“KAT mana logiknya bila kau cipta satu rumus tanpa formula tentang vampire yang bukan vampire… unvampire?” Elmira buat muka pelik pada aku. “Kau dah terlalu banyak berfikir ni, Sofie.” Lirikan matanya begitu memperkecilkan kata-kataku.
Aku mula berasa menyesal kerana cuba berkongsi pendapat tentang teori unvampire dengan Elmira.
“Maybe…” Mungkin aku tak patut memanjangkan kisah sebenar tentang Adrian dan Azril kepada Elmira. Walaupun pada hakikatnya perasaan ingin tahuku semakin memberontak bila tidak mendapat jawapan yang lengkap daripada Adrian. Hatta daripada Azril sendiri.
“Hai El…” Seorang pelajar dari fakulti muzik menegur kami.
“Weh, Yasminnn! I rindu bagai nak gilak kat you.” El dan Yasmin saling berpelukan siap laga-laga pipi. Mereka berdua pernah duduk sebilik di asrama ketika orientasi dulu jadi mereka rapat walaupun jarang berjumpa.
“Sofie… congrat for your second baby.” Lepas dengan El, aku pula kena peluk ketat-ketat dengan Yasmin. “I dah beli buku You tau. Nanti I nak autograph you, okay.”
Aku senyum dan angguk. “Thanks, Yasmin.”
Yasmin beredar selepas itu kerana ada temujanji dengan rakannya. Aku antara layan dan tidak sahaja dengan Yasmin tadi kerana fikiranku masih menerawang memikirkan hal lain.
Sejak kebelakangan ini rasanya jarang sangat aku dapat bertembung dengan Azril. Mungkin takdir belum berpihak kepadaku untuk bersua muka dengannya sejak kejadian Azril ‘sakit’ tempohari.
Kadang aku terfikir juga, adakah ini semua hanya kebetulan atau sebenarnya memang Azril cuba mengelak dari bertembung denganku?
“Sofie, kita nak buat apa lepas ni?” Elmira bertanya kepadaku sambil ekor matanya melirik ke arah bilik Makyung sebaik kami keluar dari pintu lif di aras 3.
Di luar bilik tersebut ada beberapa pasang kasut malah kedengaran bunyi-bunyian dari dalam bilik tersebut menandakan ada kelas sedang berlangsung sekarang. Aku kerling Elmira.
“Dah habis kelas kan… baliklah,” balasku.
Sebenarnya kami baru keluar dari Studio Tari Utama selepas kelas makyung tadi. Untuk semester ini kelas Makyung terbahagi kepada dua iaitu tarian dan muzik. Kami tercampak ke kelas tarian.
“Jom singgah usha budak kelas muzik.” Ajak Elmira yang sudah menarik tanganku menuju ke bilik Makyung.
“Ngada-ngadalah kau ni.”
“Ala, jomlah sekejap. Ambo rindu nok jumpo Abe Nik.”
Aku cuma tertawa dan menggeleng apabila mendengar rengekan Elmira yang tiba-tiba bercakap longat Kelantan. Kononnya rindukan Abang Nik, salah seorang tenaga pengajar muzik tradisional di kolej kami. Abang Nik yang ‘Sado’ dan berwajah peranakan itu berasal dari Kelantan dan berdarah siam di sebelah ibunya. Dengar cerita masih single. Kacak ke tak tu tak payah ceritalah. Taste Elmira kan… mestilah stock-stock jejaka idaman Malaya punya. Ahaks~
Kami berdua menyelinap masuk ke dalam bilik Makyung. Dalam bilik tersebut ada beberapa orang lagi pelajar lain yang sama-sama duduk melepak untuk menyaksikan latihan muzik yang dikendalikan oleh Pak Nasir, pensyarah utama atau juga dikenali juga sebagai Adiguru dalam seni persembahan tradisional. Di sebelah Pak Nasir, Abang Nik sangat handsome memukul gendang. Ada beberapa orang pelajar turut memainkan gendang duduk di hadapan Pak Nasir dan Abang Nik. Seorang pelajar perempuan memukul Gong di penjuru bilik. Pelajar-palajar dalam kelas tersebut terdiri dari berbagai fakulti termasuk dari fakulti muzik sendiri.
“Handsome nya dia, Sofie.”
Aku jeling Elmira yang sedang menongkat dagu dengan kedua belah tapak tangannya sambil memandang ke satu arah. Mata dia seolah-olah dah bertukar bentuk hati kaler pink bila pandang ke arah Abang Nik. Aku senyum sahaja dan turut memandang ke arah yang sama.
“Pertama kali aku nampak Azril main alat muzik tradisional. Tak sangka dia lagi handsome bila main gendang berbanding main piano,” Elmira memberi komennya dengan wajah berbunga-bunga bahagia.
“Hah?” Aku segera tukarkan fokus dari Abang Nik menghala ke arah jejaka yang baru disebut Elmira. Azril sedang memangku gendang di sebelah Abang Nik. Matanya tertumpu ke arah nota muzik di papan putih sambil kedua belah tangannya memukul muka gendang. Macam mana aku boleh tak perasan dia tadi?
Aku alihkan kembali perhatianku kepada Elmira. Ternyata tanggapan asalku tadi sudah meleset. Bukan setakat Abang Nik sahaja menjadi perhatian Elmira malah Azril juga. Hmph~ mata Elmira memang tajam dan cekap kalau bab nak mengesan jejaka hot. Itu fakta!
“Aku dah tahu kenapa kau pilih Art Acedemy berbanding IPTA lain sekarang.” Aku senyum sarkastik tanpa menoleh kepada Elmira. Motif sangatlah kan sebab dekat kolej seni ramai artis wannabe berbanding mamat skema ambil course sains dan engineering.
Lagu mengadap rebab selesai dimainkan oleh mereka. Tumpuan Azril direhatkan sebentar dari menatap nota muzik. Sikap Elmira yang bijak mencuri perhatian telah membuatkan Azril menoleh ke arah kami. Dia senyum apabila Elmira melambaikan tangan kepadanya. Namun secara tiba-tiba senyumannya mati sebaik terpandang ke arahku. Aku jadi serba salah hendak senyum apabila Azril segera mengalihkan pandangannya dari kami. Dia meletakkan gendang di pangkuannya ke lantai kemudian berbisik sesuatu kepada Abang Nik. Aku dan Elmira cuma perhatikannya yang selepas itu bergegas keluar dari bilik Makyung tanpa menoleh kepada kami lagi.
Something goes wrong! Jelas sangat yang dia memang cuba melarikan diri dari aku.
Sebenarnya ini bukanlah kali pertama Azril bersikap begini malah sudah beberapa kali dia seolah-olah cuba mengelak daripadaku. Motif?
Tempohari, sehari selepas kejadian dia ‘sakit’ aku pernah cuba menegurnya. Waktu itu kami berada di dalam kafeteria. Malangnya baru sahaja aku hendak melangkah menghampirinya dengan selamba dia tinggalkan pinggan makan yang belum habis makan dan segera menyelinap keluar dari kafeteria. Aku rasa aku macam orang bodoh sebab cuba ambil berat ke atas dirinya.
Kemudian sewaktu kelas Bahasa Melayu Gunaan di Dewan Kuliah Utama. Untuk mengikatnya supaya tidak lari aku senyap-senyap terus mengambil tempat di sebelahnya. Aku tegurnya seperti biasa. Hanya tak sampai lima minit sahaja kami berbual kemudian dia mencari alasan untuk berpindah tempat duduk. Dua tiga orang pelajar lain menjeling ke arahku. Seolah-olah aku baru saja kena reject dengan Azril. Tak guna! Malu siot! Tak pasal-pasal orang dah salah faham pada aku. Macamlah aku kemaruk sangat nak kan Azril.
Baiklah… kalau diikutkan secara logik bukankah sepatutnya aku yang patut melarikan diri dari Azril? He’s not a human. He’s vampire… o-okay, UNvampire. Tapi aku tak tahu sejauh mana bahayanya makhluk seperti Azril. Jadi disebabkan itu perasaan ingin tahuku lebih besar mengatasi perasaan takut.
Walaubagaimanapun aku perlu bercakap dengan Azril. Face to face. Mungkin dia ada alasan tersendiri menjauhi diriku.
“El, tunggu sekejap. Aku nak pergi toilet.” Aku cari alasan untuk keluar dari bilik Makyung. Sebenarnya hendak pergi menjejaki Azril.
Ian tidak jawab apa-apa melainkan senyuman terakhirnya sebelum lesap dari jendela bilikku.
Aku pantas menghala ke arah jendela tersebut untuk melihat kelibat Ian. Malangnya tiada apa yang aku berjaya lihat melainkan warna gelap yang menyeliputi malam. Sebaik kutoleh ke sebelah kanan, aku perhatikan jendela rumah sebelah sudah bertutup.
Hal ini membuatkan aku tertanya-tanya. Bagaimana Adrian boleh lesap dengan sebegitu pantas tanpa meninggalkan sebarang kesan?
Share this novel