Chapter 10

Drama Series 633633

Awan tebal terbentang luas menghiasi pemandangan matanya. Kalau pemandangan itu adalah secebis kecantikan syurga, hati ibunya bersorak riang. Bermakna tempat permainan Adam adalah lebih indah daripada itu. Membayangkan ayat – ayat Al Quran dan hadis – hadis yang menceritakan tentang kecantikan syurga, pemergian Adam adalah satu hadiah terbesar buat Adam anak syurganya walaupun dia perlu menanggung derita kerana tidak dapat bersama anaknya secara fizikal.

“Your siblings are playing with angels there. It must’ve been so beautiful with no pain, right?” Hana Aishah berbicara dengan hadiah terindah selepas Tuhan mengambil pergi dua anaknya. Muhammad Adam yang menjadi asbab penghijrahannya.

“Umi takut sayang” bergetar bibir Hana Aishah berbicara. Adam yang sedang menyusu tenang itu merenung ke dalam anak mata Hana Aishah. Anak mata hitam yang membawa dia ke memori yang tidak mahu dia ingati.

“Kenapa Umi kena pilih? Why can’t I just be like normal people?” Hana Aishah meneruskan bebelannya. Biarlah Adam faham ke tidak tetapi saat itu dia perlu meluahkan kegusarannya.

“I`m so tired” air matanya mengalir buat kesekian kalinya.

Dengan pantas tangan montel Adam naik menoyoh pipinya yang sudah basah. Hana Aishah tertawa dalam tangisannya. Adam pantang melihat dia menangis, laju sahaja anak kecil itu mengelap pipinya. Walaupun ditenyeh kasar tetapi Hana Aishah tetap terharu.

“My baby boy” Hana Aishah mengusap pipi tembam Adam yang merah itu. Kalau cuaca sejuk laju sahaja pipi itu bertukar warna. Bibir Hana Aishah mengukir senyuman saat melihat Adam yang tersengih kegelian tetapi masih meneruskan penyusuannya.

“It tickles is it? You like is it?” Hana Aishah mengusik Adam. Usapan dia yang lembut itu membuatkan mata Adam memberat. Perlahan – lahan anak mata hitam itu disembunyikan kedua kelopak mata

Satu keluhan berat dia lepaskan. Matanya kembali melihat langit yang luas terbentang. Kelihatan dia seperti sendang melalui jalan raya yang beralaskan awan putih yang berkepul – kepul seperti gula – gula kapas. Cantiknya ciptaan Dia.

Mindanya kembali pada saat dia tersedar daripada pengsannya beberapa jam lepas. Sakit di hatinya kembali. Itulah jawapan mimpi – mimpinya selama ini. Kerana itu hatinya tidak tenang semenjak beberapa bulan lepas. Tidur malamnya yang diselangi mimpi – mimpi ngeri tentang segalanya sehingga dia sendiri tidak faham akan maksud – maksud mimpi – mimpi tersebut.

“Aku nak tanya kenapa tapi aku jahil Ya Allah. Layakkah aku mempersoalkan jalan hidup yang telah tulis untuk aku ini?” hatinya berbisik saat melihat matahari yang mulai terbit tinggi.

Sewaktu mereka menaiki kapal terbang tadi, segalanya gelap gelita. Hana Aishah tahu kerana dia rasa dia satu – satunya penumpang kapal terbang itu yang tidak melelapkan mata semenjak tadi. Daripada langit yang gelap disinari cahaya bulan sehinggalah ke saat matahari menyuluh ke dalam kabin mereka sampaikan sepasang pasangan Asia yang duduk sebaris dengan barisannya itu asyik menjeling.

Hana Aishah masih menanti. Bila sinar akan muncul di dalam hidupnya. Sungguh dia penat menghadapi ujian yang tidak bertepi tetapi kalau dia pergi siapa akan menjaga Adam. Adanya Adam membuatkan kakinya bergerak walaupun jiwanya telah mati. Sedikit demi sedikit dia cuba mengumpul kekuatan.

Perlahan kakinya merangkak naik setelah lama dia berada di bawah tersungkur tetapi setiap kali dia naik beberapa tapak dan mula merasai bahagia setiap kali itu dia akan dilempar kembali ke bawah.

“Adik mintak maaf Mak. I`m so sorry” Hana Aishah berbisik sebelum menutup jendela di sebelah tempat duduknya itu.

Bisikan – bisikan pasangan Asia tadi sudah semakin meninggi kerana cahaya yang menerobos masuk lantas membuatkan dia menarik jendela yang sedikit sebanyak mengubat hatinya yang sedang menanggung keperitan yang tidak mampu dia ungkap itu naik. Malas mahu menumpuh satu lagi drama kerana sejujurnya dalam masa 24 jam terlalu banyak perkara yang terjadi.

“Alright” Hana Aishah menarik Adam daripada bentil susunya saat dia melihat mata Adam yang sudah terlelap.

Ini bukanlah kali pertama Adam menaiki kapal terbang dengannya tetapi kali ini perangai Adam yang mahu melekat dengannya tidak dapat Hana Aishah fahami. Daripada saat kapal terbang mahu berlepas sehingga mereka sudah sampai ke Lautan Hindi, mulut Adam melekat padanya. Penat tetapi sedikit sebanyak, fikirannya dapat dilarikan daripada masalah sebenar yang sedang menyerang hati dan mindanya.

“Hana balik sayang. Mak Hana is not doing good” sebaris ayat yang menggelapkan dunia Hana Aishah beberapa jam lepas.

Tiga tahun dia takuti perkara itu dan apabila bapa mertuanya memberi perkhabaran tentang ibunya , kakinya terus longlai. Air mata Hana Aishah mengalir laju. Tersangkut di antara melindungi anaknya daripada disakiti dan sayangnya pada kedua ibu bapanya. Derita yang dia lalui melihat anak sulungnya menanggung keperitan sehingga akhir hayat terpaksa dia bayar dengan menderhakai janji yang pernah dia buat untuk menjaga kedua ibu bapanya.

“I`m sorry mak. I broke my promises to you” air mata Hana Aishah semakin deras.

“I had to. I can`t let Adam get hurt like his abang” matanya dipejam rapat cuba menghilangkan segala kemungkinan yang bakal berlaku apabila kakinya melangkah kembali ke tanah air.

Hatinya takut membayangkan keadaan ibunya saat dia tiba di tanah air, gusar memikirkan keselamatan Adam apabila kewujudan anaknya akan diketahui oleh satu manusia yang menjadi punca dia menyembunyikan kewujudan Adam. Hana Aishah tahu hakikat yang dia tidak mampu menyembunyikan Adam selama – lamanya tetapi walaupun bagaimanapun dia bersedia untuk hari ini, hatinya tetap tidak kuat.

Tiga tahun dia cuba mengumpul kekuatan untuk menghadapi hari ini, hari di mana kewujudan Adam yang dia cuba sembunyikan selama ini akan tersebar dan sampai kepada mereka, tetapi debaran itu tetap sama. Sama seperti hari dia mengetahui tentang hakikat yang anak sulungnya bukan meninggal dunia tetapi telah diragut nyawanya dengan kejam oleh mereka. Ketakutan itu melumpuh setiap system di tubuhnya. Membuatkan dia mengambil keputusan untuk melarikan anak keduanya jauh daripada mereka.

“Ya Allah. Kuatkan aku” Hana Aishah berbisik kepadaNya sambil mengeratkan pelukannya pada Adam. Sepenuhnya dia cuba berserah pada Yang Satu walaupun hati ibunya ketakutan memikirkan keselamatan Adam.
******************************

Sudah hampir sepuluh minit mereka berada di lobi IJN. Hana Aishah masih diam tidak berkutik di tempat duduk belakang kereta Mercedes itu. Tangannya yang sudah basah berpeluh diramas – ramas seperti semenjak kereta itu berhenti. Wajahnya masih merenung ribanya dengan segala jenis perasaan yang bercampur baur di dalam hatinya.

Jantung terasa seperti bila – bila masa boleh terkeluar kerana tahap kelajuannya berdegup. Mulutnya terkumat – kamit berzikir diselangi dengan segala macam doa. Kalau ikutkan hatinya sudah lama dia berlari menuju ke ibunya tetapi saat kakinya menjejakkan kaki di bumi Malaysia, segala memori pahit datang silih berganti.

Kalau sewaktu dalam perjalanan dia sangkakan sakit yang dia rasai itu adalah paling hebat pernah dia alami, sangkaannya salah. Saat ini tiada apa yang dia pinta melainkan Tuhan tarik rasa sakit yang melumpuhkan segenap tubuhnya. Sakit yang cuba dia ubati selama tiga tahun di bumi London, yang dia sangkakan telah hilang tetapi dia salah sama sekali.

Pedih itu sama. Perit itu sama. Penghinaan yang dia terima tanpa belas kasihan daripada insan – insan yang amat dia cintai seperti tidak pernah hilang. Luka itu masih berdarah walaupun tiga tahun telah berlalu.

“Menyusahkan… perempuan murah … anak tak guna … anak derhaka … slut …” segala macam kata – kata bermain seperti radio rosak di dalam mindanya.

“Hana” seperti tadi sewaktu di lapangan terbang, Hana Aishah ditarik ke dalam pelukan erat lelaki yang sentiasa berada di sisinya. Di kala ibu bapa kandungnya sendiri membuangnya pergi dengan sebegitu mudah, lelaki itu tetap mempercayai dia tanpa apa – apa penjelasan daripadanya.

“Hana takut pa” Hana Aishah teresak – esak merintih. Tangan yang tadi dia genggam kuat sekarang memeluk erat tubuh itu.

“You are so strong. Do you know that?” Tan Sri Fadhil tersenyum pahit saat kata – kata itu meniti dibibirnya. Dia berbangga dengan menantunya tetapi sehingga saat ini perasaan bersalah menyelubungi hatinya kerana dia membawa menantunya ke dalam kancah derita itu.

“No. Taaak. Hana… Hana … Hana tak kuat” Hana Aishah sudah menangis teresak – esak di dalam pelukan bapa mertuanya. Dia sudah tidak kisah sekiranya Azmi melihat betapa lembiknya dia saat itu.

“Papa bersyukur sangat sebab Adam dapat Umi macam Hana” Tan Sri Fadhil mengucup ubun – ubun menantunya sambil berbicara.

“You are a very strong woman. You went through things that I cant imagine but you still stood firm raising up that gorgeous heir of mine” Tan Sri Fadhil meneruskan bicaranya tenang.

“Papa ada dengan Hana. Ok?” Tan Sri Fadhil memujuk lagi.

Dia cuba memberi masa kepada menantunya. Semenjak Hana Aishah menaiki kenderaannya dia dapat melihat betapa wanita itu tidak keruan. Mata bundar itu bergerak – gerak tidak tenang lebih – lebih lagi apabila Adam sudah dinaikkan ke kenderaan lain. Tan Sri Fadhil mahu mereka menyelesaikan satu per satu masalah. Dengan adanya Adam nanti akan menghuru harakan lagi keadaan.

“Mak tunggu Hana. She kept calling Adik” mendengar kata – kata Tan Sri Fadhil, Hana Aishah mengangkat wajah yang disembamkan ke dada Tan Sri Fadhil. Lingkaran mata gelap semakin jelas dengan wajah sembap cukup untuk menunjukkan derita yang ditanggung menantunya.

“Hana takut. What if... what if … she … she stil doesn’t want to see me? What is she still.. still hates me?” Tan Sri Fadhil tersenyum lebar mendengar pertanyaan Hana Aishah yang penuh kegusaran itu.

“Everyone still hates me. They … they …” Tan Sri Fadhil menggelengkan kepalanya pantas memintas kata – kata Hana Aishah.

“You don’t know that Hana. Let’s go and find out ok?” Tan Sri Fadhil memujuk lagi.

Tan Sri Fadhil mengambil napkin kecil daripada poketnya sebelum dia membersihkan wajah Hana Aishah daripada air mata. Kemudian dia mengucup perlahan dahi Hana Aishah dan tersenyum lebar memberi keyakinan kepada menantunya.

“I can only imagine how hard this is but you cannot forever run away from this Hana. Running away will not solve any problem. Papa ada dengan Hana. We will settle one by one ok?” Tan Sri Fadhil berbicara penuh dengan maksud tersirat tetapi dia tidak tahu menantunya yang sedang mengigit – gigit bibir sampai merah bibir milik menantunya itu faham ataupun tidak.

Tan Sri Fadhil membuka pintu sebelahnya sebelum melangkah keluar. Kemudian dia membongkokkan sedikit tubuhnya sebelum menghulurkan tangannya kepada menantunya yang memandangkan dengan sepasang mata yang sedang bergenang itu.

“Come on Hana. Papa is here with you” Tan Sri Fadhil memanggil lembut sambil tersenyum penuh keyakinan. Hana Aishah teragak – agak beberapa saat sebelum dia menyambut huluran Tan Sri Fadhil.

Hana Aishah memeluk lengan Tan Sri Fadhil kuat sambil mereka melangkah ke lobi hospital. Tubuh Hana Aishah yang berjubah hitam itu menggeletar saat mereka menuju kea rah pintu lif. Kerana kesejukan dan juga ketakutan. Bibirnya menggigil saat bayangan – bayangan lampau kembali menjengah mindanya.

Bunyi lif berhenti di tingkat mereka menghentikan nafas Hana Aishah. Takut membayangkan wajah – wajah yang di cuba larikan diri daripada akan muncul daripada pintu lif. Secara automatik dia cuba melarikan dirinya tetapi Tan Sri Fadhil mengejapkan pegangannya pada bahu menantunya.

“I won’t leave you” Tan Sri Fadhil berbicara di saat yang sama segerombolan manusia keluar daripada lif. Tanpa Hana Aishah sedari dia dengan melepaskan satu nafas lega.

Mereka melangkah memasuki lif itu. Hana Aishah lega kerana hanya mereka sahaja berada di dalam itu. Dia memerhatikan sahaja tingkah laku Tan Sri Fadhil yang menekan butang lif sebelum kembali ke sisi Hana Aishah.

Lif mulai bergerak dan dada Hana Aishah kembali berdegup kencang. Semakin laju lif naik semakin sesak dadanya. Hana Aishah terasa seperti dadanya semakin menyempit dan ruangan lif itu seperti semakin mengecil. Mulutnya terkumat kamit berzikir memohon kekuatan. Saat pintu lif terbuka di tingkat yang mereka mahu tuju, Hana Aishah terkaku.

“Come” Tan Sri Fadhil menepuk tangan kanan menantunya yang sedang memeluk lengannya erat. Dia menarik Hana Aishah keluar menuju ke unit rawatan rapi jantung.

Semakin mereka mendekati ruangan menunggu itu, semakin berat langkah Hana Aishah. Dia takut mahu melihat keadaan ibunya. Dia takut untuk berdepan dengan ahli keluarganya.

“Pa. Hana tak ready lagi. I cant” Hana Aishah menarik lengannya daripada pegangan kejap Tan Sri Fadhil. Kalau tadi dia yang memegang erat sewaktu memasuki lobi tetapi semenjak masuk ke dalam lif bapa mertuanya yang memegang tangannya erat. Matanya memandang ke arah laluan yang panjang menuju ke sebuah pintu masuk yang bertulis CCU.

“Hana. Hana tak kesian dekat mak ke?” air mata Hana Aishah mengalir lebat saat mendengar pertanyaan Tan Sri Fadhil. Dia merenung kea rah Tan Sri Fadhil yang sudah berdiri bertentangan dengannya.

“Hana takut Pa. It hurt so much back then. It still hurt. It`s going to hurt. Hana … Hana…” Tan Sri Fadhil melihat wajah menantunya yang bertukar pucat saat ayat itu dibiarkan tergantung. Renungan Hana Aishah bukan padanya lagi.

Saat dia memusingkan badannya, Tan Sri Fadhil terus bergerak ke tepi. Memberi ruang untuk insan yang sudah terlalu lama menanti Hana Aishah. Dia merasa berdosa kerana menyembunyikan keberadaan Hana Aishah tetapi melihat keadaan Hana Aishah di London dia tidak mahu merosakkan kebahagiaan yang baru hadir di dalam kehidupan menantunya. Dia pasti satu saat sekiranya Tuhan izinkan, Hana Aishah akan pulang jua dan masanya telah tiba.

“Abah tahu. Abah tahu” kata – kata itu diucapkan saat Hana Aishah dipeluk erat oleh Kapten Azam.

“Abah tahu the moment mak panggil mesti adik balik. You are our daughter” Hana Aishah sudah menangis teresak – esak di dalam pelukan Kapten Azam.

Kapten Azam mengucup wajah anaknya berkali – kali kemudian erat di peluk anak yang dia rindui itu. Hana Aishah pula menghirup haruman badan yang di rindui itu sepuas – puasnya. Tan Sri Fadhil tersenyum kelegaan melihat pertemuan anak dan bapa itu.

“Hana Aishah anak saya yang paling taat. Adik always think about us, worrying about us. Dari kecik sampailah besar. Adalah degil dia tapi dia akan sacrifies apa pun for the sake of our happiness. The day that I gave her away was the hardest day. Nak banding dengan si Wa dengan Achik, saya paling sudah nak lepaskan Adik” masih teringat kata – kata Kapten Azam sewaktu barbeque yang dibuat di rumah Fakhrul sewaktu meraikan kehamilan Hana Aqilah.

Saat pertama kali Fakhrul membawa Hana Aishah pulang, hatinya yakin itulah calon yang sesuai buat Fakhrul tetapi sekarang dia menyesali tindakannya. Hana Aishah terpaksa menjadi galang ganti kesakitan Fakhrul. Daripada satu keluarga, sekarang dua keluarga yang berantakan.

“Adik rindu Abah” Hana Aishah mengadu diselangi esakannya.

“I`m sorry. I`m so sorry I left you and mak” Hana Aishah memohon sayu sambil menangis teresak – esak di dada bapanya.

Wajah Kapten Azam yang pucat dan semakin cengkung itu membuat hati Hana Aishah dirundung rasa bersalah. Jahatnya membiarkan ibu bapanya terkapai – kapai bersendirian. Dia berjanji untuk menjaga mereka tetapi lihatlah bukti derhakanya dia sebagai seorang anak.

“No. I`m not mad at you. Abah yang salah. I promise to hold your hand through everything and at the first sight of trouble I let go” melihat air mata Kapten Azam yang mengalir, Hana Aishah menggelengkan kepalanya laju.

“Don’t cry. You never cry. Please don’t cry” Hana Aishah menyembamkan wajahnya ke dada bapanya meminta pilu.

“Ya Allah. Alhamdulillah. Allahu Akhabr” bibir tua itu terus – terusan memuji Yang Satu kerana membawa anaknya pulang.

Kapten Azam memandang ke arah Tan Sri Fadhil sebelum tersenyum dalam tangisannya. Bibir itu membisikkan kata – kata terima kasih kepada lelaki itu. Apabila anak – anak buahnya masih memakan masa untuk mencari anak perempuannya sejujurnya dia sudah nekad akan memaksa isterinya untuk menanda tangani surat pembedahan jantung isterinya.

“Adik. Mak tunggu adik” Kapten Azam memberitahu ceria. Air matanya dikesat sebelum dia mengucup dahi anaknya lama. Anak mata coklat itu direnung lama. RIndunya Tuhan sahaja tahu tetapi saat itu dia perlu membawa Hana Aishah berjumpa ibunya.

“Adik takut” Hana Aishah mengigit bibirnya lagi. Air matanya masih mengalir lebat.

“Mak tunggu adik. Tiga tahun mak tunggu” Kapten Azam meluahkan rasa sebaknya.

“We`ve never been away from the house because she said you will come back and she wants to be the first want to meet you” terketar – ketar bibir Kapten Azam Menyusun bicara sambil menahan sebak.

“She`ll be so mad at me because I get to hug you first” dalam tangisan mereka Kapten Azam sempat mengusik anak perempuannya itu.

“How is she?” jelas getaran disebalik pertanyaan Hana Aishah itu.

“She needs you” jelas kegusaran di sebalik anak mata Kapten Azam. Dia memegang tangan kanan Hana Aishah dan memimpin Hana Aishah menuju ke pintu yang di keluar tadi.

“Abah janji nak pimpin tangan adik tapi abah lepas” penyesalan berbuku di saat bibir tua itu berbicara sambil melihat pegangan erat tangannya pada sepasang tangan yang membesar di hadapan matanya itu. Hana Aishah tersenyum pahit.

“Tapi abah janji lepas ni abah tak lepas sampai akhir nafas abah” Kapten Azam merenung ke dalam anak mata anaknya yang sudah bergenang sambil melafaz janji. Air mata Hana Aishah yang sudah berhenti kembali mengalir.

Rasa sedih dan takut yang hadir semenjak semalam pergi sebegitu sahaja saat mendengar kata – kata bapanya. Itulah ubat segala duka yang dia tanggung selama tiga tahun ini. Bibirnya dengan secara automatic mengukir senyuman manis. Semanis rasa bahagia yang mulai muncul di dalam hatinya. Rasa yang dia sangkakan telah hilang bersama arwah anaknya Adam.
***************************

“Assalamu....” belum sempat Kapten Azam menghabiskan salamnya, Teacher Basirah sudah memotong.

“Adik dah sampai” lemah suara Teacher Basirah bertanya.

Kapten Azam memandang isterinya kerisauan. Petang semalam mereka semua dikejutkan dengan panggilan daripada Alif Haziq yang berada di hospital menemani ibunya. Teacher Basirah sudah dipindahkan ke wad apabila keadaan isterinya semakin stabil. Sementara menunggu beberapa lagi ujian jantung and juga menanti keputusan untuk membuat pembedahan isterinya masih tidak dibenarkan pulang. Tetapi semalam keadaan Teacher Basirah tiba – tiba merosot dan terpaksa di pantau di CCU semula.

“Awak janji” air mata Teacher Basirah sudah bergenang saat melihat Kapten Azam yang masuk seorang diri. Terus wajahnya dipalingkan ke arah lain. Tidak mahu melihat wajah suaminya yang memungkiri janji. Setiap hari dia menanti semenjak suaminya berjanji akan membawa pulang anak perempuan mereka , tetapi setiap kali suaminya datang melawatnya bersendiri dia akan kecewa.

“Marah dengan saya la ni” suara Kapten Azam yang mengusiknya membuatkan dia bertambah sedih. Dia mendekati isterinya dan laju tangannya mengusap rambut isterinya. Rindunya dia mahu mememluk tubuh yang sudah 32 tahun menjadi peneman hidupnya.

“Biar saya mati. Mungkin waktu itu adik akan balik” saat kata – kata itu meniti bibirnya, Teacher Basirah dapat merasakan tangan sejuk memegang kakinya.

“Adik mintak ampun mak” suara yang dia rindui itu sedang menangis teresak – esak sambil mengucup kakinya. Kejap pegangan anaknya sambil kakinya dikucup berkali – kali.

“Adik. Adik” Teacher Basirah memanggil sekuat dia mampu saat itu. Dengan facemask yang baru dipasang beberapa jam lepas kerana paru – parunya sudah dipenuhi air dia cuba melawan.

“Ya Allah. Basirah. Jangan bukak oxygen tu” Kapten Azam menegur keras apabila tangan kanan isterinya mula menarik facemask oxygen yang dipakainya sambil tangan kirinya cuba menggapai Hana Aishah.

“Mak. Ya Allah” Hana Aishah terus melepaskan pegangan di kaki ibunya sebelum dia menerpa naik.

“Adik. Adik. Anak mak” Teacher Basirah mengongoi sambil tangannya memeluk erat anak perempuan yang dia terlalu rindui itu.

“I`m sorry. I`m so sorry. Adik sayang mak” Hana Aishah menangis teresak – esak di dada ibunya.

“Don’t leave me. Adik sayang mak. Please mak” Hana Aishah mengucup wajah yang sudah cengkung itu berkali – kali. Walaupun bau ubat – ubatan dan bau hospital yang kuat tetapi dia tetap dapat menghidu haruman ibunya yang sentiasa menenangkannya.

“Adik balik. Mak tahu, anak mak mesti balik. Adik mak mesti balik” Teacher Basirah mengongoi lagi.

“Adik jangan tinggal mak. Mak nak adik” rayuan ibunya membuatkan Hana Aishah terasa seperti anak paling jahat di dalam dunia saat itu.

Dia meninggalkan ibu dan bapanya yang telah tua terkapai – kapai hanya kerana sakit yang di rasai di dadanya. Janjinya dia mungkiri kerana tidak mampu menghadapi realiti hidup. Benar kata bapa mertuanya, dalam kehidupan setiap perbuatan kita ada akibatnya. Hana Aishah membuat keputusan untuk melarikan diri daripada masalah dan inilah natijah yang dia terpaksa hadapi.

“Adik mintak ampun mak. I`m a bad daughter. I left you. I shouldn’t have left” teresak – esak Hana Aishah menangis melihat keadaan ibunya yang uzur.

Teacher Basirah yang sentiasa berdiri teguh walau apapun yang berlaku, yang sentiasa memastikan segalanya sempurna untuk mereka sekeluarga. Melihat ibunya terbaring dengan segala wayar berselirat di atas tubuh yang di rindui itu hati Hana Aishah dipangguk rasa bersalah yang datang bertalu – talu.

“Adik tak salah. Mak… mak yang salah” Kapten Azam mengesat air matanya yang mengalir entah untuk kali keberapa mendengar bicara isterinya yang sudah mula – mahu berbicara.

“No…” sebelum sempat Hana Aishah membalas, ibunya menggelengkan kepalanya lemah.

“Dosa mak… dosa… Allah… Teacher Basirah dapat merasakan nafasnya kembali tercungap – cungap. Hana Aishah yang melihat adegan itu sudah panik.

“Mak. Mak jangan buat adik macam ni” Hana Aishah meraung melihat ibunya yang kelihatan susah mahu bernafas.

“Don’t ” Teacher Basirah menghalang anak perempuannya yang sudah melangkah pergi.

“Kejap je mak. I go and call the doctor. You don’t look good” Hana Aishah membalas panik.

“Adik … Adik jawab dulu mak” Hana Aishah menganggukkan kepalanya laju. Matanya memandang ke arah Teacher Basirah yang sudah mula bernafas pendek menunjukkan ibunya sedang berusaha untuk mendapatkan oxygen.

“Adik ampunkan…ampunkan dosa… dosa…Allah…” Teacher Basirah memejamkan mata apabila melihat ibunya memejamkan mata seperti sedang menanggung kesakitan.

“Basirah. Awak rehat. Adik dengan saya ada dekat sini. We are not going anywhere. Nanti kita cakap lagi once you are stable” Kapten Azam menegur isterinya kerisauan.

“Tak… saya kena… Nanti kalau … kalau nyawa… nyawa saya kena ambil, saya tak… tak sempat mintak ampun dekat Adik” isterinya mengongoi lagi. Hana Aishah terus melutut di sebelah katil ibunya. Tangan tua itu diraih sebelum dikucup berkali – kali. Tangan yang sudah dipenuhi dengan kesan suntikan jarum.

“Mak tak perlu mintak ampun dekat adik. Mak tak ada walau sekecil zarah dosa dengan adik. Adik yang berdosa sebab tinggalkan mak abah. Adik mintak ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki. Never ever apologised to me” Hana Aishah memberitahu sebak. Hatinya seperti ditoreh sembilu saat itu.

“Adik anak mak abah yang solehah. Dari lahir tak pernah susahkan mak abah. Always is the coolness of our eyes” Teacher Basirah dengan menggunakan tangan kirinya bersusah payah mahu mengusap ubun – ubun anaknya.

“You have to stay strong. I cannot lose you” Hana Aishah meminta sebak. Teacher Basirah tersenyum pagi itu.

Senyuman lebar yang manis yang sudah lama Kapten Azam tidak lihat. Tuhan sahaja tahu bahagia yang dia rasa pagi itu. Tiga tahun dia hidup dalam kesakitan melihat isterinya menanggung derita tetapi hari itu sekiranya nyawa isterinya diambil pun dia redha. Wanita yang telah bertarung nyawa melahirkan empat zuriat untuknya sudah tersenyum gembira kembali.
**********************

Setelah memastikan ibunya stabil, Hana Aishah terpaksa melangkah keluar. Dia akur dengan peraturan di unit rawatan rapi. Sebagai seorang pelatih kepakaran Anesthesia, dia amat arif dengan risiko mereka menjangkiti pesakit yang kritikal dengan kuman yang mereka bawa.

“Abah dah bagi tau staff nurse tadi. Nanti Dr Kamal dah round, kita jumpa dia. Abah tak faham sangat keadaan mak. Fakhrul do most of the talking and explain back to us normally” Kapten Azam yang sedang berjalan berpimpin tangan dengan Hana Aishah berbicara.

Mendengar nama lelaki itu, Hana Aishah yang semenjak semalam cuba melarikan diri daripada memikirkan hakikat dia perlu bertemu dengan lelaki yang membuatkan dia lari jauh meninggalkan keluarganya menelan air liurnya kesat. Debaran di dadanya yang telah hilang selepas melihat ibunya yang lebih stabil selepas di naikkan tahap oxygen itu kembali.

Dia belum bersedia untuk bertemu lelaki yang membuatkan hidupnya disulam derita dan duka. Terutama sekali dia belum bersedia menghadapi kemungkinan besar Fakhrul akan bertemu dengan anak mereka yang di selama ini telah menyembunyikan kewujudannya. Membayangkan baran Fakhrul, dia takut dengan hukuman yang dia akan terima.

Fakhrul akan berbuat apa sahaja untuk mendapatkan apa yang lelaki itu mahukan. Hampir dua tahun mereka hidup sebumbung, Hana Aishah terlalu arif dengan sikap suaminya. Segalanya perlu ikut kemahuan lelaki itu. Kemahuan manusia lain adalah ditempat paling bawah. Sejujurnya dia sudah dapat mengagak nasib yang bakal dia terima saat dia menandatangani akad nikah tetapi dia tidak sangka sampai tahap dia hilang terus hak ke atas tubuhnya dan emosinya.

“You are mine. Mind, body and soul. So sayang kena ikut cakap abang. Even if you fight it also you wont win, so sayang make our life easy by following whatever I say. Its for your own good” kata – kata yang sudah berulang kali dia dengar sepanjang perkahwinan mereka.

“Adik. Dengar tak abah cakap ni?” Hana Aishah dibawa kembali ke dunia realiti apabila Kapten Azam menggenggam tangannya sedikit kuat dan menegurnya.

“Sorry bah. Adik blank kejap” Hana Aishah memandang ke arah wajah yang dia rindui itu. Jelas kedutan di wajah itu. Lebih jelas daripada tiga tahun lepas. Dia yakin, puncanya adalah dia.

“Adik mesti penat. Lama flight adik tadi?” Kapten Azam memeluk bahu anaknya sambil mereka meneruskan perjalanan. Hana Aishah membaringkan kepalanya di bahu itu. Terasa seperti bebannya hilang sebentar.

“18 hours” Hana Aishah tersenyum kepenatan menjawab.

“Patutlah masam” Hana Aishah tertawa bahagia mendengar usikan bapanya.

“Ya Allah, kalau ini rasa bahagia kau kekalkan. Aku dah tak kenal rasa ini” hati Hana Aishah merintih sendiri.

“Nanti adik balik rumah kita. Mak kept the room exactly like how it used to be. She will go there everyday just the smell you. Mak ingat abah tak tau lah tu” Kapten Azam melepaskan keluhan berat walaupun suaranya cuba diceriakan.

“Abah pun selalu masuk bilik adik. Kalau abah dah rindu sangat. Kalau video suara adik tak dapat ubat rindu abah. I`ll just sit in that room” Hana Aishah terdiam membisu mendengar bicara bapanya saat itu.

Kesunyian menyelubungi mereka seketika. Hati Hana Aishah merintih mendengar luahan hati bapanya kerana dia tahu sakit rindu itu bagaimana. Sakit yang dia rasai selama tiga tahun ini. Sekurang – kurangnya mereka ada lagi ahli keluarga lain. Dia hanya mampu menumpang kasih tiga lelaki asing yang Tuhan hadirkan ke dalam hidupnya.

“Adik mintak maaf abah” sebak dia berbicara saat itu. Air matanya ditahan daripada mengalir. Matanya sudah pedih kerana asyik menangis daripada semalam. Ketakutan yang dia rasai saat tersedar daripada pengsannya selepas menerima perkabaran daripada bapa mertuanya benar – benar melumpuhkan.
********************************

Hana Aishah dapat mendengar bunyi – bunyi bising di sekelilingnya. Kepalanya terasa amat berat saat itu. Matanya cuba dibuka tetapi dia tidak mampu. Terasa seperti ada sebiji baru besar sedang menindih kelopak matanya. Dia cuba menggerakkan tubuhnya tetapi salah langkah yang dia ambil. Kesakitan yang dia rasai bermula daripada kepala dan dengan lajunya merebak ke seluruh tubuhnya.

“Aahhhh” Hana Aishah menjerit kuat. Air matanya sudah mengalir lebat. Sekali lagi dia cuba membuka kelopak matanya.

“Hana” satu suara feminin memanggilnya. Dia cuba mahu menjawab tetapi tekaknya terasa kering.

“My…my head” Hana Aishah memberitahu. Kepalanya sedang berdenyut kuat saat itu.

“Try opening your eyes dear” suara itu meminta lembut.

Hatinya berzikir dan berdoa memohon kekuatan saat itu. Dengan segala sisa kekuatan yang dia ada, Hana Aishah cuba membuka kelopak matanya perlahan – lahan. Saat sinar terang menyuluh ke dalam matanya denyutan di kepalanya berganda sekaligus membuatkan kelopak matanya tertutup kembali.

“The light. Its hurting” Hana Aishah menyambung. Dia mendengar beberapa pasang kaki bergerak sebelum wanita tadi menyambung bicara.

“Sorry dear. I closed the light. Now try opening your eyes slowly” tenang suara itu memberi arahan.

Perlahan – lahan matanya dibuka. Pandangan Hana Aishah kabur beberapa saat sebelum dia dapat melihat dengan lebih jelas. Matanya berkedip – kedip menghilangkan kekaburan sehinggalah dia dapat melihat tiga bayangan manusia yang berbaju biru yang mengelilinginya. Ruangan kecil itu terasa sempit dengan keramaian manusia di situ tetapi dia pelik kerana dia berbaring dan mereka berdiri.

“El. Where am I?’ suara Hana Aishah bertanya pada rakannya yang sedang membuat residensi di jabatan kecemasan. Mereka menjadi rapat kerana sewaktu Hana Aishah oncall pasti dia akan selalu melawat jabatan kecemasan kerana asyik menerima panggilan untuk melihat kes di jabatan kecemasan.

“Gosh girl. You were code blued” Hana Aishah melihat wajah gadis berbangsa Itali yang berkerut kerisauan.

“What? How?” Hana Aishah cuba mendudukkan dirinya tetapi itu hanya memburukkan lagi keadaan. Dia kembali berbaring.

“Don’t know how long you`re out at the emergency stairs. Luckily one of the janitor found you” Eliana melabuhkan punggungnya di atas katil yang Hana Aishah sedang berbaring itu.

“Oh God. I cant remember a thing” Hana Aishah memicit kepalanya. Tudungnya sudah hilang entah ke mana.

“We did CT brain. Thank god its just concussion” Hana Aishah memandang ke arah beberapa orang staf yang turut berada di sana. Seorang sedang memasang alat memeriksa tekanan darah manakala seorang lagi sedang menyediakan beberapa jenis ubatan.

“Oh God. I can’t remember a thing?” Hana Aishah mengeringkuk ke sebelah kiri. Matanya dipejam rapat cuba mengingat apa yang telah terjadi.

“Whats the last thing you remember?” Eliana bertanya lembut. Terkejut dia apabila dia dimaklumkan tentang Hana Aishah yang sudah dibawa ke jabatan kecemasan kerana dijumpai tidak sedarkan diri di tangga kecemasan.

“I was coming down stairs. I got paged” Hana Aishah memberitahu sambil mukanya berkerut.

“Then blank” dia menyambung.

“Its ok Ana. Take your time ok. I guess although you`re not oncall you still want to stuck with me like a magnet” Eliana menepuk paha Hana Aishah sambil tertawa bergurau.

“Its you ok, not me” Hana Aishah menjelirkan lidahnya kepada Eliana.

“You were hypotensive but now your bp picked up already. We`ll monitor you for another 2 hours till 6pm” Eliana memberitahu Hana Aishah.

“Damn. How long was I out?” Hana Aishah bertanya perlahan apabila menyedari masa yang akan menghampiri petang itu.

“4 hours woman” Hana Aishah memejam matanya rapat saat mendengar kata – kata rakannya.

“My call. Shit my oncall” Hana Aishah kelam kabut duduk mahu mencari alat pagernya.

“Chill girl. Dan cover your slot already” Hana Aishah mengeluh berat.

“Scott went out for awhile. He was here all this while” Hana Aishah mengerutkan kepalanya cuba mengingati apa yang terjadi. Dia benar – benar bingung.

“I mean I ate already so I don’t think im hypo or gastric attack. Why my bp drop though,it doesn’t makes sense” Hana Aishah memandang ke arah Eliana yang setia berada di sisinya saat itu.

“Ana. Can you just rest. You`ll get more sicker like this. Go home ok?” saat perkataan itu disebut Eliana segalanya kembali ke mindanya.

“Home” kelam kabut Hana Aishah duduk sebelum tangannya meraba poketnya.

“Ana. Hey what happen?” Eliana menahan Hana Aishah daripada turun katil saat itu.

“My phone. Where`s my phone?” air mata Hana Aishah sudah bergenang.

“Hey. Chill girl. Whats going on?” Eliana menarik Hana Aishah ke dalam pelukannya.

“My phone. I need my phone. Please” Hana Aishah meminta sebak.

“Its with Scott I think” Eliana mencapai telefonnya sambil menenangkan Hana Aishah.

“I`m calling him ok. Calm down Ana” Eliana memujuk lagi apabila tubuh Hana Aishah sudah bergetar dalam esakannya.

Sebelum sempat panggilan di jawab , Scott muncul dengan beberapa plastik makanan di tangan.

“Hey. Why are..?” sebelum sempat Scott menghabiskan bicaranya, dia terus terdiam saat melihat Hana Aishah yang sedang menangis di dalam pelukan Eliana.

“Shit. What happens Hana?” plastik di tangannya di campak sebelum dia mendapatkan Hana Aishah. Ditarik Hana Aishah ke dalam pelukannya.

“I`m here ok. Its ok. You are okay” Scott memujuk Hana Aishah lembut.

“No. Mak… Mak” Hana Aishah mengongoi pada Scott.

“I`ll give you guys space. Lets go guys” Eliana yang tidak mahu orang lain melihat Hana Aishah dalam keadaan it uterus menyuruh stafnya keluar.

“Hana. Hey. Talk to me. What happens girl?” Scott merenggangkan pelukannya sebelum dia merenung wajah Hana Aishah yang sembap itu.

“I`m scared” bibir Hana Aishah mengigil saat kata – kata itu meniti bibir pucatnya.

“I just went out for awhile. I didn’t want you to get hungry so I went and get good. I`m sorry ok. I`m here now” Scott yang tidak faham dengan tangisan Hana Aishah merasa bersalah kerana mungkin Hana Aishah takut dan melihat keadaan yang dia tidak kenal.

“Mak. Papa called” Hana Aishah tersekat – sekat berbicara.

“Huh?” Scott mengerutkan keningnya.

“Papa call. Mak. Mak is…. Allah..” Hana Aishah tidak mampu menyambung bicaranya. Wajahnya di sembamkan ke dada Scott.

“Mak. You mean you mom?” Hana Aishah menganggukkan kepalanya perlahan.

“Oh God sweetheart” Scott cuba menyambung dot dot dan dapat mengagak punca kenapa Hana Aishah berkeadaan sebegitu. Air mata Hana Aishah mengalir laju.

Selepas beberapa minit berlalu, Hana Aishah merenggangkan dirinya daripada Scott. Dia merenung ke wajah Scott yang kerisauan itu.

“Can… ermmm. Can you talk to him?” Scott menganggukkan kepalanya laju.

Tangannya laju mencapai telefon bimbit Hana Aishah di dalam poketnya sebelum membuka bahagian panggilan masuk. Dia dapat melihat hampir dua puluh panggilan tidak berjawab daripada bapa mertua Hana Aishah.

“You`re my strong girl right. Everything will be ok. I promise” Scott menarik Hana Aishah ke dalam pelukannya semula. Dia dapat melihat mata itu sedang memikirkan segala perkara buruk yang dapat Hana Aishah bayangkan saat itu.

“Hello. Hi Uncle. Scott here” Hana Aishah dapat merasakan debaran di dadanya menggila saat Scott berbicara dengan bapa mertuanya. Dia cuba fokus pada degupan jantung Scott untuk menenangkan dirinya.

“Hmm. Yeah. She`s here. I don’t think you should tell her. You tell me first” Scott meneruskan bicara dan Hana Aishah terus dalam keresahannya.

Telinganya cuba mematikan segala bunyi saat itu. Dia cuba fokus pada degupan jantung Scott. Memikirkan saat – saat bahagia dia dengan keluarganya. Memikirkan kecantikan ibunya dalam busana cantik berwarna hijau emrald sewaktu perkahwinan Hana Aqilah. Membayangkan senyuman ibunya yang sentiasa menenangkan hatinya.

“Hana” teguran Scott membawa Hana Aishah kea lam realiti.

Hana Aishah tidak mahu melepaskan pelukannya pada Scott. Bibirnya terkatup. Tiada satu patah yang keluar. Hanya membiarkan bunyi siren ambulans , kebisingan jabatan kecemasan petang itu membawanya dia pergi daripada hakikat yang dia bakal dengar.

“Lets go home. We`ll pack” Hana Aishah menarik nafas berat. Lama dia berdiam diri. Cuba mengumpul kekuatan.

“Is she …?” kata – kata itu digantung. Tidak mampu menghabiskan bicara.

“She`s strong like you, that I`m very sure of” Scott menolak tubuh Hana Aishah untuk duduk tegak. Mata birunya merenung ke dalam mata Hana Aishah.

“She`s waiting for you” mata Hana Aishah dipejam rapat.

Kesakitan yang dia rasai saat itu tidak dapat dia gambarkan. Kalau dulu sewaktu nyawa anak sulungnya diragut dengan kejam tiada rasa sakit yang dia rasai. Hatinya kebas tetapi saat ini, membayangkan ibunya yang sedang bertarung nyawa dan kemungkinan dia tidak dapat berjumpa dengan wanita yang sentiasa bertakhta di hatinya.

“I let her down. I left her” saat kata – kata itu meniti bibirnya yang sedang mengigil, dia sedar hakikat yang sekiranya ibunya pergi bahagia yang dia cari akan terus hilang daripada hidupnya.
**********************************

Saat mereka sampai di bilik menunggu, Hana Aishah dapat melihat kelibat keluarganya. Dia berhenti di sebalik dinding. Kapten Azam melihat wajah anaknya yang bertukar pucat saat itu. Dia tersenyum lebar sebelum menarik anak perempuannya ke dalam pelukannya.

“Anak abah kan kuat” air mata Hana Aishah kembali mengalir laju saat kata – kata yang selalu disebutnya setiap kali dia ketakutan untuk menghadapi sesuatu perkara ataupun situasi.

“Jom. We`ve all waited 3 years for this moment” Kapten Azam mengucup dahi anak perempuannya. Rindunya tuhan sahaja tahu. Tangannya memimpin Hana Aishah sebelum mereka melangkah masuk.

“Assalamualaikum” suara ceria Kapten Azam kedengaran.

Bilik tetamu yang menjadi tempat kediaman kedua mereka semenjak lebih seminggu lepas itu dipenuhi dengan anak menantunya. Masing – masing terdiam membisu merenung ke arah Hana Aishah yang sedang berdiri merenung ke lantai di sebelah bapanya. Tangan kanan Hana Aishah bersulam dengan tangan Kapten Azam sewaktu itu. Erat Kapten Azam menggenggam tangan anaknya memberi kekuatan.

“Kak Dik” Alif Haziq memecahkan kesunyian dengan suara sebaknya sebelum dia meluru ke arah kakaknya. Dirangkul tubuh Hana Aishah erat. Air matanya berjujuran saat itu.

“Where did you? Why did you left me?” tangisan Hana Aishah menjadi esakan kuat saat mendengar kata – kata adiknya. Kerinduan yang tidak mampu dia ungkap dengan lelaki yang sentiasa menjadi tempat dia berlindung sebelum dia berkahwin.

Tidak sampai beberapa saat, dua lagi tubuh memeluknya erat. Wajahnya disembunyikan di dada Alif Haziq. Dia dapat mendengar degupan jantung adiknya yang laju berserta esakan kuat Alif Haziq. Hana Aishah rindu mereka berempat sekali. Tiga tahun berpisah Tuhan sahaja yang tahu air matanya yang mengalir di kala sepi mengingati tiga manusia yang hidup dengannya selama ini.

“I`m sorry Kak Dik. Achik rindu Kak Dik” Hana Aqilah mengucup pipi kirinya lama. Kuat dia menggenggam baju Alif Haziq saat itu. Tiada lansung sekelumit rasa marah atau benci di hati Hana Aishah kerana hakikatnya dia tidak mampu membenci.

“Now we are complete” Hana Azuwa mengusap kepala adiknya yang dibaluti selendang hitam itu. Air mata gembira mengalir laju saat dia mengucup sisi kepala adiknya yang masih berada di dalam rangkulan Alif Haziq.

Air mata Kapten Azam mengalir deras melihat empat orang pertamanya. Sekarang semuanya telah sempurna. Keempat – empat anaknya sudah berada di bawah satu bumbung. Permintaan isterinya telah dia tunaikan.

“Awak betul. Saya salah. Kalaulah saya dengar cakap awak, anak – anak kita semua akan ada bawah satu bumbung kan. Dulu waktu Adik belajar dekat India pun awak make sure every raya kita celebrate dekat sana. Dah tiga raya adik tak ada. Raya tahun depan kalau saya dah tak ada awak rasa adik balik tak?” pertanyaan isterinya beberapa bulan lepas sewaktu hari raya aidil fitri yang Kapten Azam tidak mampu jawab.

“Awak kena ada raya tahun ni Basirah. Anak kita semua akan ada di bawah bumbung rumah kita. Kuat sayang” hatinya berbisik pilu sebelum dia melangkah menuju ke anak – anaknya.

Hana Aishah merenggangkan pelukannya sebelum merenung Alif Haziq. Anak mata coklat yang sama dengannya. Wajah yang sudah berjambang itu dielusnya lembut. Bibir merah yang sedang mengigil menahan sebak.

“Kak Dik rindu sangat baby. Tak pernah sesaat pun akak lupa baby” sebak suara Hana Aishah memberitahu sebelum dia mengucup kedua – dua belah pipi Alif Haziq. Lama dia menggenggam baju Alif Haziq sebelum pandangannya dihalakan ke arah Hana Azuwa.

“Adik rindu Kak Wa. I miss everything about you. About the kids. Only Allah know how hard it was to not run back to my safety nest” Hana Azuwa menarik Hana Aishah ke dalam pelukannnya saat kata – kata itu meniti di bibir nipis Hana Aishah. Dikucup sepuas – puasnya wajah Hana Aishah.


“It was so hard adik. We all need you here. Kak Wa tak mampu sorang – sorang” Hana Azuwa memberitahu jujur.

Menanggung segala tanggungjawab menjaga kedua ibu bapanya dia sedar akan pengorbanan Hana Aishah selama ini. Selama ini Hana Aishah lah yang menguruskan segalanya di belakang tabir. Dia tidak tahu betapa sukarnya tugas menjadi magnet yang menyatukan keluarga mereka.

Tiga tahun dia cuba bertahan tetapi dia tidak mampu membawa Alif Haziq pulang, dia tidak mampu mengembirakan hati kedua ibu bapanya. Melihat perangai sebenar Hana Aqilah, dia benar – benar memuji kesabaran Hana Aishah yang banyak melayan kerenah adik perempuan bongsunya kerana sejujurnya dia angkat tangan, mengalah.

“I`m here. I wont go anymore. I promise” Hana Aishah berjanji di dalam pelukan kakaknya. Lama mereka berpelukan sebelum Hana Aishah menarik nafas lega.

Perlahan dia merenggangkan pelukannya. Senyuman bahagia dia lemparkan kepada kakaknya sebelum memusingkan tubuhnya memandang ke arah Hana Aqilah yang berdiri memandang ke arah lantai hospital. Seperti selalu kaki kiri Hana Aqilah akan menguis – guis lantai apabila gementar.

“Tadi kata rindu tapi gaya macam tak je. Tak peluk pun Kak Dik” Hana Aishah mengusik Hana Aqilah sambil dia menolak dagu Hana Aqilah yang sedang merenung lantai. Wajah yang sudah dibasahi air mata itu kelihatan sedih.

“Achik mintak maaf Kak Dik. I hurt you so badly. Achik jahat sangat. Don’t hate me” Hana Aqilah teresak – esak memohon maaf. Hana Aishah menarik Hana Aqilah ke dalam pelukannya. Erat dia merangkul Hana Aqilah. Dia mengucup ubun – ubun Hana Aqilah.

“I could never be mad at you. You that little sister that I held hand since you were a baby. That abah said , I always love since you`re in mak belly. How can I hate you” Hana Aishah tersenyum bahagia saat kata – kata itu dia tuturkan.

Pandangannya bertaut dengan Lateef dan Wazir yang tersenyum melihat adegan Hindustan yang sedang berlaku itu. Lateef mengucapkan terima kasih daripada jauh sekaligus membawa pergi segala memori pahit dia dengan Hana Aqilah.

“I`m so proud of all four of you. Abah didik anak abah dengan betul. Janji dekat abah, kalau mak abah dah tak ada pun korang kena bersatu macam ni” Kapten Azam meminta sebak. Hana Aishah merenung bapanya sebelum menarik bapanya ke dalam pelukan mereka.

“Alhamdulillah. Alhamdulillah. Subhanallah” bibirnya mengucap berkali – kali apabila kesemua anak – anaknya berada di dalam pelukannya.

“Ish Kak Chik ni. Tepi lah sikit” Alif Haziq menolak Hana Aqilah sekaligus menamatkan suasana hiba di situ.

“Abah. Tengok baby ni” Hana Aqilah mengadu manja.

“Allah. Muat je semua abah peluk. Meh sini baby” Kapten Azam menarik Alif Haziq ke dalam pelukannya.

“Kak Chik paling gemuk” Alif Haziq terus – terusan mengejek kakaknya.

“Abah!” Hana Aqilah meleraikan pelukannya sebelum menghentak kaki kirinya memandang Alif Haziq yang masih memeluk bapanya geram.

“Baby ni” Hana Aishah mencubit pipi adik lelakinya. Dia menarik Hana Aqilah ke dalam pelukannya.

“Apalah cakap Achik gemuk. Its just baby fat kan Achik” Hana Aishah mengenyitkan matanya pada Alif Haziq.

“Eleh baby fat apa. Beeqa tu dah besar gajah. It’s a permanent fat. Kan Abang Lat” Alif Haziq terus melarikan diri sejurus berkata sebegitu kerana Hana Aqilah sudah mengeluarkan ketamnya mahu mencubit.

Hana Aishah tertawa gembira melihat ahli keluarganya. Sakit rindu yang dia rasai terbang sebegitu sahaja. Kepedihan yang sering kali menyerang hilang terus. Hatinya berbunga riang saat itu melihat pertelingkahan Hana Aqilah dan Alif Haziq.

“Auwww. Sakitlah Kak Chik” Alif Haziq sudah menyeringai kesakitan apabila Hana Aqilah berjaya mencubit pinggangnya.

Hana Aishah tertawa gembira sambil memeluk Hana Azuwa. Ya Allah, gembiranya dia saat itu. Kalaulah Teacher Basirah dapat melihat mereka saat itu pasti ibunya akan gembira. Hatinya berdoa kuat supaya ibunya diberikan kesembuhan.

“Adik dah jumpa mak” Hana Azuwa bertanya. Dia membetulkan rambut yang sudah mula terkeluar daripada selendang adiknya. Ini mesti kerana kes pelukan terlalu kuat.

“Dah” Hana Aishah menjawab sayu.

“Kak Wa takut” Hana Azuwa meluahkan kegusarannya. Air mata kakaknya bertakung kembali. Senyuman pahit di hadiahkan kepada Hana Aishah saat itu. Perasaan gembira kerana Hana Aishah telah pulang tetapi dalam masa yang sama bimbang dengan kesihatan ibunya yang semakin teruk.

“Adik…” sebelum sempat Hana Aishah menghabiskan bicara, satu suara yang di takuti memenuhi ruangan rehat itu.

“Sayang” suara yang dia benci. Suara yang membuatkan tidur malamnya dipenuhi mimpi ngeri. Hana Aishah terus bertukar pucat merenung kakaknya.

Hana Aishah kaku di situ tidak mahu bergerak. Kalau sesaat tadi dia bahagia untuk berada di bumi Malaysia sekarang dia berharap untuk bumi itu terbelah dua dan dia dapat lari daripada lelaki itu, suara itu, bayangan itu dan haruman itu. Haruman yang membawa datang seribu memori derita.

“Hana Aishah. Sayang” sewaktu dia dapat mendengar bunyi derapan kasut yang dia hafal, mindanya menyuruhnya lari tetapi badannya lumpuh tidak mahu bergerak.

Dalam sesaat dia sudah berada di dalam pelukan lelaki itu yang mengucup wajahnya berkali – kali. Hana Aishah masih berdiri pucat memandang Hana Azuwa yang melihat Hana Aishah gusar.

“I miss you. I miss you sayang” berkali – kali perkataan itu Fakhrul sebut sambil mengucup wajah Hana Aishah. Setiap inci wajah yang dia rindui itu dia kucup.

“Adik” Hana Azuwa memanggil setelah melihat keadaan adiknya yang kaku seperti mayat hidup itu.

“Hana” kali ini suara lelaki itu membuatkan Hana Aishah sedar. Dalam sekelip mata dia menolak tubuh Fakhrul sehingga lelaki itu terdorong ke belakang sebelum kaki melangkah laju ke dalam pelukan pemilik suara yang menyedarkannya daripada kekakuannya. Hana Aishah memeluk erat tubuh lelaki itu mahu melindungi dirinya. Air matanya mengalir deras.

“Hana tak nak. Hana tak nak. Please” terketar – ketar suara Hana Aishah meminta.

Kesemua penghuni ruangan rehat saat itu memandang ke arah Hana Aishah yang sedang menggeletar ketakutan dalam pelukan lelaki itu. Fakhrul berdiri terkejut melihat adegan di hadapannya. Hana Aishah di dalam pelukan lelaki itu. Apa sebenarnya yang terjadi selama tiga tahun ini?

Share this novel

Ayunie Che Wahab
2021-02-22 04:18:32 

ape sebenar yg terjd pd arwah adam?

Isya12
2021-02-21 15:03:11 

siapa eh yg peluk Hana..Rasanya papa ?

YAZNI-ERNIE
2021-02-19 23:00:41 

nite dear. this night update x


NovelPlus Premium

The best ads free experience