Tahun 1947.
Perpustakaan Universiti, UK.
Sudah tiga bulan dia mengintai lelaki yang sama, lelaki yang apabila dia bertemu pandang, hatinya akan berdegup. Lelaki Melayu yang kini belajar di UK.
Rosie melihat seorang lelaki berkaca mata sedang membaca buku yang berada di perpustakaan universiti tersebut. Katanya, pelajar lelaki tersebut dari Tanah Melayu. Ingin betul dia mempraktikkan bahasa Melayu yang dia belajar daripada ibunya. Bapanya orang Wales dan ibunya orang Melayu, bertemu.. dan lahirnya dia.
"Rosie Sharifah"
"Err.. maaf, tempat duduk ni kosong?" pelat Melayu-Britishnya masih kedengaran. "Awak orang Tanah Melayu? Ibu saya juga orang berasal dari sana." ajak Rosie lagi. Lelaki tersebut hanya membaca bukunya tanpa menghiraukan Rosie di hadapannya. "Awak seperti tidak ingin diganggu.. Maaf, saya Rosie... Rosie Sharifah" kata Rosie. Rosie ingin meninggalkan lelaki tersebut. Dia seakan tidak mahu berbual dengan dirinya. Rosie sedikit sedih. "Amran..." kata lelaki tersebut. "Nama aku Amran." kata lelaki itu. Rosie hanya melemparkan senyumannya. "Kita akan bertemu lagi Amran.." kata Rosie, tersenyum gembira.
Rosie menjalani latihan seperti biasa dia akan ikuti, setiap petang tanpa gagal. "Remind me again, Pa.. Why should your daughter learn all of this?" Soal Rosie.. "Because, your great grandchildren will become a new key for treasure. Papa tidak mahu kamu lemah, Rosie! Dan, pastikan kamu tiada kelemahan!" Tengking ayahnya. "I'm never have any weakness Pa. Trust me!" Rosie membaling pisau kecil dan mengenai sasaran merah. Kelima-lima sasaran mengenai tepat titik merah tersebut.
"Are you promise? Pastikan kalau Rosie nak cari pasangan pun, pastikan dia kuat dan boleh melindungi dirinya sendiri..." kata Papanya. "Kenapa Papa selalu ingatkan Rosie pasal ini. I'm tired." kata Rosie, seakan dipaksa. "Because... the world your live, it's not same with other else. You born to be the new leader. Sebelum kamu lahir, Papa terpaksa bagitahu semua kawasan kita. New Leader Will Born." kata Papanya, mengingat kembali apa yang dia lakukan sebelum anak perempuan lahir.
"Pa, Rosie. mari minum." laung mamanya. Rosie dan Papanya mendekati mamanya, "waaaa... goreng pisang. Mama rindu di sana?" soal Rosie. "Tanah Melayu berkemungkinan dah banyak berubah, Rosie." senyum Mamanya.
"Papa... kenapa muram ni?" soal Mamanya. "Aku takut ... Rosie kena suruh kahwin, kerana syarat baharu semua ketua organisasi perlu kahwin." kata Papanya. Mamanya dan Rosie melihat Papanya. "Dengan siapa aku nak khawinkan kau Bella. Aku takut hidup kau pada masa akan datang." luah Papanya.
"Hello...." laung seseorang di luar pagar rumah mereka. Mereka melihat sosok tubuh itu masuk ke perkarangan rumah mereka. Rosie terkesima melihat lelaki yang dia minati bertandang. "Oh... yes, young man. So, did you bring me want my wife wants? Soal Papanya. "Yes, Master. Here... coconut milk for you.." kata Amran. Tergelak Rosie. "Mum? Are you really meant it? Coconut milk?" soal Rosie.
Amran hanya menunduk. Entah kenapa, hatinya terusik mendengar tawa gadis berkenaan. Gadis yang walau dasarnya seperti minah salleh di sini, namun kesopanan Melayu kuat. Memang pandai ibunya mendidik Rosie. "Why love? Mama rindu Tanah Melayu.." kata Mamanya. "Yalah, Rosie faham.. Mama mungkin dah lama rindu di sana kan?" Rosie membalas apa yang ibunya baru cakap. Ya, ibunya dibawah oleh ibu bapa angkatnya ke UK akibat penjajahan di Tanah Melayu, dan sudah semestinya datuk dan neneknya menyayangi ibunya seperti anak mereka.
"Amran.. marilah makan sini. Sebenarnya Aunty nak buat kuih tradisional Melayu. sewaktu kecil Aunty makan ..." belum sempat Mamanya meneruskan cerita, hatinya tiba-tiba sebak. "Stop .. It's okay." pujuk papanya. "Rosie, why not you take this young man walk for a second, sementara Mama masak.." kata Papanya. Rosie dengan senang hati. "Jom.. Amran." kata Rosie membawa Amran.
***
"Banyak buku awak ya Rosie?" hatinya Rosie terusik lantaran dialek yang digunakan oleh Amran. Sangat kemelayuan. "I love your accent. Why not you read about this, Rosie suka baca buku ini." kata Rosie. Amran melihat buku tersebut, mengenai Tanah Melayu, yang ditulis oleh penulis yang mengembara di sana. "Walaupun kamu orang kacukan, jiwa kamu kuat ya ke arah Melayu." kata Amran, tersenyum.
"Pertama kali saya tengok kamu senyum. Amran." kata Rosie. Amran hanya berdehem sedikit melepaskan kegelisahannya, sebenarnya jati diri Melayu tu masih kuat dalam dirinya. Pesan ibunya untuk menjaga batas juga harus dia ingat.
"Amran, kamu datang ke UK kerana apa?" soal Rosie. "Saya.. Saya mendapat penajaan daripada negara ini untuk melanjutkan pelajaran." kata Amran. "Maksudnya, kamu berdarah diraja?" soal Rosie. Dia tahu mengenai sesiapa sahaja yang datang belajar ke sini sememangnya ada sangkut-paut dengan sultan Melayu.
"Bukan.. cuma, membalas jasa. Ada kerabat ingin membalas jasa bapa saya yang menyelamatkan keluarga tersebut. Jadi, saya diberikan peluang untuk melanjutkan pelajaran, Rosie." kata Amran. Rosie menganggukkan kepalanya.
"Kamu bertuah Rosie, hidup begini." kata Amran. "Alhamdulillah.. tapi, tidak saya. Ini semua kepunyaan papa saya, dan kalau pun saya akan mewarisi semuanya, saya akan terseksa." kata Rosie. "Maksud kamu?" soal Amran. "Err.. mari kita makan, mungkin Mama sudah siap masak." pelawa Rosie.
Hampir dia terlepas cakap mengenai siapa dirinya yang sebenar. Memang orang akan mengatakan, dia bertuah. Tidak! Dia mempunyai satu beban yang besar, iaitu bakal mengetuai organisasi yang berada di sini, di UK.
***
Amran sememangnya merindukan masakan Melayu, "sedap Aunty masak. Terima kasih." kata Amran. "Sama-sama, kalau mahu, datang sahaja ke rumah ini ya, nak Amran." kata Mamanya. Papanya ada sedikit tidak senang melihatkan Rosie hanya merenung Amran tidak berkedip.
"Rosie, where is your manners?" soal Papanya. "Maaf Pa." kata Rosie menundukkan wajahnya. Dia sudah tertangkap oleh Papanya kerana hanya melihat Amran.
***
"Saya balik dulu Master, Aunty." kata Amran, sambil dia menuntun basikalnya ke luar rumah megah Rosie. "Rosie.. he not for you!" tegas Papanya. "Apa maksud Papa?" soal Rosie. "He seems weak. Tak sesuai dengan kamu." kata Papanya terus masuk ke dalam rumah. Mamanya hanya tersenyum.
"Nah... Amran sampaikan salam. Ini nombor telefonnya. Looks my daughter fallin in love, am I right?" soal Mamanya. Rosie hanya tersenyum. Ya.. dia jatuh hati kepada lelaki Melayu itu. Namun, ada satu perasaan yang menjalar di hatinya sekarang. Bagaimana dia harus memberitahu Amran mengenai rahsianya dan adakah Amran akan menerima dirinya yang sebenar. Dan, adakah mereka akan bersama selamanya jika memang benar jodoh milik mereka?
"Mum, did he will accept me? Kalau Rosie sampaikan cinta dan kasih Rosie? Dia akan terima kekurangan Rosie? Adakah Rosie padan dengannya. Dia akan terima Rosie jika Rosie bukan orang sepertinya?" soal Rosie bertalu-talu. Mamanya hanya mengusap rambut yang jatuh ke dahinya. "Serahkan semuanya kepada Allah Taala, nak." kata Mamanya.
miss you readers... so,letss gooooo... ahh, siapa teringin kisah Ardani dan Milia.. tunggu tau....
Share this novel
! .. B p00p0llllllllll
! .. B p00p0llllllllll
! .. B p00p0llllllllll