BAB 6

Romance Completed 497

Azalea masih dengan muka bersahajanya. Ini bukan pertama kali. Dan dia tahu, ini bukan juga kali terakhir dia akan dapat tunjalan, tolakan dan segala perbuatan kasar itu semua. Dia sudah lali. Nak melawan pun rasa malas sebab dah bosan. Bosan ulang benda yang sama hari-hari.

“ Kau diam apahal??” dagu Azalea dipaut kasar.

Azalea melawan pandangan mata Eyrik yang berapi. Dia merenung ke dalam mata abang tirinya itu dengan pandangan kosong. Tidak ada rasa ingin meminta simpati. Tidak ada rasa ingin meminta maaf. Dia sudah immune.

Melihat Azalea yang langsung tidak melawan tapi memandangnya dengan pandangan yang cukup menjengkelkan membuatkan Eyrik menolak tubuh gadis itu kuat, sehingga gadis itu tersungkur.

“ Ni sebab kau buat adik aku nangis.” tubuh Azalea disepak sekali. “ Ni sebab kau rosakkan mood aku awal-awal pagi macam ni.” dan sekali lagi sepakan dihadiahkan. “ Jom dik!” tangan Edina ditarik dan mereka berdua meninggalkan Azalea yang masih mengerekot di lantai.

Tak sakit. Tak sakit. Tak sakit.

Azalea cuba memujuk dirinya walau hakikatnya sepakan di belakang dan perutnya itu sangat menusuk. Ditambah lagi dengan kakinya yang melecur sebentar tadi.

Azalea, kau kuat. Kau takkan nangis sebab benda kecik ni. Azalea kuat.

Azalea mendongak ke atas. Itu sajalah caranya untuk menghalang air mata daripada jatuh. Walaupun caranya itu sering kali menemui kegagalan, dia masih percaya dengan cara mendongak kepala itu.

Dengan sepenuh kekuatan, Azalea berdiri. Dia masih ada banyak lagi kerja yang kena disiapkan. Lecuran di kaki dan sepakan yang terkena di tubuh, tidak boleh dijadikan alasan untuknya lari dari melakukan kerja-kerja itu semua. Walau dia sudah tenat sekali pun, tidak mustahil untuk penghuni rumah ini untuk mengarahnya melakukan kerja. Bagi mereka, kesihatan Azalea tidak penting, tubuh badan Azalea juga tidak penting, yang penting kepuasan diri mereka.

Azalea mengelap air matanya yang jatuh juga akhirnya bila terkenangkan nasib diri yang tidak bertuah macam orang lain. Dia menggeleng kepala sambil mengesat kasar pipi yang basah.

Jangan menangis, Azalea. Menangis air mata darah sekalipun, nasib kau takkan berubah.

Dan dia terus melangkah menyambung kerja-kerjanya seperti biasa.

Syairi & Azalea

“ Tak takut ke sorang-sorang kat sini?” Syairi tenang menyandar di dinding yang sama tempat di mana gadis berhoodie cyan blue itu duduk mencangkung dan bersandar.

Azalea angkat muka, sedikit terkejut bila suara itu menyapa. Seorang lelaki dengan rambut pendek messy sudah berdiri disebelahnya.

Lelaki ni lagi.... Huh.

Ditangan lelaki itu ada sebatang rokok yang menyala. Pantas Azalea beralih ke tepi sedikit, menjauhi lelaki itu. Kalau kena rokok tu tak ke naya? Hishh lelaki ni..

Syairi lantas membuang rokok ke tanah dan memijaknya apabila melihat Azalea yang menjauhkan diri sebaik terpandang rokok di tangannya,. Terlupa yang gadis itu tidak selesa dengan asap rokok. Wajahnya masih bersahaja.

“ Kenapa tak masuk?” soal Syairi ingin tahu.

Azalea terus bangkit dan mengorak langkah pergi. Dia tidak kenal lelaki itu. Dan dia tidak mahu berkenalan dengannya. Lebih baik dia pergi.

Syairi mengekori langkah kaki gadis yang nampak tergesa-gesa bagaikan melarikan diri daripadanya. Syairi senyum nipis. Nak lari-lari kenapa? Ada buat salah? Ke muka aku ni macam muka penjahat?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience