lelaki itu tertumpah.

"Woi,buta ke! Tengok habis basah baju aku!" marah lelaki itu.

Seraya itu,dia membetulkan pakaiannya. Aduh,apa kau buat ni Anis! Dia terkejut dengan tindakannya.

"Maaf,encik.Saya tak perasan tadi" jawab Anis Raihanna.

Yang mamat ni duduk tengah jalan dah kenapa? Memang kena langgar la. Dia mengeluh perlahan sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Kau pikir mintak maaf boleh keringkan baju aku yang basah ni ke hah?" sinis suara lelaki itu.

Dia menanggalkan cermin mata hitamnya. Namun,pandangannya masih dihalakan pada pakaiannya.

Anis Raihanna mula menyirap. "Hello,encik yang duduk tengah jalan ok?! Saya dah minta maaf kan!" marah Anis Raihanna.

Naik turun pernafasannya mengawal amarah di dada. Kalau ikutkan hati,aku simbah je lagi air kat kau la. Dasar mamat poyo! kutuk Anis Raihanna didalam hati.

Dia berpeluk tubuh melihat lelaki dihadapannya.Apabila mendengar kata kata Anis Raihanna lelaki itu terus mengangkat mukanya. Dia membuntangkan mata.

"Kau?!" Serentak mereka berdua bersuara.

Haiqal Iskandar yang baru saja tiba melihat mereka kehairanan. Tapi,macam aku kenal lelaki ni. Desis hati Haiqal Iskandar. Dia merasakan situasi tegang antara mereka.

"Awak ok tak ni?"

Dia melihat keadaan Anis Raihanna namun tiada apa apa yang berbeza.

"Saya ok jer,cuma saya TERlanggar mamat ni" sinis suaranya membalas.

Perkataan TER sengaja ditekankan mahu memperli agaknya. Dia menjeling mamat poyo tu.

Pandangan Haiqal Iskandar dihalakan kepada lelaki yang seakan dikenalinya tu. Dia memandang pakaiannya yang jelas ada kesan tumpahan kopi dibajunya.

"Bro,kau ok tak?" Seraya itu dia menepuk perlahan bahu lelaki itu.

"Aku ok bro cuma awek kau ni yang tiba tiba langgar aku.

Tengok habis basah baju aku" Lelaki itu menunjukkan tumpahan kopi pada bajunya.

"Hei,aku dah minta maaf kan! Kau nak apalagi!"celah Anis Raihanna.

Haiqal Iskandar cuba menenangkan keadaan tegang antara mereka. Masing masing tidak mahu berbalah. Dah macam budak budak saja lagaknya.

"Sorry bro.." lembut saja tutur katanya kepada lelaki itu.

"Awak jangan marah ii ok" dia cuba memujuk Anis Raihanna.

"Takpelah,bro. Aku faham keadaan kau yang dapat awek yang baran macam dia ni. Aku gerak dululah."

Sempat lagi dia memerli Anis Raihanna. Baru saja lelaki itu mahu meninggalkan mereka berdua. Haiqal Iskandar menahannya.

"Bro,kau ni Afiq Raihan kan?"

Pertanyaan Haiqal Iskandar membuatkan dirinya sedikit terkejut. Macam mana tunang Hana boleh kenal aku ni? Getus hati Afiq Raihan.

Dia mengerutkan dahinya sebelum mengangguk. Reaksi Anis Raihanna lagi melampau siap ternganga lagi apabila mengetahui tunangnya mengenali Afiq Raihan padahal mereka tidak pernah berjumpa? Eh yeke Anis? Monolog hatinya.

"Oh betullah,aku tunang Anis,Haiqal Iskandar. Aku ada nampak kau masa hari pertunangan kami."

Dia memperkenalkan dirinya kepada Afiq Raihan. Pada masa yang sama,dia menghulurkan tangan untuk bersalaman. Akhirnya,huluran itu disambut oleh Afiq Raihan. Dia mengukir senyuman.

"Aku sepupu Hana." terang Afiq Raihan pula.

Anis Raihanna hanya menjadi pemerhati. Dia sendiri terkejut bahawa mereka saling mengenali. Riak mukanya dikawal sebaik mungkin.

"Oklah bro,aku gerak dulu" kata Afiq Raihan sebelum meninggalkan mereka. Dia kelihatan terburu buru.

Haiqal Iskandar hanya mengangguk manakala Anis Raihanna terpinga pinga. Macam tu je lepastu dia pergi? Bicara Anis Raihanna didalam hati. Mereka berdua menghantar Afiq Raihan dari ekor mata. Tidak lama kemudian,mereka saling berpandangan.

"So,kita nak pergi mana?" tanya Haiqal Iskandar.

Dia menaikkan keningnya sedikit. Terserlah kekacakannya. Dia berkelakuan seperti tiada apa apa yang berlaku.

Anis Raihanna mengerutkan dahi. Dia cuba mencerna apa yang baru berlaku tadi. Aku langgar Afiq Raihan lepastu Iskandar kenal dia dan sekarang dia buat macam tak jadi apa apa. Pelik tapi benar.

"Ermm..kita pergi beli barang hantaran dululah" Anis Raihanna memandang Haiqal Iskanadar menunggu jawapan.

"Ok" Ringkas saja jawapan Haiqal Iskandar.

"Awak kenapa awak tak cakap kat saya yang awak kenal Afiq Raihan?" dia berterus terang.

"Awak yang tak tanya kan?"

Haiqal Iskandar mempamerkan riak muka biasa. Anis Raihanna hanya mengiyakan kata kata Haiqal Iskandar. Betul juga Anis,kau yang tak tanya.suara hatinya bersuara.

"Dah,jom kita beli barang hantaran" ajak Haiqal Iskandar.

Dia perasan dari tadi tunangnya terganggu sejak perkenalan antara dia dengan Afiq Raihan tadi. Dia hanya mendiamkan diri.

"Jomm" ceria saja nada suara Anis Raihanna. Dia mendahului langkah Haiqal Iskandar sekali lagi.

"Tengok orang sambil jalan. Jangan langgar orang!" laung Haiqal Iskandar dari belakang.

Anis Raihanna menoleh sambil bercekak pingang.

"Saya tahulah!"

Anis Raihanna mencebik sebelum meneruskan langkahnya.

Haiqal Iskandar tergelak kecil. Dia sangat mengharapkan bahawa dia dapat meluangkan masa bersama gadis itu dengan lebih kerap.

???

"Bro,kau kat mana? Penat tau tak tunggu kau! Tunggu kau dah macam tunggu jodoh aku!"

Sempat lagi tu nak berlawak ya Adam Syahmi. Tawanya jelas kedengaran di corong telefon. Afiq Raihan menjulingkan matanya. Menyampah dengan perangai tak semengah sahabat baiknya tu.

"Aku dah sampai,mana kau?" Dia meliarkan pandangan ke sekeliling. Mahu mencari susuk tubuh Adam Syahmi.

Kelihatan Adam Syahmi melambai tangan tidak jauh dari tempat dia berdiri. Dia menamatkan panggilan. Langkah dipercepatkan.

"Assalamualaikum,Afiq" tegur Adam Syahmi.

Sengaja dia menyakat. Afiq Raihan tertawa kecil. Dia mengambil tempat dihadapan sahabat baiknya itu.

"Waalaikumusalam,Adam" dia memulangkan paku buah keras.

"Lambat kau sampai bukan meeting habis awal ke?"

Terjongket sedikit kening Adam Syahmi. Afiq Raihan mengeluh kecil.

"Jap,kenapa baju kau kotor. Kau buat apa tadi?" Adam Syahmi memandang pakaian Afiq Raihan yang kotor.

"Aku pergi minum sebelum jumpa kau ni. Then,ada minah tu langgar aku dia tertumpahkan sekali air aku kat baju ni. Entah buta ke apa perempuan tu" balas Afiq Raihan tak puas hati.

Adam Syahmi tersenyum senget. Dia tahu sangat perangai Afiq Raihan yang sukakan kekemasan.

"Oh,kesian perempuan tu" selamba saja Adam Syahmi membalas.

"Hei,dia yang langgar aku then kau pulak kesiankan dia bukan aku? "

Riak muka tidak puas hati jelas terpamer dimuka Afiq Raihan. Dia merampas air Adam Syahmi lantas meminumnya. Geram sangat.

"Relax bro,aku just kesian dengan dia sebab terlanggar mamat tak betul macam kau ni" Adam Syahmi menghamburkan tawanya buat sekian kalinya. Asyik gelak je dia ni tak penat ke. Afiq Raihan menarik muka.

Dia tak tahu nak berterus terang kepada sahabat baiknya tentang kejadian dia bertemu Anis Raihanna tadi.

"Lama lagi ke kau kat sini,Dam?" Dia cuba menukar topik.

"Tinggal 3 hari je rasanya. Kau?" Afiq Raihan cuba mengingat semula jadual kerjanya. Maklumlah,Anis Raihanna cuti jadi ia terpaksa berdikari buat sementara ni.

"Seminggu lagi sebab aku kena ambil Anis Raihanna hujung minggu ni" Dia menepuk perlahan dahinya kerana bercakap sebelum berfikir.

Aduh,macam mana boleh terlepas ni. Gumam Afiq Raihan sendirian namun tetap boleh didengari oleh Adam Syahmi.

Adam Syahmi bingung. "Wait,apa kau cakap, nak ambil Anis what? Better kau cerita kat aku sekarang, Afiq Raihan!" Dia mencerlung mata melihat sahabatnya.

"Fine,aku cerita but don't misunderstand okay." Dia memberi amaran.

Dia tahu kalau cerita nanti confirm Adam Syahmi pikir yang bukan-bukan. Akhirnya, dia berterus terang tentang segala kejadian yang jadi tak terlepas satu perkara pun semua dia cerita.

???

Haiqal Iskandar tersenyum senget. Dia mengerling Anis Raihanna yang tertidur di tempat penumpang disebelahnya.

Penat sangat agaknya gumamnya sendirian. Mana tidaknya, semua persiapan perkahwinan mereka mahu disiapkan dalam masa satu hari!

Memang tak mustahil kerana ibubapa mereka ada membantu tetapi penatnya bukan kepalang!

Setibanya di pekarangan rumah Anis Raihanna,dia memberhentikan kereta dihadapan rumahnya. Hari sudah lewat malam. Dia mengerling sekali lagi Anis Raihanna disebelahnya.

"Nak kejut ke tak ni?" Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Nak dikejut kesian pula. Dah tu takkan kau nak bawa dia balik pulak,dia belum sah jadi isteri kau lagi,Is! Monolog hatinya.

Akhirnya,dia memutuskan untuk mengejut gadis itu.

"Awak..kita dah sampai" Dia cuba memanggil Anis Raihanna. Namun,gadis itu masih lena. Aduh,tak bangun la pulak!

"Anis Raihanna binti Zahid."

Kali ini dia memanggil nama penuh gadisnya pula. Boleh juga dia berlatih untuk akad nikah nanti. Haha.

Namun masih sama, malah kali ini dengkuran halus mula kedengaran. Dia buntu. Tiba tiba cermin tingkapnya diketuk dari luar.

"Ya Allah!"

Secara spontan ayat itu keluar daripada mulutnya. Dia mengurut perlahan dadanya. Bahunya juga terhenjut sedikit. Nasib baik dia melatah benda baik kalau tak hmmm.

Dia menurunkan tingkapnya. Kelihatan Encik Zahid dan Puan Aimi yang mengukirkan senyuman kepadanya diluar tingkapnya.

"Is,kenapa tak masuk je? Anis mana bukan dia keluar dengan Is ke? Bukan Is nak hantar dia balik ke? bertalu talu soalan diutarakan oleh Puan Aimi.

Jelas kelihatan dia merisaukan anaknya. Encik Zahid mengeluh kecil. Kenal sangat perangai isterinya yang cepat risau kalau berkaitan dengan Anis Raihanna.

"Awak cuba tanya satu satu. Kesian Iskandar ni hah."

Terkebil kebil Haiqal Iskandar apabila ditanya sedemikian. Puan Aimi menunduk malu.

"Maafkan ibu Iskandar. Ibu cuba nak tahu mana Anis"

Haiqal Iskandar serba salah. Salah dia juga tak berterus terang.

"Eh,ibu tak salah. Is yang salah tak terus terang dari awal. Sebenarnya, Is memang nak hantar Anis tapi dia tertidur. Is dah kejut banyak kali tapi dia tak bangun juga. Tadi, Is nak cuba kejut dia sekali lagi tapi cermin kereta kena ketuk rupanya ibu dengan ayah." Terang Haiqal Iskandar panjang lebar.

Encik Zahid hanya mengangguk perlahan. Puan Aimi pula mengeleng kepala.

"La, Anis ni memang susah nak bangun tidur. Biar ibu kejutkan."

Haiqal Iskandar mengangguk perlahan. Encik Zahid hanya memerhati. Puan Aimi menghampiri anaknya. Digoncangkan bahunya secara lembut. Takkan kasar pulak mahu mati terus anaknya nanti. Haha

"Ishh,jangan kacau Anis. 5 minit. Lepastu Anis bangun."

Dia mengalihkan badannya mengadap ke Haiqal Iskandar pula. Terpisat pisat matanya dia gosok. Kenapa ada muka tunang aku ni bukan aku dalam bilik ke? gumamnya sendirian.

Dia meliarkan pandangan ke sekeliling. Haiqal Iskandar menahan tawanya. Comelnya kau Anis Raihanna!

"Ha,bangun pun. Jom masuk ke nak tidur dengan Is dalam ni?" seloroh Puan Aimi apabila melihat anaknya dah bangun dari tidur.

Merah muka Anis Raihanna apabila mendengar seloroh ibunya. Haiqal Iskandar pula sudah tersenyum nakal.

"Ish,ibu ni. Jangan gurau macam tu. Ya, Anis nak keluar la ni. Ermm,Is saya pergi dulu.Bye!" Dia keluar dari kenderaan milik Haiqal Iskandar itu. Malu woi! Maluu!

"Anis!" panggil Haiqal Iskandar.

Anis Raihanna menoleh ke belakang. Apalagi dia nak ni,aku tengah malu la! bicaranya didalam hati.

"Awak macam mana dengan barang awak dalam bonet kereta saya?" lembut nada suara Haiqal Iskandar.

Anis Raihanna menepuk dahinya. Ingatkan tunangnya nak sakat dia pulak rupanya sangkaannya meleset. Dia baru teringat tentang barangannya.

"Oh,kejap saya ambil."

Dia bergerak ke bahagian bonet kereta tunangnya. Bonet telah terbuka. Aduh,banyak la pulak! Keluhnya sendirian.

"Awak biar saya tolong angkat." pelawa Haiqal Iskandar.

Dia mengangguk perlahan. Encik Zahid dan Puan Aimi turut membantu walaupun telah dilarang oleh Anis Raihanna dan Haiqal Iskandar.

Usai barangan telah diletakkan didalam rumah,Haiqal Iskandar meminta diri untuk pulang.

"Ibu,ayah,Is pergi dulu."

Dia pergi ke arah Anis Raihanna.

"Awak,saya balik dulu. Tapi.."

Anis Raihanna bingung.

"Tapi apa awak?" Haiqal Iskandar tersengih.

"Tapi jangan lupa mimpikan saya."

Dia mengenyitkan matanya kepada Anis Raihanna. Manakala, Anis Raihanna dah mencebik.

"Ingatkan apalah tadi,dah drive elok elok" balasnya. Dia mempamerkan riak muka tidak puas hati.

Haiqal Iskandar tertawa kecil. Dia rasa suka pulak menyakat tunangnya tu. Comel jer!

"Ala,saya gurau je. Ermm awak?"

Anis Raihanna masih tidak puas hati. Sejak bila pulak tunangnya pandai menyakat dirinya. Baru dia teringat sejak ibu menyakatnya tadi, Haiqal Iskandar mula menyakatnya. Namun,dia malas ambil pusing.

"Hmm,apalagi awak nak?"balasnya acuh tak acuh.

Sejujurnya gelagat Haiqal Iskandar ni menyerupai dengan seseorang. Siapa lagi kalau bukan sepupu KESAYANGANnya tu. Afiq Raihan!

Haiqal Iskandar makin galak mahu menyakat Anis Raihanna. Namun,dia membatalkan saja niatnya kerana mahu mengajak gadis itu keluar sekali lagi.

"Saya nak tanya boleh tak kalau kita keluar lagi esok?"

Dia mengerdipkan matanya sambil jari telunjuknya dilagakan antara satu sama lain.

Anis Raihanna terkejut dengan perubahan drastik tunangnya. Riak muka dikawal sebaik mungkin. Dia berkira kira mahu setuju atau tak. Tapi,dia kan tunang aku?

Tak salah kan kalau dating dengan tunang sendiri. Lagipun,mungkin dengan cara ni hati aku akan terbuka untuk dia? monolog hatinya.

Tidak lama kemudian ,dia mengangguk setuju. Haiqal Iskandar sudah tersenyum lebar.

"Terima kasih awak,sleep well dear. Jangan lupa mimpikan saya!"

Mereka berpamitan. Puan Aimi dan Encik Zahid hanya tersenyum bahagia melihat anaknya.

"Ya Allah,sesungguhnya jika dia jodohku. Permudahkanlah urusan kami. Amin ya rabbal alamin" doa Anis Raihanna didalam hati.

Haiqal Iskandar pula tersenyum bahagia. Dia bersyukur dapat meluangkan masanya dengan tunangnya lagi selepas ini.

" Can't wait to see you, dear Anis Raihanna!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience