Rate

BAB 3

Drama Completed 677

Dah sebulan dia cuba memikat aku. Dan hatiku sudah terpaut padanya. Tetapi kata-kata mama semalam membuatkan hatiku pedih. Aku dah start cinta dekat ukail, tetapi mama mengkhabarkan kepadaku bahawa tunangku ingin mempercepatkan majlis perkahwinan kami kerana dia akan menguruskan syarikat bapanya di london. Pening kepalaku memikirkan masalah ni.

“sayang, kenapa ni? Tak sihat ke?” tanyanya apabila kami keluar lunch bersama.

“taklah. Saya sihat je.”

“habis, kenapa makan sikit je?” sikapnya yang prihatin menambahkan lagi perasaan sayangku padanya. Macammana aku nak hakis perasaan ni kalau dia caring sangat kat aku?

“saya tak de selera. Awak dah siap makan? Kalau dah siap, jom kita balik.” Kami beriringan menuju ke keretanya. Dipertengahan jalan, kami bertemu dengan elman. Elman memandangku dengan pandangan tajam. GLUPP! Habislah, dulu aku jual mahal kat dia, kononya tak nak ada boyfriend waktu study, tapi sekarang ni aku berjalan pulak ngan ukail.

“hai, zara. Awak buat apa kat sini?” tanya elman mesra. Aku faham senyumannya tu. Senyuman yang dibuat-buat.

“makanlah, takkan tidur kot.” Balasku cuba menghilangkan rasa takut. Aku memaut lengan ukail kuat untuk mendapatkan sedikit kekuatan.

“ye ke? Ni siapa pulak? Waktu aku ajak kau, banyak alasan yang kau berikan. Hah! Siapa dia ni?” bentaknya.

“saya tunang zara.” Kata-kata ukail bagaikan penyelamat bagiku. Tetapi pada masa yang sama, aku terkedu dan terkejut.

“betul tu. Ukail ni tunang zara.” Aku menyokong kata-kata ukail.

“tunang betul ke tunang tipu?” elman bagai dapat menebak penipuan kami. Jantungku berdegup laju. Kalau tak kena anginnya, elman tentu akan mengamuk. Dan amukannya tu bukan sebarang amukan.

“saya tunang betul dia. Kami akan kawin 4 bulan lagi. Jemputlah datang. Oklah, kami nak jalan dulu. Assalamualaikum.” Ujarnya lantas menarik tanganku ke keretanya.

Ketika di kereta ukail bertanya kenapa aku takut sangat kat elman. Aku menceritakan satu-persatu peristiwa lalu antara aku dan elman. Air mataku tumpah dia saat itu. Dan ukail memujuk bagai memujuk anak kecil. Bahagianya hati bila orang tersayang memujuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience