DIA 07

Romance Completed 131781

Nazrul mengambil keputusan untuk mandail nombor tersebut, bukan nombor Hanis. Tapi Syaza. Lama juga dia menanti Syaza menjawab panggilan.

"Hai sayang. Sibuk sangat ke? Lambat bebeno nak jawab telefon tu?" Soal Nazrul.

"Taklah sibuk sangat. Tadi handphone dekat atas. Tengah syok tengok movie dengan kawan." Ujarnya.

"Kawan? Housemate U ke?" Soal Nazrul lagi.

"Yup..."

"Siape nama dia?" Soal Nazrul dengan perasaan ingin tahu.

Syaza terdiam. Takkan nak kata Hanis, kantoilah nanti.

"Arr... Wiya dengan Lara. Diorang lah yang sewa dekat rumah I sebelum I pindah balik." Balas Syaza.

Sengaja dia tidak mahu menggunakan nama sebenar Hanis, biarlah buat sementara ini Hanis dikenali sebagai Wiya pada Nazrul.

"Ohh... Nanti ajaklah diorang ke majlis nanti. Boleh I kenal dengan kawan U." Ujar Nazrul dengan nada lembut.

"Boleh je... U, I rindulah nak keluar dengan U. Hrumm..." Rengek Syaza.

"To night?" Soal Nazrul.

Syaza tersenyum lebar.

"Sure. Tempat biasa okay?"

"Okay dear."

Syaza dengan hatinya yang sedang berbunga-bunga bingkas mengambil tuala yang tergantung lalu masuk ke alam bilik air.

Nazrul tersenyum apabila dapat mendengar suara Syaza. Tenang hatinya. Nazrul berfikir sesuatu.

"Bila kali terakhir aku call Hanis eh?" Soalnya.

Nazrul meleret sejarah panggilannya dipenuhi dengan nama Syaza dan tempat kerja. Keluhan dilepaskan. Dia mengambil keputusan untuk mandail nombor Hanis.

"Hello?" Ujar Hanis seperti tidak mengenali siapa yang menghubunginya.

"Hi, sayang." Sapa Nazrul.

Kekok rasanya apabila memanggil Hanis dengan gelaran 'sayang' kerana selama ini gelaran itu hanyalah untuk Syaza.

"Nazrul?" Ujar Hanis hairan.

"Aii... Awak dah tak kenal saya ke?" Soal Nazrul dengan nada manja.

"Bukan. Sebelum ni saya tukar handphone, handphone lama rosak. Semua contact hilang. Jadi... Sorry." Ujarnya perlahan.

"Ohh... Takpe. Awak buat ape? Lama saya tak call dan jumpa awak kan?" Ujar Nazrul.

"Takde buat apa-apa yang penting pun. Awaklah dulu masa saya call awak kata awak sibuk. Lepas tu tak call balik. Dah sekian lama tak call saya, hari ni tiba-tiba je." Rungut Hanis.

"Ala... Janganlah merungut. Sorry okay. Ermm Hanis."

"Ye?"

"Kita jumpa esok nak? Saya ada benda nak bincang pasal pertunangan kita." Ujarnya.

"Boleh je. Kita jumpa dekat taman tempat kita selalu pergi dulu. Okay?" Balas Hanis penuh lemah lembut.

"Okaylah jumpa esok. Bye, sayang." Terus Nazrul memutuskan panggilan.

Tangan Nazrul naik ke dada. Berdebar-debar hatinya apabila bercakap dengan Hanis. Dia nekad, untuk memutuskan hubungannya bersama Hanis esok. Tapi bukan dengan cara bersemuka.

Hanis pula tersenyum sampai ke telinga. Berangan dengan apa yang akan mereka bincangkan esok. Warna baju? Tarikh kahwin? Berapa ramai nak jemput? Macam-macamlah. Sebijik macam orang nak nikah.

"Hanis?" Sapa Syaza hairan apabila melihat Hanis tersenyum seorang diri.

Laju Hanis menoleh dan tersenyum.

"Amboi senyum sampai ke telinga. Ada ape-ape ke? Share lah." Ujar Syaza sambil menapak ke arah Hanis.

"My boyfriend. Lama dia tak call Hanis dan hari ini dia call Hanis dan cakap nak jumpa esok. Dia cakap pasal pertunangan kami. Entah apa yang kami akan bincangkan esok agaknya?" Terangnya lalu kembali ke dunia khayalannya.

Syaza terkelu. Pertunangan? Kalau nak diikutkan hati, mahu sahaja Syaza memberitahu Hanis tentang dirinya dan Nazrul agar... Hanis tidak terlalu berharap dan akhirnya, terluka.

Tapi... Kalau dia bagitahu Hanis segalanya, pasti Hanis akan berubah. Sudahlah mereka baru kenal dan terima pula berita sebegini. Dia berbelah bahagi.

"O--Okaylah. Syaza nak keluar, jumpa boyfriend." Ujar Syaza lalu tersenyum nipis.

Hanis mengangguk dan terus Syaza keluar dari rumah. Sebaik melangkah masuk ke dalam kereta, dia terus menyandarkan dirinya.

"Apa aku nak buat ni? Hanis betul-betul berharap dekat Nazrul. Perlu ke aku putuskan hubungan dengan Nazrul? Atau... Perlu ke aku sembunyikan semuanya dari Hanis dan Nazrul? Aku keliru!"

Kepalanya penuh dengan soalan tentang masa depan semua orang. Termasuk dengan dirinya sendiri.

---

Hazzar dan Ikram duduk bersama kawan-kawan kelab mereka. Masing-masing ada perempuan di sisi, hanya Hazzar sahaja tiada pendamping. Ikram sudah mabuk teruk Hazzar pula masih dapat dikawal.

Suasana bising di dalam kelab malam menambahkan lagi kekusutan di kepala Hazzar. Dia menoleh ke arah semua wanita yang berada di sana, tiada yang berkenan di hati.

"Ernie..." Katanya perlahan.

Ikram yang terdengar apa yang Hazzar sebut terus menolak bahunya. Berkerut dahi Hazzar memandangnya.

"Bro, benda lama jangan dikenang. Biar lepas. Cari jelah perempuan lain untuk dijadikan isteri kau. Sekarang ni, mana Ernie? Mana? Korang nampak Ernie?"

Beberapa orang menggeleng kepala kepada soalan Ikram. Hazzar mengeluh.

"Dah dia je yang aku cinta. Nak buat macam mana?" Soalnya rimas.

"Habis tu kalau cinta apahal kau tinggalkan dia?" Hazzar terdiam.

"Se--Sebab dia curang dengan aku. Dia mengandungkan anak luar nikah. Kau nak ke dengan perempuan macam tu?" Soal Hazzar kembali.

"Apa susah kau suruh jelah dia gugurkan kandungan dia. Benda senang bro." Ujar Ikram selamba.

"Otak kau letak mana? Dalam mangkuk jamban? Hei, budak tu tak bersalah, yang salahnya mak bapak dia. Kenapa nak halang baby yang tak bersalah lahir ke dunia ni? Baby tu pun nak merasa hidup di bumi." Balasnya dengan tegas.

Semua mereka memandang Hazzar dengan pandangan tidak percaya. Tidak pernah-pernah Hazzar bertutur begitu.

"Hazz... Kau aku tengok sejak Ernie tinggalkan kau, kau jadi lain wei. Takde lagi nak bawak perempuan masuk bilik, tak ade lagi nak mabuk teruk-teruk. Dah jadi orang alim pulak ke?" Ejek Kaef.

Terus semua mereka gelakkan dia sepuas hati. Ikram memandang wajah Hazzar, sudah merah menahan marah. Bila Hazzar mabuk dia memang senang nak naik angin.

Hazzar bangun lalu melepaskan tumbukan pada wajah Kaef. Mereka tidak terlalu terkejut kerana itu bukan kali pertama mereka kena. Semua suah faham sangat dengan perangai si Hazzar ni.

Mereka hanya diam dan memandang Hazzar dengan wajah marahnya. Hazzar mencapai kunci kereta milik Ikram lalu berlalu keluar. Ikram mengejarnya, bukan sebab risau tapi sebab kunci keretanya berada di tangan Hazzar.

Mahu tidak balik dia malam ni kerana sudah semestinya Hazzar akan memandu kereta. Hazzar berjalan dengan pantas tanpa menghiraukan orang-orang didalam sana. Dilanggarnya saja.

Hazzar masuk ke dalam perut kereta lalu menghidupkan enjin. Terus dia mengundur kereta dan meninggalkan tempat tersebut, dan semestinya Ikram ditinggal. Ikram mendecit geram. Tiba-tiba ada seseorang menyapanya.

"Ikram!" Laung Nazrul.

Ikram menoleh dan tersenyum. Mereka berdua berjabat tangan. Ikram menghadiahkan senyuman kepada Syaza.

"Kena tinggal lagi ke bro?" Soal Nazrul lalu tersenyum lebar.

"Kau macam tak kenal Hazz. Sebab tu lah aku malas bila dia nak tumpang kereta aku." Nazrul tergelak.

Mata Ikram beralih ke arah Syaza.

"Boyfriend kau ke?" Soalnya seolah-olah tidak tahu.

"Dah tahu sibuk nak tanya lagi." Balasnya malas.

"Takpe. Nanti aku tolong hantar kau balik okay?" Pelawa Nazrul. Ikram mengangguk setuju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience